Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140530

Ucapan buat pengantin baru

Hari last kerja bulan ni. Kering oh balik kampung tengah bulan. Cuti hari Buruh pun bukan. Cuti hari Wesak pun bukan. Cuti Israj Mikrak pun bukan. Cuti sekolah pun bukan jugak. Cuti meraikan orang kahwin. Orang nak kahwin pun, ikut rasa hati dia je nak kahwin tengah bulan ke hujung bulan ke. Kesian kita yang kais makan hari-hari ni nak bertahan beberapa hari ni. Tapi tak apalah, asal adik bahagia.


Buh gambar tak nampak mukalah..kan jadi glomur pulak adik ipar tiriku.

Apa-apa pun selamat pengantin baru dari kakak ipar tiri mu. Dengan ucapan buat biras ku, cepat-cepat dapat anak yang comel, bijak lagi beriman macam Muhammad Luth Rafiqi. Anak sapa lah tu kan?

Melalui perkahwinan Allah mengurniakan manusia dengan keturunan yang melaluinya umat manusia berkembang biak -. an-Nahl: 72

Penat tahu dah tua baru nak kahwin macam kakakmu ini. Anak pun masih kecil, ingat nak beranak 6, 7 orang lagi ni. Insyallah.

Kahwin ni tak boleh tangguh-tangguh. Kalau dah sampai jodoh kena cepat-cepat kahwin, tak payah fikir-fikir sangatlah. Yang penting ada iman boleh bagi makan pakai kau, insyallah Allah permudahkan.

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud
Barangsiapa memiliki kemampuan untuk kahwin, hendaklah ia berkahwin. Hal itu lebih membantu menjaga pandangan serta melindungi kemaluan. Namun, apabila tidak mampu, hendaklah ia berpuasa. Dengan berpuasa, syahwatnya akan lemah.


Selamat menempuh alam baru berumah tangga. Bergaduh sikit-sikit biasalah tu. P.Ramlee kata sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri. Seronok juga gaduh-gaduh manja ni tau, kalau tak tak akan sampai kakak boleh tulis dalam blog. Okaloh. 

20140529

Luth dah 10 bulan baru bertatih sendiri

Sepuluh bulan sudah aku jadi mak manusia paling comel sedunia ni.


Hidup aku pun dah makin terurus. Aku pun dah makin kurus. Orang kata! Okaloh. 
Berjaga malam pun dah jarang sangat, cuma nak boleh tidur tu susah sangat. Apalah yang susahnya nak tidur Luth? Pejam je lah mata. Mana ada orang tidur sambil nyut-nyut susu, Luth. Penat juga mulut mak nak berzikir, bersyair, bernasyid, Luth tak tidur-tidur juga. Kenyang-kenyang Luth bingkas bangun balik. Boleh pula turun katil, sambung main. Tahulah Luth dah pandai turun naik katil sendiri. Eksyenlah, dah tak payah mak tolong. Ingat ye, nak turun kena hulur kaki dulu.


Macam tok ma cakap, mak kecil-kecil dulu 8 bulan mak dah boleh berjalan. Setakat 5 tapak budak umur 10 bulan dah seronok ke? Ngg.. aku  nak berlawan dengan anak sendiri padahal seronok sangat tengok anak dah boleh bertatih. Mula-mula jalan kena slow-slow Luth. Setapak-setapak. Luth ni nak cepat je, nak lari-lari terus..tahulah mak ada tunggu nak dakap kalau jatuh. Mungkin Luth ikut belah ayah lambat boleh jalan. 4 bulan ayah dah boleh jalan itu namanya, besar yang amat punya bohong.


Seronoknya  orang ada gigi 6 batang ye. Ayam goreng pun dah boleh makan ye. . Gigi kapak yang tajam. 

Alhamdulillah Luth tak pernah deman lagi setakat ni. Pagi tadi badan dia panas sangat. Harap-harap tak melaratlah..
Luth ni kuat.

20140528

Malam berpelita

Tangan laki aku macam sakit sikit. Rasanya tak seliuh, mungkin ada salah urat sikit. Ni angkara kursus Quantum anjuran tempat kerja dia lah. Kekonon kalau kita ada keyakinan diri tinggi. Papan pun kita boleh pecah dengan rileks je. Laki aku kan gagah perkasa, jadi dia pun volunteer pecahkan papan tu. Hajat hati nak pecah 5, 6 keping juga papan tu, tapi katanya Tuan Pengajar pulak tak bagi. Boleh takat 2 keping je. Haruslah terpecah dipecahkan abang yang gagah perkasa.

Dan sudahnya sebulan dah asyik duk mengadu kat aku tangan dia sakit. Okaloh.

Ayukan mak budak ni berkurung sentiasa macam gadis pingitan.

