Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140331

Roselle II


Rozel aku tanam tak nampak tanda-tanda nak tumbuh. Daripada pemerhatian aku, ada dua sebab utama yang menjadi penyebab rozel aku tanam tak nak tumbuh. 


Pertamanya, musim jerebu. Udara kotor, anak benih aku tak dapat nak bernafas. Sesak nafas, air pun kurang, matahari pula tak dapat beri sinarnya akibat jerebu.  

Keduanya, sebab paling utama tanah semaiannya panas sangat. Terlebih tanah bakar. Tak apalah, nanti senang-senang aku tanam lagi sekali. Laki aku kata, jiran kami ada tanam pokok rozel nanti boleh minta benihnya.

Aku teringat kat arwah tok ayah aku.

Zaman kanak-kanak, banyak masa aku habiskan dengan dia. Ma aku berkerja, jadi aku selalu ikut tok ayah. Kami ada tanah kebun kecil dibelakang rumah. Ada pokok durian, rambutan, langsat duku dan macam-macam lagi. Ada juga ditanam sayur untuk makan harian. Tok ayah suka bertani, dia petani tetapi seingat aku masa tuanya cuma bertani untuk makan sendiri sahaja.

Tok ayah sudah tua tetapi dia suka tanam pokok rambutan dan durian. Aku bertanya, sempat ke tok ayah nak merasa rambutan ditanamnya? Kata tok ayah, buah durian kami makan hari ini juga bukan Tok ayah tanam. Tak apa, nanti anak cucu tok dapat merasa.

Bila dia sudah tiada. Kami masih dapat merasa buah rambutan ditanamnya bila sesakali pulang ke kampung. Itupun kalau kena musimnya. Pokok durian dah tak menjadi, mungkin kerana tak ada siapa menjaganya.

Sampai hari ni, tak ada sepokok pun aku tanam buat anak cucu aku.

20140329

Suka dipuji dan tak suka dikritik

Aku ni jenis perempuan yang suka dipuji. Kecil-kecil dulu, aku suka dipuji cikgu. Aku lagi semangat., lagi nak buat lebih baik, lagi rasa nak tunjuk kepandaian aku kononya. Rasa kembang je dipuji, lagi-lagi kalau depan kelas. Kalau cikgu puji orang lain rasa cemburu, cemburu positif. Nak lawan lagi sapa lebih pandai rasanya. Semangat kesukanan betul.

Dah jadi bini orang pun aku ada perangai ni lagi. Kalau aku masak suami aku puji, rasa gembira je. Rajin je aku nak masak, nak belajar resipi baru. Nak tunjuk skill memasak aku. Tapi jangan puji bila aku dah tanya. Sedap ke tak? Jawab sedap pun aku rasa tak ikhlas. Jawab tak sedap lagi aku hangin. Sebaliknya kalau dikata masakan aku tawar, aku pun jadi down. Jadi tak semangat, rasa macam aku memang dilahirkan tak pandai masak. Tak ada harapan lagi nak pandai masak. Dan bila suatu hari suami aku kata bini orang sekian-sekian pandai masak..aku rasa macam dibandingkan. 

Gitulah.

Orang kata kalau tak tegur, tak cuit sikit jadi lupa dan berlagak. Selesa dengan diri sendiri, tak ada usaha nak memperbaiki diri, paling teruk syok sendiri. Perasan bagus.Macam GOOD-GOOD je.. Orang puji pun bukan ikhlas, nak jaga hati. Takut menangis..



Sabar-sabar, kritikan membina! 
Ini yang aku cuba ingatkan diri sendiri bila aku rasa panas telinga bila orang tegur aku.

Dan cuba jangan menjawab atau kurang menjawab bila suami tegur. 


Pujian aku boleh meninggkatkan keyakinan Luth.
Selamat berhujung minggu

Sekian



Wasalam

20140328

Aku pelik dengan orang Jepun

Assalamualaikum

Islam mengajar kita menepati masa. Allah dah buat cantik-cantik jadual solat kita. Masa sekian-sekian kita boleh jumpa Allah. Masa berharga ni kena guna betul-betul, boleh mengadu macam-macam kat Allah. Sakit hati kat sapa-sapa pun boleh mengadu.Tak pe. Boleh je, private and confidential. Allah Maha Mendengar. Ceritalah Tetapi itulah kita, nak jumpa Allah pun payah sibuk sangat, selalu tangguh-tangguh, paling teruk langsung tak nak jumpa.

Aku tak pernah sampai lagi negara Jepun, tapi aku cukup seronok tengok dokumentari tentang negara matahari terbit ni. Ada satu rancangan tv ni, Al-Khawater kalau tak silap aku. Dia buat perbandingan negara Arab dengan Jepun. Pelik betul aku dengan orang bukan Islam ni. Semua teratur, semua nak ikut jadual. Ada satu episod tu dia cerita tentang menaiki bas di Jepun. Kat hentian bas tu dah ada jadual bas akan tiba kat hentian tu pukul sekian-sekian. Masyallah tak kurang satu minit pun bas betul-betul tiba kat hentian tu. Pelik aku, pakai siren ambulans ke? Tak ada trafik jammed ke kat Jepun? Aku lagi pelik bila naik komuter kat Malaysia pun tak boleh ikut jadual. Ada trafik jammed ke? Halaju komuter salah kira ke? 

Semalam dia cerita pasal sampah. Kat negara Jepun nak buang sampah kena ikut jadual. Contoh hari Isnin buang bahan kitar semula, hari selasa buang bahan basah, hari rabu lain dan seterusnya. Pelik aku, tak busuk ke simpan sampah lama-lama kat rumah? Pelik betul aku, dia orang boleh ikut peraturan ni. Sapa tak ikut dia pelik. Sampah dibuang dalam plastik khas, agaknya plastik kitar semula kot. Masing-masing akan bawa sampah dan dikumpul dalam tong di satu tempat bawah apartment diaorang. Sampah diaorang nampak sikit sangat, tong sampah tu boleh tutup lagi. Pelik aku, mana disorok sampah-sampah lain. Lepas lori sampah angkut sampah tu, ada sorang perempuan ni pergi cuci tong sampah tu. Ingatkan pekeja kutip sampah, rupanya penduduk situ juga. Mereka ada jadual giliran untuk cuci tong sampah. Ngeri aku fikir, kalau kat tempat aku ada jadual giliran macam ni.

Sebenarnya entry ni aku nak bagi tahu, rumah aku air kena catu. Hari tu ada baca Farah dengan MD  bersunggut pasal ni jugak. Rumah aku kena catu 2 hari, 2 hari juga macam jadual tu tapi sejak minggu lepas air tak putus pun. Tiba-tiba 2 hari lepas air kena catu balik. Tiba-tiba! Aku ingat dah hujan tak jadi dah, cancel jadual. Lepas ma aku basuh kain, baru dia sedar air sebenarnya dah putus. Ikut suka hati mak bapak dia punya jadual! Rugi air tangki. Memang ada lagi air yang disimpan tapi tak cukup. 

Semalam pagi air tangki rumah aku dah habis. Mandi catu-catu kami laki bini nak pergi kerja. Luth mandi macam biasa 3 kali sehari tapi kena segayung je. Luth tak boleh memberak, alhamdulillah tidak.


Nasib baik belakang rumah aku dekat kaki bukit, ada tali air. Mandi aku pergi kerja hari ni.

