Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140724

Balik Kampung Oo…oo

Assalamualaikum

Ada orang lagi ke? Aku kira-kiranya hari ni last kerja. Malam ni ke esok ke, tengok mana sempat balik kampung lah kami. Balik Kelate ter..

Sapa tak ada kampung tu, duk rumah diam-diam ek. Sibuk orang nak balik kampung..hihi.

Semalam dah tanya lakiku, dah tengok ke kereta? 

Pas tu dia jawab, nak tengok apa lagi? Esok dah nak balik. Maksud dia tu, kalau ada masalah dengan kereta pun dah tak sempatlah tu nak buat apa..aku pun tanya dah nak malam. 

Tanya je, mana aku tahu nak tengok apa-apa. Dulu-dulu aku tengok orang masuk air dalam bateri kereta. Kereta sekarang dah tak pakai air lagi kot..masuk air untuk wiper je kot. Dah tak adalah problem macam cerita movie dulu-dulu, tengah-tengah perjalanan.. lepas tu kereta berasap. Lepas tu berhenti cari air kat tengah dalam hutan..lepas tu..Mintak jauhlah..nak jalan jauh, mulut jangan celupar. 

Cuma beringat lah.. Kot nak tambah-tambah minyak hitam ke apa ke? Nak tambah minyak break ke? Gitulah maksud aku. Nak service k..TIDAKlah, baru je rasanya servicenya. Nanti isi minyak, boleh periksa tayar sekali. Tayar pun tahun lepas baru tukar, tapi lepas tukar ni rasa tak berapa sedap je kalau turun bukit main clash dan break ..tak tahu nak explain macam mana kat mana yang tak sedap.

Bab-bab kereta ikut driverlah. Dia nak bertolak pukul berapa bila. Ikut aku suka pagi-pagi hari tak banyak kereta. Tahulah jalan nak balik KL-Kelantan musim raya ni. 20km/jam pun kadang tak bergerak. Masa aku bujang-bujang dulu selalu sangatlah aku drive balik Kelantan dengan jem gitu. Sampai Kelantan, rasa macam hilang kaki. Tak rasa apa. Sekarang dah ada driver, ada anak pula tu..tak akan lah sampai hati nak suruh aku drive kan? Adalah sekali sekala bila siang hari, terang benderang aku tolong bawa buat hilang penat. 12 jam kat atas jalan oh nak sampai Kota Bharu musim raya ni.

Tugas utama aku tentulah menyiapkan barang-barang nak dibawa balik kampung ni. Aku ni baru jugalah jadi bini orang ni. Bab kain baju laki aku selalu fail. Sampai sekarang aku tak tahu apa yang nak aku packing. Selalu je balik kampung, bila dia tanya mana baju itu ini, seluar itu ini..aku tak bawa balik. Tak boleh baca lagi apa yang dia nak pakai. Biasanya aku kena tanya dia dulu mana nak pakai kat kampung nanti. Kalau aku tinggal kat kampung terus baju, pun dia marah. Katanya baju dia sikit, nanti kat sini tak ada baju nak pakai. Aloh sehelai dua je pun. Kain baju Luth senang je, angkut je hampir semua. Bukan banyak pun. Aku punya sehelai dua je lah, banyak aku tinggal kat rumah ma aku kat kampung dah.

Lakiku beli setin tempeyek 70 ringgit dari jiran, import kat mana tak tahu. Makan puas-puas sambil tengok tv tak ingat. Luth pun suka. Apa makanan Luth tak suka? TAK ADA!


Biskut raya semua belum pilih lagi mana nak bawa balik. Ma aku suruh bawa balik sikit je, nanti nak raya sini pula. Aku cakap, kena bawa balik semua kot. Ustaz kata semalam raya puasa sehari je kena raya puas-puas lah. Balik sini dah lepas seminggu tak beraya dah. Ha..ha.. banyak kot kena bawa balik, biskut yang borong kat Cocoland hari tu lagi. Lagi pun niatnya, nak buat akikah Luth raya ni, bolehlah buat makan kudap-kudapan nanti. 
Doakan kami sekeluarga selamat sampai, kalau umur panjang kita jumpa lagi esok-esok.  Maaf ada terkasar bahasa selama kita bercerita dialam maya ni. 

Zakat fitrah, semalam lakiku dah bayar kat surau untuk kami semua. Ni kiranya tahun kedualah lakiku bayar zakat fitrah sendiri untuk kami bertiga katanya. Tahun lepas, kali pertama sebab Luth lahir sebelum raya. Hihi..katanya, sebelum ni dah tua-tua pun ayah dia yang bayarkan. Aku ni, lama dah bayar zakat fitrah sendiri..uh..uh..berdikari kan aku?

Jiran-jiran rasanya setaman dah tahu kami akan balik malam ni. Semalam lakiku dan AGB (ahli geng bual) dah siap wat fareware party kat kedai kopi depan rumah lepas terawih sampai ke tengah malam. Pastu balik rumah, minum air..Tu lah, kopi segelas duk berjam-jam. Rumah, insyallah semuanya akan selamat. Mereka semua jenis perihatin gitu.

Apa lagi aku tak terfikir ek?

20140723

Senarai Penerima Bantuan Duit Raya

Sudahkah anda-anda semua menyiapkan senarai penerima bantuan duit raya? Anak sedara,anak sepupu sepapat, anak kekawan dan anak-anak jiran tetangga. Kelayakan utama, umur bawah 18 tahun. Yang dah tua sikit dan tidak mempunyai kerja tetap boleh dipertimbangkan.


