Inquiry: petakbunga@gmail.com

20141008

Permaianan Seronok Tetapi Buat Dia Menangis

Mainan yang jenis sumbat-sumbat ikut bentuk ni dikatakan mainan wajib kekonon boleh mengasah skill tangan anak kecil.


Ini mak long Luth yang belikan. Beli kat ikea hari tu. Harap aku, aku tak terbeli. Cantiklah design dia solid wood dengan plastic. Tetatapi plastic bumbung ala kotak rumah tu tak betul-betul klip dengan kayu tu. Senang terangkat. Susah betul nak ajar Luth masuk bentuk yang kat dakam lubang. Banyak kali dia cabut je bumbungnya. Letak semua dalam atau keluarkan semua..buat kayu bangku duduk.




Satu kerja pula sorang nak pegang bumbungnya. Tak mahu Luth buka terus. Alhamdulillah, sekarang Luth dah faham sikit-sikit peraturan masukkan bentuk dalam lubang yang sama bentuk.



Masalah anak aku ni jenis tak sabar. Tak dapat nak masuk dalam lubang tu pun dia dah menangis bersungguh-sungguh.

Bila dapat, seronok bukan main pulak..mmm.



Bila seronok sangat, semua benda Luth boleh sumbat. Termasuk stoking busuk dia.
 
Mainan ni memang jadi mainan yang dia seronok sangat, sebab lepas main..aku sorokkan. Simpan. Jarang-jarang aku bawa keluar, pasal aku tak kuasa nak mengutip bentuk-bentuk kecil yang bersepah lepas dia puas main.

15 ulasan:

  1. biasa la budak-budak...hehe

    BalasPadam
  2. ahahaha..jgn mengalah luth!!

    BalasPadam
  3. Bebudak memang mcm tu ☺

    BalasPadam
  4. alahai...teringat waktu anak2 kak kecil dulu..
    samalah dengan luth...
    geram sangatlah tu, hee

    BalasPadam
  5. hehehehe...stress la tu sbb x dapat masukkan benda alah tu...
    hehe...stokin busuk pun masuk gak...

    BalasPadam
  6. dah agak dah . selalu tgk my anak buah . bila btk x sama , x blh masuk . sudahnya geram , marah , menangis . nasib x baik pi baling kat tpt lain ...

    BalasPadam
  7. Hehehe.. kalau main permainan mcm ni, omak nya lah yg stress..haha.. takpe, bila Luth besar sikit boleh ajar dia susun balik mainan dia yg berterabur... sabarr na... :)

    BalasPadam
  8. chaiyok luth chaiyok..

    anak aku smp skang duk cabut je bende alah atas tuh..pastu die kuaukan pastu cmpk2..haihhh sabau je la mek..

    BalasPadam
  9. hehe samalah anak kiterr

    BalasPadam
  10. budak2 nangis je la modalnye..untung nangis..kalo dia ngamuk pastu campak mainan tu?lagi haru...huhu

    BalasPadam
  11. hehe...teringat afifi dulu pun gitu
    tapi aisyah bila bagi masa umur yang sama
    cepat pula dia faham
    lain kot pemahaman budak lelaki dengan perempuan

    BalasPadam
  12. salah satu mainan yg asah otak anak berpikir..hee nice! slow2 ajar yunk..

    BalasPadam
  13. Mainan ni memang bagus. Boleh mengasah minda budak-budak sebaya Luth sebab tension weyh nak cari bentuk sama masukkan dalam lubang bumbung tu. Anak I dulu diberi ni, dia masukkan dalam mulut buat jajan. Terlebih ajar, dia boring pulak, dibalingnya merata. Penat Mommy mengemas!

    Amboi Luth, excited nak main sampai terlupa pakai seluar ya ^__^

    BalasPadam
  14. maju luth, cepat belajar masukkan ikut bentuk. yg part buat bangku tu, hehehe, sama plak dgn anak aku.

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...