Inquiry: petakbunga@gmail.com

20141103

Lelaki Pemalas

Perempuan hari ni kebanyakannya cerdik pandai, bekerjaya. Walau pun jadi surirumah, ramai juga yang pandai mencari duit poket sendiri. Malah, ramai juga boleh membantu meringankan beban suami dengan pendapatan sampingan mereka. Paling tidak, pandai menguruskan kewangan keluarga. Tetapi aku rasa jadi perempuan zaman sekarang ni penat. Tak tahulah, aku pun cakap sebab aku tak pernah jadi lelaki. Huh.

Atas dasar perempuan sekarang boleh berdikari sendiri, lelaki ambil kesempatan. Banyak beban diberikan dan diserah bulat bulat kat perempuan. Terutama urusan rumah tangga. Makan pakai rumah tangga semua serahkan kat perempuan. Kalau bersunggut, kata tak ikhlas..berdosa.

Boleh dengar, boleh baca...kat mana-mana, ustaz-ustazah bercerita pasal tanggungjawab suami isteri. Tetapi itulah, hakikatnya..aku pun tak faham, orang lelaki tak faham ke buat-buat tak faham. Mungkin orang perempuan je kot yang minat tengok ceramah ustaz kazim, semanis kurma dan sibuk facebook sharing petua nak keluarga bahagia. Itu yang buat kita orang perempuan ni, lagi rasa tension. Ni bukan kerja aku, tanggungjawab aku..kenapa aku pula yang kena buat? Aku penat!

Comot banyak. Luth kan banyak kerja nak buat. Luth kan budak rajin tolong mak.

Orang lelaki yang pemalas dan tak bertanggungjawab ni buka terjadi selepas kahwin. Memang itu perangai yang dipupuk sejak kecil. Contohnya, nak basuh pinggan makan dia pun malas. Mujur, makan tak suruh bini keman sampai sejuk baru suap.. Semua suruh anak perempuan. Masak, basuh baju, kemas rumah, jaga adik semua serah kat anak perempuan. Hello, dulu -dulu memang anak laki betul-betul buat kerja berat. Potong kayu, ambil air, menjala, berkebun, berperang dan macam-macam kerj, sekarang mana ada semua tu.

Jadi, sesiapa yang ada anak lelaki macam aku, tolong jangan manjakan sangat sampai jadi lelaki pemalas. Kesian bini dia nanti. Tau..

Untung sapa jadi future bini Luth.

Aku cakap secara general, bukan tuju kat laki aku. Tak baik tau, mengumpat laki kat blog.. laki aku baik tak termasuk kategori lelaki pemalas.. cuma manja sikit. Semua nak bini buat, kan abang sayang?

Ni aku cerita laki orang lain. Sungguh ni!

36 ulasan:

  1. hikhikhik.... macam marah je ni

    BalasPadam
  2. setuju PB..ajar anak lelaki supaya pandai buat kerja rumah..jangan harap anak pompuan je (situasi yang selalu saya nampak)..bila dah tua segalanya dah terlambat..mampu tengok saja anak lelaki yang sepatutnya bertanggungjawab melepaskan t/jawabnya..anak perempuan pula yang kena tanggung segala..kalo dapat iapr yang tak amik peduli memang padan muka semua..huhu..(moga saya dijauhi)

    BalasPadam
  3. sebab tu dari kecil lagi dah kena didik diorang... contohnya... lepas makan, sila basuh pinggan masing2... anak lelaki ke anak perempuan ke... kena didik camtu...

    BalasPadam
  4. sbnrnye didikan org dulu2 yg mana anak prmpn kene buat itu ini. anak laki tkleh masuk dpr tp tk sume org dedulu didik gitu. ade je yg jns didik ank laki ke dpr spya sng bile mak atau bini sakit. mmg tggjwb lelaki buat semua tp disebabkam suruhan suami ntk isteri buat, makanya mcm da jd tggjwb prmpn pula sdgkn tggjwb mereka. kan? cx pon ssh nk ckp, hope so anak2 cx jd anak lelaki yg rain bantu isteri. kesian isteri buat sume dgn yg bwk budak dlm perut lg. kan? hurm.

    BalasPadam
  5. haha...memang setuju , 1000x like!
    kalau pemalas, sian bini..
    mujur juga laki yang kat rumah ni, dah 5 tahun ni makin boleh diajar, dah banayk melolong sejak dua tahun ni, sejak ada anak dua orang ni..legala..alhamdulillah, mmg syukur sangat..
    rasanya memang oatut kita didik anak kita menolong sejak kecil, eh ke budak tu sendiri yang malas? macam kes suami saya ni, adik beradik dia yang lain, nampaknya rajin je, walaupun memang dibesarkan dalam persekitaran yang sama, memang ada bibik sejak kecil,
    daripada duk mgumpat alki ku banyak2, itu jelah... pendek kata, kalau dh nasib suami kurang rajin, pandai2 la kita ni psiko supaya berubah sikit demi sikit

    BalasPadam
  6. mak sy mmg dr dl ajar kami adik bradik(5 laki 1 pmpuan) bsuh cawan pinggan baju sndiri.Alhamdulillah lps kwen tgk abg2 boleh la nk tlg ngasuh anak,msk nasi,sidai bj bl isteri dlm pntang.Siapkn ank2 nk p skolah.