Sekian

Wasalam

20140327

Nilai wang dalam berkawan

Kami laki bini suka shopping pasar malam. Murah. Kat tempat aku ada 3 kali pasar malam yang biasa kami pergi. Sabtu dan Rabu malam kat Bukit Sentosa, Selasa malam kat Serendah. Aku suka pergi waktu pasar malam dah nak tutup. Sebab utamanya nak dapat harga murah. Nak tunggu peniaga buat lelong. Gembira sangatlah aku bila dapat beli barang lelong. Paling aku kemaruk nak beli bila lelong buah-buahan. Memang aku beli dengan bersungguh-sunguhlah. Setakat laki aku mampu angkut, aku beli. Biar makan buah sampai muntah pun tak apalah. Buah, tak apa kot makan banyak.

Cuma yang tak syok bila pergi saat-saat akhir ni, banyak benda yang nak beli dah habis. Terutama pasar malam kat Serendah. Pasar malam kecil je, peniaga pun tak ramai. Cepat je habis. Kalau  ikan, ayam, daging tu cepat je habis. Tak sempat melelong pun dah habis.

Bila pergi pasar malam ni rasanya tak lengkap kalau tak beli nasi kerabu. Dah selalu sangat beli kat tempat sorang budak ni. Dulu ingat orang Kelantan juga rupanya, orang belah sana. Siam. Laki aku kan peramah, sambil tunjuk lauk sambil bertanya itu ini. Itu yang banyak tahu pasal latar belakang dia. Dia tolong jaga je katanya, makcik dia yang punya. Selain berniaga kat pasar malam hampir setiap malam, mereka juga ada kedai makan. Siap ada kedai disewakan kat orang lain.

Tengok, orang Siam datang kat tempat kita, senangnya berniaga.
Kenapa kita rakyat sini susah sangat nak berniaga macam dia orang.
Pasal dia ada persatuan, persatuan dia kuat. Tolong puak dia.
Iya ke?

Selain nasi kerabu banyak lagi lauk-pauk dijual, laksa, laksam pun ada. Kalau nasib baik sempatlah beli nasi kerabu dia, biasanya cepat je habis. Sedap sangat tak adalah. Nasi kerabu letak daun hidup je, bukan guna skil masak pun. Sedap cakap, aku pun tak lepas pun buat tumis nasi kerabu, tu yang beza sedap dengan tak sedap nasi kerabu selain ulam-ulam nya yang segar.

Ni bunga nasi kerabu sebenarnya. 
Kalau siapa nak tanam bagi tahulah kat aku, nanti kalau ada benih aku simpankan.

Ni nasi kerabu buat sendiri, tu yang nampak sedap. Tak guna pewarna ye, guna bunga.
Ma buat lain-lain, tapi aku yang masak nasi biru, potong ulam. 

Kalau tak sempat beli nasi kerabu, kami beli je lah lauk pauk lain yang budak ni jual. Atas dasar keramahan laki aku, kita orang selalu bawak balik banyak lauk. Lebih dari yang kita orang beli. Selalu dapat harga kawan-kawan. Bukan sahaja murah, banyak dapat free tu. Yang beli dah dapat lebih. Yang tanya saje lauk apa, pun boleh bungkus try kat rumah. Habiskan lauk pauk dijual.

Seronok betul aku dapat beli murah. Makan murah.

Untungkan abe baik dengan budak tu. Selalu bagi nasi lebih, lauk lebih. Murah pulak tu.
Susah kalau letak duit kat depan.

Pengajaran, ikhlas dalam berkawan. 
bukan nak beli lauk murah je.
seronoklah jugak dapat murah.


Bila sudah ajal


Masa aku mula-mula kahwin, suami aku beriya-iya nak bawa aku jumpa Mak Su De. Mesti kena jumpa Mak Su De. Mak Su De nak kenal bini Zaid ni. Mak Su De bukan saudara dengan suami aku. Dia mak kepada 2 orang sahabat baik suami aku, juga jiran sekampung. Sejak dari zaman budak-budak sampai remaja, rumah Mak Su De dah macam rumah ke dua suami aku. Tak kira pagi petang. Mak Su De dah macam mak dia juga. Bila dia tahu kami balik kampung raya cina lepas, beriya-iya nak jumpa kami, nak tengok anak kami. Ni kali ke dua aku jumpa dia lepas kahwin dulu, dia dah uzur sangat, lemah je. Sakit tua. Tapi dia cam sangat bila dengar suara suami. Gembira dia kami datang. Bila kami nak balik, cepat-cepat minta duit dengan anaknya, nak bagi kat Luth. Seronok dia jumpa Luth. 



Semalam kami dapat berita Mak Su De dah tak ada.


Kami dapat berita dah lewat. Handphone off, dah pukul 12 malam baru terdetik nak on handphone. Banyak message, banyak miscalled masuk.

Suami macam tak dapat menerima berita ni. Bukan tak redha dengan kematian ni. Mak Su De dah tua sangat, dah uzur sangat, kalau dapat berita Mak Su de dah tak ada, kami rasa dah bersedia tetapi kali ni rasa sedikit tersentuh. Mak Su De meninggal terbakar. Ya Allah, bagai nak gugur jantung dapat berita ni. 

Hangus dalam rumahnya… 

Mak Su De tinggal dengan anak menantunya kat rumah dia ni. Semalam cucunya tak sihat, lepas isyak tu mereka ke klinik. Minta anak saudara yang dekat rumah tolong datang tengokkan nenek ni. Nak dijadikan sebab, budak ni tak pergi pun rumah neneknya, menyinggah kat depan rumah jiran. Mungkin belum ajalnya. Rebah juga anak menantu mereka melihat mak hangus dijilat api. 

Suami tak dapat tidur semalam. Ajal maut dah tertulis. Sabarlah. 





Al-fatihah buat Mak Su De. Semoga hari ni lebih tabah.

20140326

Buta warna

Baru-baru ni teman ma pergi bank Islam. Nak update buka akaun, tukar kad, nak masuk duit tabung haji, nak tengok duit Br1m dan macam-macamlah. Bawa Luth sekali dah tentulah, mana nak tinggal lagi.  Masa sampai kat bank tu tak ramai pun orang dalam 4, 5 orang je. Patut cepatlah. Update buku akaun, masuk duit dalam tabung haji, sekejap je..tinggal nak tukar kad je, kerani bank suruh duduk dulu.


Duduk kat sebelah uncle ni, India.
Ehhh..eheh.. macam biasa Luth mesti tegur orang sebelah dia.
Budak nak masuk 8 bulan ni memang ramah. Ikut perangai sapa lagikan. Semua orang dia nak tegur.  

Uncle ni macam garang je.

Muka je garang rupanya. Dia pegang tangan Luth. Aaa..aa.. diagah-agah Luth.
Makin galak Luth. Melompat-melompat suka.
Aku berpaling, senyum angguk.
Dia tegur saya, saya hitam.
Eh taklah. Dia tegur semua orang.

Heh..heh..Luth pusing belakang pulak, tegur orang kat belakang pulak.


Sekejap kemudian uncle India tu bangun, selesai sudah urusan dia.

Urusan aku dengan ma belum selesai. Buku akaun ada masalah. Orang makin ramai..tunggu dengan sabar.

Sabarlah ada hikmah buat yang masih hidup


Beberapa hari lagi kita mulai rasa tenang. Kita akan cuba belajar menerima takdir ini. Menerima qada dan qadar daripada Allah. Kita merancang tetapi perancangan Allah itu sebaik-baik perancangan. Kehilangan ini hikmah, pengajaran untuk kita yang masih hidup. Mereka yang telah pergi, biarkan tenang disana. Sebagai orang beriman, bersabarlah. Kita yang masih hidup, mari kita muhasabah diri. Hidup ini sementara. Kembali kepada agama. 