Balik kampung tu, dia dah rancang nak berurut. Malam tu laki aku kata nak pergi rumah tukang urut. Nak mengurut satu badan. Malam sebelum tu laki aku dah buat peragai balik tengah malam dah dekat pagi, jadi malam ni aku nak ikut juga. Tahulah laki aku, kalau dah jumpa kawan-kawan dia memang tak ingat dah anak bini. Tambah pulak berbulan-bulan dia simpan modal nak menyembang dengan kawan-kawan sekampung ni. Jadi untuk mengelakkan aku dengan Luth kena tinggal kat rumah dia, kampung dia. Mahunya aku ikut juga. Ikut ke mana sahaja.

Laki aku mula tu memang tak berapa nak bawa pun. Lagilah aku nak ikut.

Ingat nak pergi dengan motor je, tapi abang kakak ipar aku macam takut-takutkan aku dengan misteri kampung mereka. Rasanya pergi dengan kereta je lah. Aku mengangkut sekali Luth yang tengah tidur magrib tu ikut sekali.

Tempat laki aku menjala ikan.


Rumah dia jauh masuk ke dalam lagi dari rumah laki aku. Lalu kat jambatan simen. Tiba-tiba laki aku berhenti kat tengah hutan. Gelap gelita. Dari lampu kereta aku nampak ada sebuah rumah. Lepas tu perasan orang keluar dari rumah, bawa pelita. Ada lelaki dengan perempuan panggil jemput naik. Laki aku terus on kan lampu kereta sampai aku naik tangga rumah dia. Aku takut-takut juga. Rasa macam tak berapa kukuh je tangga kayu tu. Rumah tu kecil sangat. Pondok mungkin sesuai dipanggil.

Laki aku dah bagi tahu keadaan rumah tukang urut tu. Tapi aku macam tak berapa percaya sangat.
Selain suami isteri tukang urut. Masa aku datang tu ada seoranga nak dara tengah memasak dalam gelap ada sikit cahaya pelita. Juga ada budak perempuan dalam 4 tahun  cucunya makan keropok depan pelita minyak tanah. Aku naik sekejap, Luth yang tidurnya dah terjaga. Mungkin sebab rasa panas sikit rumah tu.

Sebak betul aku. Tak pernah langsung aku terfikir zaman ni ada lagi orang hidup bergelap malam hari. Aku betul-betul rasa sayu time tu..tak tahu nak cakap macam mana. Sekejap laki aku berurut, Luth menangis. Panas satu, satu lagi tempat sempit dan gelap. Tak tahu nak main apa. Serba salah aku minta izin balik dulu. Laki aku hantar aku balik dulu kemudian pergi balik berurut.

Rumah tukang urut lepas jambatan ni. 

Bila teringat anak kecil dan anak gadis aku jumpa malam tu aku mesti rasa sebak. Tak dapat aku bayangkan mereka membesar dalam kesusahan sebegitu. Kalau kita ni, satu malam elektrik putus dah serba tak kena, mereka pula sepanjang malam hidup bergelap.


Laki aku cakap mereka suami isteri orang Thailand itu yang susah nak dapat bantuan. 

20140527

Jimat Minyak

Dari jauh nampak ada orang berjalan atas jambatan tu. Tengah malam ni. Orang ke hantu?
Aduhai, tiba-tiba dia tahan pulak. ‘Pakcik nak tumpang boleh?’


Orang tua. Kaki nampak pijak tanah. Sah bukan hantu ni, tapi rasa takut-takut jugak. ‘Boleh pakcik. Tapi motor saya tak ada minyak ni. Pakcik nak gi mana?’
‘Minyak jangan risau. Tak habisnya.’ Sambil tersenyum.
‘Mmm, kalau gitu naiklah pakcik’. Rasa takut-takut juga tapi rasanya bukan hantu sebab jarang cerita hantu laki mengusik.
Jauh juga bawak pakcik ni. Oh, rupanya pakcik tu nak pergi surau je. Malam-malam ni nak Qiamulai kot.
Sebaik turun dari motor dan berterima kasih, pakcik tu berpesan, ‘Nanti habis minyak baru isi.’

Lama dia bawak motor. Ke hulu-ke hilir, berhari-hari tapi tak habis pun minyak motor dia. Hari tu dia rancang nak pergi jalan jauh ,riasu takut minyak  tak cukup dia pun ingat nak masuk minyak. Buka je penutup tangki minyak dia perasan tangkinya dah kosong. Macam lama dah kosong..  Lepas tu motor pun dah tak boleh hidup lagi. Minyak dah habis. Kena isi balik dah..

Gitulah ceritanya.

Aku tanya laki aku, ‘Pernah tak dengar?’. Dia angguk. Kemudian aku paksa dia cerita versi yang dia tahu. Macam sedap sikit. Versi cerita aku budak tu naik kereta, versi laki aku motor. Sebab rasa motor lebih trill aku tulis versi motorlah.

‘Untung budak tu kalau tak buka tangki minyak tu kan?’

Aku tengok aras minyak kereta ada 2 bar lagi, dah lepas Merapoh. Isi minyak kat kampung lagi. Rasa macam  sempat sampai kat Bentong ni. Tapi rasa debaran juga. Buatnya tengah dalam hutan, kereta mati sebab minyak habis kan naya je. Untung naik Viva balik kampung ni minyak 2 kali isi rm30. Biasanya ada lebih lagi. Tapi tulah bonet tak ada. Kalau balik kampung, faham-fahamlah, macam-macam nak isi. Kalau boleh aku nak bawak satu negeri bawak balik sini.

