Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140430

Ikan keli dari jiran untuk jiran


Ahad tu laki aku bawa balik ikan keli hidup-hidup kat rumah.

‘Makan tak ikan keli?’ sambil tunjukkan ikan keli dalam baldi. ‘Johne bagi, dia ngail.’ Kelas-kelas nama-nama jiran aku.


‘Makan’, aku sebenarnya bab-bab ikan ni aku boleh je makan semua jenis. Cuma dulu aku tak pernah makan sebab mak aku tak makan ikan sungai, jadi rumah aku tak pernah beli ikan sungai. Tapi laki aku ni jiwa kampung-kampung aku ikut je. Boleh je aku makan. Antara makanan favourite zaman bercinta adalah belut. Belut sup, tomyam, papik.

Dia pergi dapur ambil pisau, besen, papan pemotong bawak depan rumah. Siang siap-siap ikan keli tu depan rumah. Potong kecil-kecil bagi aku. ‘Nak masak apa eh?’

‘Goreng je lah, buh lada’, cadang aku.

‘Ishk, goreng… tak lalu lah’, komen laki aku. ‘Buat asam pedaslah sedap. Buah kuah pekat-pekat.’. Amboi dia punya cadangan.

Sebagai isteri yang rajin dan solehah, aku okey je. Cukup bahan boleh je. Lada kering, asam jawa, bawang, tomato semua ada.  Lagipun daun kesum, bunga pink tu..(eh lupa apa dah) semua ada kawan laki aku bagi masa nak buat nasi kerabu dulu pun dah nak kecut.

Aku lumur ikan tu dengan tepung gandum. Biar hilangkan bau hanyir. Sebenarnya hidung aku tak berbau pun. Tapi laki aku kata berbau, aku pun baulah jugaklah.  Nasi dah masak, kalau tak aku basuh dengan air beras je nak hilang bau hanyir ikan keli ni.

Bersilat berperang dengan Luth, aku siap masak ikan keli asam pedas sesedap rasa limpahan rasa cinta aku. Tengahari nya Luth dah tertidur. Ma aku dah makan dulu, lagipun dia memang tolak mentah-mentah ikan sungai ni. Langsung tak sudi merasa air tangan aku.

Makan kami laki binilah yang akan merasa asam pedas aku ni. Aku hidanglah asam pedas ni..
Dia hirup kuah asam pedas. ‘Sedap ni..’ Dia ambil sepotong ikan masuk dalam pinggan. ‘Abe tak makan sebenarnya ikan keli ni, tapi sebab bini masak sedap rasa nak makan.’

Sebaik dia masuk mulut. ‘Kenapa liat ni?’

Aku cuba pula. ‘Ah liatlah, macam mana tak masak ni? Rasa dah lama masak.’

Terus hilang mood nak makan. Aku ambil balik lauk dalam mangkuk masuk balik dalam periuk. Aku masak balik. Sedihnya, ni kali pertama aku masak ikan keli. Biasa bukan ikan ni cepat je masak..macam mana pulak ikan ni tak masak? Tak pernah berlaku ni.

Lalu, laki aku makan tengahari tu dengan lauk ayam yang dia bawa balik majlis tahlil semalam.

‘Tunggulah sekejap, jap lagi masaklah ikan ni.’ Aku tambah lagi air biar masak lama sikit. Tambah juga serbuk lada takut kurang pedas lepas tambah air.

‘Tak boleh dah abe..’

Hah..???


Tengahari yang panas tu dia buka cerita pasal ikan keli..

‘Tahu tak kenapa abe tak makan ikan keli?’

‘Ikan keli makan tahik.’ Aku teringat kawan kat kilang aku cakap dia tak makan ikan keli pasal dia tengok orang bagi makan ikan keli dengan tahi.

‘Masa abe bujang dulu, abe suka makan ikan keli. Ikan keli ni lah ikan sungai yang paling murah. Hari tu, rumah tak ada orang, jadi abe pun siang-siang ikan..abe pun goreng. Masa goreng tu, ikan tu melentik sangat, naik jadi bulat separuh. Abe pun buh dalam pinggan, makan. Suap je sekali,
muntah semua.
Sebab tulah abe tak makan. Rasa makan tadi macam tulah rasa yang abe ingat dulu.
Lepas makan buah mangga ni pun rasa lagi ikan tadi. Ni baru sikit-sikit nak hilang. 
Tak boleh dah abe..’

‘Lepas tu apasal ambil ikan keli tadi?’ aku dah rasa panas. ‘Jap lagi masak lah. Sapa nak makan ni?’

‘Tadi rasa nak makan.. Makanlah..abe dah tak boleh dah. Sungguh.’

Seekor ikan keli yang besar…mana aku boleh habis. Malam tu laki aku hulur kat jiran sebelah. Ikut aku rasa nak buang je. Geram betul aku. Tak tergamak satu nak bagi makanan yang kita tak nak makan. Takut dan malu juga aku masak tak sedap ke, laki aku cakap sedap pun tak nak makan.  Bab yang tak masak tu aku rasa dah masak.

‘Tanya dah dia, dia kata dia makan ikan keli…’.

Aku masuk dalam mangkuk bagi kat jiran. Tinggal seketul je ikan tu buat aku sahur. Sedap tau, lagi perhangat, lagi pekat kuah, lagi sedap asam pedas ikan keli 
lakiakutakmakanngadangaakujadibengan.


20140429

Luth nak ayah

Luth dah lama tak buat perangai macam ni. Serba tak kena. Asyik merengek je. Lampin dah tukar, baru lepas membuang. Ma suruh sapu minyak kat perut. Takut dia kembung perut. Budak kecil, sakit bukan tahu nak cakap. Aku sapu minyak telon kat perut, punggung dan tapak kaki Luth. Sekejap dia berhenti merengek. 

Lepas tu sambung merengek. Serba tak kena. Aku col laki aku. Tak angkat. Cal lagi, masuk voice mail. Geram betul aku. Aku message dia. 'Luth menangis. Serba tak kena. Tadi lagi.'
Message deliver, tapi tak ada reply.

Aku tengok jam dah dekat pukul 11malam. Luth serba tak kena, tidur pun tak nak. Sekejap menyusu, sambung nangis. Jarang Luth macam ni. Aku try col lagi. Tak dapat juga.

Ma ambil, dukung Luth. Aku main cak-cak. Dia ketawa sekejap. Aku ingat dia dah okey. Dah tak sakit kot. Sekejap, lepas tu dia sambung nangis. Aku dah pening. 'Kenapa Luth ni ma?'

Aku cal lagi sekali laki aku, risau aku..kemudian aku perasan macam bunyi telefon.

Handphone laki aku ada dalam bilik, atas katil. Bawah kain belum terlipat. Selalu tak bawa handphone pergi mana-mana. Kalau ada emergency macam ni kan susah!

Aku tahu dia pergi tahlil dengan kawan jiran. Nak telefon ke tidak? Sekarang dah dekat pukul 12. Lenguh dah aku berdukung dengan Luth. Duduk je sambung nangis. Aku sabar sekejap lagi, rasa segan pula nak col kawan tu. Takut dia ingat aku queen control pulak.

Alhamdulillah..tak lama kemudian, laki aku balik. 


Nampak je laki aku...
Menangis berhenti. Laki aku masuk rumah. Merangkak ke kaki ayah dia. Bergantung dibetis ayah


Kemudian..terus berhenti menangis. Dan boleh main sendiri. 

