Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140828

Memo pad warna-warni daripada kertas recycle

 Aku kan dah tak berapa ada kerja..jadi untuk menghabiskan hari-hari terakhir dengan gembira. Marilah kita membuat kerja gembira seperti kerja seni.

Sila potong kertas recycle warna-warni mengikut saiz yang dikehendaki. Senget benget pulak aku potong.. Nak pinjam cutter machine jiran sebelah, segan pulak.. Tak apa, anggap karja seni absract..

Aku punya kecil je, senang letak dalam poket. 

Sila susun dan gam atasnya untk menjadi memo terjilid. 

Tampal juga kertas ats gam untuk bagi kukuh sikit jilidan memo. Tak kukuh sangat gam tak apa. Senang nak koyak nanti..

Kemudian tulis kata-kata motivasi diri sendiri..Sekian.

Memo pad motivasi diri sendiri.


Pengalaman interview yang tak berapa semengah

Nak kerja tapi benda yang paling malas adalah nak pergi interview..betul tak? tak kira yang dah bertahun kerja nak tukar kerja atau yang baru graduate.. takut pun takut..

Aku juga..

Nerveous betul aku nak attend interview. Lama pula tu, aku tak pergi interview ni, aku pun kurang ada pengalaman interview ni.

Kerja pertama aku jadi research assistant untuk lecture aku. Sebulan je pun atas belah ihsan walaupun dia tak memerlukan pun assistant. Saja kesian kat aku yang dah sebulan menganggur. Lepas habis study tu aku melepak tidur bangun kat kampung sebelum aku ambil insentif  tanya khabar kat member-member kot ada peluang aku nak balik Shah Alam. Senang sikit aku nak pergi interview ke apa. Masa aku jadi RA ni memang ligatlah aku cari kerja, lecturer aku pun faham sebab tu awal-awal lagi dia bagi tahu dia mampu upah aku sebulan je.. tak ada dana.

 Interview pertama aku jadi editor buku sekolah. Sebelum interview, aku kena buat ujian dulu. Ujian bahasa melayu, matermatik, bahasa inggeris dan sains. Aku rasa ujian bahasa inggeris aku fail. Tatabahasa Melayu pun tak betul, ada hati nak edit English grammar. Kebetulan, dia nak cari editor untukk subject Kemahiran Hidup Bersepadu dan editor Sains dan Matematik. Masa tu, sains dan matematik baru nak laksanakan penggunaan bahasa Inggeris. Awal-awal masa interview, aku dah cakap aku tak boleh. Jujur kan aku..hhihik.. tapi rezeki aku, aku dapat tawaran untuk jadi editor Kemahiran Hidup.  Tapi sebab aku tak ada background dalam publication, aku cuma jadi assistant editor.  Tapi tak apa, gaji aku sama juga dengan editor.

Tak lama lepas tu, aku dapat tawaran interview jadi Chemist kat Sungai Buloh..tapi bodoh aku masa tu, aku tolak sebab aku dah dapat tawaran jadi editor, malas nak pergi interview. Aku ingat, masa tu aku baru sampai kat kampung, kekonon nak rehat dulu sebelum start kerja..malaslah nak pergi interview. Aku bagi alasan aku dah dapat kerja, tukang telefon siap tanya aku tak nak cuba datang interview dulu ke? Kemudian, aku dapat juga tawaran jadi Engineer yang ni berkait dengan Environmental sikit..pun aku tolak pasal kat Kemaman kilangnya. Padahal, aku pernah je practical training kat Kemaman. Entah, jiwa aku tak kena duduk kat Terenganu, lagi-lagi kawasan perindustrian macam Kemaman..walaupun orang kata dekat sikit dengan Kelantan. Beberapa bulan duduk kawasan Kemaman, aku rasa... aku tak boleh biasakan diri. Rasa macam dekat dengan Kelantan, sebenarnya jauh juga. Alasan sebenarnya..malas+takut nak hadapi gemuruh interview lagi.

Oh, aku rasa aku pernah juga dapat offer interview dari Petronas. Aku tanya interview dia macam mana? Dia cakap verbal and written test. Aku kalau dengar bab-bab kena ambil test ni, aku memang kecut perut. Tambah pula masa tu, kekawan aku ramai duk cerita pasal interview yang diaorang attend. Kebanyakan yang pergi interview tu best-best student lah..Aku yang tak berapa best ni jadi tukang dengar lah. Dia orang kata susah, nanti soalan dia suruh cerita type of pump and fuctionlah..apa benda tu?  Aku terus aku jadi down. Aku menolak sebelum berjuang.  Rendah betul self confident aku..

Interview kedua yang aku pergi kilang kat tanah kelahiran aku Kelantan jawatan apa entah aku lupa (tak dapat, tukang interview tu poyo aku rasa..soal dalam Bm suruh kita jawab dalam BI..Poyokan? aku kutuk:pasal aku tak dapat pun jawatan tu hihi..)  dan yang terakhir kerja aku sekarang ni.

Jawatan yang diiklankan adalah Engineer. Masa tu rasa dah tak berapa seronok jadi editor. Sebenarnya, aku rasa cemburu sebab ada beberapa orang yang diambil ter-kemudian dari aku cepat diserap jadi editor tetap tetapi aku pangkat assistant editor contract lagi. Walaupun aku dah dapat hampir semua faedah, tetapi aku rasa macam kerja aku tak dinilai. Tak dipandang dan aku dianggap macam budak-budak je. Jadi aku pun ligak baliklah cari kerja baru..Nasib aku baik betul, apply je terus aku dapat temuduga ni.