    Dan sbb tu jugak sy pksa suami buat mcm tu jugak.Untuk bg biasa.Mn nk tau nti2 sakit ke bsalin ke so suami dh tau bnda apa dia nk kena buat.

    BalasPadam
  7. terkejut tgk luth... ingt darah td kat bju dia... =D

    BalasPadam
  8. Aku terus tergelak bila ko kata ko bukan cerita pasal laki ko. Dah memang la, aku pun tak terfikir ko cerita pasal laki ko. Betul PB, aku setuju ckp ko. Lelaki melayu la biasanya paling 'mua' sekali sebab mak ayah zaman sebelum kita jadi mak-mak ni, memang manjakan anak lelaki, anak lelaki la raja, tak perlu buat kerja rumah. Selamat le laki aku Arab. MUahahah.

    BalasPadam
  9. betul..smoga kita dapat jadi ibu yang berjaya mendidik anak hihi

    BalasPadam
  10. laki aku dr kecik dpt mak yg jenis mmg xsuruh anak2 wat keje umah (pastu skang nie duk bising sbb xde sape nak tlg..hurmm)..nasib baik la laki aku bile dh kawen dh duk umah sendri especially, tau nak wat keje umah..menolong jugak aku kat umah tuh..walaupun x masak (goreng fries pun rentung weh), xtolong lipat baju sbb xreti, tp byk gak la menolong aku wta keje umah..hiksss..

    BalasPadam
  11. setuju gak...byk lelaki pemalas
    tambah2 klu bini dia rajin...

    terima seadanya

    BalasPadam
  12. hi PB, memang betul. Ada juga lelaki yang jenis pemalas kat luar sana. Setuju sangat kalau zaman sekarang ni, anak lelaki dididik sedari kecil, nanti esok bila dia dah kahwin, takde la amik kesempatan keatas bini je, hihihi

    BalasPadam
  13. Eh, tak, tak...mana ada kita tuduh awak ngumpat laki, PB. Memang tu lelaki lain, bukan laki kita-kita nikan....

    Lelaki sekarang memang jenis manja, PB. Semua pun nak suruh isteri buat. Pakai baju sehelai, nak campak masuk bakul betul-betul pun tak larat. Asal balik kerja je terus penat. Tak macam isteri-isteri mithali macam kita ni, balik kerja terus baling tudung, terus sambung kerja rumah. Kitalah Home Minister yang paling disegani abad nikan....

    BalasPadam
  14. Setuju.
    Sikap manusia ni, termasuklah sikap pemalas, mmg di pupuk dari kecik..
    Tapi sikap, boleh di ubah.
    Kesiankan la bini buat semua benda kat rumah.
    Lagi kesian kalau bini kena gi kerja, balik opis, pun semua benda bini kena buat.

    BalasPadam
  15. Aaa.. Jangan marah,.. Jangan marah.. Nanti cik abe jual.. Hahaha

    Laki aku takde la pemalas.. Bab memasak dia ok.. Bab mengemas dia kureng sikit.. Bukan malas.. Tak rajin je.. Huhu

    BalasPadam
  16. sabar -sabar dan bawa bertenang...

    BalasPadam
  17. Setuju sgt. Lelaki suka ambik kesempatan klw bini tahu buat sume keje. Yg depa tau keje depa je. Depa sorang je la yang penat. Abih bini tu robot ke. Sume kena buat sorang.

    Mak mertua akk mmg x ajar anak anak dia buat keje. Sume dia buatkan. Makanya bila anak anak dia dah kawin takdenya depa nak menolong. Dah la anak x reti membntu. Cucu pompuan pun tak reti nak buat keja rumah. Hah buat lah sorang sorang.

    BalasPadam
  18. saya melihat perkara ni byk berlaku disekeliling saya . bagi saya bila sebut tentang nafkah , sgt luas maknanya . sehinggakan mknn yg suami beli bila dah masuk ke rumah , sudah menjadi nafkah kepada isteri dan anak2 aka bkn milik suami lagi ... mengumpat laki kat blog bkn tak baik tapi berdosa ... ermmm ... terpulang pd individu lah . pembaca ok jer .