Aku cakap kat laki aku Luth menangis tadi, bersungguh-sungguh. 
Macam tak caya. 



Anak ayah.. malam tu dia tidur dekat jam 1 pagi, tidur dekat ayah.
Malam ayah untuk Luth.

20140428

Jodoh

Bunga memiliki segalanya, kecantikan, kekayaan, kemewahan dan kemasyuran. Bibir Bunga tersenyum, tapi jauh disudut hati menangis siapa yang tahu.
Tiada siapa yang mahu hidup sendiri... Bunga pasti suatu hari nanti akan ada jodoh yang baik untuk bunga. Doakan Bunga.
Insyallah.
Namun,
Bila jodoh itu datang...
Bunga jadi keliru, adakah ini dia yang ditunggu-tunggu Bunga selama ini. Lalu,
Bunga istiqarah, berserah kepada Allah.
'Sahaja aku sembahyang dua rakaat kerana Allah.'
Bunga tunggu mimpi dari Allah, tapi Bunga tak pasti adakah itu mimpi darinya atau mainan tidur sahaja?
Tapi gerak hati Bunga kuat, mungkin ini juga petanda. Tapi Bunga masih ragu. Adakah dia yang terbaik?
Alhamdulillah, Allah permudahkan segala perancangan Bunga untuk bersamanya.
Inilah istiqarah.
Kita tak akan kenal dia selagi belum bergelar isterinya.
Maka, akhirnya terserah kepada Allah membuat pilihan.

Sabàr tibanya syabas

Sabar, sabar


Tiba, tiba


Syabas, syabas


^-^

.



20140425

Apa perasaan kamu bila dia meluahkan perasaan dikhalayak?

Bunga sayang.
Bunga sayang kamu.
Bunga sayang Petak.
Sayang sangat..

Jerit Bunga depan kedai Petak.
Petak buat mata kuyup, oh lemah.. 'tolong jangan jerit lagi'.

Lepas tu keting...keting...keting.

Mata kami bertembung. Jarang berlaku. Aku cebik mulut.

Malas aku nak layan. Baik angkat kain, dah malam kena embun.

'Nanti keluar rumah jerit ek..tapi sebelum jerit tolong kunci motor.'

Mati hidup semula aku tak buat.


Nota kaki: keting-keting bunyi lagu bunga gelek. Heroin pertama tak tahu hilang mana sebab aku sedar-sedar orang lain pulak heroin. Lama betul aku tidur..Laki aku kata bunuh diri. Pening aku tengok hindustan.



Janda baik

Perempuan juga makhluk Allah yang dicipta Allah dimuka bumi ini mempunyai hak-haknya. Andai kata dipertemukan jodoh yang tidak baik. Bebaskan diri.

Sebagai seorang isteri aku juga sebenarnya takut dengan gelaran janda. Macam sudah tersemat dalam kepala otak kita kalau janda itu jahat. Pengoda dan perosak.

Sampai kena membezakan balu dan janda. Nak menunjukkan janda ni perempuan yang ditinggalkan laki. Janda ni perangai tak baik jadi padan muka kena tinggal laki. Sampai aku pun rasa malu nak panggil janda.
Kemudian tukar istilah, ibu tunggal. Harap dapat menaikkan taraf seorang ibu. Ibu yang melahirkan aku juga ibu tunggal. Kasih sayang seorang ibu bergelar janda tak ada kurang dari ibu yang bergelar isteri.

Bagaimana pula dengan janda yang tiada anak. Salah kah dia sebab tak dapat beranak? Salahkan dia bersuami penagih?

Buat sahabat yang ku anggap adik. Beranilah adik. Jangan dibutakan cinta. Mula hidup baru.


Siti Khadijah isteri Rasulullah juga seorang janda yang dipertumukan jodoh dengan insan yang paling mulia disisi Allah. Insyallah jika ini bukan jodoh terbaik untukmu, sentiasa ada yang lebih baik.

Ramadhan dah dekat, ganti puasa itu wajib

Berapa hari lagi Ramadhan?

Last aku tengok kawan-kawan blog update 100 hari. Maaflah, aku yang dhaif ni tak guna bulan Hijah sampai tak ingat langsung berapa hari lagi nak jumpa Ramadhan. Rasanya sekarang ni masa yang sesuai sangat nak ganti puasa. Dekat sangat dah. 

Biasanya, aku hari ke 4 Syawal aku dah start ganti puasa. Itu pun aku dah lewat sebab kat kampung aku, biasa orang dah  mula puasa hari ke 2 atau ke 3 Syawal. Habis puasa 6 hari boleh beraya sekali lagi. Betul-betul raya, kadang tu makcik-makcik aku siap buat masak-masak besar-besaran nak sambut raya puasa 6.  Untungkan, setahun raya sampai 3 kali?

Ada pendapat kata kena puasa ganti dulu. Itu wajib, lepas tu baru  boleh puasa sunat. Ada kata boleh niat dua-dua sekali. Aku yang jenis suka mudah ni, ambil yang mudahlah. Niat dua-dua sekali. Tapi aku rasa kalau nak buat asing-asing pun tak apa. Bukan ruginya puasa terlebih. Ke tak boleh?

Tahun lepas, aku bersalin dalam bulan puasa. Itu pun kalau ikut due awal-awal lagi aku dah beranak.. Syukur, sebab Luth susah sangat nak keluar, aku sempatlah  puasa 15 hari. Lepas tu aku dah masuk wad. Tak tahan aku asyik kena experiment dalam wad aku dah tak puasa.

Aku yang lemah iman ni asyik tangguh-tangguh nak ganti puasa.

Alasan takut tak larat nak menyusu Luth.  

Magrib sekarang lambat.

Musim panas.
 

Sakit perut. Pening, macam-macamlah. Huh.


Semalam baru aku start ganti puasa.. Aku kena ganti 14 hari. Aku pun tak sedar sebenarnya puasa tahun lepas cuma 29 hari.  Itu pun sepupu aku yang cakap sebab dia kena bayar Fidyah untuk mak saudara aku  yang dah uzur nyanyuk.


GA cuci lemari by mamamursyid.blogsport.com


Marilah sama-sama menyokong GiveAway mama kepada Ahmad Mursyid, seorang guru dan juga surirumahtangga dan juga isteri kepada ahmad khushairy mempunyai ukur jari kelingking 3inch discount yang menghamparkan karpet merah untuk berkenalan dengan kita semua.


TARIKH TUTUP PENYERTAAN 
16 MEI 2014


20140424

Susahkah ibu menjaga anak aku

Aku tahu pengorbanan seorang ibu melahir dan membesarkan aku tak mampu balas sampai bila-bila. Ma membesarkan aku dengan susah payah tanpa suami disisi. Ma sungguh kuat. Langsung aku tak terfikir bagaimana kalau aku berada ditempat ma.

Bila aku dah ada Luth, aku sekali lagi susahkan ma terpaksa menjaga Luth. Aku tahu kadang-kadang ma tak sihat, letih dan penat menjaga anak aku yang sangat aktif. Maaf ma.