Interview aku yang ke tiga aku adalah kerja aku sekarang.

Aku pun tak ingat, soalan temuduga aku selain explain pasal background aku. Aku rasa tukang temudaga yang banyak cakap, nak bagi aku impress nak kerja situ…aku tak tahu apa yang aku cakap. Lupa dah, nervous kot masa tu masih fresh graduate blur-blur dan tak tahu apa-apa. Aku rasa aku memang dapat jawatan tu pasal masa interview aku siap dapat tour kilang lagi, manager tu nak explain pasal production.. Lepas temuduga baru aku tahu, aku tak jadi engineer.. Pun terkubur sudah cita-cita aku nak jadi engineer..

Kilang ni banyak mendewasakan aku. Aku pernah menangis depan bos bila kena marah. Kalau ingat balik masa tu, aku rasa kelakar sangat. Banyak benda-benda bodoh yang aku buat dalam kerjaya aku…pengalaman. Aku berhenti kerja kali ni bukan sebab aku dah tak suka dengan kerja aku walaupun aku selalu merungut kata nak berhenti. Cakap je…hihi nak luah perasaan.

Aku nak buat perubahan baru dalam hidup aku. Sebelum ni aku rasa, confident level aku rendah sangat. Sekarang masa aku untuk bangkit. Allah dah bagi aku peluang aku tunjukkan kemampuan aku.. aku kena rebut peluang ni, tunjuk siapa aku. Kalau aku tengok sekeliling aku..kawan-kawan aku yang meniru periksa dulu pun boleh jadi somebody hari ni. Bayangkan yang aku rasa bodoh sikit dari aku, yang selalu tiru result experiment aku dah jadi pensyarah, macam manalah agaknya dia nak ajar anak murid dia nanti?... insyallah aku pun boleh.

Sebab dah lama sangat kat sini, aku rasa otak aku dah disetup takat ni je lah keupayaan aku.. Aku kena keluar.

Aku ni bijok sebenarnya..

Hahaha….
Kan? Kan?


Lupa nak cerita pasal interview aku yang baru ni..macam hampeh juga. interview pukul 11 aku sampai pukul 2. Sesat tak tahu pergi mana. Aku kan buta jalan KL. Sikit lagi aku nak cancel j interview sebelum mereka col aku bagi direction satu-satu sampai depan ofis... Tapi orang kata, kalau dah rezeki aku..rezeki aku juga.

20140827

Sambutan raya bersama jiran-jiran aku

Kalau korang baca entry-entry aku lepas tahukan kejiranan aku ni tahap bermasyarakatnya sangat-sangat memberansangkan. Sungguh! New Year sambut, Awal Muharam sambut, Maulud nabi sambut.. Jadi haruslah ada juga sambutan raya. Terlambat pulak nak up entry ni..sampai habis dah Syawal..huhu

Kami collect Rm30 setiap rumah secara sukarela untuk beli barang nak masak lemang, ketupat, rendang dan macam-macam lah. Kami (eh aku tak tolong pun, hantar wakil laki aku je) bakar lemang..menganyam ketupat (aku kat orang Kelantan mana tahu buat ketupat empat segi). Boleh kata 100% masak gotong royong. Aku pun banyak juga tahu berjasa, tolong jaga anak-anak jiran yang mak-mak tengah sibuk masak..hahaha.

Kali ni buat betul-betul depan rumah aku.
sabar je anak aku Luth dengar orang dah bising-bisng depan rumah

Nilah hasil gotong royong kejiranan aku..
 
Untuk topup-topup makanan buatlah masing-masing makanan ala pop kuiz.

Ketupat nasi aku tak reti anyam.

Dalam bekas hijau tu aku punya masakan.. ihks...ihksss



Aku tak retilah nak masak-masak canggih-cangih..Aku buat agar-agar gula Melaka dengan Kek Coklat Anniversary huduh je lah..ah, malunya. Tapi habis juga tau, tak lah buruk sangat rasanya kek coklat aku.


Anak aku Luth gembira sungguh malam tu..dekat pukul 1,2 pagi kot baru dia tidur..

 Tunggu next nak sambut apa pulak jiran-jiran aku ni..huu

20140826

Benda Basic Hal Kereta Yang Perlu Pemandu Wanita Tau



Hari-hari bawa kereta kena tahu juga benda basic hal ehwal kereta. Sebagai contoh, tangki minyak kosong bila jarum dah dekat E. Empty, kosong!.

Tahukan? Penat sungguh kalau tak tahu tu..

Selain tu, isi angin dalam tayar. Berapa nak set angin tayar, buka pintu kereta kat sebelah driver, ada tulis kat tepi pintu tu..berapa tekanan yang kena set kat pump.

Sekali sekala, buka enjin kat depan... topup minyak hitam. Ada lagikan baki minyak hitam lebih lepas service? Jangan tinggal je kat bengkel atau buang.. kalau dah banyak minyak hitam bakinya tu masuk dalam satu botol nanti nak service bawa minyak hitam tu. Mintak tolong tukar je minyak hitam. Dulu masa bujang kaya buang je minyak tu...ha..ha..

