Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140228

Panik air nak kena catu


Aku ingat Rawang tak terlibat dengan catuan air. Aku duk gelak kat mak aku yang panik, tadah semua baldi air kat rumah lepas Tan Sri Khalid bagi tahu nak catu air serta merta esoknya. Then tangguh sampai khamis dan sampai hari ni masih ada air lagi.

Baldi air pun dah kosong, takut jadi tempat pembiakan nyamuk pulak. Tengok-tengok hari ni dah confirm, Rawang pun kena catu bermula Ahad ni. Tu lah kata, dengar guruh dilangit air ditempayan dicurahkan. Aku rasa cukuplah kot baldi-baldi kat rumah tu nak isi air. Kalau korang tak ada lagi tong air, cepat-cepat beli...aku takut nanti tong air pun naik harga esok.


Nampaknya esok aku kena pulun habis-habisan membasuh baju besar-besaran. 

Rawang ikut Zon 2. Ahad dan Isnin ni tak ada air.
Lain-lain kawasan boleh search kat Syabas.


Kilang aku pun dah kalut, kena prepare kalau-kalau machine nak kena shut down. Kalau air tak cukup, cooling system tak function, machine pun tak dapat nak operate. Tak tahulah berapa lama machine ni boleh bertahan. Ni kali pertama berlaku sejak aku kerja sini. Adohai, macam-macam kalau tak ada air ni.





Sekarang ni musim panas. Nak kena minum air banyak-banyak nanti terhidrat.
Bila banyak minum air ni, asyik rasa nak terkencing pulak, dah masalah.



Bercantik-cantik dengan skirt labuh

ala-ala hijabista untuk suami tercinta.

Aku ‘perasan aku ni stylo’.

Oleh kerana aku nak tulis entri pasal skirt labuh, aku ingat naklah tempeklah gambar aku pose ala-ala hijabista. Puaslah aku geledah almari aku nak cari skirt yang konon paling cun boleh aku pose..tapi tak jumpa. Apa yang ada, skirt pregnant aku. Aku takut nak pakai, takut korang cakap aku ngandung lagi.

Kemudian baru aku perasan… siang malam, hari minggu aku berkain sarung batik. Nak keluar bersembang dengan jiran-jiran pun aku sarung kain batik.

Paling aku tak malu, jiran aku boleh tegur aku…

Apasal kau pakai kain sarung terbalik?

Eh terbalik.

Aku bukan pakai kain sarung terbalik yang sebelah dalam berjahit kat luar, Cuma bunga kain sarungnya yang terbalik. Manalah aku ada masa nak tilik mana bunga, mana batangnya, mana akarnya. Teliti betul jiran aku, boleh dia perasan.

Aku kan ada anak kecil. Dapat ikat kain sarung, tak terburai dah cukup bagus. Alasan.

Tiba-tiba aku rasa bersalah kat suami aku. Apasal aku jadi selekeh sangat sejak beranak ni? Baru anak sorang ni. Jadi mak-mak sekalian marilah kita bercantik-cantik untuk suami tercinta.

Aku dapat tahu yang tengah intrend dan banyak permintaan daripada golongan berhijab sekarang ni maxi skirt labuh. Kat Zalora, maxi skirt labuh corak Aztec dan tribal paling hot. Skirt labuh ni sesuai dengan pelbagai tops seperti blouse, peplum tops dan lain-lain.


Aku yang tak berapa nak hot ni aku lebih suka yang jenis plain. Senang nak matching dengan tops bercorak atau plain.

Boleh refer Youtube nak tengok yang lebih pakar macam mana nak gayakan skirt labuh dengan tops dan accessories. Takut tak kena gaya, jadi pokok krismas bergerak.

Kata penaja, kalau nak bercantik-cantik ala-ala hijabista kena beli skirt labuh. Nak beli jangan beli kat lain. Kena beli kat Zalora baru cantik.

Dan yang paling penting, untuk mak-mak yang sibuk macam aku ni… kau kena beli skirt labuh ni sebab kau boleh sarung aje skirt ni. Time urgent, anak kau merengek-rengek..tak payah nak teliti sangat mana akarnya, mana bunganya. Risiko nak terburai pun sangat rendah.

Lepas entri ni keluar aku ingat nak sambar skirt ni kat  Zalora then pose ala-ala hijabista dengan kekanda aku. Aku terbayang aku berlari-lari anak dikejar kekanda kat tepian pantai sambil kepit skirt..angin kuat sangat.