Copy paste article dari SINAR HARIAN Dr Ridhuan Tee Abdullah


PERJALANAN menaiki pesawat MAS dari Kuantan ke KLIA pada 17 Mac 2014, jam 7.45 malam, begitu menarik. Anak kapal (pilot) membaca doa menaiki kenderaan. Diikuti apabila mendarat disebut Alhamdulillah. Sejuk hati.

Selepas transit sebentar untuk ke Kota Bharu, saya ingatkan anak kapal akan melakukan perkara sama, rupanya tidak. Paling kurang menyebut Bismillah, dan Alhamdulillah.

Sepatutnya semua ini dijadikan prosedur dan panduan, tonjolkan kepada pelancong, inilah Malaysia, yang meletakkan Islam sebagai agama persekutuan.

Hari ini, boleh dikatakan semua penumpang ‘sengsara’ menaiki pesawat. Segala-gala akan diperiksa, luar dan dalam. Barang yang dibawa kena scan dua kali sebelum ‘check in’ dan selepas.

Apa nak buat keselamatan lebih penting dari segalanya.

Apa pun hati berasa lega berada dalam pesawat MAS dapat mendengar kalimah-kalimah yang dikaitkan dengan ALLAH, walaupun tidak semua melakukannya. Pesawat tambang murah lain, sekelumit kalimah ALLAH langsung tidak kedengaran.

Saya bukanlah orang teknikal untuk memberikan komen terhadap kehilangan MH370. Meskipun begitu, beberapa perkara perlu diambil perhatian.

Pertama, lakukan pemeriksaan ketat seperti yang dilakukan kini. Tidak mengapa, saya rela menanggalkan dan membuka apa yang diminta seperti jam tangan, tali pinggang dan apa jua peralatan telekomunikasi. Rabalah sepuas-puasnya demi maruah dan keselamatan tanah air tercinta.

Jika kita berada di luar negara, mereka akan melakukan perkara sama, malah lebih teruk daripada itu sehingga menggunakan anjing.

Kedua, semua anak kapal (Islam), terutama pilot, mesti ditanamkan dengan jiwanya dengan roh Islam. Mengutamakan jati diri agama, bangsa dan negara. Mereka tidak boleh hanyut dengan segala keseronokan dalam kapal.

Ketiga, elakkan menjamu makanan dan perkara haram dalam pesawat. Mereka meminta arak itu, adalah kalangan mereka yang biasa minum arak. Cuba alihkan mereka dengan makan tempatan yang lebih berkhasiat seperti cendol dan sebagainya.

Keempat, biasakan anak-anak kapal mengingati ALLAH (Tuhan kepada bukan Islam). Sebutlah kalimah bismillah, Alhamdulillah, salam dan lain-lain. Perkara ini nampak kecil, tapi impaknya besar.

Kelima, tutuplah aurat pramugari jika mereka berkehendakkan. Lagipun untuk mengelakkan rambut jatuh ke dalam makanan. Tidak salah jika pramugari menutup aurat (Islam) dan pakaian bersopan untuk bukan Islam. Amat menjengkelkan apabila pakaian pramugari singkat dan jarang. 

Keenam, kita hendaklah jangan terlalu kebaratan ketika berada dalam pesawat. Amalkan budaya-budaya negara. Utamakan bahasa Melayu. Ucapkan salam dan selamat mengikut cara kita. Belajarlah dengan anak-anak kapal pesawat Thai, Brunei dan sebagainya. Mereka sentiasa mengutamakan jati diri negara.

Ketujuh, jika ditakdirkan berlaku lagi insiden seperti MH370 pada masa depan, jangan memanggil bomoh untuk mencari. Jika Islam itu boleh diubati dengan menggunakan bomoh, sudah tentu umat Islam tidak perlu bersusah payah atau ada yang merempat hari ini. Gunakanlah bomoh untuk mengatasi segala-galanya.

Nabi Muhammad adalah raja segala bomoh dan mempunyai mukjizat. Kenapa dan mengapa Rasulullah tidak menggunakan mukjizat yang ada untuk membomohkan semua bukan Islam supaya tunduk dan menurut kata-kata Baginda? Atau dengan bahasa mudah membomohkan mereka supaya segera memeluk agama Islam dan tidak perlu bersusah diuji dan dicuba?

Jika bomoh kita terlalu mujarab, kita bomohkan air yang disalurkan kepada Singapura.

Apabila diminum, merekapun akan tunduk kepada kita dan menyerah diri untuk bersunat, serta membeli air kita dengan kadar harga semasa, bukan membeli dengan harga 0.03 sen per 1,000 gelen?

Kepada pembuat keputusan dan pembesar negara, gunakan kuasa mencari keredaan ALLAH selagi ada kuasa. Hak ini dijamin perlembagaan. Kita bimbang, apabila tidak ada kuasa nanti, baharu nak menyesal. Jangan leka ketika berkuasa, hanya bertaubat setelah pencen. Buruk rasanya.



Mungkin ucapan sabar lebih senang diucap sebab bukan keluarga aku, bukan sahabat handai aku. Hidup aku juga tidak berubah dengan tragedi pesawat hilang ini. Rasa simpati tetap ada, takziah buat keluarga dan sahabat handai yang terlibat.






Bersabarlah.

Jangan sesekali menyalahkan takdir. Bersabarlah. Bertenanglah. 

20140325

Tolong biar ikhlas

Aku pujuk hati aku. Biarlah...tolong dengan ikhlas. Jangan harap balasan. Ikhlas, tak apa.. kita dah buat apa. Tanggungjawab kita dah lepas. Kenapa hati tetap rasa tak puas hati.


Luth balik Rawang semalam meragam sikit. Rasa lemas agaknya. Luth biasa tidur buas, berpusing-pusing. Ni tempat sempit, tak selesa lah agaknya. Kita orang tua ni pun rasa lemas. Kerusi orang depan pun turun sampai habis takat boleh turun. Tahulah dia pun bayar tiketkan. Sempitlah tempat kami tiga orang ni. Luth kecil lagi, terpaksa pangku bergilir dengan ma. Kalau besar sikit memang aku belikan tiket untuk dia.

Mata pejam, mulut asyik merengek je. Bagi susu jap tidurnya. Banyak merengek, aku harap penumpang dalam bas boleh faham. Harap tak ada lah yang terganggu tidurnya. Luth tak menangis  menjerit-jerit cuma teresak-esak. Dengan tok ma pun dia tak nak. Sekejap masa dia lena bolehlah bergilir. Bila sedar sikit, nak duduk dengan aku je. Penat jugalah. Lenguh sikit. Tak apalah dia kurang sikit menangis, tak terganggu orang lain dah baik.

Masa bas berhenti rehat kat Merapoh tu baru dia lena sikit. Tak sedar pun. Ikut hati rasa tak nak turun, Luth baru je terlelap. Terjaga lagi susah nak tidurkan dia. Tapi sebab datang awal stesen bas tadi, tak sempat nak sembahyang isyak. Patut sempat je sebab bas pukul 9.30malam. Tapi pakcik aku yang hantar, selalu macam tu. Mesti nak awal, takut jem, takut tinggal bas. Orang tua selalu beringat.

Seksanya nak bangun dengan nak pangku anak kecil sedang tidur ni. Dia dah bangun tu, angkatlah sikit kerusi tu apa salahnya. Nanti nak tidur, turunkanlah balik.

Waktu bangun tu aku nampak duit kertas seratus kat atas kerusi dia. Berlipat. Tak tahulah berapa keping, aku tak ambil. Nampak terang sangat, serba salah aku. Aku ambil selendang, tutup sikit duit tu. Takut ada yang nampak. Hilang.