Saudara mara aku suruh kami beli kereta besar sikit. Memang ada niat tu. Duit je yang tak ada. 


Aku sampai Rawang malam semalam. Dah dekat jam 11.30 malam. Rasa lama betul perjalanan kali ni. Aku bertolak dari kampung jam 2.30ptg. Dari cerah, sampai dah gelap malam.

Hari ni aku kerja. Nanti lapang-lapang sikit aku gi jalan blog jiran-jiran tertangga ek.

20140526

Binatang-binatang yang Luth kenal.

Luth dah kenal beberapa binatang yang berbahasa seperti Luth.


 Macam Okk dan Shih selain  Miow comel yang berak depan laman kita.
Bila mak tanya mana Okk, Luth akan tunjuk katak hijau kat tikar. Binatang lain kat situ, Luth belum kenal.


Bila Luth nangis menjerit-jerit, Mak akan panggil Shih suruh keluar dari tempat persembunyian belakang jam dinding. Luth akan diam dan cari mana Shih yang mak panggil. Luth, binatang tu nama dia cicak, bukan Shih.
Shih..diam Luth.

Balik kampung ni mak kenalkan Luth dengan ayam yang akan berkokok setiap jam 2 pagi dan subuh hari.

Kambing ayah dulunya  yang dah jadi milik orang. Kalau Luth bertuah, boleh tengok lembu ayah yang juga dah jadi milik orang. Sian ayah.

Nanti kita ajak ayah pergi zoo, kalau Luth nak tengok binatang-binatang lain.


20140524

Chocolate oat choco

Cita cita aku sejak zaman study adalah untuk bekerja dikilang cokelat. Kalau kerja kat kilang coklat nanti dapat makan cokelat sepenuh hati. Oh, best gila. Macam dunia aku punya.. ni cita-cita zaman belajar aku lepas lecture aku bagi tahu, kalau aku nak teruskan pengajian aku ni.. kerja kilang lah salah satu masa depan aku.

Setakat tu je lah cita-cita aku. Nak kerja kilang coklat sebab nak makan cokelat free. Patutnya aku bercita-cita nak buka kilang coklat. Rendah betul target aku. Tak ada otak business langsung.
Aku kat Kelantan sekarang ni. Tadi aku singgah pasar pasir mas. Saja jalan-jalan, nampak orang jual chocolate oat choco. Aku kan mudah terpengaruh nga internet..sedap gila tengok dalam facebook. Lalu aku pun beli. Bila buka plastik ni, baru aku teringat..rasanya bukan makanan baru ni. Aku macam dah pernah makan ni.

Pandai betul orang berniaga ni kan..sekejap je jadi viral.
Makanan pun boleh jadi trend. Sapa tak rasa, dia ketinggalan. Tak cool.


Maaf tak update lagi giveaway aku lagi...kat kampung lagi ni.

20140523

Sesi fotografi Muka Depan

Semua blog yang meletop harus ada header, Luth. Mari kita mencantikkan blog PetakBunga kita Luth.

 Luth, mak belum mula ambil gambar kenapa Luth dah rosakan lokasi pengambaraan kita. >


< Mak, huruf O ni nampak sedap.
Luth, pandang mak..cak, cak.. >


< Kalau Luth buat peace comel tak?


Comel juga.>
< Mak nampak tak nama Luth kat belakang?

Nampak, tapi jauh sangat. >


<Luth duduk sini okey tak?
Buat muka comel dan pandang sini Luth sayang. >


<Mak, huruf O ni memang sedap.
Luth, tengok sini please… >


<Luth dah penat!



Luth..Please… >




20140522

Nasi Dagang beras perang

Beras kalau simpan lama-lama nanti masuk bubuk. Kalau dah berbubuk, nak letak cili kering pun dah tak lari bangsa kutu ni. Lagi beranak cucu generasi kutu beras tak reti bahasa ni. Walaupun aku ni pencinta haiwan, aku lebih rela bagi makan orang dari bagi makan kutu.

Malam sebelumnya ma dah siap rendam beras perang. Hajat hati nak masak nasi dagang esok.


Semalam sudah direndam.

Beras ni laki aku beli kat kampung. Laki aku cakap tuan kedai beras bagitahu yang ni keras sikit, kena campur dengan beras pulut. Tapi sebab beras pulut dah out of stock lepas buat tapai baru ni..terpaksa guna beras ni je, tu yang rendam sampai semalam.

Paginya, ma dah mula mengukus beras.

Lepas tu aku, luth dengan ma pergi beli ikan ayor. Tak pagi sangat dah, sebab aku ngantuk semalamnya Luth tak nak tidur malam. Beli kat kedai runcit Acheh je. Tak berapa segar sikit ikan, tak apalah dah terdesak. Beli santan juga.