Kat mana Luth?
Ma jaga jap.


20140227

Kelebihan anak lelaki sorang

Anak aku sorang ni je lelaki. Kalau dia cakap, adik nak tengok papa panjat pokok kelapa, pas tu terjun… pun aku sanggup. Anak lelaki aku sorang ni je. Tak ada dah yang lain.


Beberapa hari lepas saudara mara kekanda aku datang rumah. Macam biasalah kalau dia orang berborak aku tak masuk campur sangat. Tambah pulak yang datang tu semuanya kaumnya. Aku cuma jadi tukang dengar je la. Jenis tak boleh bantah…kena angguk-angguk je.

Berapa kau beli binatang tu? Mahal jugak kan.
Binatang kijang ni aku beli rm20+ je. Luth tak minat. Mungkin dah besar sikit baru dia nak main kot.


Aku beli kereta bateri kat anak aku. 300 ratus lebih. Tak sampai tiga hari dah rosak. Punah dia godek-godek.

Aku tak habis sangat kat Luth.. Susu pun minum susu Dutch baby je. Murah.

Kecil lagi.. nantilah dah besar. Susu mahal tu bukannya bagus sangat kalau kau baca tulisan orang putihnya. EXYZ bagus. (susu mahal ni), aku bagi kat anak aku sampai 2 tahun.



Saudara aku ni bukanlah orang berada sangat. Kalau yang jenis senang aku tak kisah sangat. Tapi kalau lihat dengan keadaan hidup mereka sekeluarga, aku rasa boleh dikategorikan agak susahlah. Saudara aku ni bawak teksi, baru lepas operate jantung, selalu kena buat rawatan susulan kat hospital. Isteri dan anak-anak dah dihantar ke kampung. 

Aku tak tahu nak rasa kagum ke kasihan. Aku percaya, dia banyak berhabis untuk anak bongsu lelaki sorang ni. Bukan tak sayang anak perempuan yang 3 orang lagi tu. Tapi ni kan anak lelaki sorang.

Sapa tak sayang anak. Aku doa-doa biarlah anak lelaki sorang ni (juga Luth) jadi anak yang soleh. Boleh jadi tempat bergantung mak ayahnya bila dah tua nanti. Ingatlah betapa sayangnya mak ayah sanggup bersusah nak besarkan dia.


Aku bagi Luth susu gantung je, FOC. Dah lah berkhasiat, sedap pun sedap..macam-macam perisa. Ikut mak dia rasa nak melantak apa. Susu Dutchbaby tu buat topup je. 2, 3 bulan sekali baru beli. Tu yang jimat. Oleh kerana Luth pun masih kecil benar dan susu DutchBaby pun sesui aje..aku stay la guna susu murah ni. Tapi kalau ada company susu baca blog ni dan nak suruh aku cuba susu... 
Aku nak..asalkan halal.


20140226

Merangkak pun belum pandai

Ada hati nak berdiri.



Aku rasa Luth ni dah tak boleh merangkak. Ada lah sesekali tengok dia angkat punggung macam nak merangkak..baru setapak 2 dah berhenti. Akhirnya, turunkan badanya.. heret la badannya. Lambat benar nak merangkak. Tak sempat nak ekor mak. hah.

Menjelang 7 bulan ni, asyik nak bangun je. Kalau aku baring, jadinya aku ni tempat gantung dialah. Dapat diri, lepas tangan satu..pastu 2 belah. Pas tu nak jatuh..hah..dah aku tak boleh baring-baring, rehat-rehat..ha.. Tertonggeng-tongeng punggung kat muka aku, sibuk nak berdiri. 

Kalau duduk sendiri dia tak berapa pandai lagi. Tapi kalau nak makan aku dah boleh dudukkan dia, lekat lamalah jugak dia duduk sendiri tanpa sokongan. Makan dah tak berapa nak sambil baring-baring. Dah besarkan..mana boleh makan sambil baring.

Kena buka sikit baju time nak makan..tak nak dia, kalau aku pakaikan bip. 

dah besarkan.. huh.


Kagum betul aku.hah.




