Inquiry: petakbunga@gmail.com

20141008

Raya Qurban tahun ni

Cuti balik kampung raya haji kali ini paling panjang. Aku balik kampung jumaat malam lepas kerja tu. Bayangkan dari pukul 11 malam sampai 2.30 petang esoknya. Letih, lesu tak payah cakaplah. Sampai muntah-muntah aku dengan Luth.

Petang jumaat tu dengar cerita kontena terbalik kat tengah jalan. Risau juga takut tak dapat balik, nak kena cari jalan alternatif ke apa. Alhamdulillah, dengar khabar tak lama lepas tu dah settle. Memang patut, pihak berwajib fikir-fikirkan laksanakan roadban ke apa..

Oh, kami pun buat Qurban raya ni.. tak sempat pulak nak ambil gambar. Kami laki bini berpecah, lembu lain-lain. Seorang buat aqiqah, sorang buat untuk qurban.

Sepupu Luth adik Irish dah 4 bulan balik raya kali ni.

Walaupun tak berapa hensem, tetap jadi pujaan hati gadis-gadis.

Luth, tengok depan nak ambil gambar berdua.

Meriah memang meriah. Tahulahkan raya qurban kat Kelantan macam mana. Sehari-hari kami makan daging. Awaslah sapa ada darah tinggi.

Kalau pasal kucing, Luth memang over xcited

Kesian kucing, dibuli.

Balik sini tak adalah seteruk jammed balik kampung tu. Boleh tahanlah.

Aku semalam dah start kerja. Minggu ni, macam agak penuh sikit jadual aku. Tu jelah aku sempat cerita.. senang-senang aku gi beraya rumah kawan-kawan ek.



15 ulasan:

  1. uihh teruk jem tu...tu la lieya bace kat fb pun ramai kawan2 update pasal jem...tapi nak buat camne kan..demi nak raya kat kampungg...keseronokan balik kampung tu buat kite sanggup nak terjah jem...tak balik kg tak syok gak...

    beraninye anak bujang ni main cat...mcm dayyan laa berani gile...lieya plak penakot hahaahah..buat malu jek ngan budak kecik....

    BalasPadam
  2. seronok kan buat korban.
    bebudak dan kucing x dapat di pisahkan.hehehe

    #BW sambil klikklik IKLAN nuffnang!

    BalasPadam
  3. hehe..ada jugak eh xtvt menziarah kalo raya haji??

    BalasPadam
  4. Kisah jem dan accident tu ada masuk berita kan.
    Tapi syukur jugalah sampai sebelum subuh. Kalau lepas subuh memang tak dpt solat rayalah.
    Luth hensemlah sebab tu anak dara ramai yg suka:)

    BalasPadam
  5. Biar benar PB... balik Jumaat 11 malam sampai Sabtu, 2.30 petang!!! Oh, tensionnya. Nasib baik dah over. Berbaloi jugalah balik beraya sebab kat Kelantan raya haji memang meriahkan. Amboi, ustaz.... bukan main merenung lagi kat dak Irish tu....

    I raya ni best je tidur tau.... takda jem langsung ^__^

    BalasPadam
  6. mak aiiii..kemain lama ko baru smp kampung..kemain suke luth ngan kucing..terpaksa la mak carik sekor..ehhhh, larikkkkkk..ahaha

    BalasPadam
  7. alhamdulillah selesai aqiqah dan korban kan..saya dapat whatAp pasal trellar tergolek tu

    BalasPadam
  8. pnya la lama...jenuh kebas montot

    BalasPadam
  9. hehe..Luth glamer kat kg..ramai peminat..kalau tak hensem takkan jadi pujaan...Luth ada gaya penarik tu..:) Alhamdulillah dapat sempurnakan Aqiqah dan korban..nasib akak tak balik tahun ni...dari muda sampai ke tua..asyik tempoh jem jer..dari zaman naik keretapi sampai ke kereta..12-14 jam tu bisa..huhu..

    BalasPadam
  10. mmg jam jiddan... kesian kt luth... mesti rimas diakn dlm kereta berlma2

    BalasPadam
  11. best balik kampung kan

    BalasPadam
  12. anak saya pun kalau dapat jumpa kucing dia buat macam patung menan je..kita pulak yang risau...

    BalasPadam
  13. Hazab nya wei. Lama tu. Alhamdulillah...selamat pergi dan selamat kembali.

    BalasPadam
  14. mak aiii ... cam tu sekali jem . nasib baik tak ambil masa 24 jam . penat punggung tu kan ... ctrl macho tu kiri kanan aweks ... hohohoooo

    BalasPadam
  15. mak ai, jam tu punya jem
    mahu tak longgar lutut dan segala anggota badan
    anyway nampak sonok aje luth dikerumuni sepupu dia

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...