Balik rumah ma siang-siang ikan. Tak ada perkhidmatan menyiang ikan pula kat kedai runcit Acheh. Lepas tu ma kukus siap-siap ikan.

Ma tolong gitu-gitu je. Tugas paling penting, serah kat aku macam kupas bawang. Banyak tahu pakai bawang, menangis aku terharu. Selain tu Luth juga banyak menolong dalam memastikan keadaan dapur terkawal.


Sambil kukus nasi, kami gulai ikan dengan kuali ajaib aku. Rempah kari ikan 2 packet aku campur dengan rempah kari daging nak bagi lagi power.


Telur rebus, tumpang rebus bawah pengukus. Lepas dah nak masuk gulai ikan ayor, celup je sekali. Buat lauk selingan.

Halba dah berbau semerbak setaman, maksudnya nasi dah masak.


Kami dah pack siap-siap dalam polystyrene. Oh mana lauknya…

Lauk ada lagi dalam kuali ajaib aku. Nampak dah cantik semuanya.



Sekarang gulai ikan dah masuk plastik siap-siap. Baru kali pertama aku guna skill ikat plastik jadi gelembung bulat, jadi isinya nampak banyak. Kena mula pulas getah dari atas baru angin masuk.


Nasi dan lauk semua sudah siap.. mari kita berjalan-jalan ke rumah jiran tetangga.



bubuk aka kutu beras

20140521

Disebalik lelaki yang hebat

Saya yang mengorat laki saya. Dulu dia reject saya tahu. Tapi saya tak putus asa.

Dia cakap kami tak setaraf. Saya ni kaya, dia miskin. Saya bayak duit, pakai kereta mewah tapi dia pakai motor cabut je.Tapi dia bukan mat rempit ye, dia baik. Maklumlah dia pekerja bawahan sahaja.




Latar belakang hidup kita ni ibarat langit dan bumi. Jauh sangat-sangat. Macam mimpilah nak bayangkan kami boleh bahagia bersatu bersama. Orang kampung, hidupnya susah.

Ada sekali tu saya dan dia sama-sama ditugaskan kat kawasan perkampungan. Kawasan hulu, lama juga tempoh masanya. Lalu saya atur strategi nak memikat dia…

Saya kutip baju-baju dia, saya basuh sendiri. Setiap kali bos bagi makanan saya akan simpan untuk dia dulu. Harus. Biar dia terharu dengan kesungguhan saya. Biar dia tahu saya ikhlas.

Kerja saya habis dulu. Jadi, saya tinggalkan dia kat kampung. Saya pulang kembali ke kota.

Bila saya dah tak ada baru dia tahu..

Dia rindu saya juga.

Cerita Romantika Sheila Rosli yang aku rasa comel. Untung nasib kita tak tahu, tengok sekarang siapa laki dia. Jinggo, dari budak suruhan jadi pengarah terhebat. Ni lah kata, disebalik lelaki yang hebat adanya isteri yang pasti lebih hebat.
 


Okey akhir sekali nak buat dedikasi.. Entry ini aku tuju untuk Kak Cho kita dengan ucapan..

Kak Cho, tak payah ceritalah cerita cinta Kak Cho. Klise sangat cerita cinta Kak Cho,jatuh cinta banyak kali baru jumpa ngan suami. klise, klise..
Plot cerita cinta novel melayu dulu-dulu orang dah tak berapa nak baca Kak Cho.

Klik untuk Joint: 

Rahmat Hujan

Alhamdulillah.

Bulan ni dah habis catuan air. Harap-harap catuan air yang lepas tu jadi yang pertama dan terakhirlah ye. Sebelum ni aku tak pernah terfikir pun duduk kat Malaysia ni air pun susah. Bumi ni kan penuh dengan air… oh sedih. Ada sikit air tercemar pulak. Allah nak uji semua ni..hujan pun macam tak berapa nak menitik, tak sama hujan tiruan ni.

Hikmahnya, barulah rasa sikit susahnya hidup kalau tak ada air ni.

Jamadilakhir yang kering berakhir juga.

Bulan ni rasanya hujan turun hampir setiap petang kat bumi bertuah ni...

Semalam pun hujan.
Alhamdulillah.

Habis pokok ubi kurus tak tahan dah nak tegak-tegak macam mana lagi.

 
Tanah sekankang kera nak jugak menanam..huh.

Memang payah sangat nak rasa ubi kayu, rasa tak ada harapan dah.



 Jadi malam ni, resipi kita insyallah pucuk ubi rebus cicah budu.


Terliur tak?

Lompat tikam jiran beranak ramai

Jiran aku ramai anak dia. Kalau tak silap aku anak dia tujuh ke lapan. Nanti aku confirm dengan laki aku, dia mesti tahu.  Jiran nilah jiran pertama yang menegur aku masa mula-mula aku pindah dikejiranan ni.

Suri rumah tangga. Aku rasa kagum sebab anak dia ramai sangat bagi aku. Kalau zaman sekarang ni memang jarang sangat-sangat aku rasa orang nak beranak lebih dari 5. Biasa kalau lebih 3 orang pun dah ramai. Macam aku yang dah tua ni tak tahulah sempat ke nak anak sepasang lelaki perempuan. Takut dah tak larat.