20140222

Pintu Taubat sentiasa terbuka


Ada seorang pemuda telah berjumpa seorang rahib.
Aku telah membunuh 99 orang. Aku ingin bertaubat. Adakah diterima taubatku ini?
Tidak sesekali.
Jika begitu, biar aku cukupkan.
.


Kemudian, dia berjumpa seorang beriman. Bertanyakan soalan yang sama.
Aku telah membunuh 100 orang. Aku ingin bertaubat. Adakah diterima taubatku ini?
Iya.
Jika benar engkau ingin bertaubat. Engkau kena berubah. Berpindahlah engkau. Persekitaran sekarang tidak lagi sesuai dengan kau yang baru. Cari kawan baru. Kawan yang boleh menolong kau. Jika engkau masih disini, takut-takut kau akan dipengaruhi lagi.
Baik.

Dalam perjalanan perpindahan penghijran ini, ditakdirkan pemuda ini telah mati dalam perjalanan.
Sekian matinya dia. Datanglah malaikat Azab ingin membawanya ke Neraka. Juga malaikat Rahmat ingin membawanya ke Syurga.
Dia telah datang dalam keadaan taubat, maka Syurgalah tempatnya.
Tidak. Dia belum berbuat apa-apa lagi. Neraka lah tempatnya.

Lalu, Allah mengutuskan malaikat ke tiga dalam rupa manusia untuk mengadili.
Ukurlah jarak matinya dari tempat asalnya dengan tempat dituju. Mana yang lebih dekat. Situlah tujuannya.
Setelah diukur, hanya setapak lagi ke tempat di tuju. Maka, malaikat Rahmat membawanya ke syurga.

#Rahib: Orang yang kuat beramal tapi tidak berilmu.
#Allah perintahkan bumi, pendekkan jaraknya dengan kehendaknya
#Malaikat ke3 berupa manusia, manusia itu lebih mulia tempatnya walaupun malaikat tiada dosa.


Cerita aku dengar kat tv hijarah Madrasah Ilmu. Ayat tak sama, ceritanya lebih kurang begitulah.


20140221

Nak berkepit je

Luth dah makin cerdik. Macam biasa pagi-pagi lagi dia dah bangun. Biar semalam tidur jam 12 malam, paginya dah bangun. Sama sibuk dengan mak ayah dia nak pergi kerja.  Sekarang dia dah reti hulurkan tangan minta didukung. Mulut pun berkicau, walaupun cuma bunyi huh..hah..huh..hah.

Macam biasa, sebelum pergi kerja aku cium dia.

Luth, 
Be a good..good boy in the world today.
Tak mau nangis-nangis, susahkan Tok Ma.
Kalau ngantuk tidur dulu.
 Petang nanti, tunggu mak balik.
Mak bawak balik susu banyak-banyak…


Pagi tadi dia tak menangis. Dia cuma renung aku masa aku letakkan dia kat tilamnya. Mulutnya huh..hah..huh..hah..tangan nya terawan-awan.

Aku biarkan.

Tapi hati ni sayu. Lama aku kat pagar rumah.
Rasa tak nak pergi kerja , nak duduk rumah je. Nak duk rumah dengan Luth.

Tapi, ada banyak lagi benda nak difikir. Nak dikira.

Aku selalu tepek gambar dia kat blog,

1. Sebab dia comel


2. Sebab aku selalu rindu dia.

Kenegerian


Laki cekik bini.
Bini potong anu laki.
Kat mana lagi..semua benda macam ni kat negeri Kelantan. Kat lain tak jadi macam ni.
Negeri miskin. Tok Nik tak reti jaga. Punah habis.  Sini mana ada benda-benda macam ni.

Panas juga. Dah lah kutuk depan-depan aku. Lupa ke kami laki bini, anak beranak orang Kelantan. Orang tua. Malas aku nak bahas. Cepat-cepat aku angkat kaki, blah dari group sembang dia orang. Banyak lagi kerja aku nak buat. Ingat keluar sekajap, bawak Luth ambil angin, tapi aku pulak yang rasa nak naik angin.


Aku tak suka korang ajuk cakap aku. Lidah aku pelat, sebab aku orang Kelantan kuat makan budu.
Aku tak reti nak cakap K eL.

Kalau aku balas balik, aku takut iq aku jadi sama level nga makcik. Tapi aku angin-angin jugak laki aku.


respect each other.
peace



20140220

Pendapatan isi rumah


Mencari rezeki itu sebahagian tanggungjawab suami.
Apa pulak nak kira pendapatan isi rumahkan.