Adanya ma menjaga Luth, aku dapat  keluar bekerja dengan tenang. Aku tak risau anak aku yang aktif kena dera atau sebagainya sebab aku tahu Luth selamat dalam jagaan Tok Ma. Macam mana ma jaga aku, macam tulah aku yakin ma akan jaga Luth. Mungkin jauh lebih baik dari aku jaga. Mungkin tragedi asam pedas juga tak akan berlaku dibawah jagaan ma.

Orang kata, cucu yang dijaga nenek akan jadi manja. Siapa yang tak sayang cucukan?

 Masa aku kecil-kecil dulu, aku dijaga datuk bila ma aku keluar bekerja.  Ma kata Tok Ayah aku garang, ma aku pun tak berani sangat. Tapi aku langsung tak pernah ingat dia garang…apa yang aku ingat cuma kebaikan dan kemurahan hatinya. Seronok tahu dapat ikut Tok Ayah minum teh tarik kedai kopi.
Letak dalam piring, hirup suam-suam.

Luth masih kecil sangat, dia sangat-sangat perlukan kasih sayang dan sepenuh perhatian dari orang dewasa. Aku rasa, biarlah dia dimanja sepuas-puasnya. Kasihh sayang, kemanjaan Tok Ma bukan dari sudut material. Tak apa.

Untunglah aku ada ibu yang boleh jaga anak… tak payah bayar.


Aku tak pernah bayar sesen pun duit kat ma aku untuk jaga Luth. Tak pernah! Sebab tak pernah terlintas dalam fikiran aku nak buat ma aku jadi pengasuh anak aku. Duit yang ku hulur tiap bulan bukan duit upah mengasuh. Itu sedikit tanggungjawab aku sebagai anak. Kalau ma tidak menjaga anak aku juga, aku akan hulur juga. Insyallah, doakan rezeki aku selalu ada bahagian untuk kita semua.



1st Giveaway Sulaman Lace Heaven

http://fuzamusa.blogspot.com/2014/04/sulamanlaceheaven-1stga.html

Semua dijemput untuk sertai GIVEAWAY ini, tapi kenalah ikut syarat-syarat berikut:
  1. Follow blog Fuza, Follow Instagram Sulaman Lace Heaven, dan Follow blog Mia Liana
  2. Buat satu entri bertajuk 1st Giveaway Sulaman Lace Heaven
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri kalian ke dalam ruangan komen INI.
  5. Pemilihan pemenang adalah melalui random.org
  6. Giveaway ini akan TAMAT pada jam 11.30 malam 12 Mei 2014
Sila klik pada banner untuk join. Jom....

Belajar dan terus belajar



To be effective in learning, you need to 

LEARN, 
RELEARN 
and UNLEARN
HRonline.net Aug,2013



Learn a new skill,

Cita-cita zaman remaja aku adalah untuk menjadi penulis novel. Ini semua pengaruh novel cinta zaman remaja aku. 

Kejayaan paling besar adalah cerpen pertama aku pernah masuk majalah sekolah. Bukan pasal aku jadi editor majalah sekolah ye. Eh ke iya? Lama-lama atas faktor-faktor persekitaran, cita-cita aku makin jauh dan dikubur.

Kerja pertama aku adalah paling dekat dengan cita-cita remaja aku. Atas sebab susah nak cari kerja, aku jadi editor buku sekolah. Jauh bidang pengajian dengan kerjanya aku ni, dengan penulisan tunggang terbalik dan ejaan penuh spelling error aku diterima menjadi editor. Lagi malu nak cerita kelayakan spm Bahasa Melayu aku. Bahasa Inggeris lagilah dua kali malu. Buku PMR yang anak korang guna tu, akulah salah sorang mengeditnya. Juga buku SPM dan kadang-kadang buku STPM pun aku buat.



Relearn an certain skill to improve on its,

Lama-lama kerja, aku jadi muak membaca. Aku langsung tak boleh membaca selepas waktu kerja. Sebabnya, kalau aku baca apa-apa bacaan aku asyik perhati kesalahan ejaan. Salah itu ini, susun atur tak cantik, aku tak dapat tumpukan apa yang aku baca. Asyik nak cari salah je. (Psst, jangan cari salah spelling aku, tak ada sapa edit tulisan aku..) Novel-novel semua jangan harap aku nak baca. Boleh muntah, boleh pening aku. Majalah pun aku boleh tengok gambar je.

Sampailah aku berhenti kerja.

Walaupun kerja aku sekarang tiada kaitan lagi penulisan buku sekolah atau kerja mengedit aku rasa bertuah dengan pengalaman kerja lepas. Aku jadi lebih teliti, penulisan report aku lebih baiklah aku rasa berbanding college aku kat sini. Aku rasalah.. Sekarang aku belajar balik mengasas skill yang lama aku tinggalkan, aku nak belajar menulis blog. Dengan bersungguh-sungguh dan azam yang kuat! 



Unlearn obsolete knowledge and skills.


Kecuali ilmu tak berfaedah!







20140423

Hari rabu tak boleh cakap banyak, tapi apa nak cakap bila laki telefon?

Sekejap-sekejap dia telefon.


Busy ke?
Emm..kenapa?


Aku lebih prefer message je kalau kat ofis. Ofis aku terbuka, malu aku nak cakap-cakap jiwang-jiwang dengan laki aku. Nanti orang dengar.


Tak adalah…saja.
Tahulah MAXIS free hari ni.





Bukan semalam aku dah cakap ke? Mana ada orang pasang reminder kat handphone sendiri!



Key, Selamat Hari Lahir! 

Busuk punya orang


Kedai tempat laki aku biasa minum kena aniaya orang. Lampu dan plug tiga pin dicuri. Kabel dan stater lampu dicelup dalam air. Kerusi disimbah minyak masak.

Apa motif? Kedai ni bukan kedai betul, gerai je. Jiran aku punya, dia angkat meja 3 biji, kerusi sikit, pasang kat depan lot kedai. Lot kedai depan kawasan rumah aku 1 je diguna untuk kedai runcit. Lain-lain kosong je, yang ada penghuni pun cuma jadi rumah tumpangan pekerja asing. Tak berapa strategik kawasan rumah aku untuk kegiatan perniagaan. Atas usaha jiran aku ni dapatlah juga kaum-kaum laki kat kawasan perumahan ni bersembang petang-petang sambil minum kopi. 

Bukan sehari dia buka gerai ni, dah bertahun-tahun. Tak pernah jadi macam ni. 

Baru-baru ni, ada taukey ni cuba-cuba nak buka tempat main judi kat atas lot kedai tak laku ni. Tak sampai sehari dah kena halau dengan penduduk sini. Nasib baik penduduk sini jenis ambil berat. Tak mahu anasir-anasir macam ni masuk. Malas aku nak cerita macam mana dia orang halau sebab melibatkan pihak berkuasa juga. Biarlah, asal tak buat tempat judi kawasan kita sudah....



Laki aku dah jarang melepak sini, jadi jangan suspect aku. Sungguh, dia orang minum-minum je, janganlah busuk hati sangat aniaya orang cari rezeki macam tu. Aku dah selidik tak ada unsur perjudian, main aji pun tak ada, pelayan perempuan pun tak ada. Apalah busuk orang yang khianat ni?

Busuk punya orang!



20140422

Aku jaga anak tak pernah cedera ....