Jangan lupa juga, check cooler water air kaler merah tu.. lama dah aku tak check ni. Letak air bersih, tapis ke.

Paling penting jangan lupa tengok air bateri. Kalau kereta lama, berkeladak kat atas bateri tu..jirus air panas sikit kasi cair keladak.

Tengok, sekarang aku dah menyusahkan orang..

Air bateri kering dan garing. Nasib baik ada pakcik depan rumah ada air bateri boleh buat topup. Pinjam kereta juga, nak perhidup bareri koHg$. Entah berapa tahun dah topup rasanya sejak berlaki kot...
Hari ni juga ayah Luth tergerak hati nak teman pergi cucuk Luth setahun yang dah tertangguh sebulan pasal raya dan Luth deman. Balik klinik tadi dah bunyi lain macam..sampai rumah, aku nak pergi kerja dah tak boleh start.

Jangan buat hal nak balik kerja ni pulak...

20140825

Buat rileks je.

Aku macam tak boleh nak tulis sekarang ni.. macam kosong je. Macam tulis tak ada isi..

Sebenarnya aku rasa tak berapa seronok sikit menghabiskan hari-hari yang masih panjang kat kilang ni. Terutama kalau bertentang mata dengan bos aku. Rasa serba tak kena. Kalau ada meeting yang aku tak dipanggil pun aku rasa diumpat. Sendiri yang rasa, macamlah orang tak ada kerja nak mengumapat aku..

Head aku suruh aku serahkan semua hard copy, soft copy segera. Harus aku serahkan, jangan risau aku tak akan buat yang tak baik. Walaupun arahan ni aku rasa macam tak percaya kat aku. Macam aku akan leakage info company kat luar pula. Aku professional ke..

Pst..aku baca status fb kawan kerja proton model baru proton compact car leakage..haru je kan?

Dahlah..Tak mau stress lagi. Ni sikit je pun hal. Benda kecil macam ni, kalau nak fikir-fikir jadi besar. Ada benda lagi besar yang menanti aku.

Buat rileks je..

Walau dalam hati ada sikit rasa menyesal pula hantar surat awal-awal. Laki aku kata, kalau nak berhenti hujung bulan, hantarlah hujung bulan. Aku fikir biar bagi tahu awal, boleh mereka prepare awal. Tapi rasa lemas pula nak menghadapai lebih sebulan yang panjang ni.

Oh semalam ahad ulang tahun keduri kahwin aku. Dan malam sebelum tu, sabtu hari ulang tahun nikah aku yang ke 2 tahun. Kena bagi tahu 2 hari ni sebab aku selalu confius tarikh ulangtahun kahwin aku. 23 ke 24 Ogos. Buku merah mengandung pun aku tertulis hari kenduri..selalu lupa hari nikah. Tak sambut apa pun musim kering dan garing kan... Makan anak beranak kat luar simple-simple.




Tepek gambar superhero aku yang ketagih minum ais sekarang. Kat rumah aku memang jarang buat air batu, tetapi kalau order kat luar pesan ais..memang menangislah kalau tak bagi dia rasa..

Rileks sambil tepek tomato kat muka

Tomato kaya dengan vitamin C, anti oksida dan banyak lagi nutrisi yang bagus untuk kulit sihat. Paling penting, bagi kulit rehat lepas dah cuba macam-macam bahan kimia yang buat kulit jadi penat.

Aktiviti rehatkan muka dihujung minggu bila anak tidur.

Kebaikan tomato
  • Merawat masalah jerawat dengan membersih toksin.
  • Mengurangkan atau melambatkan kedut-kedut muka yang selalu stress dan berkerut.
  • Agen pembersih yang benar-benar rasa bersih dan nyaman
  • Kurangkan kepedihan kulit yang terbakar dengan memberikan rasa penyejukan
  • Buatkan kulit jadi bersinar, glowing.
  • Kuragkan kulit berminyak lepas makan-makan berminyak..eh.

Aku letak bikarbonat sikit, bagi kesan pembersihan sikit penghakis kesan degil kat kulit. Juga sikit susu tepung bagi lembut kulit.

Lepas blend, boleh sapu kat muka. 


Bakinya simpan dalam bekas comel yang berlabel..hah..baru semangat nak pakai esok-esok pulak. 


Diy Tomato Cleanser Mask Homade

Petang ni, balik kerja boleh pakai sekejap sebelum mandi..buat hilang stress..

20140822

Risk

Aku dah hantar surat berhenti semalam. Aku hantar awal-awal biarpun aku plan nak berhenti habis bulan 9 ni. Biar senang diaorang cari penggati aku, untung-untung kalau ada orang baru sebelum aku berhenti sempatlah belajar sikit-sikit. Tak ada apa sangat nak ajar pun sebenarnya.. aku pun bukan pandai sangat. 

Kerja aku pun tak adalah banyak sangat. Menyibuk dengan kerja orang je, jadi masalah nak transfer job tak timbul sangat kot..sebab aku memang tak tahu juga apa kerja aku buat setiap hari.. ke aku memang tak ada kerja..haha..menyibuk je kerja.

Hari tu aku gembira sebab dah dapat kerja baru.. tetapi rupanya sedih juga nak tinggal tempat kerja lama ni. 