Ayah penoreh getah
Mak taukey kilang getah

Kat depan kilang laki dia banyak pokok getah.


Kalau nak dapat duit lebih, bolehlah toreh getah tu.
Laki aku suruh cari sapa punya tanah getah ni, mintaklah nak menoreh. Getah pun mahal lagi sekarang ni.


Laki aku memang part time penoreh getah masa kat kampung dulu.


Makanan Luth 6 bulan ni

Aku pernah cerita dulu, aku dah langgar pantang bagi bayi makan seawal 4 bulan lebih. Ni semua angkara laki aku yang tak sabar nak menyuap Luth. Kesian katanya tengok anak terliur tengok orang makan.


Aku ada buat survey, ramai juga pakar-pakar kata seawal 4 bulan bayi memang sudah bersedia untuk makan. Cuma seeloknya tunggu sehingga 6 bulan. Sebab takut bayi tak dapat hadam, alregik atau tercekit. Alhamdulillah, setakat ni semuanya baik-baik je. Luth boleh terima semua makanan yang aku bagi. Aku pun tak adalah mak yang tak bertanggungjawab sangat, dah tentulah makanan yang aku kira berkhasiat baru aku bagi.

Awal-awal dulu,  laki aku yang paling excited gorengkan tepung beras buat bubur kat dia. Tepung tu dia letak dalam tappurware, then bila nak guna, bancuh dengan air panas. Memang Luth suka, senang nak telan. Tapi aku fikir macam-macam. Aku cakap kat laki aku, aku rasa tepung beras tu tak bersih, beras tak basuh..dia mesin beras tak basuh. Even laki aku cakap dah goreng masak-masak…pun aku rasa kesian, anak aku makan benda yang tak best. Ha..ha.

Then aku beli tepung beras perang yang dalam packaging yang cantik dan aku rasa macam organic dan berkhasiat gitu. Luth makan je. Tapi bila aku cuba, rasa pahit dan tak sedap. Betul-betul untuk orang ada penyakit kencing manis. Tawar dan pahit. Kesian Luth. Tak pe, berkhasiat kan. Nak bagi rasa  manis dan sedap sikit, aku lecek dengan buah-buahan. Kadang pisang, betik, buah naga, mangga, ikut stok buah apa yang ada kat rumah. Menyanyi-nyanyi budak ni makan.

Aku ingat tak sampai 5 kali pun aku masak bubur kat dia. Sempat la Luth rasa bubur nasi, ayam, carrot, bayam aku masak fresh-fresh. Betul tak menyempat.  Masak bubur ni lama sangat. Lepas tu, aku rebus banyak sikit isi ayam, goreng carrot dengan marjerin bagi rasa sikit,  simpan dalam peti ais. Bila nasi dah masak,  panas-panas, aku lenyek-lenyekan, campur dengan isi ayam dan carrot yang direbus tu. Campur sikit air panas. Berketul jugak, tapi dia boleh telan.

Bila nak cepat, aku guna beras perang campur dengan isi ayam dan carrot yang dah direbus tu. Beras perang ni selalu aku bawak kalau aku nak tinggalkan rumah lama, macam bailk kampung ke, senang nak bancuh.

Waktu sneknya, aku lenyek buah. Paling dia suka buat betik, pisang dan buah naga. Sebab buah tropika tu lah yang selalu aku beli. Murah. 

Minggu lepas masa pergi shopping singgah tempah makanan bayi. Teringin pulak nak belikan makanan bayi buat Luth. Beli Baby Bites Rusk dengan Cerelac. Wow, sedap rupanya makanan bayi ni. Kalau Luth tak nak makan, mak boleh habiskan. 

Biskut ni buat Luth gigit-gigit. Kotaknya kata perisa sayur, tapi tak rasa sayur.

Yogurt cerelac ni aku rasa manis sangat. Sedap sangat kat tekak mak ni. So, aku campur dengan beras perang . Kurangkan manisnya.

Tu lah makanan budak 6 bulan lebih ni. Aku rasa dah macam-macam sebenarnya masuk tekak budak ni. Gulai ayam, budu pun dah dirasanya. Ni angkara ayah dia.

Mak doa, Luth sihat selalu ye. 