Semalam kawan tempat kerja  laki aku hantarkan ikan masak asam pedas. Beriya betul dia nak masak untuk kami, katanya nak balas bekas tapurware yang kami bawa masa jamuan rumah dia hari itu. Wah, untung aku, ginilah orang berbudi... Kawan bukan kerana nak balik bekas berisi tau.. tapi ginilah jenis kawan yang betul nak berkahwankan?

Laki aku dah beritahu awal-awal lagi kawan dia nak datang bawal bekal petang ni.  Jadi aku masak ala kadar je lah. Biasanya aku masak adalah 6, 7 jenis lauk pauk. Kalau hari tak biasa aku goreng ikan, budu cicah timun jelah.

Seronok aku dapat ikan asam pedas bekas besar pulak tu..ho..  aku letaklah kat atas meja makan tupperware tu. Sambil tu aku goreng ayam. Sambil tunggu ayam masak aku blogwalking,aku sibuk sikit sekarang kat ofis, jadi jarang dapat blogwalking semua blog kawan-kawan, so aku ambil kesempatan sambil goreng ayam aku blogwalking lah..kan kalau aku tak gi jalan blog kawan-kawan kecil hati. Nak pujuk,pujuk aku kena buat entry bodek-bodek pulak… nasib baik kawan-kawan aku makan bodek lagi setakat ni.  Hihi.. (Bukan Tata dan bukan Falsya)

Entah macam mana tiba-tiba ma aku menjerit..

Luth…

Aku tengok-tengok, separuh badan Luth dah mandi dengan kuah asam pedas.
Alohai anak… Diam je tak menangis, senyap je. Agaknya terkejut sebab aku menjerit.
Masa mandikan barulah dia menjerit kuat. Aku rasa kena mata dia sikit masa nak jirus air. Aduhai anak. Nasib baik asam pedas tu tak panas sangat. Kulit dia Nampak merahlah sikit. Tapi tak melecur. Aku sapu lotion jer..dia pun tak menagis.



Malam tu aku dapat merasa asam pedas kuah sikit, pedas, betul pedas. 

1st GIVEAWAY BY DIANARASHID.COM





Segmen 12 Jam Bloglist #8 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan Mei dan Jun 2014 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 22 April 2014, iaitu tepat jam 11.15 pagi sehingga 11.15 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #8 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 April 2014.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

20140421

Andai aku pergi dulu


Kadang-kadang aku tak suka membebel panjang-panjang bila laki aku tidur sampai ke tengahhari dan aku terpaksa berperang dengan Luth membuat kerja rumah.

Ayat yang paling sedap aku biasa cakap,’ tak apalah abe tak nak tolong.. Kalau Sa dengan Luth dah tak ada, abe bolehlah tidur puas-puas. Masa tu tak ada siapa nak ganggu.’ Biasanya laki aku akan cepat-cepat bangkit bila keluar ayat sedih pilu ni.

Ahad lepas husband cousin aku meninggal. Sakit jantung. Aku rasa macam tiba-tiba. Tidak pernah terfikir langsung. Aku tahu mati tu pasti, tapi entahlah kali ni aku rasa lain sangat. Mungkin sebab ni sepupu aku, orang yang agak rapat dengan aku. Macam-macam aku fikir. Kalau kena kat aku, macam mana hidup aku? macam mana aku nak jaga Luth? Aku jadi takut sangat. 

Agaknya macam tulah laki aku rasa bila aku selalu sebut pasal mati ni.Aku suka cakap tanpa berfikir. Sebenarnya, bersediakah aku?

Bila ajal tu datang..bukan harta aku, bukan laki aku, bukan anak yang aku perlu susahkan tapi diri aku, bersedia ke aku mengadapNya? 





Hal dunia, aku tahu laki aku boleh urus.

Nilai diri


Situasi 1

Setelah beberapa lama bermain kutu dengan Puan Kutu. Akhirnya aku telah banyak duit, maka aku berhasrat ingin menukar kereta baru.


Aku telah menelefon Falsya untuk memberitahu aku ingin membeli kereta baru. Falsya, aku akan membeli kereta merah. Lalu Falsya menjawab, 'bagusnya, kau tentu sudah kaya.' 
Sambil ketawa kecil aku menjawab, 'adalah rezeki sikit-sikit.'
Setelah aku pergi ke showroom kereta, jurujual kereta mengatakan hanya kereta berwarna biru sahaja yang ada. Jadi aku telah cancelkan keinginan aku untuk membeli kereta baru.
Lalu aku menelefon Falsya kembali, ‘aku tak jadi beli kereta sebab kereta merah tak ada yang ada cuma warna biru.’
 Falsya pun bertanya, ‘kenapa tak beli biru? Birukan warna kesukaan kau juga.’
 Lalu aku menjawab, ‘nanti Md tak perasan aku tukar kereta. Lagipun kereta Cho zila pun warna biru juga. Tak mahu aku sama dengan kereta Cho zila.’

Situasi 2

Mar pergi kenduri berbaju peplum hijau muda. Lalu ditegur Tata yang berkenan dengan baju Mar,’ cantiknya baju Mar. Berapa ratus Mar beli?’
 Dengan malu-malu Mar menjawab, ‘murah je.. saya beli kat pasaar malam je.’
 Kebetulan aku juga memakai baju yang hampir sama yang ku beli di butik 1stClassVVIP. Lalu ditegur Tata, ‘cantiknya baju kau, macam mahal, macam kat butik 1stClassVVIP. Mana kau beli? ‘
Lalu dengan bengan aku menjawab, ‘memang aku beli kat butik 1stClassVVIP. Resit pun ada lagi aku simpan. Kenapa tak percaya ke?’



Mereka yang mempunyai nilai diri yang tinggi tidak perlukan simbol  kekayaan kerana mereka sendiri sudah dipandang mahal.

Watak yang tiada kaitan, contoh situasi.

20140418

Tanya ustaz



Masa itu bulan puasa, ada segelintir budak-budak Melayu kat kilang tak puasa. Ramai sebenarnya yang jenis tak tahu malu makan dikhalayak pulak tu.
Lalu, budak Nepal ni tanya aku, semua Melayu Islamkan? (Ni bukan masalah Melayu Murtad)
Kenapa mereka tak puasa, you puasa?
Aku tak reti nak jawab pasal hukum-hakam lalu aku jawab, Iman tak sama. Adalah sikit sebanyak aku hurai lebih kurang.. Nasib baik dia tak tanya aku kenapa kena puasa..kalau tak aku kena tanya ustaz. (Biasa mereka suka bertanya).

Apa pendapat akak pakai tak tutup aurat?

Kalau orang bukan Islam yang tanya soalan itu boleh diterima, mungkin dia memang tak tahu, nak tahu dan kerana dia rasa perempuan inilah orang Islam mungkin dia tahu. Tapi yang tanya itu aku rasa orang Islam juga. Orang yang ditanya pulak, sebab nak pertahankan diri, tak nak tunjuk dia salah dah jadi makin besar  salah dan makin pelik jawapan. Aku tak rasalah dia sebodoh tu, tak tahu hukum hakam benda basic macam tu.

Sebenarnya ni bukan pertama kali kot aku rasa bertanya tak kena tempat.

Mungkin lain kali boleh jawab macam ni...Iman saya lemah.
Iya itu sebenarnya bukan alasan. Memang tak ada alasan sebenarnya. Mengaku salah kat manusia pun tak guna. Mungkin adalah salahnya, sebab terpaksa tengok auratnya dan rasa gatal mulut nak komen pasal jawapan yang serba tak kena..