Emo jugak oh..bertahun-tahun ni.

Bos aku pun naik emo semalam…
5 years kita jaga u, dulu u tak tahu apa..sekarang u dah pandai u mau cabut ah.

Tersentak tangkai jantung aku.

Lepas tu bagi nasihat yang boleh melemahkan aku nak berhenti kerja.. saingan kat luar, takut aku tak boleh hidup blal..bla..bal..  performance tak sampai, gaji tak up…bla, bla…

Aku sedar, company ni banyak berjasa kat aku..tak pernah aku lupa asal-usul aku. Aku pergi dengan baik, tidak sekali aku tabur pasir kat tempat yang selama ni aku tuai hasil.

Tapi itulah kan…


 insyAllah.


22.08.2014 ~takziahMH17




20140821

Luth sangat baik

Kadang-kadang aku rasa Luth ni aktif sangat. Suka panjat-panjat kerusi. Suka lompat-lompat, pusing-pusing pening, dan jatuh menangis. Suka sangat-sangat sepahkan barang.

Orang kata, boleh tahan jugak Luth ni…Ni lah kot sesetengah mak bapak yang akan rasa bila pergi rumah orang, anak kita aktif sangat. Kadang rasa tak terkawal.

Tetapi sekarang ni, aku rasa taklah teruk sangat. Memang ni perangai normal budak tengah membesar. Belum ada akal lagi..Penerokai minda dia sedang bermula.

Bila ada budak-budak baya atau tua daripada dia datang rumah..terutama yang lebih aktif lagi. Luth akan mengalah. Duduk senyap, beriba sambil perhati budak yang aktif main-main mainan dia, sepahkan mainan dia.. Sampai dia rasa confident baru dia bangun main sama..

tiba-tiba aku rasa, Luth ni budak baik sangat dah ni. Tak tunjuk nakal dia depan orang.
Tengok baby Luth, baik je..

Senyap-senyap dia buka bag aku, jumpa pen dengan diary titip tiap helai kisah-kisah seharian Luth dan mak.
Sila pejam mata tengok cadar aku kerut kemut


 Baiknya Luth, behave sangat depan tetamukan….

20140820

Keluar dari zone selesa

Aku masuk kerja pukul 8 balik kerja pukul 5. OT tak buat, pasal company kata, azek level tak dibayar OT. Mata duitan kan aku? Kerja untuk duit. Adalah juga kadang-kadang aku stay lama sikit kalau production ada testing ke ada apa isu. Kalau tak, aku memang sangat punctual, terutama bab-bab balik. Memang tepat masa.

Alah bukan aku sahaja kan, aku rasa semua mak-mak macam aku memnag nak balik awal je kerja. Rindu dendam kat anak tu memang kena ditunaikanlah bila lepas waktu kerja. Ayah dia jenis penyabar sikit, boleh lagi singgah minum air lepas kerja…mmm

Malas-malas…malas aku nak kerja makan gaji.

Tiba-tiba Allah uji aku. Asyik sebut pasal nak berhenti kerja, nak jadi suri rumah tangga sepenuh masa kekonon… Aku dapat panggilan interview yang tak dijangka langsung. Tak pernah terfikir langsung. Memang resume aku ada lagi dalam Job Street, aku tak pernah buang. Aku daftar masa zaman belajar lagi. Aku adalah update awal tahun ni, aku rasa masa aku hangin-hangin kot.. Kalau dulu tiap kali aku moody pasal kerja aku akan draft surat berhenti kerja, sekarang kalau aku moody aku akan update resume aku.. Update expected salary je pun.. Up lah sikit lagi dalam 3,4 belas ribu je pun, padanlah dengan kelayakan aku. Tipu dik, itu memang expected salaray tak nak kerja. Aku up sikit je, sesuai rasanya dengan pengalaman aku…lagi pun kerja sekarang susah, penganggur pun ramai.

Kebetulan ada majikan yang nak cari pekerja baru. Dia call aku tanya aku berminat tak nak interview. Kilangnya pun dekat kawasan rumah aku je. Kalau kawasan Kuala Lumpur atau jauh sikit dari tempat aku, aku rasa aku kena tolak. Tak larat oh nak makan jammed dan cost of living hidup dalam bandar. Lagi pun aku selesa duduk kawasan Rawang ni. Kos hidup pun masih rendah.

Dan berita baik yang aku nak bagi tahu korang, aku dah dapat kerja tu. Aku belum resign lagi ni..aku dah share berita baik ni kat korang..hu..Aku ingat nak buat surprise, alah MD macam na you boleh tahu? Macam mendengar pula rintihan hati ni..terima kasihlah ni agaknya doa kawan-kawan blog ni juga..sebab aku memang tak pernah bersunggut nak berhenti kerja kat sesiapa melainkan laki aku dan blog ni.. rasa nak peluk cium sorang-sorang yang banyak bagi semangat kat aku selama ni.. Touching sesangat..