Luth dah naik sebatang gigi belah bawah. Lagi 2 minggu nak masuk 7 bulan. Mak nak tengok gigi dia pun susah. Kena buat dia ketawa dulu baru nampak.. gigi nak sebatang.  

3 jenis kuih, tak buang makanan

Ada 3 jenis kuih yang mudah aku buat, jadi penyelamat, tak membazir dari dibuang.

1. Cengkodok pisang, bila sedar-sedar pisang dah jadi hitam legam.
Pisang+tepung gandum+gula+garam+serbuk penaik
Gaulkan aje. Goreng.

Pss..Aku tengah cari kaedah nak buat cengkodok pisang aku jadi bulat comel macam beli kat kedai. Kalau korang tahu, sila beri tunjuk ajar..hi.

2. Puding roti, bila sedar-sedar roti dah nak expired.
Roti+susu cair+ kastad+kismis+ gula+ marjerin+ telur
Blenderkan je semua. Bakar. Tapi sejak aku dah berkahwin ni jarang pulak roti nak expired. Kena beli roti khas kalau sesekali teringin nak makan puding roti.

3. Apam nasi, bila nasi semalam tak habis.
Nasi+air+tepung gandum+tepung beras+gula+garam+yis
Blenderkan je semua.
Peram 2,3 jam biar naik. Kukus.
1st time buat aku tertukar tepung pulut dengan tepung beras. Selain plastik tulisan siam.. aku cuma nampak rice je.. gluta kat depan tak baca, nil ah kaedahnya bila semua benda nak cepat..bace sepintas lalu..dan hasilnya apam nasi aku melekat kat gigi bila makan. Laki aku pun agak konfius apekebenda kuih padat dan kenyal. Ditelan dalam keterpaksaan.

2nd time aku buat baru gebu sikit. 


Ada lagi tak kuih yang boleh aku buat? Tak mau leceh-leceh.

MINI GIVEAWAY! HAPPY BIRTHDAY TENGKUBUTANG


Semoga Tengkubutang panjang umur dimuraahkan rezeki.


FEBRUARY 2014 GIVEAWAY


FIRST GIVEAWAY by IZNI SOFIA


Top commentators widget


Buka page element
Klik add gadget
Pilih html/javascript
Salin Script kat bawah ni:
<!-- Top commentators widget v1 Start -->
<script type="text/javascript">
function getYpipe(feed) {
 document.write('<ol>');
 var i;
 for (i = 0; i < feed.count ; i++)
 {
 var href = "'" + feed.value.items[i].link + "'";
 if(feed.value.items[i].link == "")
var item ="<li>" + feed.value.items[i].title + "</li>";
else
var item = "<li>" + "<a href="+ href + '" target="_blank">' + feed.value.items[i].title + "</a> </li>";
 document.write(item);
 }
 document.write('</ol>');
 }
 </script>
 <script src="http://pipes.yahoo.com/pipes/pipe.run?
 YourBlogUrl=http://petakbunga-diari.blogspot.com/
 &ExcludedNick1=Petak Bunga
 &ExcludedNick2=PetakBunga
 &ShowHowMany=10
 &_callback=getYpipe
 &_id=23022d7836bf2dd3c10a329feb9be26a
 &_render=json"
type="text/javascript"></script>
<span style="font-size: 80%; float:right;">Get this <a href="hhttp://petakbunga-diari.blogspot.com/2014/02/first-giveaway-sempena-pembukaan-syofia.html</a></span>
<!-- Top commentators widget End -->


Your Blog URL: masukkan URL blog anda
Exclude Nick 1: Tulis nama pena blog anda ( supaya komen anda tidak tersenarai)
Exclude Nick2: sama juga
ShowHow Many: Jumlah Pengomen..

20140217

Belajar daripada pengalaman

Dia selalu cerita kisah zaman muda-muda dulu. Sekolahnya asyik ponteng. Pergi sekolah ikut rasa senang nak pergi. Cikgu dah tahan sabar.Periksa jarang-jarang lulus.

Mudanya bergaul dengan segala macam manuasia. Dulu nya jenis berang. Kini tidak lagi. Pengalaman dulu jadi pengajaran. Tak akan ulangi lagi. Masyallah. Bukan nak dibangga, cuma nak bagi tahu Dia sekarang dah tak macam dulu lagi. Dah banyak berubah sangat. Susah hidup dulu, Allah masih sayangkanya, jauh dari terus hanyut. Aku tak akan faham, sebab aku tak pernah lalui. 