Duit dah tukar? Aku tukar duit kecil kat kilang aku je. Macam biasa, bab-bab tukar duit raya ni HR Department kilang tempat aku kerja provide service ni. Siap sampul raya dari Hong Leong Bank sekali. Yang kuning tu sampul duit raya Tesco, agaknya sebab diaorang beli baucer Tesco kot. 

Bestlah kerja Gomen, aku dengar dapat duit raya ek? Aku tidak pernahlah dapat duit raya ni. Dapat baucer Tesco 20 ringgit je, itupun duit sumbangan persatuaan pekerja. Raya Cina pun dapat angpow 2 ringgit je. Tak apalah, aku dapat bonus jugak akhir tahun, yang kerja suri rumah tu ada tak ada juga dapat bonus dari laki. Mintak tahu kalau laki tak bagi bonus atau duit raya.

Pelukan suami dan terima kasih

Sambungan telenovela..

Ini kali pertama aku buat tart nenas yang bunga ni. Rasanya beli acuan ni dah lama, baru terdetik nak buat. Itu pun sebab permintaan kesayangan hamba. Tengah duk syok menekap bunga dengan Luth. Lakiku balik. ‘Ingat tart gulung. Tart gulung lah sedap.’

‘Tak apa-tak apa.’ . Aku buat satu adunan lain pula. Kali ni buat tart gulung pula. Baikkan aku. 

Aku kan sudah minta maaf kat laki ku atas keterlanjuran kata-kata aku yang pedih. Tolong jangan mengungkit penat lelah jadi bini macam aku. Kalau korang asyik mengungkit, nanti masak tak sedap sebab tak ikhlas. Penat lelah masak, orang tak selera nak makan, tak sedap korang pula hangin. Bukan korang, aku je…

Aku tekap panjang-panjang, sabar-sabar. Lakiku lalu lagi, ‘Oh, kena gulung sendiri ke? Ingat kan terus keluar bulat-bulat.’ Tahu pun..leceh nak buat. Tak apa, sabar. Lalu kubakar dengan kasih sayang.

‘Lambat lagi lah ni, lepas ni kena sapu telur pula. Kalau tak, tak rangup.’ Komen lakiku lagi. Apa kaitan sapu telur dengan kerangupan biskut? Lalu kusuap dengan kasih sayang biskut yang telah dibakar. Dan tidak disapu telur kuning atasnya.

‘Tak masam’. Jem nenas mana ada masam, sayang? Aku tak kisah pasal jem tu bukan aku buat, aku beli segera. Kan betul aku cerita lakiku tak tahu apa itu manis, tawar, masin ke pahit. Aku kena terima kata-kata komen pahit manis, masin tawar dia. Deria rasa dia pelik. Abaikan je komen dia.

‘Pecah telur,ambil benda menyapu, mari nak tolong sapu telur merah kat atas tart’. Kali pertama laki aku menawarkan diri menolong. Aku gembira, sebenarnya dulu-dulu laki aku ada juga tolong aku kat dapur. Tetapi aku yang tak suka. Aku boleh bergaduh kat dapur. Aku memang tak suka sapa-sapa tolong aku. Serabut.. nanti banyak komplen. My kitchen my rule. 

‘Letak banyak-banyak jem nenas. Baru sedap.’ Iya-iya, kalau boleh aku nak gentel besar bola pimpong. Sempat lah lakiku tolong sapu sikit lepas tu Luth asyik nak jahanamkan biskut aku. Lakiku tolong jaga Luth, itu lebih baik.


Nasib baik petang harinya Luth dah tidur. Kesian luth penat. Pukul 1.30 pagi siap bakar biskut. Pukul 2.00 pagi Luth tak boleh tidur lagi. Tidur dah sebenarnya tapi dengan mulut nak menetek tak lepas-lepas. Pagi nya bangun pukul 5 pagi bersahur. Luth pun bangun, tapi dengan mata mengantuk dan mulut melalak. Tak boleh buka mata, tapi boleh buka mulut melalak. Makan sahur cepat-cepat tidurkan Luth balik.



Lepas subuh, ingat nak tidur sekejap..tapi macam tak berapa nak lelap..dekat nak pergi kerja baru terlelap sekejap. Nasib baik tempat kerja sekankang kera. Penat? Mengantuk? Tak penat pun. Tidur malam nanti. 

Sebab aku ada laki, ada anak...
Orang duk sibuk cari Lailatul Qadar aku duk sibuk buat sekut.. last..last dah....

Alhamdulillah. J

20140722

Bag Sekolah Luth

Banyak dah rasanya plastic Drypers aku simpan. Ma nak buat plastik sampah pun aku tak bagi. Kekonon nak kumpul point nak tebus hadiah kot-kot dapatlah. Padahal asyik duk tukar-tukar je diapers yang mana murah. Bila agak-agak boleh tebus hadiah tu?

Duk tempat kerja ingat, tapi bila balik rumah asyik lupa je.. Kat mana entah aku simpan plastik-plastik bungkus drypers pun aku tak tahu sebenarnya.. Besar sangatkan rumah, barang pun banyak. Jenis simpan sampah.

Aku rasa aku tengok Husna dapat bag dari Drypers, cepat-cepat aku pergi update juga. Aku kan pencinta benda free, cepat je.

Yes dapat jugak.



Luth, ingat tahu simpan untuk sekolah ye. Jimat mak tak payah beli bag 4 tahun akan datang. 
Gila barang free. Apa-apa je..

Kemeja Raya Luth

Kawan-kawan lama blog aku tahulah betapa aku ni miskin dan kedekut. Huk..huk.. tapi nak raya ni, tak akan lah aku nak berkira juga nak beli baju Luth. Beli takat aku mampulah. Kebanyakan baju Luth aku beli sebelum aku beranakkan Luth lagi. Beli kat warehousesale Pureen dulu. Aku ingat Luth ni cepat besar, rupanya kecil je. Lambat besar pula. Sampai sekarang dia masih boleh pakai baju new born dia. Cuma tok ma dah alih sikit butang baju dia. 

