Inquiry: petakbunga@gmail.com

20141021

Penjimatan Teh

Laki aku berkeras nak teh lipton. Aku banding harga teh boh dengan teh lipton, jauh lagi murah teh boh. Nasib baiklah aku nak belikan teh boh. Ikut hati aku, nak beli teh timbang je. Nak minum tapis. Tak pun, tak payah tapis langsung, minum teh panas-panas, slow dan slow.

Aku tak faham, macam mana laki aku boleh rasa lain ke teh lipton dan teh boh?

Akhirnya aku mengalah, beli sepaket kecil 25pcs teh lipton dan sepaket besar teh boh 100pcs buat standby. Kalau dah habis teh lipton, ditelan juga teh lipton tu. Entah-entah tak perasan pun aku buat teh boh. Bila dia buat teh sendiri je dia guna teh lipton. Jarang-jarang..kadang-kadang.

Bila balik rumah aku dengan gembiranya merasa aku sudah menjumpai kaedah penjimatan yang baik. Yes.

Aku tertengok episod Extreme cheapkate ni dengan laki aku.
Perempuan ni asingkan sisa makanan macam sos pasta yang tak habis untuk digunakan balik. Dalam episod ni, bf macam laki dia nak ajak member tengok bola. Makan-makan. Jadi dia kena peruntukan lebih belanja untuk makanan. Bila dia pergi shoping, dia buang kulit buah..ambil isi je sebab nak jimat. Boleh ke? Aku berani buang buah anggur yang buruk kat tangkai je. Bila tengok besarnya batang brokoli, rasa jaga nak patahkan..tetapi tak berani..uhuk.

Oh aku sekarang suka menonton extreme cheapskates yeh..

Berbalik perihal teh aku.
Bila aku balik rumah.. aku pun siap-siap kelengkapan nak berjimat dengan teh aku. Laki aku tak reti semua ni..
Aku nak potong dua bahagian uncang teh boh macam aku selalu buat. Biar laki aku selalu komplen seteko teh aku warna cair. Oh, dulu lagi aku buat, tak cair pu. Aku rasa pengilang ni dah kurangkan gram kot. Bukan salah aku..

Baru aku tahu, hanya teh lipton yang boleh dibahagi. Teh boh, 1 uncang kena guna semua. Rugi-rugi.
Jadi, lain kali..aku Beli teh LIPToN.

Ye, aku kekadang dah masuk golongan kedekut eh..jimat.
Bila aku ajak laki aku makan luar bila aku malas masak..mesti kena sindir..uhuk.




20 ulasan:

  1. tuh la teh boleh kan kalau nak ulang 2 kali bancuh..aku nie ade masalah nak simpan2 makanan nie..sbb tuh kalau masak aku masak ngam2 makan je..

    kat umah aku nie ingat teh ape ado..tp tahan la berbulan2 sbb aku xminum sgt teh kat umah nie accept for green tea..org dtg umah je baru teh aku tuh berbancuh..laki aku lagik la..mmg caffeine punye bangsa..boleh gigil kalau xdpt nescafe sehari..ahahha..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rumah aku..
      Bpest kopi..dulu nescafe..skrg boikot beli kopi timbg psar mlm.
      Mlm wajib teh seteko tu..xleh segelas.
      Hr tu aku beli green teh..dia xnk minum pasal warna cair..
      Pyh nk cita hal2 kebaikan green teh.

      Padam
  2. salam...untuk penggemar teh macam saya, teh lipton yang paling best...mmg boleh bezakan rasa dengan teh lain...sekadar pandangan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pasal nk murah.. terus lupa rasa..ha..ha

      Padam
  3. Sekali sekala je lya minum teh bila tringin Sgt hhee

    BalasPadam
  4. suka gak teh..tp minum kat kedai jer..malas bancuh haha

    BalasPadam
  5. jrg bncuh air manis kt umah.klau kt luar je minum.kt rumah air msk ja.beli lipton dkt stahun kot br abes...hahahaha

    BalasPadam
  6. Air teh adalah pilihan terakhir bila di rumah tapi menjadi pilihan pertama anak sulung aku kalau mkn kt luar..nmpk sgt mama dia bancuh x sedap..hahaha..

    BalasPadam
  7. Dulu kerja kedai makan selalu buat trick jimat teh ni. Taruk serbuk teh banyak-banyak dalam tapis teh jenis kain tu, lepas tu recycle pakai teh yang sama sampai ke malam. Hehe

    BalasPadam
  8. Kat rumah kami jarang sangat buat air teh ni. Pagi je untuk breakfast hujung minggu. HD minum kopi. I pulak minum kat pejabat (jimat penggunaan airlah kiranya...) Selalunya kami bantai Milo tapi harga Milo pun sekarang walla weyh, tergugat poket!

    BalasPadam
  9. asben saya suka minum nes je..alahai..sehari berpeket dia minum 3in1..

    BalasPadam
  10. Kopi timbang sedap pb. Suka sgt.
    Pasal penjimatan tu, serius. Aku xpernah dengar tips dgn potong uncang teh? Mungkin sbb belom jadi mak2 kot...huhuhu

    BalasPadam
  11. Saya dulu pun suka Boh.. Tak pernah beli Lipton....
    Ada tak menteri/wakil rakyat baca post ni? Biar mereka tahu yg rakyat ni nak minum teh pun berkira dengan tekanan ekonomi masa ni...
    Psst, mcm mana nak bahagi dua uncang lipton tu? cer citer cer citer..

    BalasPadam
  12. Banyak cara nak jimat..kan??kena bijak dan BERANI la..hehee

    BalasPadam
  13. SAya jarnag minum teh, tapi kopi... tu pun pilih yag paling murah la, kalau sale jer terus ambik lebih sebab jimat kaw kaw. eh kat sini kan dornag sediakan satu tong untuk letak sisa sayuran, selalu nampak makcik2 patah2 buang tangkai dan dedaunan sayuran tu, and ada jugak tengok makcik cang geledah ambik sisa2 sayur tersebut, bagi makan rabbit dia kot. tapi tu la, I ni tak terpatahkan semua tu, capai, masuk trolley terus, tak masa nak belek hehehe.

    BalasPadam
  14. apa kata beli teh boh n lipton paket , pastu pi campurkan ... klu x perasan rasanya ok lah tu ... heh heh

    BalasPadam
  15. aida pun pattern kedekut!
    tapi, teh tetap jadi feveret dlm umah ni :-)

    BalasPadam
  16. saya pun tengok cerita ni - extreme cheapskates. saya beli je teh boh uncang, masa nak buat air 1 cawan, saya tebuk sikit je kat uncang tu...keluar serbuk, gulung balik uncang tu dan simpan dalam kotak dia. kalau pakai 1 uncang untuk 1 cawan, pekat benor haha

    BalasPadam
  17. ADa beza rasa erk boh ngan lipton? Aku selalu beli boh sebab murah ☺

    BalasPadam
  18. saya guna boh juga, bezanya bukan uncang sebab rasa rugi
    kena hak serbuk boleh control banyak mana nak letak...hehe

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...