Aku tak pernah kena marah kat cikgu.
Aku tak pernah ada musuh.
Aku tak pernah gagal periksa.
Aku budak baik.

Kalau tulis novel cerita aku sangat bosan. Tak ada tril. 

Kadang-kadang kita tak perlu mengalaminya sendiri, untuk belajar. Bukan ke orang yang bijak tu belajar daripada pengalaman orang lain. Yang tak berapa nak bijak pulak, nak rasa jugak baru nak belajar. Kalau boleh balik ke pangkal jalan, alhamdulillah. 

Kalau tak, karamlah kau.

Ingat ye Luth pesan mak ni..



Bila kau nak besar, mak tak sabar nak membebel..ko asyik wat muka blur je bila mak bebel. .

20140214

Pembawa Virus


Aku dah ambil ubat batuk pun tak berkesan. Aku macam alah dengan ubat batuk, bila minum mesti muntah balik.  Antibiotik pun dah habs aku telan.

 Virus batuk aku dah merebak kat teman-teman di ofis. Batuk-batuk manja dah berbunyi. Tekak dah gatal la tu. Bengan je diaorang. Ampun, aku dah tutup mulut, basuh tangan sekerap mungkin.



Aku dah suruh diaorang buat complain kat doktor ..cakaplah  aku ni bawak virus.
Bagi aku MC 2 minggu
(dekat 2 minggu dah batuk aku tak okey lagi).
Bahaya ni…karang merebak semua orang. Tutup kilang ni..kuranglah pendapatan negara.
Masalah negara ni.
Kalau aku mintak MC kat doktor mesti tak bagi punya pasal aku tak deman.
Ho.


Aku dah cuba minum madu nga limau. Tak jalan jugak.

Semalam bos aku suruh masak coke dengan halia. Aku confius sikit, guna coke, macam tak natural remidies je..guna coke, tu kan macam ada chemical jer..
Cubalah.. Dah suku botol besar aku minum. Tak okey jugak lagi hari ni.  Batuk memang susah nak sembuh.

Member aku cakap, coke ni asal penciptaannya nak buta ubat batuk. Eh tak bahaya ke kalau gitu. Tak jadi buat ubat batuk jadi coke.. ke tak jadi buat coke, jadi ubat batuk.


Lama-lama hilang gitu je…dah lama tak sakit, kena sakit jugak sekali sekala baru rasa nikmat sihat.

Tak pernah menipu



Bila awek tanya.
Dah kahwin?
Pernah.. dulu. Sekali.

 Jujur kan abe kita.

Sekali sekala kena layan gak impian orang nak berbini muda. Kadang berbuku dalam dada, tak leh lepas..jadi penyakit hati.
Aku dah izin.

Syaratnya, kena lagi baik, lagi cantik, lagi bijak dan lebih serba serbi dari aku.

Bila dah jumpa orang yang lebih daripada aku, bagi tahu aku.

Aku redha, sebab aku dah tahu MASA TU..
 aku dah tak lagi baik, dah tak lagi cantik, tak lagi bijak di MATA DIA.



cerita favourite laki aku


Eh kami laki bini okey2 je ek.. tak payah nak fikir bukan-bukan..saja melayan lawak tawar dia.


20140213

Cukuplah kahwin sekali

Aku balik cuti raya cina baru ni lama sikit pasal kenduri kahwin sedara mara. Kebetulan 2 orang 2 pupu belah laki aku kahwin dekat-dekat. Mr Pej dan Mr Kam dengan pasangan masing-masing. Selang sehari dua hari je.

Sempatlah aku laki bina attend majlis akad nikah diaorang berdua. Excited gak aku, maklum lah masa aku kahwin dulu aku tak dengar pun masa tok imam tu akad nikah kami. Kami nikah kat masjid, tak guna microphone pun, dah lah aku kena duduk jauh. Macam cepat sangat, tiba-tiba aje dia dah baca doa, then diaorang panggil suruh sign surah nikah. Tak tanya dulu akau setuju ke tak tok imam ni, mana tahu aku kena kahwin paksa ke… Tak sempat aku nak feeling-feeling sedih, berdebar. Huh.  

