Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140131

Ba## dan Anj##g

1983

Ba##.  
Tapi kena ikut tarikh, belum tahun baru cina..
kiranya ikut tahun 1982..



Anj##g?




Apasal kena 2 binatang ni lagi?
malas layan.

key bye. selamat balik kampung.


20140130

Makanan busuk

Isu kankung mulanya hanya joke kedai kopi..
Kelakar.
Tapi kelakar kelat.
Bila majoriti dari kita sangat susah nak dapatkan sesuap nasi, dan sebilangan kecil bersenang-senang. Lebih-lebih lagi menunjuk-nunjuk lagi kesenangan mereka.



Aku selalu ke pasar malam terutama hujung minggu untuk mendapatkan makanan basah. Aku perhatikan sejak akhir-akhir ini ada trend peniaga pasar malam jual harga murah.

Ikan, udang, sotong 3 pinggan cuma 10 ringgit. Ada lagi murah, 2 pinggan 5-ringgit je. Dapatlah jugak 4~5 ekor sepinggan. Bawang, sayur,  sebakul se-ringgit je. Buah betik, tembikai se-ringgit, 2-ringgit je sebiji. Semuanya tak payah timbang, sangat murah kalau nak banding harga dengan yang timbang. Murah. Sungguh aku gembira. Tambah lagi kita tengah struggle dengan kenaikan harga yang mendadak.
Tapi aku perasan, makanan ni banyak yang dah rosak, atau nak rosak. Kadang beli ikan, balik rumah nak masak dah busuk. Buang je. Sedih betul, nak makan pun berkira.

Nak beli ke tak?
Beli jugak.
Hidup.

Tiba-tiba aku teringat isu sayur recycle tak lama dulu.. adakah telah merebak ke pasar-pasar malam?


Kalau aku duk kat kampung, aku kutip aje daun ubi buat ulam harian aku.
Hidup kat bandar,
kena bertahan juga. 

20140129

1st time Luth dengan Car seat

Biasanya tiap kali nak pergi mana-mana aku akan riba Luth. Kalau ayah dia kerja, tak dapat ikut macam pergi klinik ke, Tok Ma yang akan ikut dan riba Luth. Jadi car seat dia memang tak pernah  guna lagi.  Since tak lama lagi kami bercadang nak balik kampung…aku  rasa dah kena ajar Luth duduk dalam car seat dia sendiri.

Berat oi..nak beriba sepanjang balik kampung nanti. Jadi, pergi klinik semalam husband aku pasangkan car seat dia.


Mula-mula duduk ceria lagi. Posing sebelum bergerak.
Lepas tu tak berapa ceria.
Tapi pasrah.. dan macam biasa sekjap naik kereta… dia tidur.

Balik klinik, beriba balik pasal kesian..Luth  nangis sikit kena cucuk. Sikit  je, tak sakitkan..hu..

Harap Luth tak banyak ragam nak balik kampung hujung minggu ni. Ho..ho..balik kampung..
E..entah kenapa balik kampung kali ni rasa excited sangat, hari-hari duk kira berapa hari lagi nak balik kampung.



20140128

Adik Beradik Kandung

Bila orang tanya aku adik beradik berapa orang aku sedikit tergangu nak jawab macam mana.
Short, simple but clear.

2 orang, sorang abang dan aku adik. 
Oh anak bongsulah. 

Tidak jugak. Ayah aku ada lagi 1, 2, 3, 4, 5, 6 anak yang dah besar bawah aku…dan 1,2, 3 anak yang masih kecil dan pak usu Luth yang lebih muda 3 bulan dari Luth. 

Ramaikan adik beradik aku? Orang kata ni adik beradik kandung juga bukan adik beradik tiri. Adik beradik tiri batal air sembahyang. Ni tidak.

Dulu aku tak suka bercerita pasal adik beradik aku. Aku rasa aib, marah dan entahlah… Boleh dikatakan tak ada sorang pun kawan-kawan aku familynya macam family aku.

Aku dah ada anak sekarang, semua perasaan tu dah hilang. Sikit-sikit aku dah lupa semua cerita lama. 


Forget and forgive..

Ye ikhlas. Masa depan aku tak tahu lagi.. doa nasib anak aku lebih baik.

Ahhh rasa nak nangis..hu.. 


12 orang. ke ada lagi yang aku lupa nak kira ni?

Bila berjumpa aku dengan adik berdik aku duduk berbincang panggilan untuk anak-anak buah. 

Abang sulung aku senang..Pak Long..aku no 2 entah… no 3 sampai 11 apa panggilan kita nak letak. Bongsu boleh panggil Pak Su.. Kalau ada lagi yang kecil coming soon..ntah. 