Ada juga jiran aku bagi baju anak dia yang dah tak muat.. aduh, rasa miskin pula. Berbelah bagi aku pula aku nak ambil. Miskin sangat ke aku? Atau aku ni berlagak miskin tapi beli kolegen drink beratus tiap bulan. Tapi aku ambil juga. Aku pilih mana yang elok lagi, dan pakai buat basahan Luth. Orang dah bagi dengan ikhlas, kena hargai. 

Aku tak pernah beli lagi baju kemeja kat Luth. Aku kan beli baju budget sale gila-gila. Mana ada kemeja budak yang murah. Raya pertama Luth ni aku laki bini dah belikan beberapa helai kemeja kat Luth kat Parksons baru ni. 20 ~ 30 ringgit tu kira mahallah dengan kewangan aku ni. Tapi tak apa, aku rasa dah banyak sangat berjmat kat luth. Dah try pakai satu set kemeja, seluar jeans dan kasut Gombak. Hensem sungguh Luth tau. Nantilah raya ni aku ambil gambar. Kalau tunjuk sekarang basi pulak kehenseman Luth. Nanti tak Lut pulak.

Sambil beli barang dapur hari minggu tu, tengok ada sale pula kat butik Fify. Ayah dia berhenti pula nak tengok. Sambar lagi beberepa helai kemeja Luth. Murah-murah pula tu. RM8 ~ RM10 je sehelai. Biasa kemeja budak memang mahalkan? Ke ada lagi murah sebab aku rasa ni murah sangat dan aku terbeli banyak ni….

OMG, comel sungguh kemeja Luth. Comel macam tuan dia. Bukan aku cakap, sales gilrl Fify yang cakap Luth comel. Ke saja nak bodek aku, nak suruh aku beli banyak baju kat Luth? Oh, beraya sungguh anak aku ni.

20140721

Tart nenas mudah-mudah


Sekarang ni, sikit punya hal pun boleh bawa gaduh. Puasa kot. Macam semalam, pasal lupa nak beli air batu pun nak jadi gaduh besar. Aku lupa nak cakap air batu dah habis, lepas dah sampai muka pintu rumah, lepas keluar beli lauk basah. Lepas dua-dua orang penat termasuk si kecil Luth pun penat.

Laki aku pun, tak boleh cakap perlahan-perlahan. Dah tahu, bini jenis sensitif tak boleh suara kuat-kuat. Nanti dia sentap. Bila dia sentap, dia akan mengungkit semua benda. Kekonon, bini ni je yang buat kerja dalam rumah tangga ni. Kekonon semua benda dia kena ingat, walaupun hal lupa nak bagi tahu air batu dah habis je pun. Ah, sensitif sungguh. Kecil sungguh hal nak buat gaduh. 


Sebenar-benarnya bukan hal sebenarnya, bukan pasal hal batu. Pasal macam mana laki nak layan bini. Dan macam mana bini nak terima jenis laki yang cakap biasa dengan nak gaduh, nada macam sama. Okey, hal semalam dah settle pun.

Malam semalam juga aku mengentel biskut raya lagi. Hari tu, rasanya dah cakap malas dah nak buat biskut raya. Tak larat nak berperang dengan Luth. Tapi sebab laki kesayangan hamba yang request nak bini kesayanganya buat biskut tart maka aku kuatkan semangat buat juga. Biasalah lepas dah berbaik-baik. Minta apa pun bagi. Isteri solehah kan. 



Line semua clear, tuan kecil Luth tidur awal. Maka aku pun memulakan proses mencampur adukkan pastry tart nenas. Jem nenas aku beli dah siap. Sebenarnya aku dah beli 2 biji buah nenas ingat nak buat jem. Satu dibuat gulai bersama ikan kering oleh ma aku. Dan tidak lama kemudian dibuat paceri nenas oleh ma aku juga sebab tengok tak bergerak-gerak nenas aku. Maka sudahnya belilah yang dah siap.

Tak sempat nak berkembang mekar dan beranak pinak bunga tart aku, Luth dah bangun tidur. Tart seterusnya menekap sambil beriba Luth.

Kering tekak lepas teriok

Air mata anak lelakiku yang bangun tidur. Air mata dan tidur tidak dapat dipisahkan. Nak tidur pun berair mata, nak bangun pun berair mata. Hapuslah air mata anakku..

Bersambung..

Ceh..ceh

20140718

Mak engineer tak jadi, ayah technician, anak?

Basikal ni patutnya jadi hadiah hari lahir Luth yang pertama. Belum lagi setahun anakku Luth dah modified basikal dia.

Gambar aku ambil sebelum apa-apa modification.

Sehari kemudian,  Safety Oficer Tok Ma Luth kata belah depan basikal Luth tak selamat. Dikuatiri boleh mendatangkan kecederaan pada mata. Maka, mak selaku engineer meluluskan untuk tukar design. Ayah Luth Technician dah tanggal bahagian depan. Tongel-tongel basikal Luth yang dah tak ada rupa motorsikal dah.

Tapi basikalnya tak siap modified kat situ sahaja. Sticker Angry Bird kat basikal dah dicabut Luth. Penat ayah dia fikir nak pilih Angry Bird ke Ben10 hari tu.


Penutup skru tayar basikal pun dah dibuka Luth. Kadang-kadang aku tengok basikal ni buat aksi terbalik, sambil Tuan basikal duk golek tayarnya. Esok-esok, tayar basikal ni pun tunggu nak tercabut juga. 