 Bidang baru tetapi dekat dengan pengajian aku. Aku akan masuk balik dalam bidang Chemical. Lepas ni aku taraf M3JER-MEj3R lah.. dok main ezeKutis-kutis dah..Ha..ha..ketawa angkuh.. Pang, belum start kerja dah eksyen. Tolong ketuk sikit kepala aku, kalau lepas ni aku sombong nak mampuh! Lupa daratan, sebab lepas ni aku kerja kilang sabun yang suci dan menyucikan. Ya Allah, jadilah hati aku sesuci sabun kilang baru aku nanti yang dapat menyucikan serdak-serdak kotor. InsyAllah.. J

20140819

Cerita Aqiqah Luth raya lepas

Raya puasa lepas aku dah buat aqiqah Luth. Maaflah tak jemput sesiapa pun. Sungguh. Ambil 1 bahagian je, tak dapat nak ambil dua bahagian pasal lembu dah full booked.

Ini sepupu Luth. Adik Irish.. 
mak dia berjangkit dengan Luth terus kembung perut lepas berbelas tahun tak beranak...huuhu..


Cerita pasal kenduri aqiqah Luth, memang sangat mudah. Kami buat kendurinya kat kampung belah laki aku. Kampung belah laki aku ni, betul-betul kampung lagi. Kalau nak buat kenduri kendara cukup senang nak bergotong royong. Sedia barang je, mereka memang ringan tulang nak membantu. Kami tak payah nak fikir nak cari tukang masak..

Aku buat raya ke tiga. Pagi-pagi laki aku dah siap ke tempah sembelih lembu. Entahlah kat mana…lama jugalah aku tunggu-tunggu. Sampai tukang masak sukarela yang pagi-pagi dah terpacak nak tolong pun rasa nak balik dah.

Tunggu-tunggu, tiba-tiba mak saudara laki aku pula sampai 4 buah kereta nak beraya. Sekejap tu, laki aku pun sampai bawa balik daging. Senang betul kerja aku, mereka sukarela yang tolong masak, tolong makan.. Lepas tu sampai lagi 2 buah kereta mak saudara dia yang lain..2,3 orang jiran yang sempat datang..Sekelip mata habis, sampai ke tulang sampai ke urat perut. Habis sampai adik ipar aku yang teringin nak makan perut lembu cicah pun kempunan. Nasib baiklah tak jemput siapa-siapa, kalau tak apa nak jamu orang makan..

Seronok aku buat kenduri kat kampung belah laki aku bila tengok mereka memang makan dengan bersungguh. Tak berkira penat lelah masak.

Kalau kat kampung aku, susahlah nak minta gotong royong ni, semua kena keluar upah, kena guna catering.. Apa yang aku suka juga dengan kampung laki aku, walaupun majoriti mereka ni orang susah..tetapi bab makan-makan ni mereka tak kedekut. Suka menjamu orang makan, kalau aku singgah selalu sangat kena paksa makan. Dan mereka masak gulai sangat-sangat sedap..

Insyallah, kalau ada rezeki aku nak buat aqiqah sekali lagi raya haji ni. Buat korban sekali, biar puas sikit makan. Sebab aku dengar cerita hari tu ramai sepupu sepapat yang kecewa tak dijemput. Oh, kalau nak datang rumah aku..bila-bila masa je aku alu-alukan. Asal boleh duduk bersila makan nasi ulam budu. Meja makan aku tak beli lagi..hihi..tunggu nak beli package dengan rumah siap..

20140818

Sibuk macam Perdana Menteri

Kalau banding dengan orang macam kita-kita ni..tak adalah sibuk sangat.

Bukan jadi perdana menteri pun nak sibuk-sibuk sangat.

Aku dengar dalam tv hari tu bekas PM Dr Mahathir kata dia sibuk sampai dia rasa susah sangat nak buat dua benda ni..

Potong rambut

dan potong kuku..

Sama dengan aku.

Susah benar nak curi masa nak potong kuku sekarang ni. Ada orang asyik nak berebut juga potong kuku.
 




peniru.


20140815

Hidup tak mudah, tapi tak sukar sangat

Aku kalau cerita bab-bab business ni aku memang semangat. Semangat sungguh, tiba-tiba mengaku darah ore Kelate yang mengalir dalam tubuh aku memang mengtakdirkan suatu hari nanti aku akan menjadi usahan ternama. Orang perempuan Kelantan kan terkenal dengan kerajinan dan kepandaian berniagakan.

 Laki aku pun sama juga dengan aku. Untuk pengetahuan semua, aku dengan rendah diri nak bagi tahu, laki aku bukan sekolah tinggi. Tak ada sijil-sijil pun sebab tu dia kerja penat dan tak kaya-kaya. Doa biar kami cepat kaya. Laki aku bekas penoreh getah je. Sambil tu, tolong kawan cat kereta kat bengkel kawan dia. Macam-macamlah kerja dia buat dulu. Kalau ada orang nak pinjam lori nak hantar barang orang kampung ke, dia jadi driver lori.  Boleh kata, semua kerja kampung dia buat.  

Masa aku nak kahwin dulu..punyalah besar halangan yang aku kena tempuh. Ni ada kaitan dengan darjatlah kekonon. Keluarga aku pun miskin tetapi kekonon aku ni mengaji sekolah sikit, macam tak setaraflah. Lepas itu ini, dah jodohkan… bersatu juga kami mudah-mudah.