Turun bas tu, aku cuba cari orang yang duduk kat depan tu. Aku tak cam, cuma ingat dia naik berdua. Sorang tu tua sikit, bawa tuala kuning. Letak atas kepala. Nampak dia nak masuk bilik air. Aku suruh ma pergi sembahyang dulu. Aku dukung Luth, tunggu depan bilik air sampai pakcik tu keluar.

Pakcik, pakcik..

Terkejut sikit pakcik tu. Agaknya masih mamai sebab tadi pun dia keliru nak masuk bilik air perempuan ke laki.

Saya rasa orang kat sebelah pakcik terjatuh duit kat atas kerusi dalam bas tadi. Pakcik naik tengoklah, saya letak selendang saya kat atas tu.

Iya ke..
cepat-cepat dia pergi.

Lepas tu aku naik musala, sembahyang isyak. Doa biar selamat perjalanan aku. Bila aku naik balik bas, selendang aku tersangkut atas kerusi dia. Sebelah kepala dia. Aku tarik selendang aku. Aku duduk dengan susah payah, kerusinya masih tak berubah turun sampai habis ke belakang.

Dua-dua tutup muka, sorang dengan tuala kuningnya, sorang dengan sweternya, tidur. Tidur tak bergerak walaupun Luth sambung merengek. Kiranya, rengekan Luth langsung tak menggangu dia orang.

Terima kasih.
Tak ada.

Agaknya dia sengaja letak duit kat situ, aku yang menyibuk.

Perasan tak baju kemurangan tu?


Salam takziah buat keluarga MH370. Semoga tabah menghadapi dugaan ini. Insyallah, perancangan Allah itu sebaiknya.




20140324

Rindunya

Jumaat baru ni aku balik kampung. Kenduri kahwin adik sepupu. Nak tak balik pun rasa tak kena, masa kita nikah dulu dia juga yang susah payah. Gitulah adatnya. Orang berbudi, kita berbahasa. 

Aku balik dengan ma dan luth, naik bas pasal laki aku tak dapat ikut. Nervous tau, kali pertama bawa luth naik bas. Perjalanan jauh pulak. 


Luth dengan ma tok kat stesen bas Putra. Kena tukar bas dari Rawang ke Kota Bharu.


Ni jugalah kali pertama berjauhan dengan ayah luth, sejak luth lahir. Awal perkahwinan dulu, kami memang duduk asing-asing, duduk jauh. Alhamdulillah hujung-hujung kehamilan aku, barulah kami dapat tinggal sebumbung. Sejak tu rasanya kami tak pernah berpisah jauh lagi.

Kali ni aku rasa betul-betul sayu nak tinggal laki aku. Kalau abe kata tak usah balik, aku tak balik. Tapi laki aku galak suruh aku balik. Berat hati aku. Dekat-dekat nak balik kampung, rasa nak cancel je, tapi ingat tiket bas mahal rasa rugi pulak. Balik juga dengan berat hati. Sungguh, sikit lagi nak keluar air mata masa salam dengan laki aku. Minta ampun, minta maaf.

Bila dah jauh baru rasa..rindunya. 

Pengantin paksa Luth ambil gambar.


Sekali sekala bila berjauhan gini baru rasa betul-betul sayang, betul-betul rindu.


Update sampai Rawang..
Maaf tak sempat nak berjalan blog kawan-kawan. Pagi ni baru sampai Rawang. Luth meragam dalam bas semalam..ngantuk lagi..

20140321

Pesan Mak

Ingat lagi tak bila kita salam mak nak keluar, nak pergi jauh? Mak mesti pesan. Sembahyang jangan tinggal.
ingat sokmo hak mok pese
nak nak kali LUTH nak turun jale
jange lupoke Tuhe
kito ore isele tokleh tingga sembaye

Bila kita jauh dari kampung halaman rasa rindu kat kampung halaman. Rindu kat saudara mara kat kampung. Mak kata duduk tempat orang jangan sombong, nanti orang tak suka.
ingat sokmo hak mo pese
walau jauh duduk tempat ore
jange lupo kampung lame
warih waroh di klate
tokleh sombong ngan ore

Kita ni orang susah, tak ada harta nak diwarisi. Pesan mak buat pusaka. Bila ada anak, pesan ni jugak aku ingatkan kat anak aku pula.
pese ibu bapok
ambo tak lupo
pese ibu bapok 
ingat pah bilo-bilo
pese turon pulok
goyak wi ko anok ambo
kito harto tak dok
pesane jadi sako

Kalau kita susah pun jangan susahkan orang. Hidup jangan suka berhutang, kalau dah berhutang susahlah nak senang. 
ingat sokmo hak mok pese
kito susoh jange tumpe ore
tak soh pinje berute
kalo de banyok ute
kito payoh nok sene

Jangan cari gaduh dengan orang. Kalau boleh elak, baik elak. Kena banyak sabar, tak payah bergaduh ye.
hok mok pese hari-hari
pandai2 jaga diri sendiri
bala cekah jgn dicari
tempat susoh jagan di gi
ore kenat keno lari

Masa kita senang, ramailah nak mengaku saudara, bila kita dah susah tak ada sapa nak mengaku saudara. 
maso kito kayo
rama lah saing sorbat
de takdok gapo sekaro
kucing pun tok dok dekat
mase sene lego
ramai lah kaum krabat
de takdok gapo sekaro
lalat pun tak sei hinggap

Jaga percakapan kita. Jangan sampai orang terasa dengan percakapan kita. Jangan mengata buruk orang.
ingat lagi hak mok kato
hati2 dale wat kira caro
lidoh maruah kito
hati ore keno jago
tak baik mengupat mengata

Jangan lupa diri. Walau tinggi mana pun kita, ingat siapa kita dulu. Mana asal kita. Jaga diri. insyallah kat mana pun aku berada aku tahu mana asal usul aku. Ingat selalu pesan mak.
hok mok pese hari2
kito keno kenal diri sendiri
mano asal kito mari
pah mano kito nak gi
baik2 jago diri



Lagu favourite laki aku. 


Siap tulis lirik ni, menyanyi kat Luth. Terlopong je Luth. Suara dia sedap tau. Mengulit-ngulit aku bila dia menyanyi..zzzz…


20140320

Mabuk kenderaan

Bawak memecut.
Larilah budget minyak kereta aku bulan ni.
Tiba-tiba break.
Hauslah tanyar kereta aku.

Sejak kebelakangan ni bila laki aku bawak kereta aku rasa pening. Rasa nak muntah. Rasa pening macam orang sedang mengandung. Aku rasa laju sangat kereta ni. Aku tengok kat meter dalam 80~100 gitu je tapi rasa laju sangat. Kalau aku bawak rasa tak laju sangat, tapi bila duduk kat sebelah driver ni rasa laju sangat.. Kalau time nak memotong tu aku rasa macam tak lepas je. Kecut perut aku, macam sipi-sipi je. Anak aku kecil lagi ya Allah.

Kadang-kadang dia sengaja tahu buat break tiba-tiba bila aku ralit duk main tenet. Terkejut tahu! Dah masuk kawasan rumah pun kena hati-hati. Mana tahu ada budak-budak sedang main, melintas jalan tiba-tiba. Takut aku.

Masa kecil-kecil dulu aku memang mabuk kenderaan.

Keluarga aku dulu tak ada kereta. Jadi aku rasa pasal jarang naik kenderaan, aku mudah mabuk kalau naik kenderaan. Even naik bas rumah aku ke Kota Bharu yang tak sampai 30minit pun aku boleh muntah-muntah. Mabuk. Biasanya sepanjang perjalanan aku akan tidur aje. Bila aku terjaga aku akan rasa pening balik. Rasa nak muntah. Malah lebih teruk, iyalah tidur bangun, tidur bangun lagi pening. Tapi kalau tak tidur, aku nampak pendangan yang bergerak-gerak rasa pening jugak. Tambah pulak kalau cuaca panas kat luar dalam sejuk aircond.