Panjangkanlah umur basikal sehingga ulang tahun hari lahir Luth yang pertama. 
Belum jejak tanah lagi ni.. dah ada tanda-tanda kehancuran.
Oh, otaknya sedang berkembang...


Nilai emas

Assalamualikum sahabat-sahabatku sekalian. Sekejap je dah jumaat ye hari ni. Hari ni hari Jumaat, bulan puasa pula tu. Baik sungguh hari ni ye. Hari ni aku just share benda yang menarik kat facebook.


Aku just copy paste dari facebook Aman Palestin.

1. 16 Julai 2014 @ Rabu - Alhamdulillah hari ini, ada seorang hamba Allah datang bersama suami & anaknya menginfakkan sebentuk cincin emas kepada Aman Palestin untuk perjuangan saudaranya di Palestin, dan ADMIN diberi tahu bahawa cincin yang diinfakkan ini adalah cincin perkahwinan beliau. Semoga Allah memberkati beliau & keluarganya. Amin.



2. Seorang penyumbang telah mengirim sepucuk surat melalui poslaju ke pejabat Aman Palestin. Di dalamnya terdapat seutas gelang emas.


Nilai diri. 

Takziah buat keluarga MH17. 


20140717

Tak Seronok Berbuka Puasa

Hari itu aku tak puasa. Balik je kerja terus lapar ke darah Maggi. Tak menyempat bila tahu dah tak boleh puasa. Lepas makan meggi yang sangat kenyang akibat tahap lapar yang sangat, maka mood nak masak pun jadi malas. Laki ku pula kata okey je lah kalau tak nak masak, tak apa. Aku pun gembira, jomlah kita pergi beli nasi beriani kat Pasar Ramadhan. (PARAM ek? Aku baru perasan komen-komen korang. Tak update aku dengan nama baru. PARAM-param..) Oh, tak baik sangat laki ku..sebab lepas tu dia sambut ayat.. lepas Magrib, terus abe keluar berbuka kat luar. Amboi!

Laki aku cakap je, padahal nak beli ais soya kat SpeedMark pun ajak aku berteman. Nak berkepit 24 jam kerjanya. Luth, sejak bulan puasa ni penat kot. Awal-awal puasa dia tak selera makan. Mak aku cakap, tengahari pun makan sesudu, dua dah tak nak. Puasa jugak lah tu. Bangun sahur pula bukan main selera makan. Kena duduk beriba kat meja makan sekali dengan orang nak puasa. Bila orang nak berbuka pun dia sibuk sekali. Lapar benar. Tetapi sekarang ni dia selalu tidur petang hari. Senanglah aku nak masak untuk buka puasa tak ada orang berbelit kat kaki.

Hari itu aku malas nak masak, laki aku pula nak beli air soya jagung yang ada jual kat SpeedMark aje katanya. Lalu ajak aku sekali beli kat PARAM. PARAM kat tempat aku kecil je. Adalah belas gerai gitu je. Dari hujung gerai aku berjalan, singgah satu gerai ke satu gerai.

Laki aku tanya nak makan apa?
Aku jawab, Tak tahu. Tengok lauk-pauk pun tak ada selera..






Kesudahannya terpaksa juga beli lauk sikit, dah dekat sangat nak berbuka..balik masak nasi kat rumah.. Lepas magrib baru nasi masak. Petang tu rasa tak seronok pula berbuka puasa rumah aku.. jadi hari seterusnya, masak macam biasa...hati nak pergi PARAM dah tak ada.

Marah mintak maaf

Kaka ni memang jenis pemarah, cepat naik angin tak tentu. Kalau salah sikit dia akan mengamuk. Habis orang sekeliling dia akan kena kalau dia dah marah. Walaupun dia cepat naik marah, tetapi dia juga cepat sejuk. Bila dia dah sejuk, dia akan mintak maaf kat orang sekeliling dia. Kadang-kadang dia cepat je lupa yang baru sekejap tadi dia naik angin.

Melihat keadaan itu, ibu bapa Kaka sangat risau. Kaka perlu dibimbing. Maka, ayah dia memberikan seplastik paku. ‘Bila Kaka rasa nak marah kat sapa-sapa, Kaka paku kat dinding.’

Bila sudah sebulan, Kaka lihat penuh dinding dengan paku. Kaka rasa sangat meyesal. Dia sedar, dia selalu marah-marah.

‘Sekarang, Kaka cabut semua paku-paku kat dinding tu bila Kaka dah minta maaf kat orang yang Kaka dah salah.’ Kata ayah Kaka.

Dengan sedaya upaya, Kaka cuba mencabut setiap paku yang didinding. Ada yang sangat sukar dicabut kerana sangat dalam tetapi Kaka tetap berusaha untuk berubah. Akhirnya semua paku telah dicabut. Kaka sangat gembira.

‘Bagus Kaka. Kamu tahu susahkan nak cabut balik paku-paku itu?. Walaupun kamu dah berjaya mencabut semuanya, tetapi lihat apa kamu dah buat kepada dindingnya. Dah tak sama lagi. ‘

Kita boleh mintak maaf, tapi parut yang kita dah tinggalkan, bukan senang nak pulih.



Letih aku duk ikut cerita  perempuan mengamuk dua tiga hari ni. Malunya aku kalau duk tempat perempuan tu. Malu lagi aku bila Uncle tu maafkan dia siap cakap lagi agama dia tak ajar berdendam, kena maafkan orang. Sampai kita orang Islam ni boleh mengangguk-angguk setuju je. Malunya.