Tiba-tiba teringat kat adik beradik kat kampung..insyallah panjang umur kita jumpa.


20140127

Luth 6 bulan


Esok Luth dah 6 bulan. Sekejap je rasanya. 

Hu..sakit beranak pun tak hilang lagi... Terutama masa nak menabung..hu..hu..Aku rasa doktor dah salah jahit.. Laki aku suruh beranak lagi sekali, nanti doktor nak jahit...boleh bagi tahu doktor pasal salah jahit tu...boleh repair terus..hu..hu.
Tapi, tak ada apa sakinya kalau tengok betapa comelnya anak aku... ngrr.. anak SAPA? anak AKU.hu

6 bulan ni aku sangat teruja melihat perkembangan Luth. setiap hari ada sahaja teletah dia yang menghiburkan.

Merangkak
 Seminggu dua ni, Luth tengah cuba nak merangkak. Badannya dah terangkak tapi dia belum berani nak menapak lagi. Sekali sekala ada terjatuh..tapi jarang sangat jatuh. 

Menjelir
Lepas menyusu, Luth dah jadi tabiat menjilat bibirnya. Kadang-kadang dia menjelir. Comel tapi mak ayah dia marah. Tak sopan nak.

Memilih
Aku memang dah tak menyusu secara exclusive sejak dia lahir. Aku pernah cerita dulu. Tapi sampai sekarang aku masih mengepam setiap hari. Luth memang suka susu aku kalau nak banding dengan susu formula. Kadang-kadang dia refused nak hisap susu formula. Rasa tak sedap kot

Makan
Aku dah langgar pantang misi. Aku dah menyuap makanan kat Luth sejak umur 4 bulan lebih. Mana boleh tahan kalau dia asyik tengok aje apa aku makan. 

Tengok...Aku nak makan pun segan tau.. 

Syukur, 6 bulan pertama ni Luth tak pernah jatuh sakit...sihat, aktif sentiasa. Semoga Luth dijauhi penyakit. Insyallah.

Esok Luth ada injection untuk 6 bulan, harap semuanya okey. 
Last inject 5 bulan, Luth tak nangis pun..harap esok pun behave macam last month ye..



20140124

Apa yang tak kena dengan Toilet ni?


Hari Jumaat yang aman...

Winter Olympics in Sochi, Rusia














































TWIN TOILET.
aou....
ada berani?

20140121

Melabel balang dapur


Aku selalu tengok kekawan duk melabel segala barang. Bagi aku, sesetengah benda tak payah label pun tak apa. 

Tapi bila aku dah start melabel barang dalam stor tu.. Aku jadi ketagih melabel.
Sampai ke barang dapur aku melabel. Padahal memang terang lagi bersuluh isi kat dalam tu. Macam tadika pulak.



Gula is sugar
Ha..


Aku conteng label dengan surat khabar. Konon recycle old news paperl lah. Then aku tampal nga sole tape buat laminate..
CEh.

akukan penyayang...


20140120

Rekod 6 tahun yang lalu

Aku dah duduk menyewa rumah ni dari zaman bujang sampai dah beranak pinak. Jadi, memang banyaklah khazanah aku kat rumah ni. Bila bongkar-bongkar khazanah dalam stor weekend baru ni. Aku jumpa balik buku catatan harian perbelanjaan aku dulu. Nostalgia betul.


Rekod perbelanjaan aku 6 tahun yang lalu.

Bila ada rekod ni secara tak langsung perbelanjaan aku lebih terkawal. Nak membeli pun rasa takut-takut. Takut tengok angka yang aku rekod. Rasa membazir kalau nak beli benda mengarut.

Aku mula berkerja pada 17 March 2008. Hari isnin. Ni hari pertama aku kerja dan kerja pertama aku.

Harga roti Gardenia pada 6 tahun yang lalu ialah RM2.10. Sekarang RM2.40. 

Resit-resit ni dah luntur warna. Tak berapa nampak lagi apa aku beli masa tu.

Bila ada rekod ni aku dapat merancang perbelanjaan aku, Sekurangnya aku tahu bila masa nak beli beras, lampin anak, sabun dan sebagainya. 

Sebelum ni, aku tak berapa ambil pusing harga barang yang aku beli. Dulu, kalau kau tanya berapa harga roti Gardenia yang selalu aku beli… aku tak tahu.


Aku pernah cerita pasal rekod perbelanjaan yang aku nak mula buat balik bulan lepas..
Alhamdulillah sampai hari ni, aku masih rekod lagi perbelanjaan harian aku. Kadang-kadang ada juga ter- skip, ter- miss, then aku cuba ingat-ingat balik dan tulis balik. 

20140119

Mengemas stor

Seriuosly, aku memang tak sempat nak mengemas hari-hari.