Jadi masa kecil dulu, aku memang tak berapa gemarlah nak melawat-melawat tempat jauh ni. Letih, sebab asyik muntah je. Beli pil mabuk pun tak berkesan. Apa yang aku buat untuk mengurangkan mabuk adalah mengosongkan perut sebelum naik kenderaan. Kadang-kadang keluar juga muntah air.

Sampai aku masuk U barulah hilang mabuk tu. Kalau tak haru jugak nak balik naik bas shah alam ke kota bharu yang memakan masa lebih 8 jam. Mula-mula aku cuba naik bas waktu malam. Jadi bila naik bas aku terus tidur. Pemandangan kat luar pun tak nampak. Lama-lama bila dah biasa, alhamdulillah aku naik bas waktu siang pun tak apa. Bolehlah menyambag-nyembang dalam bas. Kalau tak tidur je. 
Dah lama aku tak mabuk. Aku rasa mabuk kenderaan dah hilang.

Sekarang ni aku selalu rasa mabuk.


Pening betul bila naik kereta laki aku bawak. Aduh. Kalau aku bawak sendiri, tak pening. Tapi rugilah ada laki kalau aku kena bawak kereta sendiri. 
Sengaja ni.

20140319

Merokok tak cool

                                
Aku ingat tak ada seorang pun perempuan yang suka perokok. Kalau ada yang suka perokok itu mungkin dia pun perokok jugak. Aku ingat tak adalah kot perempuan merokok atau kalau ada pun 1 dalam sejuta. Nenek kat kampung yang hisap rokok daun, selain duk tonyoh gobek sireh. Jadi bila  tengok perempuan merokok, aku ada sikit negative thinking. Tapi itulah, zaman dah berubah, dah makin maju perempuan pun dah pandai merokok. Sejak zaman aku study dulu pun aku dah tengok berlambak perempuan merokok kat sec2 uitm tu. Tak tahulah student jugak atau orang luar. Aku tak kenal, kalau kenal pun aku tak ngaku kawan. Kawan-kawan aku semua baik-baik.

Jadi aku simpulkan perempuan normal yang baik-baik tak akan sukalah perokok. 

Aku ni memang tak sukalah perokok ni. Busuk. Banyak mana pun disembur minyak wangi tu tak akan hilang bau rokok tu. Lagi hangit pulak baunya. Dahlah asap rokok tu buat hidung aku lemas. Asap rokok yang kita sedut tu lagi berbahaya dari merokok. Kira macam bunuh orang dalam senyaplah.

Pilih-pilih pun dah jodoh.
Laki aku perokok

Aku harap bila aku pregnant, dia akan berhenti. Rokok ni kan merbahayakan kandungan. Tambah pulak  sekarang ni macam-macam penyakit. Aku pun risau. Sampai dah beranak, pun tidak berhenti. Aku pun tak adalah meletakkan syarat suruh berhenti merokok. Aku tahu payah. Kalau dapat kurangkan merokok pun dah baik.


Usaha aku untuk hilangkan ketagihan merokok?

Tak ada. Tak payah membazir nak beli coklat boleh hilang ketagihan. Buatlah macam mana pun nak suruh dia berhenti rokok, tak akan jalannya. Sebab dalam hati tak ada NIAT nak berhenti. Tak ada duit macam mana pun, rokok tak pernah putus.

Rokok naik harga, boleh beli rokok seludup. Ada duit sikit, beli rokok halal. Walaupun hari-hari kerajaan duk iklan bahaya rokok seludup langsung tak jalan. Bukan dia tak tahu merokok tu merbahayakan kesihatan, apa lagi bezanya rokok seludup ke tidak. Nak tangkap orang beli rokok seludup pun payah. Penuhlah aku rasa jel. Mungkin setakat nak tangkap yang menjual tu bolehlah

Rokok seludup ni kurang bahaya, sebab murah..mana boleh letak semua bahan kimia kat dalamnya. Bahan kimia tu kan mahal. Rokok ni murah.
-Budak kilang aku, bila aku tanya pendapat pasal rokok seludup-

Aku pun tak kaji perbezaan kandungan bahan kimia antara rokok seludup dengan rokok tak seludup. Adakah rokok seludup lebih kurang bahan kimianya atau kualiti bahannya murah? 
Cuma yang pasti murah, pasal tak payah bayar tax.

Aku cuma berdoa suatu hari nanti suami kesayangan aku akan berhenti merokok sebelum Allah ambil nikmat kesihatan ni.

Amin

Untuk yang belum kahwin:

Kalau jumpa calon yang merokok pertimbagkanlah. Insyallah boleh berubah, kita sama-sama doa dunia ini bebas tanpa rokok. Perokok pun perokok lah, asal sembahyang.


RUMAH AKU KAWASAN LARANGAN MEROKOK. 
SILA MEROKOK DI LUAR RUMAH.

Antara menyibuk dan ambil berat


Walaupun kami cuma menyewa di sini, tetapi boleh dikatakan kami tak pernah ketinggalan dalam apa-apa aktiviti yang dianjurkan kejiranan. Dari menyertai majlis kenduri kendara, sampailah main kutu pun kami turut serta. Aku menyewa sejak zaman anak dara lagi, tapi dulu masa bujang, aku tak ambil peduli sangat dengan jiran-jiran ni. Senyum gitu-gitu je. Tapi sejak aku dah berkahwin ni, laki aku ni jenis peramah. Kerana sifat peramah dan ambil beratnya ni, laki aku menjadi salah seorang AJK Gb tetap taman ni. Boleh dikatakan, tiap-tiap malam adalah perjumpaan dia orang kat depan rumah ni. Paling sibuk pun, seminggu sekali mesti ada perjumpaan mereka. Kiranya laki aku up to date la apa-apa benda berlaku dalam kawasan taman ni.

Laki aku ni kadang tu terlebih ambil berat. Bila nampak jiran-jiran sebelah nak keluar, mesti dia nak tanya ke mana dia orang nak pergi. Tak boleh tak tanya, mesti kena tanya. Sebenarnya, bukan dia ambil kisah pun apa yang dia tanya. Kalau aku tanya balik ke mana jiran tu nak pergi, pun dia dah lupa. Dah jadi tabiat, mulut tu rasa ringan sangat.

Jiran kami pun tak adalah sombong sangat, layan jugalah laki aku ni.
Contohnya, diaorang akan jawab,
Nak pergi key el jap..cari barang.


Adat berjiran begitulah. Bila nampak kami nak keluar, mereka pun akan tanya dan laki aku ni sangatlah jujur.
Nak g tesco, nak beli baju Luth. Baju Tesco cantik, murah pulak tu. 
Kadang orang tak tanya pun dia nak bagitahu…aduh. Berapa kali aku dah pesan tak payahlah bagi tahu detail sangat. Dahlah salah info.

Sebab terlalu jujur dan berterus terang aku rasa segan pulak. Tiap-tiap minggu pergi shopping, padahal kami pergi beli barang dapur aje.. Aduh. Dah jiran-jiran cop aku ni kaki shopping. Padahal tak adanya aku beli apa sangat. Laki aku ni main cakap sedap mulut dia aje. Tesco dan Ecconsave pun dia tak boleh beza. Apa lagi nak tahu mana pasar murah, mana yang mahal. 


Aku dengan Luth dah malu..hik


AJK Gb : Ahli Jawatankuasa Kelab Geng Bual

20140318

Berbagi kasih


Antara mak dan Luth, siapa lagi terror?