Anak dia yang paling bongsu sekarang,  perempuan lebih kurang 2 tahun lebih. Yang sebelum tu lelaki pun masih kecil. Aku rasa macam setahun-setahun je beza anak-anak dia. Katanya ni dah last kot.. J
Tiap tahun dia berdukung anak kecil. Baru ni dia cerita kat aku. Anak laki nombor 7 tak nak pergi sekolah, kalau pergi kena berteman dengan mak ayah. Kalau mak ayah balik, dia pun balik. Hari-hari sampai dah setengah tahun, tak tahu nak buat apa. Anak laki no 6 tak makan nasi kalau tak disuap. Langsung tak guna tangan. Yang perempuan bongsu ni biasalah kecil lagi masih memang langsung tak berengang. Macam-macam perangai anak-anak kecil ye.. Yang besar-besar pulak, sibuk kena hantar pergi ambil sekolah pagi petang. 

Aku dengar pun rasa dah pening. Aku anak sorang pun dah sibuk gila.. Kekonon akukan kerja. Dia kan suri rumah sepenuh masa. Sibuknya.

Hari tu aku puasa ganti-ganti.

Sayu-sayu dengar orang panggil kat depan rumah..
Mak bagi..

Alhamdulillah. Tengok, sibuk-sibuk pun sempat buat lompat tikam.



Complete tau, siap ada pulut warna merah. Wah jeles aku ni.

See baiknya jiran aku..letak dalam polystyrene ni bukan dibeli tahu. Aku tahu sebab kejiranan kami memang macam ni..kekonon kalau bagi bekas pinggan, takut segan pulak nak membalas. Kalau bagi dalam polisterine tak payahlah jiran segan nak membalas pulak.

Apa aku nak balas ni?
hujung minggu pun sibuk.. sibuk nak tidur.

20140520

Segmen Bloglist Bubblynotes.Com 48 Jam #1

http://www.bubblynotes.com/2014/05/segmen-bloglist-bubblynotescom-48-jam-1.html
Segmen Bloglist Bubblynotes.Com 48 Jam #1 bermula dari 20/5/2014 SEHINGGA 22/5/2014, jam 9.45 a.m... Semua blogger tak kira yang baru atau lama, femes atau tidak, retis atau tidak dijemput untuk memeriahkan segmen ini... Tujuan? Pertama, haruslah nak pilih 10 orang blogger yang bertuah untuk masuk bloglist Bubblynotes.Com dan nak rapatkan lagi silaturahim sesama kita, follow memfollow untuk semua blogger2 yang menyertai segmen ini. Pemenang segmen akan dipilih oleh pakcik Random.Org...

Hanya 4 Langkah Mudah Diperlukan:
1. FOLLOW blog Bubblynotes.Com 
2. Buat entri bertajuk: Segmen Bloglist Bubblynotes.Com 48 Jam #1
3. Copy coding yang telah disediakan ke dalam ruangan HTML dan Publish entry. Untuk copy coding di bawah, sila HIGHLIGHT semua coding dan tekan CTRL + C secara serentak.

Kemudian pastekan coding seperti tutorial di bawah ini...

 
4. Tinggalkan URL entry uolss ke dalam ruangan komen di bawah. 

Simple dan mudah kannn??? Segmen copy+paste paling awesome kot bagi iolss... 

PEMILIHAN PEMENANG:
1. 10 blog akan dipilih melalui Pakcik Random. (random.org) 
2. Pemenang akan diumumkan pada 23/5/2014.

20140519

Teringin nak ikut Nuffnang melawat kilang Mamee

Aku tanya laki aku boleh tak aku ikut. Mula dia kata tak payahlah. Kan dah pernah pergi Melaka. Nanti kita pergi Langkawi. Aku cakap puas dah aku pergi Langkawi. Jemu dah. Nak pergi honeymoon kat Cameron Highland belakang rumah pun tak terpergi pun. Lalu laki aku pujuk, kita sekarangkan suntuk duit. Nanti dah ada duit sikit, kita pergi ye..

Tapi pergi tak payah pakai duit pun. Lagi pun ni kali pertama Nuffnang ajak aku yang punya blog yang tak berapa hidup di alam maya ni.

Okey pergilah.

Tapi aku terpaksa menolak bila fikir-fikir.
Hari sabtu aku sangat sibuk. Aku nak membasuh, kemas rumah, tidur. Lagipun aku tak boleh tanpa Luth dihari sabtu.

Ginilah jika orang ada anak kecil. Oh. Kalau nak pergi aku kena angkut semua orang pergi sekali.



Esok aku rasa hari terakhir kena hantar conformation. Jadi hari ini aku nak bagi tahu aku tak pergi. Tak payahlah mengharapkan aku pergi. Lagi pun aku rasa 60 orang yang dipilih tu pun dah cukup.