Dekat-dekat nak kahwin, laki aku beli kambing banyak jugalah.. adalah berbelas ekor. Kononnya nak jadi penternak kambing berjaya. Agaklah sendiri kalau seekor kambing dalam 5,6 ratus dah berapa pelaburan kat situ. Buat kandang kambing hoduh-hodup, bagi makan kambing sekali sekala memang banyaklah kos terlibat. Kadang kambing terlepas makan pokok tanaman orang, berapa banyak dah sumpah seranah kat tuan kambing terima.

Laki aku ni nasib baik sebab orang-orang kampung ramai yang sokong dia. Tak adalah kambing yang kena sembelih walau sudah dikhabar kalau benci kambing makan tanaman.. jangan dipukul mampus, sembelih terus.

Lepas kahwin, kami tinggal asing-asing lagi. Dia kat kampung, aku kat sini. Macam pelikkan? Isteri tinggalkan kampung halangan demi mencari rezeki. Rezeki aku lebih sikit, sayang jugalah nak berhenti kerja. Tambah pula pendapatan laki aku cukup sekadar buat makan dia je. Aku sabar dan tabahkan hati..(sedih pula aku tiba-tiba)

Kemudian, entah macam mana..laki aku terjebak dengan projek nak tanam cili. Bersungguh-sungguh berkira untungnya tanam cili. Tanah siap dipajak, benih disemai dah siap ditanam. Takdir Allah, dekat nak besar pokok cili..Kelantan dilandar banjir besar. Habis pokok cili tak menjadi. Masa ni, makanan kambing pun aku yang kena keluarkan duit..

Laki aku bukan tak pernah kerja luar dari Kelantan. Zaman muda dia, macam-macam kerja dah dibuat diperantaun. Balik Kelantan pun lepas dah jemu makan gaji katanya. Dengan sijil pandai sikit main-main besi dia cuba ambil kontrak buat longkang, gril sekolah dan lain-lain. Tapi kena tipu pula bila bab bayaran.

Rezeki kami, aku mengandung tak lama lepas tu. Dugaan lagi, diawal kehamilan aku turun darah. Masa tu, laki aku dah buat keputusan untuk tinggal bersama. Sukalah aku.

Tapi, dengan tak ada sijil apa..bukan senang nak cari kerja kat sini.

Bincang-bincang dia buka gerai goreng pisang depan rumah. Sedap sungguh goreng pisang laki aku. Hasil usaha kami laki bini buat experiment resipi yang paling best. Siap ada serdak-serdak tu. Siapa yang pernah makan goreng pisang kat Kelantan mesti tahu, goreng pisangnya tak sama..ada serdak-serdak rangupkan?  Semua oang kata sedap, tak pernah makan sedapa macam ni. Seronok sungguh kami masa tu, siap bercita-cita nanti nak buka stall banyak-banyak macam orang jual burger.. wah, kayalah. 


Impian jelah. Takat jual depan rumah, walaupun sedap sungguh tetapi berapa ramai sangatlah yang membeli. Kawasan rumah kami pun tiga baris je..memang tak ada harapan dah.

Akhirnya laki aku mengalah. Kena kerja makan gaji juga. Lembu, kambing, lori semua sudah tak ada. hasilnya tak ada..dapat beli motor buat ulang alik balik kerja saja. Mula dari bawah. Masuk kilang, jadi technician pun dah syukur dari jadi operator. Alhamdulillah, tak sampai setahun pun kerja ada yang nampak keupayaan dia. Sikit-sikit adalah perubahan keluarga kami nanti..insyallah.

Oh, semangat nak berniaga suatu hari nanti tak pernah padam. Jatuh bangun biasalah..

Hidup ni bukan susah sangat...

Kucing jiran

Hidung aku sekarang kurang peka dengan bau-bauan sekarang ni. Kalau Luth membuang pun aku tak boleh bau. Melainkan dia yang selalu ke sana ke mari tiba-tiba terhenti, berdiri kaku sambil buat muka pelik dan kaki tangan seram sejuk. Hah, tu tandanya tengah membuanglah tu.. kalau aku tak tengok, memang aku tak tahu. Bila tiba-tiba ayah dia menjerit kata ‘BUSUKnya’ bila Luth letak punggung atas ayah dia yang baring depan tv lepas balik kerja, baru aku tahu Luth dah berak.

Resdung kot, deria bau kurang sikit akhir-akhir ni.

Bagusnya, aku tak rasa apa bila laki dengan ma aku asyik bersunggut pasal bau tahi kucing  depan rumah. Kucing ni jiran kami punya. Rumah aku tak ada kucing.  Hari-hari kot kucing ni berak, haruslah kan.. dia bukan selalu berak depan rumah aku, kadang dia berak depan rumah tuan dia juga. Tuan dia pun aku tengok dah siap ada pasir tempat untuk kucing membuang. Tapi kucing, binantang yang tak ada akal tak kira sangat kat mana nak membuang. Ikut mana dia rasa  nak membuang.

Hujung minggu lepas, kawan aku datang makan tengahari kat rumah…  Dia cakap macam ada bau je. Kebetulan aku hidang, sambal tempoyak pucuk  ubi yang diberi jiran lain.

‘bau tempoyak ni..’ Aku masak lauk makan harian aku je, tak ada masak special sangat pun datang rumah aku. Goreng ikan, rebus pucuk ubi yang diberi jiran lain lain (kebetulan juga pucuk ubi) cicah budu je.
Lepas siasat, rupanya bau pelik tu..bau tahi kucing. Kuat sangat kot.