Jadi kali ni aku dapat dengar betul-betul dengan jelas. Baru aku perasan, ada lain sikit susunan perkataan jawab akad dia. Seingat aku, abang aku kahwin kat Selangor dulu panjang sikit, kena sebut nama pasangan,  nikah katKelantan tak payah. Juru akad je sebut nama. Yang jawabnya, tak payah sebut. Senang lah.(aku rasa) Abang aku dulu, tak sebut perkataan ‘nya’ je pun dah suruh ulang sekali lagi.

Berbalik cerita 2-pupu kita yang nak kahwin ni…

Alhamdulillah yang Mr Pej tu dengan sekali akad je  dah lepas. Hah..dah lepas azab dia, makin eksyen lah leh nyakat Mr Kam ni  yang belum lepas.  Boleh pulak jenis kaum kerabat yang jenis kaki nyakat. Hari-hari jumpa duk nyakat sedara yang berdebar ni. Tapi memang patut pun kena, semua kaum kerabatjenis ni..hu..ha..hu..ha..suka ngenakan orang, tibalah giliran orang nak ngenakan dia pulak.

Aku terima nikahnya 2 rakaat…

Duk ngulang-ngulang ayat ni. Gila tak nervous, nasib baik tak terkeluar masa akad nikah.

Mr Kam nikah kat masjid. Kami sekeluarga dah siap awal-awal tunggu tok imam kat masjid. Tok imam sampai lewat sikit, ada kuliah katanya.. Sampai je tok imam, kami tengok Mr Kam dah lain macam. Nervous kot. Dah tak boleh sorok, pucat lesu muka dia.. lepas tu, dia mcam blur. Dan akad nikah nya memang lagi huru hara. Kali ke 4 baru SAH.

Alhamdulillah, lepas jugak.. kemudian… tahan je lah telinga kena kutuk nga geng-geng dia kaki kutuk tu.

Dan tok imam dah pesan kat dia…
Cukuplah kahwin sekali ni!

Budak paling excited malam akad nikah.



Orang kata masa tok imam shake tangan  suruh jawab tu paling berdebar. Iya ke?
Aku tanya laki aku..
dia kata tak berdebar langsung..huh..sombong. Pejam mata pun boleh. Huh..eksyen. Padhal tangan terketar-ketar masa pakaikan aku gelang malam tu.


20140212

Benda mudah, lagi mudah kalau betul caranya

Kadang-kadang benda yang mudah kalau kita dapat buat dengan bijaksana lagi memudahkan hidup kita.. iya tak?

Do it right way!

1. Melipat cadar dengan kemas

Kalau main lipat je, bukan sahaja tak kemas makan tempat penyimpanan juga. Simple sangat kalau betul caranya. Ingat bahagian getah bertemu getah, sorokan kasi kemas.
www.theenglishhomecompany.com

2. Menyimpan daging beku
Aku pernah cuba kaedah ni. Bahagikan daging bahagian, bahagiannya, sebelum simpan dalam peti ais. Hampir berjaya, senang nak ambil, potong bila nak guna. Daging ni kena simpan betul-betul nipis sampai boleh lipat-lipat baru senang nak ambil. Pastikan airnya kering. Maksudnya lepas kau bersihkan..kau tekan sebanyak mana air kasi keluar dari daging tu. 


3. Memanaskan roti 
Letak secawan air bersam roti dalam microwave. Roti tak lah kering je lepas dipanaskan.

4. Melipat baju dengan kaedah menegak. 
Bab melipat kain ni memang makan masa aku. Baju harian kerja aku laki bini biasanya aku hanger je. Dari ampaian, terus masuk dalam almari. Tak sempat aku nak melipat. Tapi nak hanger semua tak muat jugak. Ada yang kena lipat. Biasa hari minggu aku lipat cantik-cantik dan hari seterusnya... bersepah pasal cari baju tak jumpa. Keadah melipat kain cara menegak ni agak praktikal. Aku dah cuba kaedah ni. Tak berapa kemas lagi. Terutama kain yang jenis nipis dan licin. Kena perbaiki lagi tapi pakaian mudah nak cari, tak payah nak selerakan semua.



5. Sabun lama tak dibuang
Lekatkan sisa sabun lama dengan sabun baru. Dah lama tak guna sabun buku.. hi.. tapi aku rasa idea ni kira bernas gak.