Aku nak bagi tahu kat Nuffnang  aku sporting tau, bukan aku tak nak pergi aku tak boleh pergi. Lagi pun, aku takut sesat nak pergi Subang. Aku rasa jauh sangat nak drive ke Subang lepas kahwin ni. Kalau Nuffnang offer masa aku bujang-bujang dulu, insyallah aku nak juga pergi. Bukan saja suruh pergi Subang, balik Kelantan pun aku boleh drive sorang-sorang tahu.


Aku sporting tahu.. lain kali jangan lupa ajak lagi, mana tahu masa tu aku tak sibuk.



Suka juga aku pergi berjalan dan bersuka-suka.. Siapa yang dapat pergi tu jangan lupa ambil gambar Mamee Moster aku nak tengok. Kalau ada Zizan, bagi tahu aku peminat no 2 dia.

Perfume Britney Spear, Kose Sekkeisei Lotion Mask, Top up Kredit Dan Bawal Adi Juma


Perfume Britney Spear

Laki aku memang suka wangi-wangi. Kalau pergi kerja adalah 5 ~ 6 kali dia spray. Perfume dia memang cepat sungguh habis. Jadi, perfume akulah jadi mangsa. Terima kasih sangat kat Yana sebab hadiahkan perfume ni. Kali pertama menang ala-ala GiveAway. Teruja gegile. Tahun lepas dapat, tahun ni baru nak buat ucapan terima kasih. Maaflah sebab baru guna. Sukatan yang Yana bagi tak guna lagi, sebab kita sibuk tak ada masa nak buat kek. Sibuk..huh

Kose Sekkeisei Lotion Mask

Kali pertama orang tengok anak kita Luth..mesti diaorang akan tercakap. Oh, putihnya dia, macam anak cina. Lepas tu dia orang pandang mak dia, lepas tu dia orang jelling pak dia. Lalu aku cakap, kenan kawan-kawan cina kat ofis. Jadi aku semangat nak pakai mask dengan harapan mereka tahu Luth tu ikut sapa. Terima kasih ye Christy sebab hadiahkan mask ni. Moga aku jadi putih tak lama lagi. Mask ni bagus jugak untuk acne and blemish kan?

Top up Kredit

Sejak aku kahwin ni, telefon aku jarang sangat-sangat nak berdering. Kadang aku pun tak tahu mana aku letak handphone aku. Jadi jarang benar aku topup telefon aku. Kiranya topup GiveAway Puan Rara tu secara tak langsung aku tahu simcard aku belum expired. Terima kasih ye. 

Bawal Adi Juma

Atas sebab aku masuk GiveAway Puan Rara juga aku kenal Diana yang jadi sponsor topup. Aku rasa aku memang ada luck dengan blog Diana sebab lepas tu aku menang lagi cabutan GiveAway blog Diana pula. Dapat tudung bawal Adi Juma dari Idzwa. Aku sebenarnya jarang sangat pakai tudung bawal. Aku lebih suka pakai shawl yang tak payah iron. Laki aku kata comel dan nampak muda, lagi pun akukan sibuk tak ada masa nak iron. Tapi satu hari tu, rasa lama tak pakai tudung bawal kat tempat kerja. Tahu tak, ada kakak ni tegur, nampak lain hari ni.. Aku rasa sebab tudung bawal tu tak melekat kat dahi aku. Oh. Nanti kalau aku nak buat kelainan lagi atau aku rajin sangat aku pakai ek. Terima kasih ye.. 


Terima kasih ye semua. Semoga rezeki anda semua murah. 


Aku nak beri hadiah kat korang korang tak nak masuk aku punya GiveAway ala-ala feeling cinta-cintun.. Iyalah sapalah aku ni..


Rasa nak merajuk.

Air rendam buah


Aku tegok orang share gambar ni kat facebook.

 Why drink infused waters?

1. Green tea, mint, and lime - For fat burning, digestion, headaches, congestion and breath freshener.

2. Strawberry and kiwi - For cardiovascular health, immune system protection, blood sugar regulation, digestion.

3. Cucumber, lime, and lemon - For water weight management, bloating, appetite control, hydration, digestion

4. Lemon, lime, and orange - For digestion vitamin C, immune defense, heartburn, (Drink this one at room temperature)

Infused water ni bagus untuk detox, tenaga dan hidrasi. Letak sebanyak mana suka buah dalam air dan biakan sekurang-kurang 30 minit. 


Nak bagi teruja sikit pasal air rendam-rendam buah ni...
 
 
 
 
 
 
 

Biasalah hujung minggu stok masak dah habis. Petang semalam macam biasa aku rajin, goreng ikan bersayur ulam timun budu. Makan budu mesti ada limau nipis selain lada. 


Habis makan, ada lebih lagi limau dengan timun.



Aku pun rasa bersemangat nak buat juga. Jar bekas jem pun jadilah.. kalau letak dalam gelas tak nampak pula nak amil gambar..ho..ho..

Cerita hujung minggu.



20140518

Bagaimana kamu tahu kamu sudah jatuh cinta?

Kelakar pulak aku baca jawapan-jawapan soalan Libster hari tu. Rasa seronok membaca macam masa bercinta-cinta pulak perasaanya. 