Cermin rumah yang biasa terbuka seluas alam sejak akhir-akhir ni asyik ditutup. Ma aku tak tahan bau tahi kucing tu. Walaupun dia berak kat sebelah, tetap baunya masuk rumah aku. Duduk rumah sebelah-sebelah memang berbau.. Laki aku asyik ulang-ulang nak ‘katok mampus’ je kucing tu..geramlah tu..

Petang tu laki aku duk bersantai depan rumah. Tiba-tiba jiran kami tegur. Nak minta tolong katanya. Laki aku yang ringan tulang seperti biasa tidak pernah menghampakan sesiapa yang dalam kesusahan.. tambah pula, jiran ni tengah bujang sekarang. Bini balik kampung bersalin, kereta pula baru eksiden. Hujung minggu ni nak balik kampung, siapa lagi nak diharapkan menolong kalau tak jiran sebelah menyebelahkan?

Dari duduk terus berdiri menunjukkan kesungguhan dan kesedian untuk menolong.

Semalam aku balik kerja tengok banyak ikan kat singki. Aku tanya ma aku kenapa bawa keluar ikan banyak-banyak ni? Aku ingat ma nak gulai ikan nak buat open house kot..

Dalam periuk tu, ikan goreng yang dah siap digaul tuan dia dengan nasi nak di bagi untuk makan malam.

Rupanya ni ikan untuk kucing sebelah. Laki dan ma aku dah diamanatkan menjaga makanan kucing.. ikan kucing jiran aku sebesar ikan buat makan aku sekeluarga.

Rasa nak gelak guling-guling….



20140813

Setahun akhirnya deman

Lama aku tak update blog. Tahu, korang tak rindu pun kat aku…
Peti ais dah siap dah repair. Sehari je pun.  Betulah gas dia bocor sikit. Bawah budgetlah repairnya, 180 ringgit. Nak tawar lagi tu, tak tidak bolehlah harga dah standard rendah dah tu. Bolehlah repair 3,4 kali lagi sebelum beli baru.

 Untung aku ada anak laki rajin, tolong bersihkan peti ais kesayangan mak. 



Aku rasa lama dah Luth teringin nak masuk peti ais ni.. bila kosong  ni, bagi dia rasa masuk peti ais. Anak yang tengah berkembang tak boleh sekat-sekat sangatkan..otak dia tak berhubung.

Oh, Luth deman sekarang. Kali pertama dia deman dan selesema. Hujung minggu lepas, sepupu dia Adam datang beraya kat rumah. Adam tu tak berapa sihat sangat, deman batuk selesema juga. Main kiss, kiss baby agaknya termerebak kat Luth.

Sepatutunya Isnin tu Luth kena cucuk setahun, tapi terpaksa postponed 2 minggu lagi. Hari ni dah tiga hari dia deman. Aktif macam biasa, tetapi manja sikit. Semalam aku cuti, kesian sangat dia. Hari ni kena kerjalah..ikut hati tak nak tinggalkan dia. Kesian sangat, apakan daya mak mencari sesuap nasi.

Badan dia panas sangat-sangat. Mata dia bertahik. Doktor kata, bukan sakit mata, mata bertahi tu sebab badan dia panas... Tengoklah kalau petang ni tak okey lagi, aku pergi lagi klinik. Selera makan pun kurang, susu mak je dia nak. Nak berkepit tiap masa. Lepas makan ubat, sekejap dia macam dah sihat, tak lama lembik balik. Rasa sedap badan kesan ubat je lah tu..

Harap-harap deman Luth cepat kebas. Luth kan budak kuat.


Sebenarnya banyak benda aku nak cerita. Tapi aku simpan dulu, aku tunggu benda dah confirm. Betullah rezeki tu Allah datang dari pelbagai cara. J Korang tak payah teka aku mengandung lagi. Tidak-tidak.. hihih… Tunggu berita baik aku..seminggu dua ni…Insyallah.

20140807

Peti ais aku rosak

Sebelum raya lagi peti ais aku dah buat hal. Sejuk sebelah. Kalau tempat air batu tu, sebelahnya sekejap je dah penuh ketul ais sebelah lagi pula cair langsung tak sejuk. Balik raya ni, langsung tak sejuk dah. Sampai semut pun releks je melancong dalam peti ais aku. Memang rosak dah ni.

Orang kata tak ada gas kot, ke ada kebocoran ke apa. Laki aku sibuk nak beli peti baru. Aku pun teringin sanagt nak beli peti ais baru. Tapi kalau nak beli, nak beli yang 2 pintu Sekarang guna peti ais satu pintu, banyak benda tak muat nak masuk. Ma aku, rempah kari pun dia simpan dalam peti ais. Ikut aku nak je bawa keluar. Dia kata, simpan dalam peti ais tahan lama sikit. Aloh, kat kedai pun rempah kari letak kat luar je..tapi tak boleh lawan lah, ma kan… memang penutlah peti ais aku. Tapi kalau buka bukan ada benda pun yang boleh makan, jenis barang stok nak masak je. Stok ikan kering, ikan masin, ikan bilis yang dibalut surat khabar besar gedabak tak mahu keluar baunya memenuhkan lagi peti ais aku. Penuh sungguh.