Buat pengajaran kat semua juga. Kesian juga aku kat budak perempuan ni, habis semua privasinya dibongkar. Siapa dia, mana rumah dia, kerja dia semua dipaparkan. Sudah-sudahlah cari aib dia. Kalau apa-apa jadi kat dia, kita juga akan tanggung rasa bersalah nanti. 

Macam mana aku dapat Angry Bird Merah, Hitam dan Kuning?

Atas muka tak malu aku kekonon bodek-membodek pihak Cocoland. Aku dapat present comel kotak gula-gula Angry Bird ni. Bukan satu, tapi TIGA sekawan Angry Bird.  Hadiah dari pihak Cocoland pasal aku review carnival dia minggu lepas. Terima kasih daun keladi. Kalau boleh nak lagi.

Angry Bird Merah jangan Marah,
Angry Bird Kuning Jangan Pening, 
Angry Bird Hitam jangan Pitam.
  
Jenuhlah Luth menyusun tin Angry Bird ke kiri ke kanan. 

Aku buat review lagi hari ni..agak-agak boleh dapat hadiah free lagi ke? Hihik..hikk.. Oh sapa nak free biskut macam aku bolehlah usha facebook diaorang, mana tahu ada kuiz ke apa..la..la..la…la..


Sapa nak gula-gula Angry Bird? Nanti datang raya rumah aku. Aku nak tin gula-gula je…lala..la.la.. sambung nyanyi.

Memborong biskut dan coklat murah

Minggu ni sempatlah buat persiapan raya sikit-sikit. Istilah persiapan raya buat mak-mak tentulah persiapan kuih raya dan keperluan raya sekeluarga. Biskut raya adalah buat sikit-sikit. Tapi, rasa macam dah tak berapa rajin dah. Bukan penat nak buat biskut, penat nak siapkan biskut. Penat main tarik-tarik dengan Luth. Surrender lah. Nanti topup-topup dengan biskut Cocoland. Kalau tengok comel je biskut raya aku tu, tahulah mana buatan tu…

Aku sempatlah pergi memborong biskut dan coklat kat Cocoland hari sabtu lepas. Sapa yang tak pergi lagi, bolehlah pergi minggu depan.


Aku bukan memborong buat raya je, buat sebelum raya dan selepas raya sekali. Fikirlah sendiri tahap mana aku memborong. Malas nak cerita, patut aku apply kerja kat kilang coklat.

Tunjuk sipi-sipi je troli sebelum habis pusing kawasan carnival. Kecil je tempat dia, tapi barangnya banyak. Dari biskut, gula-gula, cokalt dan air jus pun ada.

Luth baru bangun tidur ni. Itu muka masam je.

20140716

Buah melaka ke butir nangka

Sapa yang biasa buat buah melaka aka onde-onde? Senang sangatkan buatnya. Bancuh je beras pulut dengan air. Ma aku letak sikit tepung beras. Letak gula melaka besar-besar kat tengahnya. Gentel-gentel. Rebus sampai naik sendiri periuk, masaklah. Lepas tu golek dalam kelapa parut. Sedap sungguh.

Dah pakar buat buah melaka, cuba buat butir nangka pula.
Bancuhan sama. Tak payah letak gula melaka kat tengah kali ni. Rebus macam biasa. Masak toskan je, tak payah golek dalam kelapa tapi rendam dalam kuah santan. Kuah santannya dimasak santan dengan gula, halia sikit, halba sikit. 


Aloh senangnya. Satu adunan, 2 jenis kuih.
Aku tak tunjuk buah melaka aku tak cantik. Pasal adunan tu aku simpan dalam peti ais, esoknya keras sikit. Lepas tu campur air terlebih lembik. Comot sungguh onde-onde aku. Tapi sedap, tak tipu..hi..hi..

20140711

Mana nak beli coklat murah buat raya?

Haruslah kat kilang coklat.

Cocoland’s Candy Carnival 2014 is back!


Aku dah dapat message daripada Cocoland company yang buat Coco pie dengan marshmellow tu. Sekali makan tak berapa kena dengan tekak aku. Tapi tak apa, produk dia banyak dan sedap-sedap. 


Biasa aku beli coklat, biskut dan agar-agar kering buat raya. Budak-budak suka makan ni.

Musim-musim raya ni memang kilang ni akan buat warehousale. Setiap tahun bila raya puasa dan raya cina. Aku ni memang boleh dikatakan antara pelanggan tetap merekalah. Beli stok buat top up sekut raya, kudapan lepas raya dan buat hadiah kat sedara mara.

Siapa-siapa yang dekat-dekat area Kepong dan Rawang bolehlah usha karnival ni. Mulai 11 ~ 13/7/2014 lepas tu minggu depan pula 18~20/7/2014. Aku dekat dengan Rawang. Insyallah esok-esok kalau free bolehlah kilang dia kat Rawang ni.


Kalau orang luar dari Rawang. Keluar tol Rawang, belok kanan. Jalan terus, jumpa traffic light lagi belok kanan. Kilang dia kawasan Industri, dekat kilang Adabi, Produa. Kalau tak jumpa sila goggle map atau tepon aku datang ambil korang sesat. Ceh, tak kuasa.


2 jenis biskut, satu adunan

Biskut raya tak boleh buat awal-awal nanti lemau. Boleh pulak aku terfikir macam tu. Habis yang orang dah start jual hari pertama puasa tu tak lemau ke? Jadi aku pun mulalah sesi mengentel sekut raya aku. Ni sekut raya semalam-semalam membaking.

Cornflakes hati mak dan biskut raya Nestum gentel tak sesaiz buat Luth atas ke-jurusannya. Biarpun ayah dia kata, jaga Luth macam sikit lagi nak kena tambat kaki.