Tempat paling sepah tentulah bilik stor.. semua sumbat kat dalam bilik ni. TUTUP pintu, settle kerja menyorok aku. Nak guna barang...sepahkan balik. Tak jumpa, beli baru. 

Hujung minggu yang panjang ni sempatlah nak mengemas sikit. 
So, aku susun balik kotak-kotak. Check dan label balik barang-barang dalam stor ni.


Sebahagian barang aku dah label cantik-cantik. 


 Rak ni aku letak stok barang dapur yang aku guna kerap sikit tapi bukan harian. 




Tak berapa kemas lagi. Tapi sudah senang nak cari.


20140115

Selamat Hari Tua

18 tahun aku masuk Uitm Shah Alam. Kiranya aku nga kawan-kawan aku lah paling MUDA remaja. Semua orang kat kampus tu kita panggil kakak, abang. Kadang-kadang rasa staf yang kerja kat Uitm tu nampak tua sikit kita panggil makcik, pakcik.

Zaman aku masuk U dulu sangat havoc. Kalau musim Konvokasyen ada konsert. Masa ni la 1st time aku jumpa Ziana Zain, Liza Hanim, Noraniza Idris dan ramai lagi artis yang seangkatannya. Siti Nurhaliza, aku tunggu jugak concert percumanya, tapi tak ada. Agaknya tak mampu nak bayar kot. Paling koman pun artis Akademi Fantasia. Ada jugak live band datang.. aku ingat kumpulan Spider ada datang kat hostel, oh, sedap gila suara dia menyanyi live.

Masa riang-ria kat Uitm sangat panjang.

Lepas habis Diploma aku sambung Degree kat situ gak.. entah apa masalah transfer credit..aku kena sambung degree sampai lebih dari 3 tahun.. Lama gila.

Masa tu aku rasa akulah pelajar paling tua kat Uitm.

Junior-junior panggil aku kakak. Kakak..

Zaman concert pun dah berakhir kat Uitm. Mungkin peralihan kuasa dari YDP yang havoc ke YDP yang lebih Islamiah. Masa beralih dari zaman Ziana Zain ke Ustazah Norbayah. Time tu jugak lagu nasyid sangat popular.

Kau Tahu Ku Merinduimu
Ku Tahu Kau Menyintaiku…Oh…Kasih
Bersabarlah Sayang

Zaman riang-riang yang panjang macam semalam je berakhir...

Esok aku dah...
 Hah..

Anak aku kecil lagi pasal aku kahwin lewat. Ada member sekolah yang kahwin lepas SPM, maksudnya anak dah masuk sekolah menengah.

Aku dah pangkat makcik-makcik.

Tak lama lagi habis sekolah. Jodoh cepat, kahwin. Pastu ada anak..pastu cucu.

Nenek..grrr.

Cepat nya masa berlalu.

Baru semalam aku rasa mak aku dukung aku masuk bilik tidur lepas aku terlelap tidur depan tv.

Selamat Hari Tua

20140114

Cerita kangkung

hi.
masak apa hari ni?




buat ulam.
rebus.
kalau kaya sikit..kita goreng belacan...
hi

20140110

Pencetus Ummah: Doa yang tidak dimabkur


Aku follow jugak rancangan Pencetus Ummah kat Astro. Aku rasa ni antara rancangan Astro yang aku tak ketinggalan. 

Aku suka PU Yeop, ha..ha.. sebab dia kelakar.

Betul, imam aku tak kuat, kena ada kelakor-kelakor baru otak aku boleh masuk sikit.



Sapa tengok final Pencetus Ummah mungkin ingat sketsa PU Yeop.


3 jenis doa yang tak di makbur

1. Doakan kejatuhan orang lain

Mintak biar orang lain tak berjaya, biar kita sorang je berjaya. 

2. Doa benda yang haram

Contohnya minta biar kena nombor ekor, nanti boleh beli susu anak

3. Doa tak bersungguh-sungguh

Jenis malas, 

Doa sama macam semalam.


Bila sampai no 3 tu, terasa jugak..
Mmmm...
Sungguh aku terasa, doa aku tak bersungguh-sungguh.


20140109

Sibuk setahun sekali

Ada masanya aku rasa bosan sangat-sangat dengan kerja aku.  Bosan sampai aku selalu moody. Asyik fikir nak berhenti kerja je..

Setiap hari aku kena fikir apa aku nak buat hari ini. Aku tak ada kerja.

Bos, tolonglah bagi aku kerja. Aku bosan sangat-sangat. Aku dah tak tahan mengantuk ni. Nak minum kopi pun dah tak larat.

Aku rasa company dah tak perlukan aku lagi, baik aku membawa diri…. Aku nak resignlah macam ni.