Fikir positif, pertanyaan ni sebenarnya nak sindir secara halus…minta diberi hidayah kot. Tapi kalau jenis hati kering, payah.



Jadi aku rasa dari menjawab guna kepala otak, baik tanya ustaz. Bertanya kepada yang tahu. Sekarang zaman teknologi, ustaz semua dah ada channel yang mudah nak intraksi..

pm fb je.
jangan tanya aku. 

Kerabu mangga sedap dimakan bersama jiran tertangga


Depan rumah aku ada pokok mangga. Pokok ni bukan dalam pagar rumah aku, kat depan rumah. Baru-baru ini laki aku ada cantas sikit dahannya sebabnya ada getah menitik kena kereta. Banyak juga dahannya dicantas, tinggal dahan yang menghala ke pagar rumah aku dibiarkan.

Dalam bergurau laki aku kata, senang sikit nak control buahnya nanti…semua dalam pagar kita.

Sejak aku menyewa sini bertahun-tahun rasanya, kali ni baru aku tengok pokok ni berbuah dengan lebat macam ni. Kat depan pagar rumah pula tu. Walaupun pokok ni aku tak tanam, aku kira pokok mangga akulah. Kalau berbuah sebelah luar rumah, aku kira rezeki orang kat luar. Dalam pagar aku, rezeki aku sekeluarga. Biar kami tentukan nak makan atau nak bagi sapa-sapa.

Sebab menghadap pagar rumah aku, ramai yang tak perasan buahnya lebat sungguh. Bila ada yang bertandang kat rumah aku, barulah perasan buahnya lebat. Ramailah yang terliur. Terlintaslah dalam kepala otak, tersebut dimulut nak makan kerabu mangga pulak.

Mangga ni walaupun tak masak, dia tak masam sangat. Sedap juga, tambah pulak buat kerabu ke memang marvelous, kecur liur. Tapi kami ni sayang pula nak ambil, nak tunggu biar masak. Tak pernah rasa yang masak.

Oleh kerana tak nak hampakan jiran yang nak makan kerabu mangga, laki aku pergi ambil mangga rumah kawan tempat kerja dan beri kepada jiran. Siap beli udang kering lagi laki aku sebab rasa terliur nak makan kerabu mangga. Sebiji buah mangga pun tak sempat sampai rumah, semua diberi rumah jiran. Tak sedap katanya mangga yang diambil tu, tunggu mangga depan rumah ni masak. Ini mangga yang sedap.

Datang adik beradik sekali sekala rasa terliur mangga tak masak pun diberi. Tak tahu bila lagi datang, takut tak dapat merasa. Datang pencuci longkang, selamba ambil buah mangga tak bertuan agaknya tak perasan dahannya dah masuk pagar orang. Datang kawan yang buah mangga dikebas dulu, ambil je lah dah laki aku aku kebas mangganya dulu.

Petang-petang musim hujan sekarang ni kadang-kadang ada yang gugur belum masak, itulah kami kutip makan.



Rasanya, lama betul tunggu buah mangga depan rumah ni masak…







Selama tunggu semangkuk kerabu mangga yang tak kunjung tiba.

20140417

Ciri cikgu yang baik


Pertama sekali sekali aku bukan cikgu sekolah betul-betul, juga bukan cikgu sekolah memandu. Aku cuma seorang gadis kilang, penjana ekonomi negara. Gadis oh... ♥♡♥♡. 

Walaubagaimana pun persekitaran kerja aku kadang-kadang mengkehendakan aku jadi cikgu. Sebagai seorang cikgu yang baik kesabaran adalah sangat penting.  Namun sebagai seorang manusia biasa, kadang-kadang kesabaran kita akan diuji. 

Sebagai contoh, bila aku bagi memo untuk diberi kepada production. 

Mereka akan bertanya, kat mana nak tampal memo ni?
Maka aku akan menjawab, tampal kat notice boar. 

Bila turun ke production, mereka melihat notice board dah penuh dengan memo. 

Maka mereka akan bertanya lagi, notice board dah penuh, mana nak tampal? 
Maka dengan sabar aku akan berkata, buanglah yang lama dan tampallah yang baru. 

Maka mereka dengan patuh akan melakukan arahan ini.
Tiba-tiba mereka merasakan memo yang lama tidak boleh dibuang.

Lalu mereka memberitahu aku, memo ini tidak boleh dibuang. 
Maka aku berkata, simpanlah.

Dan mereka berkata lagi, mana nak simpan? 
Simpanlah dihatimu atau otakmu kalau otakmu masih ada ruang, kata hati kecilku.

Generasi Y sangat banyak bertanya.. why? Y?

Oh mereka berkata, kalau aku jadi cikgu masa mereka sekolah dulu, mungkin mereka tak perlu kerja kilang sekarang.


Jangan tanya kenapa gambar terbalik, ini contoh.hhh




Ini simbol < atau kalau nak ingat jadikan K for kurang dan ini simbol >   leBih Besar.

20140416

Betik pencuci muka untuk kulit berjerawat dan sensatif


Sabtu lepas aku pergi pasar malam. Macam biasa tujuan utamanya adalah untuk memborong buah. Kebetulan jumpa buah betik jual murah. Sebakul 5 ringgit, ada tiga biji. Tak berapa eloklah sikit isinya, dah nak murah kena terimalah kalau tak berapa elokkan? Pakai tudung tiruan pasar malam, tak akan lah kau akan jadi cantik macam Mawar pulak.

Jadi sebagai penjimat dan tak berapa kaya, haruslah aku beli. Aku dengan Luth suka makan betik. Kaya vitamin ni, buah tempatan murah. Makan betik ni, nak membuang pun senang ni. Sesuai sangatlah untuk orang gigi baru nak ada macam Luth ni.

Buah betik ni dah tak berapa elok pun masa beli, tapi boleh lagilah nak makan. Buang-buang yang tak berapa elok tu. Patut aku belah terus balik tu, buang yang mana tak elok. Tapi dah makanan lain banyak, aku biar je kat situ. Sebab kalau belahkan, kena letak dalam peti. Peti penuh. Tak akan aku dengan Luth nak makan semua sekaligus. Mahu muntah betik, berak betik.

Sekarang dah hari apa? Nak jumpa sabtu pulak dah. Baru aku belah. Berulat dah! Ni pasal air tak adalah ni... kalau nak belah betik, kena basuh. Payah dah sepah-sepah nak basuh payah. Ni rasa nak saman syabas ni.

Jadi tak nak membazir, aku pilih-pilih sikit.. banyak yang tak sedap dah. Masam dah sikit. Yang lembit tu boleh buat pencuci muka.

Pencuci muka betik.

Sabun susu kambing aku pun dah masuk mangkuk tandas semalam. Nak beli dah tengah bulan. Mana cukup gaji Rm2500. Dahlah side income nufnagg aku baru rm8. Koranglah ni malas klik iklan aku. Banyak dah aku letak iklan. Eh..


Buat apa-apa ni kena rajin, kena yakin. Insyallah akan cantiklah muka aku tak lama lagi. Melampaulah kalau korang minta aku tunjuk testimoni selepas aku guna pencuci muka betik semua jerawat-jerawat kat muka aku hilang. Jadi putih dan gebu macam Luth. Aku baru try hari ini dah nak tengok berkesan ke tidak. Ishk...