My ma cakap, 8 bulan aku dah boleh berjalan. Hujung bulan ni Luth dah nak masuk 8 bulan. Jadi, Luth ada masa lebih kurang 2 minggu lagi untuk membuktikan Luth lebih terror dari mak.

Saat dia mengalahkan saya, 
saya tahu telah memberikan terbaik untuk dia.
- Milo-


Hari tu aku ingat dia dah tak merangkat, terus nak jalan. Entah bila aku tak perasan Luth dah boleh merangkak. Tapi sekarang ni..dia lebih teruja nak berjalan.. Dalam usaha Luth untuk bertatih ni, selalu sangatlah dia terjatuh. Kadang-kadang lebam jugak jatuh..aduh cuai betul aku. Menangis-nangis, menjerit-jerit biasa sangatlah. Tapi sekejap jatuh, sekejap dia bangun balik. Tak pernah putus asa. 
Gembira betul aku sebagai mak dapat melihat perkembangan dia. Banyak perhatian yang aku curahkan untuk Luth. Mungkin kadang-kadang aku terabai ayah Luth kot.

Antara suami dan anak, siapa yang paling aku sayang? 

Laki aku suka sangat tanya soalan yang tak payah fikir pun aku boleh jawab sesaat. Aku rasa dia cemburu, dahagakan perhatianlah tu. Biasalah bila ada anak kecil, apa-apa mesti dahulukan anak. Budak kecil comel macam aku kecil-kecil dulu, cerdik pulak tu, dah tentu-tentu aku sayang Luth. Mana boleh tanya soalan macam ni kan?

Kalau terpaksa dibuat pilihan, AKU TAK TAHU. Alhamdulilllah, aku tak pernah lagi diduga Allah untuk aku perlu memilih siapa yang paling aku sayang. Sayang anak lain, sayang suami lain. Kasih sayang untuk mereka ada tempat-tempatnya tersendiri dalam hati ni. Kalau aku kadang-kadang lebihkan anak, tak bermakna aku tak sayangkan suami.

Syurga aku adalah keredhaan suami mengizinkan aku menyintai Luth. Syurga Luth adalah kasih sayang yang aku berikan.


Siapa lagi ayah sayang?
Nampak kan?

Nampak sangat laki aku langsung tak tengok muka aku masa ambil gambar ni. 
Apa salah ambil gambar atas sikit, terpotong kepala aku. Penat aku sengih.

20140317

Main kutu


Kutu ni sangat sesuai dimainkan oleh orang yang tak pandai simpan duit macam laki aku. Sebenarnya aku sebagai seorang yang berjimat cermat tidak perlu sanagt menyertai permainan ini, tetapi sebagai sokongan kepada laki aku dan kawan-kawan jiran kami, aku turut menyertai juga. Iyalah, kalau main kutu beriya-iya tapi wang terkumpul setakat 3,4 puluh ringgit macam tak berapa gembira aje.

Apa kaitan binatang ini?

Kaedah main kutu ni ada macam-macam. 

Kat facebook aku selalu nampak ada yang create group kutu nak beli gadget-gadget canggih etc, nak beli Tupperware, even nak beli emas pun ada. Konsepnya, kau booked barang yang kau nak lepas tu tiap-tiap minggu atau bulan kau bayar kat penganjur sampai habis, kemudian kau dapat barang tu. Tapi aku rasa tak macam kutu pun, macam ansuran nak beli barang pulak. Bagi aku, kutu-kutu facebook ni tinggi risikonya. Kalau setakat kenal dalam facebook, aku rasa tak payahlah joint. Selalu aje aku dengar yang kena tipu, tapi itulah ramai juga joint tu. Aku tak beranilah nak joint kutu-kutu facebook ni. Friend facebook PetakBunga lebih 4000 tapi tak sampai 10 orang pun yang aku betul-betul kenal. Kalu kena tipu, memang lesap gitu ajelah. Baik hutang dengan court mamout kot.

Masa kecil-kecil dulu pun aku pernah main kutu dengan kawan-kawan sekolah. Kaedahnya kumpul kawan-kawan yang nak joint ramai-ramai. Lagi ramai. lagi seronok sebab nanti lagi banyak boleh dapat. Kemudian cabut undi, giliran untuk dapat duit ikut nombor yang kena cabut tu lah. Tiap-tiap hari seorang bendahari dilantik mengumpulkan 20sen setiap peserta. 
Aku pernah jadi bendahari tukang collect duit, pening aku. 

Kutu yang kami main kali ni lebih kurang jugak dengan yang aku main masa kecil-kecil dulu. Cuma kali ni duit pun besarlah sikit, tak akan orang tua pun nak main 20 sen kot. Dan kononya nak lebih teruja, kita orang cabut undi tiap-tiap bulan. Biasanya 4,5 hari lepas semua duit dah terkumpul, penganjur akan panggil buat perjumpaan depan rumah untuk cabut undi. Kiranya tiap-tiap bulan, kena berkumpullah semua yang menyertai terutama yang belum lagi dapat duit. 

Ini salah satu aktiviti mengeratkan ukhuwah kawasan kejiranan kami iaitu dengan main kutu

Bulan ni dah masuk 3 bulan kita orang main kutu. Giliran kami belum lagi. Laki aku cadang nak dapat duit kutu raya nanti, ingat nak wat kenduri aqikah Luth.

20140312

Ubat kemurangan isteri


Sakit sangat.

Tiba-tiba boleh nangis. Dengan tiba-tiba.

Rasa sedih jadi orang miskin.

Psyiko!

Pasal aku nak berjimat yang extreme dan aku terpaksa mengorbankan salah satu perkara yang aku suka. Perkara yang kadang-kadang boleh membuatkan aku rasa tenang dan aman.

Dah banyak kali laki aku bawa pergi pasar malam, belek-belek acu-acu kat badan, lepas tu tawar tawar dan dah dapat. Lepas tu tanya ada warna lain tak? Lepas tu.. rasa macam tak cantik pulak. Lepas tu tak apelah, lain kali.lah.

Balik rumah  termenung sorang-sorang. Klik-klik internet dalam kemurangan.
Laki aku yang suruh. Aku tak nak sangat. Sebab akukan tengah berjimat.

Patutnya aku beli dengan cash voucher yang Zalora bagi aje tapi entahlah..aku dah terlebih klik pulak. Ni pun aku dah remove 4,5 helai lepas tengok total macam tak berapa logik sikit.

 Kelmarin klik, semalam balik kerja tengok ada satu bungkusan yang ditunggu. Cepat betul proses.
 Malas-malas nak buka.Tapi laki aku yang excited merobek bungkusan aku.

Aku dah terbeli..2 helai baju, sehelai skirt dan sehelai skaf pasal nak dapat free delivery.

Long Dress ni aku suka sangat. Baju ni  memang betul-betul cita rasa aku. Material pun best. Kira puas hati sangatlah.

 Rasa comel je bila pakai. Bila sarung kat badan, tiba-tiba semangat nak kurus balik macam muda-muda datang menampar.Kalau perut ni kempis sikit mesti lagi comel. Hah gitulah.

Skirt pun okey..Cuma material nya cotton. Lupa nak check material pulak..coton jadi kena iron lah nak pakai..ni yang kurang gemar sikit untuk mak bekerjaya yang perasan sibuk macam aku ni. Akukan ada anak kecil.