Aku dah tak tahu nak buat apa lagi, nak buat-buat sibuk. Nanti orang kata aku makan gaji buta. 

Aku rasa sangat tertekan, kebosanan yang melanda ini. Tak ada siapa yang faham perasaan aku. Walaupun kekanda tercinta.

Bestlah tak ada kerja.

Tension tahu.


Bulan Januari, mcam tahun-tahun sudah  aku sangat-sangat sibuk. Sampai aku tak tahu nak buat kerja yang mana dulu. Sampai aku pening dan jadi blur sekejap. Makan pun tak berapa nak kenyang, mandi pun tak berapa nak basah, gitulah  ibaratnya. Fikir banyak lagi kerja tak siap.  
Jadi aku tak nak merungut walau aku sibuk bulan ni.

Lepas ISO Audit ni settle kerja aku. Raya Cina hujung bulan ni aku boleh ambil cuti lama-lama sikit.



Eh, sibuk pun boleh update blog lagi.
Release tension beb..
hi.hi.. aku tak moody bulan ni.


20140106

Sapa nak baucer RM20?


Baru-baru ni aku ada beli tupperware dengan harga RM8 je. 


Ada 10 pieces pelbagai saiz. Ada bag plastic lagi untuk simpan buah dan sayur. Kononya kalau simpan dalam makanan dalam tupperware ajaib ni, makanan tak cepat rosak. Aku nak review lebih pun aku belum betul-betul test lagi.



Pasal apa murah sangat? Pasal aku dapat baucer RM50. Harga asal dia RM58, jadi aku bayar RM8 je.
Macam mana aku dapat baucer murah? Pasal mungkin aku orang yang terawal daftar nak baucer ni masa iklan kat everyday onsale kot (kalau tak silap) .

Tapi aku main tipu, aku daftar guna banyak email. Bertuahnya aku dapat 1 baucer RM50. Email lain aku dapat RM20. Aku ingat nak beli lagi. Mungkin guna alamat mak aku, mentua kau, kakak ipar aku. Tapi aku tak tahu nak beli apa, lagi pun aku kan tengah berjimat. Kan aku dah war-warkan pasal aku nak berjimat nak beli rumah. ( Aku dah jumpa rumah berkenan. Tapi duit aku belum cukup, lagi pun target aku januari 2015 baru cukup aku  kumpul duit nak buat downpayment  Sedih tahu, harap-harap tak ada orang berkenan beli rumah tu, sampai cukup duit simpanan aku. Arh.)

Berbalik kepada baucer RM20 tu, aku rasa baik aku bagi aje kat sapa yang nak. Korang  view dulu kat http://www.rakuten.com.my/ barang apa yang korang berkenan. Kalau ada berkenan nak beli, aku boleh bagi baucer ni.


Korang drop je email kat komen kat bawah ni. Kalau sorang dua, kira orang tulah dapat. Kalau ramai yang nak, aku baling dadu. Aku bukak sampai hari Ahad ni ek. Kalau tak ada yang nak, kira burn je lah kot. Aku ada beberapa baucer RM20 dan korang kena beli barang yang harga lebih RM25 tau, expired Jan 31 Januray 2014. Korang checklah postage mcam mana. Macam tupperware yang aku beli tu free postage. Tapi ingat, aku tak bertangungjawab atas apa-apa masalah dalam pembelian tu. aku cuma forward email yang aku dapt je ek..


Maaflah ni je mampu aku bagi kat korang. Kalau nak lagi hadiah..korang g lah daftar kat sample percuma. Ishk, kedekutnya aku. Aku tengah struggle giler-giler nak beli rumah ni..

Luth, model iklan tupperware tak berbayar. Ceh..


Salah ke aku panggil bekas plastik ni tupperware? dari aku kecil sampai aku tua, aku panggil benda alah ni tupperware. 

Rumah aku tak ada lagi bekas plastik brand Tupperware. kesian aku.


20140104

Seksa aku nak update blog

aku pakai laptop opis pasal aku tak de laptop.
(pasal aku kedekut hi)

dah lebih 5 tahun aku pakai,tak pernah rosak, tak pernah kena virus. (aku guna virus defend avast free je)
sekarang keyboard pun banyak dah  tak funcion. hu..hu..admin kata tak leh repair keyboard.
dia belikan aku keyboard desktop kat aku. malas aku nak pikul bawak balik. dah lah laptop ni pun berat gedabak.
kesian aku. sok..sek..

aku malu nak mintak laptop baru. hu.hu..

aku rasa kena cari laptop sendiri ni.. brand apa ek murah berkualiti?

seksa aku tulis entry oh.



pakai on-screen keyboard, 
macam i-pad, 
ceh.

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...