Macam dipanah,  jatuh basikal, 


ada orang tak boleh tidur, ada orang rindu sms,
  ada jugak orang terasa gatal..haha..


Bagaimana kamu tahu kamu sudah jatuh cinta?

 PetakBunga: Aku terror. Tak pernah jatuh.. huh.

Kat sekolah aku dulu aku rasa tersuka kat budak upper 6. Masa itu aku form1.  Terasa gelisah, serba tak kena. Duduk tak kena, bangun tak kena, pendek kata serba tak kena.

Kelas upper 6 kat sebelah toilet.

Jadi sekejap-sekejap aku rasa nak pergi toilet.

 Tak tahan nak kencing.

‘Pertamaku melihatmu bergetar rasa hatiku, berdebar-debar jantungku mungkin ku suka padamu
ketika ku melihatnya berdetak-detak di dada, mungkin itu suatu pertanda bahwa ku suka padanya’

Okey, kena jawab dengan baik.., sebab ini soalan aku. Aku ingat bila kita jatuh cinta kita akan rasa berdebar. Rasa dup-dup bila dia ada disamping.


Aku ada seorang kawan lelaki yang suka duduk sebelah perempuan masa kat  Uni dulu. Budak ni hensem anak orang kaya dan bukan jenis lembut-lembut tahu, memang maskulin. Kalau kau tengok memang rasa nak jatuh cinta. Aku pun rasa hampir-hampir nak jatuh cinta. Bila dia duduk sebelah aku rasa berdebar, gementar. Cakapnya perlahan, aku yang jenis sound trouble rasa termalu sikit. Bila aku cakap dengan dia, dia akan tenung mata aku dalam-dalam. Agaknya dia ni terpengaruh dengan slot drama akasia.  Budak pandai, anak orang kaya, ada kereta, sopan santun, gentleman semua lah prefect. 

Tapi entahlah, aku dengan kawan-kawan perempuan berlumba-lumba tak nak duduk sebelah tepi, takut dia duduk sebelah kami. Sebab kami malu. Kami rasa berdebar bila bercakap dengan dia.
Kami tak suka, sebab rasa malu di tenung jejaka hensem. Agaknya semua budak perempuan kelas aku suka dia.

Sejak aku berjumpa laki aku sampai dah kahwin ni, aku tak pernah rasa berdebar.
Adakah aku tak cukup cintakan laki aku?
Atau laki aku tak cukup hensem sehingga buat aku berdebar?

Kalau korang tahu bagaimana perasaan bila kita dah jatuh cinta sila share link kat komen dibawah..
dengan format: Ini ceritanya cinta (nama pena blog) dan link blog..

contoh: Ini cerita cinta PetakBunga. Bacalah kat sini..http:petakbunga-diari.blogspot.com 



Syaratnya:
Tajuk entry suka hati kamu asal kena temanya dan link ke entry ni.


Kalau korang pernah cerita kat entry korang lepas-lepas pun tak apa, edit je letak gambar dan link kat entry korang.

Due date: sampai hujung bulan 5 ni..
Hadiah: MISTERI. Budget aku 10ringgit je..haha. Sebab aku kedekut. Aku nak balik kampung hujung bulan ni..nanti aku cari barang Siam kat ikut budget aku.

Kalau laki aku kata gitulah perasaan kita bila kita jatuh cinta aku hantar tanda cinta kat rumah korang. Boleh gitu? Jangan pulak korang harap cincin berlian emas permata buat tanda cinta. Cinta aku ni tak ada nilai tak ternilai, tak ada haraganya.


Sapa yang kat oversea tu kalau terasa nak mengimbau perasaan jatuh cinta sangat dialukan. Kalau menang aku hantar kad raya kalau ada orang jual lagi… lepas tolak kos setem.

Ducati Impian Hati

Korang suka aku kutuk laki aku? Tak baik tahu. Aku isteri soleh yang sentiasa menjaga maruah suami. Tak baiklah korang ni. Aku kutuk diri sendiri lah, mana ada kutuk-kutuk dia. Korang ni kena faham meaning the word behind the word ada banyak-banyak maksud..

Laki aku memang suka menyembang, suka ambil tahu hal ehwal jiran tertangga..tu je lah.. Tapi comel apa? Kalau korang berjiran dengan aku tahulah betapa comel nya laki aku.


Kereta korang tak boleh start? Kereta akulah mula-mula terbuka enjin minta sambung bateri. 

Motor korang pancit? Motor laki akulah mula-mula jadi penunda.

Siapa mengidam nak makan mangga? Mangga akulah mula-mula hilang.

Lampu rumah korang padam? Laki akulah yang sibuk cari tangga.

Kering tekak duk bergelak ketawa? Bini laki akulah sibuk kacau air.

Bujang bawak balik laki? Laki akulah yang sibuk berjaga sampai ke pagi.



Mana nak dapat laki macam ni? Aku saja nak bagi korang jeles aku dapat laki comel. 