Cuma sehelai Collar Shirt Dress rasa macam tak best pulak..
Aku ingat ala-ala dress tapi bila aku pakai rasa macam blouse biasa aje.. Mungkin  model  tu perut  kempis,   aku perut besar.. Aku rasa tak syok pulak. Sarung buka-sarung buka rasa tak best. Lepas tayang-tayang kat laki aku pun rasa tak best. Paksa laki aku suruh cakap tak cantikkan.. Merahkan? Aku pun pelik, aku pilih warna merah dan harap warna tak merah sangat. Maksudnya merah tak terang. Aku pun pelik dengan diri sendiri ni. Rasa murang balik.

Nasib baik beli kat Zalora ni boleh return balik kalau rasa  tak best. Kalau aku niaga, aku tak bagi return pasal rasa tak best. Sesedap hatikan nak return balik pasal rasa tak bestkan? Pasal pilih baju warna merah tapi tak nak merah sangat.  Gitulah alasan aku sebenarnya.

Biasanya kalau aku beli online, kalau dapat yang tak best, memang sekali tulah aku beli. Tapi Zalora siap bagi slip pos laju semua untuk return. Jadi untuk mengurangkan kemurungan aku, aku ingat nak return baliklah baju ni. Kalau aku simpan, takut aku rasa terbuku di dada…Harap-harap proses return barang ni secepat proses aku belilah.

Since aku inagt nak return Collar Shirt Dress tu, aku kenalah buat persedian nak ganti dengan baju lain..


Klik, klik  kat  Zalora..alohai ada 3,4 helai pulak rasa berkenan. 
1 je please..please..

Keliru aku.

Aku cuma harap dapat balik harga baju yang asal pasal kat invoice ni tiba-tiba tulis discount pulak, padahal aku guna cash voucher. Kesianlah aku yang kemurangan ni.





5 days.
Pray for MH370.

Lepas sembahyang, doalah sikit biar semuanya baik-baik.

20140311

Does Love need a Reason


Kita nak dengar yang indah-indah tetapi kadang-kadang ada yang tidak dapat diucap dengan kata-kata..


Some people never understand

Once a lady when having a conversation with her lover, asked:

Lady : Why do you like me..? Why do you love me?

Man : I can t tell the reason.. but I really like you..

Lady : You can t even tell me the reason... how can you say you like me? How can you say you love me?

Man : I really don t know the reason, but I can prove that I love U.

Lady : Proof? No! I want you to tell me the reason. My friend s boyfriend can tell her why he loves her but not you!

Man : Ok..ok!!! Erm... because you are beautiful,
because your voice is sweet,
because you are caring,
because you are loving,
because you are thoughtful,
because of your smile,
because of your every movements.


The lady felt very satisfied with the man s answer.


Unfortunately, a few days later, the Lady met with an accident and went in comma.



The Guy then placed a letter by her side,

Darling,

Because of your sweet voice that I love you...Now can you talk? No! Therefore I cannot love you.
Because of your care and concern that I like you..Now that you cannot show them, therefore I cannot love you.
Because of your smile, because of your every movements that I love you.. Now can you smile? Now can you move? No, therefore I cannot love you.
If love needs a reason, like now, There is no reason for me to love you anymore.
Does love need a reason?

NO! Therefore, 
I still LOVE YOU...




"True love never dies for it is lust that fades away. Love bonds for a lifetime but lust just pushes away"



Immature love says: 
'I love you because I need you.'

Mature love says 
I need you because I love you.'


'Fate Determines Who Comes Into Our Lives, But Heart Determines Who Stays...'

20140310

Sayang bini


Jiran aku sangat sayang bini dia.

Selama aku duduk menyewa sini, aku jarang nampak bini jiran aku. Bersembang pun tak pernah. Tapi laki dia dan laki aku selalu aje bertenggek kat depan pagar rumah aku atau rumah dia. Paling aku kepoh, pasal aku tak pernah tengok bini dia sidai kain. Biasanya lakinya yang sidai dan angkat balik bila dah kering. Kalau hujan time lakinya tak ada kat rumah, kat situ lah kain baju sidaian mereka. 

Setiap pagi dan petang aku tengok laki jiran aku menghantar dan menjemput isteri dan anak mereka. Bila sampai kat depan pagar rumah, laki nya akan turun dan bukakan pagar. Ada sekali tu hari hujan, macam biasa laki dia keluar dari kereta dan bukakan pagar, tapi masa nak masuk , pagar tu tertutup balik. Kali itu la aku nampak bini dia keluar dan tolong buka balik pagar. 

Aku rasa mungkin dia dah bahagikan tugasnya. Bini tukang basuh, laki tukang sidai. Macam kami laki bini. Aku tukang masak, dia tukang kritik. Adillah gitukan.

Oleh kerana aku tak nampak tugas-tugas bini dia yang banyak kat dalam rumah mereka, maka aku cuma tafsir apa yang aku nampak secara luaran. Aku nampak laki dia sayang sangat bini dia. Tak macam laki aku, kena gaduh-gaduh dulu baru dia nak tolong aku. Walaupun kami telah berbincang banyak kali hal ni, aku tak boleh bising-bising, membebel bila nak mintak tolong atau cakap apa-apa kat laki aku dan laki aku tak boleh tangguh-tanguh bila kena buat apa-apa. Tapi perbincangan ni tak berjaya lagi. Lepas sehari dua perbincangan kami…kami akan kembali ke keadaan asal balik. Selagi laki aku suka tangguh-tangguh, selagi itulah aku kena membebel

Berbalik cerita pasal jiran aku ni, bila tengok laki dia macam ni dah tentulah aku pun kalau boleh biarlah laki aku pun macam itu. Selalu tolong bini, tak perlulah bini dia kena minta-minta, bising-bising baru nak tolong. Tolong seikhlas hati, nampak benda perlu bantuaan, terus beri bantuan. Tapi itulah, benda kat dalam rumah orang kita tak nampak, kita nampak yang kat luar je kan? 

Macam itu juga lah kami laki bini, kami sedaya upaya nak tunjuk kami ni macam pasangan yang comel sentiasa. Contohnya, kalau nak bergaduh atau aku nak membebel kena dalam bilik kami. Jangan depan orang, gitulah syarat laki aku. Bila kaum keluarga, sahabat handai datang terutama kawan-kawan dia yang jenis kaki kutuk datang, aku kena jadi isteri yang solehah amat. Ikut apa sahaja kata laki aku demi menjaga ego seorang lelaki. Contoh paling mudah, laki aku tidak akan tolong basuh 1 pun pinggan makan dia. Letak aje kat situ lepas habis makan, isteri solehah ni lah yang kena kutip dan basuh. Tapi bila makan hari-hari dah tentulah suami aku pun kena tolong basuh sendiri pinggan dia. 


Sejak air rumah aku kena catu, aku telah mengeluarkan arahan penjimatan supaya pinggan mangkuk dibasuh serentak untuk mengurangkan penggunaan air. 

Maka laki aku telah meninggalkan pinggannya setiap kali lepas habis makan di sinki sahaja walaupun ketika air ada…



Pray for MH370.
Doalah sikit lepas habis solat, itu aje kita mampu.

20140308

pesawat boeing mas kl beijing hilang?


Syarikat penerbangan mas mengesahkan mh370 hilang pukul 2.40 pg tadi sabtu, 227 penumang,12 anak kapal dalam penerbagan ke china tidak tiba seperti dijadualkanan.


Ya allah mintak yang baik baik hendaknya.




Tanda-tanda kecil nak kiamat


Hai Selasa dengan Rabu kalau tak salah kat tv alhijarah, ustaz (aku selalu lupa nama dia..tak take note nama dia. Muka ingat) akan cerita pasal tanda-tanda nak kiamat. Sekarang ni cerita pasal dajal. Best tau, dia cerita sangat detail. Ada teori-teori konspirasi jugak. Kita kan suka percaya pasal teori-teori pelik ni. Bila dia cerita pasal simbol kat mata wang euro, pasal dajal keluar dari timur, pasal lagu opa gangan stail, tunggang kuda, 9circle dan macam-macam lagi… semuanya macam pernah aku baca. 