Kedua adunan untuk biskut nestum dan cornflakes sama, bahagi dua biar banyak jenis sikit biskut aku. 

REsipi Biskut Cornflakes dan Biskut Nestum

250 g margerin
150 g gula kaster
1/2 sudu teh esen vanilla (tak beli)
1 biji telur
Macam biasa pukul dulu gula dengan mentega biar kembang. Masuk telur pukul lagi.

Lepas tu baru campur benda kering lain. Aku ayak sekejap tepung gandum, baking powder dan bicarbonate tu. Nestum/ Corflakes gaul je manual.

300 g tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh bikarbonate soda
1/2 cawan Nestum/ Cornflakes

Aku perasan, kalau biskut buat sendiri ni mesti tak cantik macam biskut beli. Maksud aku presentation  biskut ni. Puas aku fikir, macam mana nak decorate biskut cornflakes ni macam biskut beli. Puas google, tak ada pulak orang hias bikut cornflakes ni. Semunya main gentel je. Tak ada idealah aku nak hias. Satu lagi, aku memang tak ada masa nak mengetel sebiji-sebiji. Mungkin tahun depan-depan aku ada kawan nak gentel biskut. Ajar Luth gentel pulak. 

Aku rasa canai terap lagi cepat. Tapi tak cantik sangatlah terapnya sebab corflakesnya kasar-kasar. Aku ramas je.



Biskut Nestum aku cuba gentel-gentel. Aku gentel tak sama saiz sebab panic Luth asyik meragam. Main tarik-tarik kain dengan aku. Lepas itu sibuk nak main plug.


Tapi kira baik dah Luth. Sempat aku siap bakar biskut malam tu. 

Jadi lepas selesai membaking aku hadiahkan beberapa keping biskut raya. Penuh mulut mengunyah biskut raya.

20140710

Milestones: Baby ku Luth 11 bulan ke 12 bulan

Semalam aku sampai terpost 3 entry sekali. Hari ini dah tak tahu nak tulis apa.. Tapi nak update blog juga. Nanti korang rindu pula kat aku. Ggup. 

Jadi aku main tempal-tampal, susun balik gambar Luth yang ada dalam blog ni... Sekejap kurus, sekejap gemuk. Sejak Tok ma dia balik kampung hari tu dia kurus. Sekarang dah gemuk balik. Ishk..ishk..macam mana aku jaga.


By the time she's 12 months old, you can expect your child to:
Prefer her mother or regular caregiver to all others
Aku memang jeles kalau anak aku nampak suka kat orang lain walaupun ayah dia sendiri. Mak dulu..mak..mak..mak...lepas tu baru ayah.


Be shy with strangers, and cry when her parent leaves
Pemalu sangat sampai aku terpaksa bawak Tok ma dia balik tolong jagakan dia. Tak ada harapan dah nak cari pengasuh lain.

Respond to simple verbal requests
Cakap banyak sungguh. Sungguh bukan ikut aku. Ni ikut ayah dia. Pening aku. Selalu sembang bahasa bby nga ayah dia. Bila aku mencelah, dia bo layan..salah ke bahasa bby aku?

Look at the correct picture when the image is named
Sudah kenal banyak benda. Aku ingat dah kena ajar cakap orang putih ni kat rumah. Biar anak aku pra-pra kecek ore putih ni.. ni asyik dok speaking Kelate sokmo.


Imitate gestures; try to imitate words
Sangat pelik tengok orang pakai benda kat mata. Tapi tetap rasa nak pakai juga. Suka tiru perbuatan kita. Jadi kena jaga selalu. Macam ayah dia selalu baling bola angin kat muka aku..aku dah larang, nanti Luth ikutkan. Tak baik tahu main muka mak. Haram.

Repeat sounds or gestures for attention
Shuh..shuh... tengok atas. Cari cicak. Cicak dalam rumah nak keluar pun takut. Shuh..shuh..

Find objects easily hidden while she watches you hide them
Aku simpan, dia buang. Last-last aku biar gitu je. Tak payah kemas. Cari benda tersembunyi kot celah menan dia.

Crawl on her hands and knees
Kenapa Luth suka korek hidung mata aku sambil menyuyut? 

Walk holding furniture or independently
Boleh lari dah anak aku.. sekarang jalan sikit asyik berenjut.. kekonon dia dah boleh melompat lah tu.. padahal angakat kaki setempat je.. Tapi sungguh comel

Feed herself with her fingers
Berebut sudu dengan aku biasa sangat. Tapi botol susu malas nak pegang. Tok ma kata, dia suruh orang tolong suapkan. Mmm, penat.

Jap-jap lagi gi jalan blog kekawan curi idea nak tulis entry lepas ni..hihi..
Comel sungguh anak aku.. ditimpa perasaan lagi....dush.

Sejarah lama jangan diungkit.

Aku ni memang jenis tengok tv. Boleh katakan balik je kerja. Hadap tv. Kadang tu, tak tengok pun tv, pasang je biar ada bunyi. Lepas tu aku buatlah kerja rumah macam masak ke, basuh kain ke.  Sekarang ni tak adakan cerita best kat tv? Aku rasa bosan betul la dengan tv ni. Astro pun 44 kali duk ulang cerita. Cemuh aku.

Aku pulak jenis tak tengok cerita rantaian ni. Aku bukan jenis sabar nak menunggu hari-hari sambung cerita. Apa jadi lepas ni, apa lepas ni.. Malas aku. Last aku ingat aku tengok yang cerita Adik Senrose yang mengandung anak luar nikah tu.. hari-hari tunggu. Mana ada manusia yang tak pernah ada dosa silam..gitulah aku ingat ayat Raja Ema mak dia lepas menantu dia dapat tahu..Adik Senrose keguguran dan anak tu bukan anak dia. Betullah tu. Tapi dosa gitu minta jauhlah kat anak-anak kita dan keturunan kita ye.