Korang tahu tak apa website kegemaran laki aku?
Mudah. Iya mudah. 
Bila sekali-sekala tab aku terlepas kat tangan dia aku akan cepat-cepat mengecheck apa yang laki aku duk usha. Oh, sweetnya..duk tengok gambar Ducati kat Mudah. Tak apalah, dapat tengok gambar pun dah okey. Sambil berangan-angan…

Bawak awek bonceng Ducati. 
Tapi aku dah rosakkan sikit angan dia sebab aku dah sepak tendang silat awek tu, lepas tu akulah tertonggeng kat belakang Ducati tu. 
Luth kat rumah jaga adik-adik..sebab masa tu Luth dah ada adik-adik. Anak solehkan.


Baru ni aku tanya dia, ‘Nak apa hadiah hari lahir?’
Dia cakap, ‘Nak Ducati’.
‘Insyallah, belikan rumah dulu! ‘
‘Lepas tu dapat ke Ducati?’
Aku kata..’YES, boleh. Beli rumah banglo dulu kat aku. Fully furnished.’

Sweet tak? 

Dia dah tahu aku tak mampu beli Ducati pasal tu dia minta Ducati. Maksudnya dia memang tak mengharap apa-apa hadiah kat aku. Tak comel lagi tu? Lalu aku pun tak membeli apa-apa hadiah untuknya. Simpan duit buat beli rumah, kemudian beli Ducati impaian hati.


Tanda 100 Hari Sebelum Hari Kematian

Aku selalu tertengok cerita Renungan Ajal kat Astro. Mana tak tertengok, kalau dah disiar ulang-ulang-berulang-berulang kali.  Ceritanya perihal sebuah kisah pegawai agama Kor Agama Angkatan Tentera yang terpilih oleh Allah SWT untuk mendapat tanda-tanda kematian dalam masa 100 hari. Tanda-tanda yang dikurniakan  pada 100 hari, 40 hari, 7 hari, 3 hari.

Dia mula dapat tanda itu bila lepas sembahyang asar rasanya. Lepas itu kehidupannya yang normal telah bertukarlah..iyalah mestilah terfikir-fikirkan dah nak mati kan ni. Masa ni selalulah dia berpesan-pesan kat anak bini dan mak dia.

Tanda-tanda ini aku rasa bukannya dapat kat sebarang orang. Mungkin orang yang terpilih Allah sahaja.

Tanda 100 Hari Sebelum Hari Kematian
Seluruh tubuh mulai dari hujung rambut sampai ke hujung kaki akan mengalami getaran, seakan-akan menggigil.

Tanda 40 Hari Sebelum Hari Kematian
Bahagian pusat akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pohon yang letaknya di atas ‘Arasy Allah SWT.

Tanda 7 Hari Sebelum Hari Kematian
Orang yang lama sakit yang tidak makan secara tiba- tiba dia berselera untuk makan. Ini aku selalu perhati..jadi bila mereka sihat tiba-tiba, aku  jadi takut.

Tanda 3 Hari Sebelum Hari Kematian
Terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.

Tanda 1 Hari Sebelum Hari Kematian
Denyutan di sebelah belakang iaitu di bahagian ubun-ubun dimana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu ‘Asar keesokan harinya.

Tanda akhir Sebelum Hari Kematian
Akhirnya,  kita akan merasakan satu keadaan dingin di bahagian pusat dan   akan turun  ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.

Tapi aku lupa pulak cerita hujungnya Renungan Ajal tu macam mana. Agaknya aku tak pernah sempat tengok sampai habis..huu. Aku rasa dia matilah kan lepas 100 hari tu.


Aku suka jawapan Ustaz dalam pencetus ummah baru ini. Dia ditanya lebih kurang begini..

Adakah orang sekeliling akan perasan tanda-tanda kematian orang yang bakal mati? 
Mungkin yang bertanya ni sedang menjaga orang yang dalam uzur dan merasa ajal orang itu dah tak lama.

Ajal maut semua tu rahsia Allah SWT.

Sebaik ditiupkan roh ketika dalam kandungan ibu, Allah sudah tuliskan ajal maut, jodoh pertemuan, rezeki dan bagaimana kehidupan dia baik atau buruk. Semua ini rahsia Allah. Sebelum ini dia tak suka pakai baju putih..kebetulan sehari sebelum kematiannya dia pakai baju putih, nak jadikan orang akan cakap..

Oh patutlah dia pakai baju putih, sebab dia dah rasa kot nak mati..

Kalau dia tak mati, semua tu tak timbul. Mungkin orang cuma cakap, dah buang tabiat ke? Atau berani bergurau lagi..nak mati kot?

Wallahu a’lam…

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya

Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa.

Maka berkata Izrail: Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa.

Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhati oleh malaikat maut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati.

Golongan ini tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikat maut, kerana mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w yang menjelaskan mengenai perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal ehwal mati dan hubungannya dengan malaikat maut.

Abdullah bin Abbas r.a.


Jika aku mati hari ini..komen seterusnya akan berbunyi oh..patutlah petakbunga tulis entry ini..

Selalu bersedia, ingat mengingati. 
Semoga kita ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...