Kena pakai hari-hari, sepuluh tahun pun masih cantik macam cik ta.


Petua mengekalkan pembaca blog

Aku ada terbaca satu petua tak nak dompet hilang. Katanya, dompet yang hilang akan dapat kembali jika ada gambar budak comel dalam tu. Katalah dompet kita terjatuh ke tertinggal mana-mana, orang yang jumpa tu akan buka dan tengok... 

eh comelnya budak ni.. 

rasa kesian pulak nak ambil. Bila nampak budakkan secara tak langsung, perasaan kasihan itu akan terbit gitulah kiranya.

Jadi,

Aku suruh Luth pose paling comel dan seksi in the world sambil sengih menampakkan dua batang gigi kapak dan dua batang gigi anak. Nak pose manja gini bukan senang tahu.


Gambar pun terbalik..lepas upload baru tahu...huhu..

Dengan harapan, semua pembaca blog tak hilang. Pengomen tegar macam cho zila yang cantik lagi slim juga tak merajuk.. payah nak buat link guna phone...nanti kita karang best punya entry special punya. Ramai lagi yang kita ingat selalu macam mar, acik, maria dan lain-lain yang selalu bagi pendapat bernas tapi kita tak sebut...

Laptop kita masuk workshop 3,4 hari dah sakit, payah sikit nak berjalan blog kawan-kawan. Jangan kecil hati ek...nak buat cam na kan.

Jalan jugak slow-slow.


20140415

Konflik mentua dan menantu


Tengok aku syok-syok nak kaji pemikiran sherlock homes, laki aku mesti sibuk minta air. Aku dah tahu, kalau aku gerak mesti bertukar siaran lepas ni. Lepas tu aku dah tak faham misteri ni.. dua kali aku tengok, baru aku dapat tangkap pemikan sherlock. Payah nak faham

Bila tengok aku tak bergerak, ma aku cepat-cepat suruh aku buat air hidang kat laki aku. Bila aku dah buat air kat laki aku, mesti dia tanya mana air ma? Jadi aku kena buat tiga jenis air. Nescafe untuk laki aku yang ketagih kafin, milo sihat dan kuat untuk ma yang menahan nak minum susu dan susu tepung penuh krim untuk ibu menyusu yang baik hati dan sibuk. Mereka berdua sangat mesra, saling menghormati antara mereka.

Bila ma aku tegur pasal kain aku, suruh aku pakai kain sarung tu elok-elok sikit. Laki aku mesti jadi tukang tambah, 'pakai kain sarung pun senget'. Dua-dua orang sibuk nak jaga tepi kain aku. Mereka bergabung nak meletopkan aku. Mereka tak faham, aku ni sibuk ada anak kecil. Malas nak layan mereka, baik aku masak je.

Bila aku sibuk kat dapur, ma akan datang tolong. Laki aku pula akan tolong jaga Luth. Sambil-sambil masak aku intai-intai laki aku dengan Luth. Bila dengar bunyi suara kuat sikit, aku keluar tengok. Senang laki aku jaga Luth, main sendiri je dia. Kalau aku jaga, langsung tak berenggang. Macam faham pulak Luth kena marah dengan ayah. 

Petang-petang hari minggu kami nak melepak sekeluarga, mesti ada je orang nak ganggu. Mesti budak bujang depan rumah tu nak ajak laki aku keluar minum. Tak berani pulak nak datang rumah aku. Nak air apa, semua aku boleh buat. Dah laki aku jadi cacing kepanasan, nak juga minum air kat kedai depan rumah. Sudahnya, kena tinggal Luth.

Jadi, kalau tak ma, aku yang kena jaga Luth. Maka ma aku akan membebel kat aku pasal laki aku. Suruh aku nasihat laki aku. Gitu gini, habis semua benda tak puas hati bersangkut paut. Aduh, pedih pulak telinga, kan bagus kalau cakap sendiri je. Ni yang buat aku nak ngamuk ni...lagi berangin rasanya ni. 


Macam nak pecah kepala aku. Bukan aku salah pun, aku pula yang kena marah, kena tahan bebel. Pedih tahu kena bebel, lebih penat dari membebel.


Dengar je bunyi pintu laki aku balik. 
Senyap. 
'Ma nak air kelapa?'


Sebagai seorang isteri aku ni jadi kaunter aduan dua orang ni. Tak faham aku. Sebab aku isterinya.



20140414

Pentingnya komunikasi dalam rumahtangga

Komunikasi adalah penting dalam sesebuah rumahtangga. Pasangan kita adalah individu berbeza yang tidak boleh faham semua yang ada dalam kepala otak kita. Diam bukan cara terbaik menyelesaikan masalah.

Jadi kali ini, kami laki bini akan berkomunikasi secara terbuka. Secara telus, no heart feeling after discussion end. Setiap orang boleh meluahkan ketidak puasan hati masing-masing tanpa tersinggung.

'Sa dah tak sayang abe ke?' Ayat biasa bila dia sedihlah tu.
'Sayanglah, ada ke tak sayang? Kenapa kata gitu?'
'Sa asyik marah-marah je, asyik membebel je', dia dah mula meluahkan perasaanlah ni.
'Abe yang buat sa jadi gini', mestilah sebab dia, 'ingat sa suka ke membebel hari-hari?'
'Sa tak puas hati apa kat abe?' Dia dah bagi peluang kat aku.
'2 benda je sa minta abe ubah. Bangun pagi tu, sa gerak sembahyang tu bangunlah cepat-cepat. Ni kejut bangun tidur pun dah macam nak perang. Lepas tu kalau bual tu tak ingat nak balik. Dah dekat maghrib baliklah rumah', banyak lagi sebenarnya nak cakap tapi itu je aku mampu luahkan.
'2 je?' Dia sengih. 'Abe bukan gi mana pun, depan rumah je', 
'Abe?', aku bagi peluang kat dia pulak.
'Banyak.. satunya, tengok time ni tak mandi lagi,' Masa ni dah maghrib tapi aku tak mandi lagi. 'Sa sekarang kuat membebel, pagi petang membebel. Lepas tu merajuk, tak nak bercakap'. Iya aku tahu perangai aku.
'Ada lagi?' Aku tanya lagi. Bagilah dia peluang, inikan perbincangan terbuka.
'Banyak, ni salah satulah.'
'Abe time ni baru nak balik, ni Luth sapa nak jaga? Sa macam karton tahu, balik kerja nak masak itu ini...abe dekat maghrib tak balik lagi. Sa bukan tak nak abe bergaul dengan orang, jadi kera sumbang..tapi berpada-padalah. Dekat maghrib, kalau kita mintak nak balik, orang pun respek. Faham. Sa merajuk macam mana pun, tak nak bercakap pun sa gerak jugak sembahyang subuh. Ikut hati, malas dah nak kejut. Kejut salah, tak kejut salah..biarlah abe marah sa kejut pun. Marah pun tak nak abe masuk neraka sebab tak sembahyang. Abe janganlah buat sa pula masuk neraka sebab derhaka...'

'Sebab sa sayang abe sampai syurga....'



Lepas tu...dia tak sambung apa yang dia tak puas hati lagi dengan aku. 


Paginya dia bangun sebaik dikejut tanpa perlu membebel dan pulang kerja awal.


Sayang sampai syurga..ceh.