Sebab aku tak tengok cerita sambung-sambung, aku biasa layan CSI. Alah, korang mesti kata aku perasan orang putih nak kondem cerita Melayu lah tu.

Belum lagi..aku nak kondem rancangan lain. Tidak lah, aku kan sibuk. Mana ada masa nak tengok hari-hari. Bila dah tak tengok dari awal, tengok kadang-kadang tak faham dah. Malaslah nak layan.

Rancangan yang aku nak kondem ialah rancangan ni.. HIJRAH SELEBRITI. Pengacaranya Mawar taukey Fareeda. Sekejap-sekejap iklan tudung tu aku boleh terima lagi. Tapi bab tunjuk sejarah-sejarah zaman seksi meksi tu apa kejadah. Aku tengok sekali pasal penghijrahan Zila Jalil. Tak habis, aku tutup tv. Menyampah pula aku. Aku bila dah tengok orang berubah, terus aku lupakan sejarah dia dulu.


Macam aku suka tengok Neelofa pakai jubah hitam kat Meletop. Comel sangat, macam nak je buat menantu. Sebiji-sebiji butir dia cakap aku perhati sampai senyum-senyum. Biarlah perubahan ini berterusan, istiqamah kata Neelofa. Ustaz Yeop pun bagi nasihat, dia angguk-angguk. Pun aku rasa Neelofa comel. Janganlah diungkit lagi cerita lama.


Ramai artis dah berubahkan.. makin cantik pula aku tengok.
Cerita best sekarang Resipi Memikat Suami. Hi..hi.. ayam masak kicap ala Sarah Shuib sudah ku cuba. Hik..hik.. sedap. Sambil paksa lakiku..angguk sedap.

20140709

Nestum popia yang rangup dimakan Luth

Walaupun aku beranak kecil, aku masih mampu menyiapkan popia nestum aku dalam satu malam yang damai selepas berbuka puasa dengan tiga kali berhenti rehat. Sekejap-sekejap tarik-tarik baju minta susu. Sekejap-sekejap menangis tak boleh turun dari basikal. Sekejap-sekejap lapar balik susu. Gitulah cubaan Luth nak membantutkan semangat mak dia. Akhirnya B E R J A Y A.

Steady aku!!! 

Aku beli kulit popia yang saiz besar. Dalam tu ada 50 keping.


Aku potong separuh. Jadi ada 100 keping yang perlu digulung.

Aku buat untuk mass production, tak adanya nak gulung betul-betul. Mahunya makan hari nak siap.
Aku lipat dua lagi kulit popia yang dah dipotong. 

Lepas itu baru gulung. Kira cepatlah aku gulung.  Aku lekat dengan air sejuk letak tepung gandum je.

Potong pun aku susun batang-batang yang dah digulung dan kerat sekali. Macam aku masak sayur. Nasiblah panjang pendek.
 
Sedia untuk digoreng.

 Ikut resipi orang lain letak separuh nestum, separuh gula. Horlick tak ada kat rumah aku jadi tak letak. Aku tak suka manis, aku letak 2,3 sudu je gula. Mesin sekali dengan nestum. Lepas tu tuang dalam 2 bekas besar. Tungang terbalik kulit popia yang dah digoreng tadi. Cepat sungguh kerja aku. Ginilah kalau orang kerja kilang buat kuih, aku kira production output je..


Nestum popia aku yang rangup boleh dimakan oleh budak Luth yang mempunyai 4 batang gigi atas dan 2 batang gigi bawah. Sungguh, tanya Luth. Kruk—krang bunyinya. 

Entry ni aku saja nak eksyen dengan Rai. Sebab dia sebut pasal popia nestum. Selamat berjaya buat kuih siput ye. Acuan kuih siput ada kat rumah kampung, kalau sempat balik kampung bolehlah aku buat dan eksyen nanti..


Anak yang comel lagi cerdik

Aku selalu rasa aku ni sangat bertuah sebab aku dah lahirkan anak yang paling cerdik. Belum sampai umur setahun, aku rasa perkembangan Luth ni agak cepat.

Dia dah boleh terima arahan simple-simple. Dia tahu nama dia, bila aku panggil dia.. Luth, Luth mana..tergedek-gedek datang kat aku. Mak mana, ayah mana, Tok Ma mana, bola mana, basikal mana dia tahu dan boleh tunjuk, kalau rajin..

Bila aku suruh kutip mainan yang dia buang, pun dia boleh ikut. Ambil mainan dan beri kat aku, bila rajin...

Bila dia main plug, aku larang. Dia akan jauhkan diri sekejap. Lepas itu buat-buat main tepi plug sambil tangan meraba plug, mata kat aku. Cerdik-cerdik. Bila ayah marah dia lagi, dia akan menjerit. Kadang tu dia akan bebel kita balik. Ayah dia selalu kena. Mammaa.baba..mamama.. menjawab!

Bila nak keluar rumah, dia dah faham kena pakai selipar. Cepat-cepat dihulur kaki, minta disarungkan selipar. Dulu-dulu, cukup susah aku nak pakaikan selipar, mesti senget-senget kaki dia berjalan.


Bila nak cepat keluar, bawa je selipar.

Sekarang aku sibuk ajar dia salam. Salam, ambil tangan dan cium. Harus ni ajar Luth, kan dah nak dekat raya, kena pandai salam kalau nak duit raya.. 


