Inquiry: petakbunga@gmail.com

20141117

Kek gula hangus



Aku memang $@ngat memandai bab-bab memasak ni. Aku dah banyak kali nak buat kek gula hangus ni. Aku panggil kek sarang lebah..eh orang lain panggil sarang semut. Entahlah..


Ni bahan yang paling mudah aku jumpa resipinya..

1 cawan gula
1 cawan air panas
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat
2 camca teh soda bikarbonat
4 biji telur
2 sudu besar mentega

Aku masak gula dengan api sederhana hingga hangus. Lepas tu masukkan air panas dengan berhati-hati.Kemudian masukkan mentega. Kemudian, blender telur dan susu pekat. Aku malas nak kotorkan mixer.
Aku gaul je tepuang dengan soda, pasal malas juga nak ayak ye. Kemudian, masukkan dalam bancuhan telur susu tadi. 
Akhir sekali, masukkan gula hangus dan kacau rata. Bab perap, aku terskip nak ambil tahu..telah kuikut kali ni. Ada orang tak perap pun jadi.. huh..
Aku perap dekat 4 jam kot.


Bakar dgn api sederhana 180 selama sejam.
Jadilah kot.

Itu je aku boleh update.. super bussy aku sekarang ni. Settle sikit, aku kembali aktif berblog. Inshaallah.


27 ulasan:

  1. nok sikit. hehehe menjadik sangat ni..

    BalasPadam
  2. Hahha, suka memandai... sama lah kita..
    Saya pun tak pernah menjadi buat kek ni...
    Rasa dah ok, cuma rupa tu tak cukup bersarang....

    BalasPadam
  3. Suka makan ni.
    Nak buat je x reti.
    Yang reti pun malas.
    Haha..tak boleh nak buat apelah.
    drshikinzainal.blogspot.com

    BalasPadam
  4. laaa, kena perap ker..patut la agaknya kek saya tak jadi...dah siap bakar jadik cam bengkang, rasa sedap..

    BalasPadam
  5. Lama sungguh rasanya I tak datang bertandang. Nasib baik tuan rumah superbusy, takdalah perasankan...

    Kek gula hangus ni I tak pernah buat, PB. Okey, memang I ni banyak yang tak pernah buat daripada buat. Buat penat je nak tulis statement gaya gitukan. Kalau dapat resepi tapi kita tak memadai-madai, macam tak best je kan. Haruslah nak derhaka sana sini sikit ^_^

    BalasPadam
  6. PB bizi sekarang ni..
    ini kek kegemaran saya...saya panggil kek sarang semut..

    BalasPadam
  7. nmpk menjadi tu..
    KY pulak, pasal membaking ni tak menjadinya lebih banyak dari menjadi..

    BalasPadam
  8. syabas bete syabbas!!

    BalasPadam
  9. Pernah gak buat hari tu PB...tp malangnya tak menjadi sebab utamanya mungkin tak perap....membazir gitu jerlah mak punya kek huhu...

    BalasPadam
  10. jadik la tu..akak lagi la..tak pernah buat...bab nak perap tu yg tak sabar..bangsa gelojoh ..kira nak cepat jer..haha..:)

    BalasPadam
  11. saya pula tak pernah buat pun
    nanti ada masa nak cubalah

    BalasPadam
  12. janji jadik..perap lama lagi gebu kot.hehe

    BalasPadam
  13. aku xkatam lagik bab nak wat kek nie..kire ko terror laaaa..kihkihkih..

    patut la weh ko senyap je..

    BalasPadam
  14. Assalam...salam jumaat...

    Bunda suka makan kek sarang lebah ni...bila dia menjadi...sarangnya cantik berlubang2 dan spongy gitew...

    Tapi dua kali bunda buat tak menjadi...frust...pastu nak makan...beli jerlah...atau tunggu kot ada orang nak kasi free ..huhu...

    BalasPadam
  15. Assalam sis,
    salam perkenalan :)
    iols dah laaaaaaamaaaaaaaaa nak coba kek ni
    TAPI tak terbuat2 pun he3
    pa pun kalo sudi jemputla singgah & join blog iols juga yer :)
    http://aryshafayyadh.blogspot.com/

    BalasPadam
  16. cantik tgk sarangnnye...menjadi nieh...

    suke gak makan kek gula hangus nie...sedap manis2 gula tu....

    BalasPadam
  17. Wahhh sedapnya tengok memalam ni T_T Nad tak pernah buat teringin nak try lah lepasni

    BalasPadam
  18. wah sedapnya... akak mmg fail buat kek ni... selalu sarangnya sket aje..

    BalasPadam
  19. Aku suka sgt kek ni. Kalo time kenduri ada letak kek ni, mmg aku sebat bnyk2.

    BalasPadam
  20. nak kek lain!!nak kek lain!! uhuk2

    BalasPadam
  21. Kureng mkn kek gula hangus. Rmai kata sdp bagai... tp kureng sesuai dgn tekak snd.

    BalasPadam
  22. feveret kami anak beranak. kak pun suka perap lama nak bagi banyak lubang, huhu...

    BalasPadam
  23. Salam PB....

    Lamanya menghilang! Sibuk sangatlah kat tempat baru ya. Kita datang nak check kesihatan ni... Errr... nak tanya khabar je sebenarnya ^_^

    BalasPadam
  24. salam..
    harap keluarga PB selamat dari banjir..

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...