20140411

Aku ada kuali tapi tak ada kawan




Kuali ni hadiah perkahwinan aku yang paling berguna buat aku. Sebagai seorang wanita bekerjaya dengan anak kecil yang perasan sibuk selalu tetapi sempat update blog, kuali ini banyak berjasa kepada aku.  Secara tidak langsung mengekalkan keharmonian rumah tangga aku dengan berkat doa BUNDA.

Macam aku cerita sebelum ni, walaupun laki aku ni suka melepak kat kedai depan rumah minum air sebelum balik rumah, dia tetap nak makan di rumah, makan masakan experiment aku.  Aku tak call dia Kakzakie, pasal dah agak dia kat mana.. Terpaksalah aku masak Ros_reeza. Tak ada alasan untuk aku ANIM. Memang jarang sangatlah kami makan kat luar  lia, aTie dan  Nur. Tekak melayu memang tak boleh nak telan kfc, pizza semu tu tak kenyang,Knor.

Walaupun dia jarang komen aku masak sedap ke tidak. Penatlah nak cari resipi Mummydearie hari-hari kena fikir apa nak masak..sudahnya aku experiment je.. sekali sekala bila dia tanya apa nama resipi ni? Itu maknanya berjayalah experiment memasak aku…J

Berbalik kepada cerita kuali ni, kuali non stick merah besar gedabak ni hadiah daripada kawan baik aku kat Uitm dulu, juga classmate aku, juga roommate aku. Tawa tangis masa belajar dulu, banyak aku share dengan dia. Aku tak tahu kenapa sekarang dia menyepi… aku ada kuali ni, tapi aku macam hilang kawan.

Sheila Salim, memasak sambil dukung Luth bukan senang. Sangat mencabar. Walupun pun pakaikan baby carry, susah Rai Ourkizuna. Aku pegang kuali, dia capai kuali Apa aku pegang dia nak pegang. Nazif tak kacau ke Aisy Nasiha? Sudahnya aku letak kat bawah. Macam Diana buat, bagi dia senduk semua buat main, bolehlah sekejap sebelum dia bosan. Lepas itu misz sheyla, dia melekat balik kat betis ni,  kena angkat balik. Samalah dengan anak Falsya, Farah dan  anak buah Huny eda,  Luth  nak berkepit je. Ikutkan Luth, memang tak mahu mak dia masak, nak suruh melayan dia je. Bila anak dah besar macam Nur Hayati dan Kesuma Angsana senanglah sikit.

Tapi aku bersyukur sebab ada anak comel macam aku kan Umi Qi? m.a.w.a.r, jangan cair sangat tengok wajah comel yang garang sebenarnya tu.. Uni Aqilah, aku berjanji akan spend sebaiknya masa aku dengan dia, jadi kalau aku jarang g jalan blog Uni jangan kecil hati ek..

Adanya kuali ni, memang senang sikit nak masak, aku masuk je semua rempah ratus dalam kuali ni, tutup, lepas itu biarkan je.. Kalau Sue Bee nak tahu ‘ikan bakar, hati sapa yang tahu’ aku guna kuali nilah..senang guna kuali ni.

 Dah masuk segala rempah,sempatlah aku releks sekejap.. dukung Luth, main-main dengan Luth.  Zee Suhaini, bolehlah aku hilang sekejap penat aku dengan Luth. Aku juga rindu selalu kat Luth, Kniedaz.

Aku rasa kuali ni agak mahal, walaupun bukan brand Ikan. Kalau ikutkan aku, entah bila aku beli. Aku memang tak reti nak beli barang-barang dapur ni. Sejak jadi mak-mak ni barulah aku ada minat sikit membeli barang-barang dapur ni..

Kenapa dia menyepi?

Aku ingat last aku jumpa dia sebelum aku mengandungkan Luth lagi. Masa tu aku dengan laki aku masih duduk asing-asing, jadi adalah masa aku keluar lepak dengan dia. Aku ada message dia beritahu aku mengandung, bersalin semua. Tapi dia menyepi. Dia belum berkahwin , mungkin juga dia rasa bosan dengan cerita hal rumah tangga aku. Terasa hati ke dengan aku… asyik bercerita pasal rumah tangga aku.

Asyik cerita pasal aku..pasal anak, pasal laki aku.. 

Lama-lama dia pun mungkin dah tak tahu nak cerita apa dengan aku. Nak komen apa pun dia tak tahu. Salah komen kan aku terasa, tu laki aku. D.Shahril Hakime, mungkin lebih faham dengan perangai kaum lelaki ni. Aku pulak asyik tanya.. kau dah ada boyfriend ke? Mungkin aku tak sedar, tak sensitif.

Aku doa biar dia dipertemukan jodoh yang baik sebab dia sangat-sangat baik. Aku harap dia akan call aku bila dia nak kahwin nanti, bila dia dah ada anak nanti boleh kita cerita-cerita pasal anak-anak kita ek, QasehnyaRania juga.. Aku harap korang yang belum berkahwin Niesa, ain diyana, Cik Yaya …tak bosan lah baca blog aku walaupun tak tahu nak komen apa hal rumah tangga. t.a.t.a pun sporting je kan? Blog aku ni carian goggle nak tutorial ikat bunga telur tahu. Jadi kalau nanti korang nak kahwin, nak buat bunga telur sendiri bolehlah rujuk aku. Jangan minta aku buat sudah, aku sibuk ada anak kecil.

20140410

Dilema isteri berkerja untuk masak


Tutup pintu kereta tengok Luth dah tunggu depan pagar. Bunyi kereta mak dia pun dia dah kenal. Dah panggil-panggil aku dalam bahasa aku dengan Luth je yang faham.


Cepat-cepat masuk, tak sempat nak tukar baju Luth dah melekat kat betis, bergantung kejap.

Macam mana mak nak jalan ni.

Angkat Luth, dukung. Tersengih-sengih Luth.  Sebelah tangan tukar baju, tanggal tudung. Letak sekejap, dia merengek balik. Mak pergi kerja okey je duduk dengan Tok Ma, mak balik dah jadi manja, tak boleh berenggang langsung ek.

Sudahnya, dukung balik pergi dapur. Bawak keluar lauk beku nak bagi cair sikit. Ambil sayur rendam air. Semalam dia komplen sayur sekarang rasa pahit. Dia kata, kena rendam lama sikit, biar keluar racun yang pahit.

Nak tunggu lauk beku cair sikit, boleh rehat kejap..buka tv layan perkembangan MH370. Tengok Luth ralit sikit, ingat asar tak sembahyang lagi..mintak Tok Ma tengok-tengokan Luth. Tengah sembahyang, Luth melekat kak kaki, tunggu Tok Ma datang ambil.

Siap sembahyang, ingat nak masak..dah Luth merengek-renggek nak berdukung setiap masa...  

Nak masak ke tak ni?

Tengok jam kat dinding..
Mana laki aku ni? Bila nak balik ni? Tak hilang lagi tension?

Tak support aku nak jadi Siti Khadijah lah ni…


20140409

Bila suami balik lewat

Bila mana Rasulullah pulang ke rumah dalam ketakutan selepas menerima wahyu pertamanya, Siti Khadijah menyambut rasulullah dengan kasih sayang. Menyelimut baginda, menenangkan baginda. Mempercayai segala kata rasulullah walaupun tiada seorang pun mempercayai baginda.