    BalasPadam
  19. yang serah tanggujawab jaga anak seratus peratus kat bini pun ada..saya pernah tengok..ni pi kedai makan,mak dia je dok suap kiri suap kanak.,lepas tu anak kat depan menangis pedas,mak juga sua air kat anak yang depan tu..yang kiri pulak kasut jatuh,mak la terbongkok2 ambik..si suami..tunduk makan nasik sampai muka nak masuk dalam pinggan..sambil makan tot tet tot tet dengan enpon..lepas malam terus bersandar,belek enpon lagi..adoi..sedih betul makcik tengok..heheh

    BalasPadam
  20. alaaaaa dah taip pnajang2 pastu ilang pulok doh... nampak sangat tak bagi I umpat laki sendiri hahahaa.
    Apapun, I rasa memang pesen orang kita la lelaki menjadi raja dalam umah, tak boleh buat kerja.

    BalasPadam
  21. Tak semua lelaki pemalas sbnrnya...;)
    Mereka sbnrnya lah yg pandai dan rajin..di belkg tabir...dn tak suka menunjuk...tahu2x bersih je rumah...tahu2 semua dah terletak di tempatnya...lelaki pun skrng ni ramai pandai masak, jaga baby, tukar lampin baby..mereka rajin, cuma ego sedikit..mereka buat tanpa perlu di suruh sbnrnya

    BalasPadam
  22. harap tak dapat la laki pemalas sebab saya yang pemalas hhahaha :)

    BalasPadam
  23. saya pun penah jumpa orang lelaki jenis gitu
    dia punya kerja cari duit aje, balik rumah goyang kaki
    sampai nak tuang air dalam kelas pun suh bini
    melampau sungguh rasanya

    BalasPadam
  24. hahahaha...betul sangat entry ni...kat rumah ni selalu berleter kat Danish n Danial suruh basuh pinggan, sapu rumah, jaga adik, kemas rumah..nantii besok dah kawin ble la tolong org rumah diorang...

    BalasPadam
  25. betul tu anak2 lelaki perlu diajar juga untuk membuat kerja rumah,tidaklah mengharapkan mak je kan..

    BalasPadam
  26. betullah tu..apa kurangnya kat rumah KY ni. bukan nak mengumpat..cuma mengata jer..sinki lepas bercukur pun tak boleh nak bersihkan. siaplah terima bebelan makcik..hihi

    BalasPadam
  27. setuju.. semua habit lelaki2 ni dah sebati dlm diri diorang. Dari kecik begitu.. dah tepu. Siapa salah? masa silam yg salah. hehehhe

    jemput ke blog nuha. ada entry baru: 3+1 konsep asas urus kewangan

    thank you :)

    BalasPadam
  28. mmg setujulah..sejak kecik mak pak tok nenek kita dh pupuk cmtu..org pmpuan kena buat semua kerja rumah..bila zaman skang isteri dh ada kerjaya,kerja rumah tu semua bukan laki nak tolong.bukan soal manja,tp mmg malas..ayat manja tu tu menyedapkan ayat je kan.haha..

    BalasPadam
  29. memang ada betulnya. anak2 lelaki saya pun saya ajar di usia muda, memasak, mengemas. tapi pengalaman saya yang ada 7 adik lelaki. ada yg masa bujang malas tapi bila kahwin, ada anak jadi rajin. jadi...sikap malas ni boleh dibuang dan diubah, pb.

    BalasPadam
  30. marah kat sapa ni... hhee

    BalasPadam
  31. Saya pun selalu terfikir benda yang sama.. kena didik anak lelaki biar ringan tulang sedari kecil... lepas makan, paling kurang bersihkan sisa makanan sendiri dan tolong bawakan terus ke sinki... bila besar sikit, kita ajar basuh pinggan sendiri pulak...

    BalasPadam
  32. Melentur buluh, biar dari rebungnya. Dari kecik ni lah kita kena buat kerahan tenaga kat anak. Sebab pengalaman depan mata aku sendiri. Anak² macam dah tak kisah umah bersepah. Lantak lah. Memang dorang takkan kemas. Aku plak yg sakit mata tgk. Mcm mana dorang boleh hidup dlm keadaan rumah yg tak ter urus.

    Anak aku tu memang aku soh cuci toilet, basuh kasut sendiri. kalau tak basuh, nasiblah pakai kasut kotor. .

    BalasPadam
  33. Amboiiii Luth dah badang sangat ke tu selfie kat tengah jalan hihi....
    Yelah PB ....kalau bini dia surirumah sepenuh masa yelah jugak boleh di terima, ini kalau sama sama kerja kenalah tolong menolongkan..... Cuma kalau suami dah terlampau rajin kesian jugak kang nanti kena jadi bibik pulak anak lelaki kita PB huhu

    BalasPadam
  34. Husben rajin jgk share video2 bgai ni. Bab basuh pinggan tu ada la sm skt2. Itu kalau dia tgk sink penuh. Kalau xde apa2 dlm sink dia bsh je snd.

    BalasPadam
  35. hahaha.. okay2.. dah kahwin nnti xnk malas2..

    BalasPadam
  36. Tanpa Nama9:42:00 PTG

    Ermmm. Betul

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...