Inquiry: petakbunga@gmail.com

20141015

Tarikh Penting

Petang semalam hujan lebat kat Rawang ni. Aku redah juga hujan lebat. Tak mahu tunggu-tunggu hujan reda. Tempat kerja baru ni balik lewat setengah jam dari tempat lama. Rasa lama pula nak tunggu masa balik. 

Luth sekarang mula tidur awal. Dalam pukul 10 biasa dia dah tidur, kadang pukul 9 pun dah mengamuk nak tidur. Kalau tak dulu, pukul 12 pun kena paksa tidur. Tapi, bila dia mula tidur awal ni..aku rasa sunyi pula. Rasa sikitnya masa aku dapat habiskan dengan Luth. Rasa bersalahnya... dahlah, setiap pagi dia menangis nak ikut aku pergi kerja. Sedihnya.

Semalam hari lahir tok ma Luth. Itu yang aku bersungguh redah hujan.. niat hati nak beli kek kat tok ma Luth. Excited Luth sambut hari lahir tok ma walau hanya dengan sebiji kek sahaja. Semalam sahaja 3 biji buah strawberry Luth makan. Kami rasa masam juga, tapi dia suka sungguh. Jadi, aku syorkan laki aku bawa kami petik strawberry lagi. Mak Luth pun suka.


Walaupun mak tak dapat selalu bersama dengan anak. Tak pernah lupakan anak. Itu Luth kena tahu. Mungkin anak yang kadang lupa..aku pun hampir lupa semalam hari lahir tok ma. Padahal sebelum ni duk cakap gurau pasal hari lahir tok ma yang akan tiba...

Hujan air mata kegembiraan kat sini.. dalam hati.
Tak ada taufan macam kat Kedah.



27 ulasan:

  1. selamat hari ulang tahun buat tok ma..luth suka makan stobeli ye..

    BalasPadam
  2. happy birthday tok ma luth...

    BalasPadam
  3. Slmt ulg thn klahiran tok ma luth

    BalasPadam
  4. happy birthday tok ma..semoga pjg umur murah rezeki..amin3..

    owh gitu nyeah cara nak pancing lakik gie petik stoberi..okayh blk kang aku ajar qisya supaya suke ngan stoberi..xsuke pun aku paksa gak suke..huahuahua..untung2 leh petik stoberi kek kemeren..hahahaa..

    BalasPadam
  5. bestnya ada mak... berpuluh thun tm ada mk... rindu..

    selamat hri lhir utk mk tok ye...

    duk kt rawang.. rmh adik knor kt rawang.

    BalasPadam
  6. hepi besday tok ma...moga pnjg umur & dberi kesihatan yg baik

    BalasPadam
  7. Happy birthday tokma Luth. moga panjang umur, sihat selalu.

    BalasPadam
  8. Hujan pun sanggup redah kan demi Tok Ma tersayang... kasih anak... selamat hari lahi buat tokma..moga sentiasa dlm lindungan Allah.. sihat & pjg umur...

    BalasPadam
  9. Selamat hari lahir buat TokMa Luth...semoga dipanjangkan umur dan dipermudahkan segalanya..
    Akak pon rasa cam PB..rasa masa ngan anak kejap jer..walopon di tido lambat..akak pulak yg tak terlayan..cepat ngantuk dah tua2 ni..huhu...

    BalasPadam
  10. Hepy bezday makcik...moga makcik sihat ye......Kekadang bila kita dapat menggembirakan mak kita pun kita boleh hujankan PB hihi

    BalasPadam
  11. Happy birthday to Tok Ma Luth....
    Seronoknya dapat celebrate dengan anak cucu...
    Moga Tok Ma Luth diberikan kesihatan yang baik, umur yang panjang :)
    Nasib baik faham apa message di sebalik stoberi tuh... Agak2 ayah Luth faham tak? Lepas ni mesti ada gambar posing kat ladang stoberi pulak....

    BalasPadam
  12. Happy birthday buat Tok Ma..
    Betul tu, anak anak selalu lupa akan ibu bapa, tapi ibu bapa selalu igt anak anaknya..beringatlah kita semua...

    BalasPadam
  13. happy birthday to ma
    p/s-tok ma ni sape?

    BalasPadam
  14. hehehe..sonok dia dpt potong kek skali eh.hehehe.tp kesian betul kat kedah tu kan.

    BalasPadam
  15. bagus la Luth..nak jugak makan buah..masam2 pun tahan je..heheh

    BalasPadam
  16. Selamat hari kelahiran Luth. Semoga menjadi anak yang soleh. Ameen Ya Rabb

    BalasPadam
  17. Alhamdulillah.. gembiralah Luth dpt potong kek dgn tok ma
    Moga tok ma diberi kesihatan terbaik dan berbahgia dgn anak-cucu semuanya

    Tengoklah Luth tu macam birthday dia pulak dah:)

    BalasPadam
  18. selamat hari lahir tok ma luth ... moga dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yg baik...

    BalasPadam
  19. Selamat hari jadi tok ma...semoga sehat selalu dan panjang umur...

    BalasPadam
  20. selamat ulangtahun utk to ma,semoga pjg umur & berbahagia selalu

    BalasPadam
  21. Selamat hari lahir buat tok ma. Beza sehari dengan mak mertua aku.

    BalasPadam
  22. aku baru tau ni..nak mngayat laki guna nama anak..ahaks.. ok. Aku nak praktikkkk

    BalasPadam
  23. Selamat Ulangtahun buat Tok Ma. Semoga kekal sihat dan dapat riang ria bersama anak menantu dan cucu tersayang. Selalu gitukan PB. Ibu tak pernah lupakan anak tapi anak selalu je terlupa tentang ibu. Bukan you saja, I pun kadang tu sibuk dengan keluarga sampai terlupa hal emak sendiri. Rasa bersalah dan sedih padahal tahap mak patut lebih tinggi dalam hidup kita sebagai anak ni kan.

    BalasPadam
  24. selamat hari lahir makcik . semoga dipelihara kesihatan oleh Nya dan dipanjangkan umur . ada gak cara nak push abah luth pi petik strawberi tu ... hehehee

    BalasPadam
  25. happy bday tokma Luth, walaupun dah belated. Suka luth dgn stoberi, kuat makan masam la dia.

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...