Aku rasa anak aku paling cerdik, nombor satu. Bila aku tenung-tenung muka dia, aku rasa luth ni budak paling comel pernah aku tengok. Dahlah comel, cerdik pula tu. Ikut sapalah tu…

Seronok betul ditimpa perasaan ini. Normallah tu kalau kita sebagai mak ayah ni rasa anak kita paling cerdikkan? Kalau kita tak puji, sapa lagi nak puji. Aku cukup pantang bila orang cakap, kecil-kecil memanglah cerdik bila besar..mmm… Janganlah cakap macam tu, kita doalah biar sampai besar jadi cerdik. Ajar baik-baik, bimbing betul-betul insyallah semuanya baik-baik. 

20140708

Jangan marah, puasa…

Aku memnag jenis orang yang suka merancang kalau nak beli barang dapur. Sebelum aku pergi shopping biasanya aku akan siap-siap tulis apa aku nak beli. Dan aku akan bertanya kat ma aku apa barang yang tak ada, sebab dia duk dapur lebih lama dari aku, jadi dia lebih tahu apa yang dah habis. Kemudian aku akan tanya laki aku apa yang dia nak makan. Macam lauk pauk exotic sikit. Kalau aku dengan ma kami biasa beli ikan selar, ikan kembung dan ikan sewaktu dengannya ayam dan daging sahaja…

Tetapi biasalah, bila sudah disupermarket aku akan terbeli beberapa barang yang ada promosi untuk buat stock. Terutam drypers, aku pantang sangat dengar dypers murah. Buah-buah memang aku tak pernah tulis nak beli. Itu memang dah jadi kemestian. Harus aku beli juga. Sayur pun beli sikit. Cuma sejak puasa ni, aku jarang beli sayur. Rezeki kami tak putus-putus bekalan sayur dari jiran tetangga.

Sebagai seorang isteri, aku rasa aku banyak sangat kerja rumah. Aku merancang sebaiknya perbelanjaan rumah. Sebagai seorang manusia, kita tak terlepas daripada kesilapan dan kecuaian. Tambah-tambah bulan puasa ni, penat letih kadang terlupa. Bukan salah aku kan?

Hari itu aku dah tulis..nak beli
Susu

 Aku nak beli sedozen susu pekat manis, jimat sebab rumah aku cepat habis. Laki ku buat air Nescafe letak susu. Ma aku puasa kena minum air susu pagi-pagi. Nanti boleh buat kuih juga.

Beli-beli dan lupa. Dalam kereta setenagh jalan, baru ingat. ‘Tak ingat nak beli susu.’

Laki aku terus berhenti kat kedai runcit tepi jalan. ‘Pergilah beli.’

‘Bila nya kata nak beli.’ Aku kaku dalam kereta.

‘Tadi. Kata nak beli.’ Suara dia dah kuat.

‘Cakap sahaja. Nak beli sedozen kat supermarket murah. Susu ada lagi kat rumah’, Lepas itu dia dah marah aku. Dan lepas itu aku dah sedih. ‘Biarlah, lepas ni senyap je. Tak cakap dah.’

Dia cakap, dia cakap kuat je. Bukan marah. Tetapi kenapa dulu dia tak macam ni? Kenapa sejak puasa ni dia dah berubah? Aku pun puasa. Puasa ni melatih sabarkan. Ni lah tahun pertama kami berpuasa bersama, tak kira tahun lepas aku beranak. Sebelum puasa dia kata aku masak masin. Puasa ni dia cakap aku masak tawar.

Kejam. Kejam.


Aku tiap petang duk tengok Ustaz Kazim duk suruh puji bini..laki aku pula tak tengok. Kejam..kejam.. patut laki aku yang tengok.

Saya Nak Duit Raya RM300 Daripada Nile.Com.My

Sejak aku berblog dengan sedikit rajin ni..ada jugalah aku sangkut sikit-skit lucky draw yang dianjurkan blogger-blogger. Kiranya nasib aku bertambah bertuahlah sekarang ni. Jadi sempena bulan baik, hari baik ni, harapnya nasib aku akan bertambah baiklah ye. Harap-harap dapatlah Duit Raya RM300 daripada Nile.Com.My ye.


Harap-harap kalau bertuah sempatlah aku merealisasikan senarai harapan aku ni sebelum raya ni. Harusnya aku bergaya sakan Raya ni.

Kalau aku dapat RM300 ni, tentulah aku nak shopping baju aku. Kali ini untuk aku. Sedih tahu, bila buka je almari tak ada baju. Maksudnya baju baru. Semua baju zaman anak dara yang dah tak berapa nak muat lagi. Aku bukan gemuk, baju itu yang mengecut.

Aku dah siap-siap usha baju-baju kat Nile.com.my ni sebelum aku jumpa GiveAway ni. Macam murah dan banyak sungguh barang yang aku berkenan.

Dah siap matching satu set dress dan skirt yang aku berhajat.. Lawa tak? Harga pun murah.
Baju ni memang taste aku yang perasan ramping. Kena pulak dengan skirt kuning. Meriah dihari raya ni. Kena check betul-betul ukuran dulu ni.


Baju putih ni nampak besar sikit. Tak ikut badan sangat, harus muat ni.


Yang ini pun nampak sempoi. 


Dua dress itu boleh pakai dengan skirt pink. Pinky gitu.


Baju merah ni pun cantik sangat.


Baju plain, boleh pakai seluar palazo bunga-bunga. Gempak raya aku ni.


Baru baju ni..tudung, bag dan lain-lain belum pilih lagi ni. 

Seronok pulak aku menyusun atur gambar ni.. 
Sapa nak masuk jugak try usha syarat-syarat mudah dia kat blog Lyssa.
Korang boleh check result nya nanti kat SINI. Tarikh akhir untuk join contest ni ialah pada 21/07/2014, 11.59pm

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...