Cerita favorite aku segitiga Bermuda.

Detailah ustaz ni terangkan. Macam dah terjawab semua yang yang aku pernah baca dulu. Logik dan tak logik semua cerita tu diterangkan dengan dalil hadis. Fahamlah untuk orang yang tak ada background officially belajar agama ni. Mudah faham.

Aku nak cerita lebih pun tak boleh, korang tengoklah kalau ada masa. Aku pun dengar-dengar gitu jugak sambil-sambil sian ikan. Tak sempat nak ambil note betul-betul.

Bila tengok jerebu, air tak ada sekarang ni, aku rasa takut pulak. Amal ni dah lah kurang sangat. Kalau korang baca ni, lepas tu tengok ustaz tu cerita dah kira beramal jugakan... Nak terang lebih-lebih tak reti. Silap terang takut jadi salah.

Ustaz cakap..
Tanda-tanda tu akan berlaku pada pertengahan bulan puasa.
Tahun ni puasa bulan 7.  World cup

Nauzubillah.



20140307

Roselle


Aku dapat benih rozel ni dari kakak ipar aku masa aku balik cuti raya cina lepas. Baru minggu lepas dapat tanam. Itu pun lepas aku bising-bisng kat laki aku mintak carikan aku tanah elok sikit aku nak menanam. Tanah sekangkang kera kat depan rumah aku berbatu-batu sikit, payah nak menanam. Tak berapa subur dah.

Akhirnya dalam malas-malas laki aku, cari jugak tanah kat aku sikit. Laki aku culik kat tepi taman perumahan ni. Campur dengan tanah bakar sikit, dengan sabut sikit. Insyallah subur tanaman aku.

Aku dah tabur butir rozel kat dalam poli bag ni.


Depan rumah aku ni adalah jugak sikit-sikit aku tanam pokok-pokok nak buat sayur-sayur time terdesak.

Pokok lada ni aku tanam.
Aku ambil biji lada kering. Musim panas ni tak berapa menjadi buahnya..

Pokok serai ni pun aku tanam.
Tapi kucing suka betul berak sebelah pokok serai aku.. ingat boleh cover bau busuk tahik dia la tu.

Kesum ni pun aku tanam.
Nak buat nasi kerabu senanglah.. tak berapa subur sikit, dia nak kawasan berair rasanya.

Pendek kata, hampir semua lah aku tanam.

Tangan sejuk katakan, semua tanam mesti hidup.

Kalau hidup pokok rozel aku ni..2, 3 bulan lagi adalah entry aku pasal kabaikan minuman rozel, tak pun resipi jem rozel. Seronok aku. Tak sabar nak tunggu pokok rozel aku ni tumbuh. 
Seronok sangatlah.

Orang menanam ni nak kena siram, nak kena jaga, letak baja.
Bukan tanam je!
-Laki aku.


Tau, terima kasih tolong siram, tolong jaga, tolong baja. Aku kan sibuk. Aku kan ada anak kecil, mana sempat. 
Tolonglah.


Tertinggal blackberry, alhamdulillah dapat balik


Biasanya, sebelum tidur aku ambil blackberry laki aku, untuk buat jam loceng nak bangun pagi esok. Loceng phone dia boleh set sekali, tak payah set tiap-tiap hari. Phone aku, aku tak reti nak set tiap-tiap hari bunyi. Kalau dah  tekan stop hari ni, esok dah tak bunyi, kena set balik. Akukan sibuk, mana ada masa nak set hari-hari.  Jadi dia tahu, dah biasa aku akan mintak handphone dia. Sambil-sambil tu aku boleh check sms dengan col dia hari tu. Mana lah tau, ngumpat aku ke. Kot ada Hanez Suraya message dia lupa nak padam nak buat kenangan ke.

Semalam nak aku tanya mana phone dia?
Dia jawab, tak tahu.

Laki aku selalu macam tu. Kadang tu aku message dia kat tempat kerja, malam tu aku sendiri yang buka message aku.  Aku tanya, tak baca ke message aku? Dia kata tak perasan. Boleh pulak tanya aku message apa?
Dah outdated key.

Macam tak risau sangat phone hilang. Kalau ada rezeki lagi, adalah.


Aku nak buat miscall pun tak boleh pasal phone aku tak ada kredit. Jadi doalah..harap-harap jumpa balik.


Alhamdulillah, rupanya tertinggal kat tempat kerja. Ada hamba Allah kat tempat kerja tolong simpankan. Syukur dia simpan dan bagi balik. 



 Kredit ada 30ringgit lagi, baru topup tu..rugi kalau hilang.
Blackberry tak semua warna hitam ada jugak warna putih macam ni.
Ini limited edition. Mahal sikit dari korang pakai.



20140306

Tolong ingatkan aku, kalau suatu hari aku lupa

Aku tak boleh makan sotong!

Dah berapa kali benda ni terjadi. Tak sakit memang selalu lupa. Ingat nak sedap je. Lepas tu rasa menyesal pulak, tak tertanggung malu ni. Nak keluar rumah pun rasa malu. Rasa nak ambil mc je, tak mahu pergi kerja... Kena tulis kat blog ni. Kalau satu hari aku bersungut lagi pasal benda ni..tolong ingatkan aku, beritahu aku baik-baik, tegur aku baik-baik.  Aku ni makhluk yang lemah, selalu lupa.


Memang sedap, tambah pulak sambal sotong ada pulak petai.

Sekarang ada gunung berapi yang amat besar, besar sangat tengah tunggu nak meletup.
Tiap kali tengok cermin, aku rasa akulah paling buruk. Boleh aku terfikir, kalaulah ditakdirkan… satu pagi bila bangun pagi benda  ni naik muka Hanez Suraya ke… mesti dia rasa dia yang paling malang dalam dunia ni.

Benda kecil macam ni pun dah buat hidup aku rasa paling malang. 
Ada muka cantik tak tahu bersyukur.


Tak kacak tak hensem tak apa, asal mulut manis

  
Aku suka kutuk suami aku depan-depan dia. Pendek, hitam, buncit..hidung penyet, miskin. Aku harap dia tahu aku bergurau. Aku tak bermaksud. Kalau aku kata aku tak sayang pun aku tak bermaksud. Dan KAU jangan sesekali kutuk suami aku, walau kau tak bermaksud nak kutuk. Aku akan panas.


Makhluk Allah semuanya cantik, paling sempurna dah ciptaan Dia. Tapi kat mata makhluk Allah ni, abe ni kira tak berapa cantiklah, kurang hensem, manis tu adalah sikit. Tapi rasa-rasa kalau nak cuba usha-usha boleh dapat lagi kot.


Aku rasa Luth ikut aku, maksud aku tinggi macam aku. Untuk membuktikan kebenaran itu, maka kami mengukur tinggi masing-masing.


Atas: laki aku, tapi nampak pendek sebab gemuk kot
Tengah: mak aku, tapi nampak pendek sebab bongkok
Bawah: L  nampak tinggi, poture badan aku tegap.


To : T.a.t.a kalau kau baca,
Suami aku hensemlah..kalau tak hensem tak akan dapat aku yang lawa ni. Macam pinang dibelah kapak. Tengoklah anak aku, sebiji macam aku laki bini. Kalau rajin belajar comel sampai tua lah.. kalau malas esok-esok hitam legam macam mak ayah ni.

Kena selalu mintak ampun kat laki sebab mulut ni..tampar jugak mulut ni.



Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...