Batuk aku tak hilang lagi. Menjadi-jadi… Si kecil tu dah sihat walafiat. Selesema dia sehari je. Jenis kuat! Makin aktif, maklumlah dah boleh bergerak sendiri sekarang.. mengesok mcam ikan duyung, lajunya.Ikut je mana orang nak pergi. Rumah dah kemas, si kecil ni dah start mengemas. Huh.



20140211

Kadang-kadang sakit pinggang


Aku bersalin umur 30 tahun. Tu pun aku rasa dah tua. Sekarang pun dah rasa sakit-sakit pinggang. Kalau tunduk lama nak mandikan Luth ke..nak basuh ukkk.. aduh sakitnya nak bangun. Tak pasti sebab umur ke ada faktor lain. Mungkin jugak tak  jaga  betul-betul masa berpantang. Makan minum bolehlah berpantang. Bergerak sana-sini memang tak boleh elak. Sapa nak urus. Kena gagah jugak. Oh mak, laki ada jugak tolong, bukan tak tolong. Tapi tahulah anak kecik nak berkepit dengan maknya aje.
Memang banyak perubahan kat tubuh badan ni lepas dah beranak ni…luar dalam.

Mak bidan aku dulu pernah cakap, tak ada apa dah cantiknya bini lepas beranak ni...kalau laki nak yang cantik memang akan jumpa yang lagi cantik. ..tu si kecil tu je pengikat kasih sayang.

 Bila nak tambah anak?...Karang tua dah tak larat.
Sunguh aku gabra bila bulan lepas dia  tak kunjung tiba.
Lega yang amat bila dia menyapa bulan ni. Dia duk datang celop, celop. Dah tak betul janji dia masa aku masih anak dara..sekarang  ikut suka hati dia nak datang bila. Misi kata normal lah tu, lepas bersalin. Tambah-tambah lagi masih menetek.

Kalau boleh biarlah Luth besar dulu baru nak fikir, pasal tu. Biar dia puas menyusu. Biar dia dapat kasih sayang secukupnya. Lagipun lepas 2 tahun baru segar sikit badan ni. Hah, masa tu baru fikir.
Tapi kalau ditakdir Luth nak dapat adik cepat, nak buat camna. Gila ke tak redha. Mestilah kena terima seikhlasnya. Cepat-cepat dapat anak seramai mungkin sebelum tua.




Dalam usia 40 an Siti Khadijah, isteri kesayangan Rasulullah masih mampu memberikan zuriat seramai 7 anak. Maksudnya dalam usia 40-an pun Siti Khadijah masih sihat dan kuat.
Aku.

Macam tak mampu nak kejar dengan umur ni.


20140210

Selesema dan batuk


Balik kampung sibuknya amat. Nak berehat-rehat, bersantai kat rumah jauh sekali. Dari malam ke siang, majlis akad nikah, kenduri kahwin, berarak hari-hari. Panas sejuk, panas sejuk, balik kampung bawak sekali selesema dan package batuk. Paling tak suka bila batuk.. mesti lambat nak sembuh. Dan paling risau takut berjangkit kat Luth. 

Luth kena gigit nyamuk. Banyak sunguh. Sian sangat..sedih tengok dah dekat seminggu kesan gigit nyamuk tak hilang lagi. wa..wa...


Budak ni memang kuat. Tiga hari mak dia ni duk batuk sampai termuntah-muntah dia maintain lagi. Galak main lagi. Mak dia tak ngandung lagi ek..muntah pasal batuk dia macam geli-geli kat anak tekak. Dah biasa, kalau batuk mesti muntah. Tambah lagi minum ubat batuk air tu.

Sabtu lepas nampak dia lembik sikit. Hidung pun berair, asyik nangis-nangis. Semalam nampak dah okey sikit. Tapi masih manja-manja. Hidung dah tak berair..tapi masih kuat merengek..tak sedap tubuh kot. 

20140208

Nota balik kampung

Sejuk sangat. Air masak biar semalam, esoknya sejuk macam minum air dalam peti ais. Nak mandi sangat mencabar, ketar bibir. Jirus cepat-cepat tak tahan sejuk sangat. Tu pun mandi dah pukul 12 tengahari. Pun masih sejuk.  Tidur malam selimut dengan comforter tebal.



Nota balik kampung raya tahun baru cina 2014
Wakaf Bharu to Rantau Panjang, Kelantan.

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...