Bila dia pulang kerja lewat selepas singgah di kedai minum air, aku sambutnya dengan senyum mesra, menyangkut baju kerjanya, mendengar cerita tension kat tempat kerja. Mempercayai segala katanya, walaupun tak ada sorang pun kat tempat kerjanya boleh pakai..semua laki aku kena buat, kesian laki aku tensionlah dia macam ni.

Menjadi isteri solehah seperti Siti Khadijah, tak boleh marah-marah bila dia balik kerja lewat. 


Nasib baik dia dah singgah kedai, kira bila dia balik rumah tu level tension tu dah rendah...


Wordless, sejak mak dah tak ada

Dia suruh aku telefon ayah dia, cakap dengan ayahnya. Aku suruh dia call sendiri, cakap sendiri. Dia kata susah, tak tahu nak cerita apa.

Aku tahu dia selalu rindukan ayahnya.  Sejak dah jadi ayah ni, dia rasa dekat sangat dengan naluri seorang ayah. Tak mahu Luth jauh dengan ayah sampai bila-bila.

Bila mak dah tak ada, ayah dah ada keluarga lain benda macam ini memang akan berlaku. Bila kita dah makin tua, kita belajar menerima semua ini.

Sekarang masa untuk berubah. Telefon dia, tanya khabar dia.



 Tak apa, biar aku telefon dulu. Nanti aku ceritakan tiap patah tutur mesra ayah.



20140408

Aku berkira dengan anak aku


Aku memang kedekut, aku memang berkira dengan duit. Aku beli susu murah kat Luth, aku beli pump susu mahal kat aku. Aku beli Drypers atau Huggies ikut yang mana ada discount kat supermarket. Itu pun lepas beberapa jenama murah lain yang aku beli gagal experiment kebocoran dan boleh melekat balik bila nak pakai sekali lagi.

Paling utama sekali, aku berazam tak mahu lagi beli mainan kat Luth. Luth tak main pun. Handphone aku, remote atro itu juga kau suka. Mainan aku beli dia kuis-kuis lepas tu tinggal. Mak tak nak beli dah!
Aku harap dapat berhenti sehingga Luth sendiri sudah pandai meminta-minta. Bila masa itu tiba, aku kena fikir balik..aku tak nak komen sekarang sebab aku tak tahu mampu ke aku menolak pemintaan Luth.


20140407

Semua lelaki kena faham tentang sakit orang perempuan

Semua perempuan yang sihat belum menopauses biasanya akan uzur  sekali sebulan. Kalau anak kecil tak faham sakit puan ni juga orang panggil datang bulan, period atau bahasa standardnya menstrual cycle. Tapi aku biasa cakap kat laki aku tak boleh sembahyan, uzur. Oh bendera merah,  faham-faham.
Selain daripada hal-hal suami isteri, lelaki terutamanya suami  juga kena faham banyak perkara bila isteri sedang uzur.

Bila isteri kata senggugut, ini adalah sakit perut yang ngilu, memulas-mulas macam nak beranak pun ada. Setengah orang sakitnya sampai termuntah-muntah. Lebih sakit daripada korang rasa sakit perut nak berak. Lain orang lain sakitnya. Aku masa muda-muda dulu pun selalu kena senggugut ni. Tiap bulan mesti kena cuti. Kaki, tangan semua rasa lenguh…menucuk-nucuk ngilunya.  Alhamdulillah lepas beranak ni dah jarang sakit perut lagi. Tapi kadang-kadang ada rasa lenguh-lenguh kaki bila dekat-dekat nak datang.

Bayangkanlah hampir seminggu  keluar darah daripada badan. Darah tahu… bukan air.
Aku ingat laki yang mabuk darah boleh pengsang kalau tengok betapa banyaknya darah yang keluar. Ni yang kadang-kadang badan  rasa lemah je, kepala pun rasa sakit dan  berdenyut-denyut. Perut pula rasa kembung je. Masa ni makan nak kena jaga, jenis berais, berangin memang kena elak.

Orang lelaki selalu salahkan datang bulan bila kami bad mood. Betul untuk sebulan sekali, tetapi kalau hari-hari bad mood itu memang dah perangai perempuan tu gitu.  Perubahan hormon bukan sahaja mempengaruhi keadaan fizikal perempuan bila datang bulan, tetapi juga perasaan. Perempuan akan berubah menjadia lebih sensitif, mudah marah, sampai kadang-kadang rasa depress. Jadi, lelaki atau suami kena banyak-banyak sabar. Kadang-kadang korang boleh abaikan bila dia banyak bersungut tetapi kalau korang sayangkan dia cubalah faham perasaan ni.


Jika lelaki boleh faham situasi ni alangkan indahnya.




Laki, buktikan engkau memahami dengan menolong kerja-kerja rumah sebab aku rasa serabut bila tengok rumah macam kapal pecah.

20140405

Cinta Mat Bangla


Tiap pagi jumpa aku, dia mesti beri salam. Dia dulu, selalu macam itu. Kenapalah berat mulut aku ni nak mulai dulu? Senyumanya sentiasa terukir dibibir, macam tak ada masalah.


‘Berapakali col wife 1 hari? ‘ Aku tengok dia lapang sikit, berehat sebentar hilangkan lelah bekerja.
‘1 hari ada, 1 hari tak de col, saya tak ada duit’. Nampak murang sikit.  ‘Kalau saya tak ada col, dia tak mahu makan.  Dia mahu saya cepat-cepat balik.’  Dia buka dompet, tunjukan gambar seorang perempuan. ‘Saya punya wife tak de cantik.’

Aku ambil dompet tengok lagi dekat. ‘Putih macam ni tak de cantik ke? Berapa umur?’

Dia ketawa. ‘19, saya tak ada kenal. Terus kahwin.’  Balik bercuti baru-baru ni, aku dapat tahu dia dah berkahwin.
‘Macam tahi cicak. You kenal cicak? Itu binatang cik..cik…,’ aku buat bunyi cik-cik macam aku takutlkan Luth.

‘Saya sudah tanya dia, saya hitam dia putih..mahu kahwin sama saya ke?’ Dia sambung cerita. ‘Dia kata yang penting hati baik.’

‘Sana you punya wife buat apa?’

‘Dia study lagi. Sekarang dia exam. Kalu ini pass, dia mahu sambung kolej. Nanti dia habis kolej, saya balik kampung.’

‘Ooo..dia study apa?’ Aku hulurkan balik dompetnya.

‘Itu banking’, sambung dia lagi.

‘Pandai ye, you tak ada study?’

‘Saya dulu medical field tapi tak ada habis.’

Aku ketawa, ‘rugi..kalau tak, sudah jadi doktor ye? Nanti you mahu balik, mahu kerja apa?’

Dia angguk-angguk. ‘Saya tak ada risau mahu makan tapi duit tak ada. Saya ingat mahu business, buka kedai jual-jual.  Saya punya negara kerja susah...1 kerja, 200 orang mahu.’

Aku pulak angguk-angguk, ‘semua orang pandai-pandai tapi kerja susah....Nanti you beli itu phone ada internetlah. Lagi murah dari col. You sekolah, you punya wife sekolah.. boleh contact you punya wife lagi murah.’

'Iya-iya, nanti dapat gaji saya mahu cari itu phone.'




Nasib kita tak sama. 


Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...