Peti ais ni, kalau rosak memang susahlah. 

Banyak dah barang makanan yang kena buang. Lada kering mesin, jeruk buah salak ma aku, ubat-ubat Luth semalam dah buang. Minggu ni tak beli pun lauk dan sayur lagi. Ada bawa daging sikit dari kampung, duk makan daging hari-hari. Ma rebus siap-siap daging tak nak bagi busuk. Hari-hari duk panas daging, lepas tu masak lah goreng ke apa nak makan. Semalam petang goreng kicap daging je. Oh nasib baik ada stok ikan pekasam, goreng juga makan nasi panas-panas. Tambah 2kali orang tu. Padahal mula tu, buat ayat sedih tengok ada 2 pinggan je lauk atas meja makan..

Niat nak beli peti ais tu memang ada. Tambah pula orang kata, repair peti ni mahal. 2, 3 hari ni laki aku mengusha tempat-tempat repair peti ais. Tanya-tanya budget dalam RM200. Tu pun usha banyak kedai tu. Sengket sungguh ni. Balik kampung hari tu, aku tak tahu mana hilang duit kami. Duit kutu pun dapat, duit gaji laki aku pun dapat, nasib baik duit gaji aku masuk lambat sikit..adalah untuk hidup bulan ni yang masih panjang ni. Orang lain beli tudung Ariani, Fareeda berates, aku nak repair peti ais pun punyalah fikir. Jangan kata nak beli peti ais baru, sedih tak? Lepas laki aku cakap nak beli peti ais, aku khabarlah alang-alang nak beli baru belilah yang besar terus..tu yang dia tak jadi nak beli baru, repair je lah.

Balik kampung biasalah, banyak pakai duit. Benda yang beli tak nampak sangat pun. Banyak buat makan minum je. Sekali sekala kita balik kampung, belanja juga saudara mara..maklumlah orang kerja Key El banyak duit. Eh..eh.. Bila sengekt-sengkat gini, teringat penghutang-penghutang semua. Kenapa ye kita tak boleh lupa orang-orang yang berhutang dengan kita dan kenapa meraka yang berhutang dengan kita tak boleh ingat ye? Pelik aku.

Laki aku ni, macam mana susah pun dia tak akan minta tolong duit ringgit kat adik beradik, saudara mara. Setakat kahwin dengan aku lah. ..yang lepas-lepas aku tak tahu. Bila mereka-mereka sengket, minta berhutang dengan laki aku cepat je laki aku ikhtiar nak bagi hutang. Kadang aku geram juga, dia pun tak ada duit. Dia ingat bini dia kerja, banyak duit sangat. Aku ni pula jenis kedekut. Kalau boleh gaji aku, aku nak beli rumah cash..hah kerja sampai pencen!.

Geram tak korang, bila korang tengok orang-orang yang berhutang dengan korang lebih mewah dari korang? Boleh pergi melancong, boleh membeli belah funcy-facy thing. Sedih kan. Aku fikir-fikir nak minta segan. Bukan segan sangat sebenarnya, aku takut kalau tersalah cakap putus saudara, putus sahabat. Masa aku bujang-bujang dulu, tanggungjawab aku tak besar takat jaga ma aku je. Sekarang aku dah berumah tangga, patut dia orang fikirlah juga tolong aku pula. Ishk..ishk.. Boleh mereka lupa hutang piutang tu. Tak mampu bayar semua, seratus dua tiap bulan pun okey kan? Ada juga hati nak bayar. Pleaselah sapa yang ada hutang tu, tolong bayar walau tak dituntut.

Aku boleh doa je lah dibuka kan hati mereka semua… Kalau kami jumpa harta karun Ahmad Al bab, insyallah aku halalkan hutang piutang kamu.

Tak tahan dah nak tunggu beli peti ais baru. Semalam laki aku dah telefon kedai repair peti ais. Peti ais dah selamat dianggkut. Budget repair katanya bawah 2 ratus. Hari ni kalau tak teruk katanya boleh siap. 


Laki aku nak beli peti ni..sebab tengok ramai sedara aku pakai ni..ni untuk letak daging bagi beku bolehlah..letak sayur keras kejung lah..


Susah oh tak ada peti ais. Aku sayang peti ais aku, cepatlah pulang..kita bersama tika masih bujang lagi..

20140806

Kambing Hitam

Hari ni aku moody!. 
Sebenarnya hal ni dari semalam petang lagi, aku bawa hangen aku ke hari ni Rabu. Semalam aku baru nak mula puasa bulan Syawal ni. Letih oh, naik turun ofis-production-ofis. Saja nak menguji tahap kesabaran orang berpuasa. Macam-macam masalah, asal aku masuk kerja ada masalah, masa aku tak ada pula masalah. Pelik tak? Ke aku yang bermasalah. Aku baru je nak warm up…sekali kena simbah minyak, terbakar lah aku.

Aku pulak jenis lenjor, kalau kena marah tak reti nak bergaduh. Keyboard warrior bolehlah. Pasal apa aku kena marah? Aku sendiri pun tak faham juga sebenarnya, sebab-sebab munasabah. Pagi tadi, manager aku yang lain pula kekonon buat penjelasan atas ketidakpuasan aku semalam. Aku makin tak faham. Macam berbelit-belit .

Apa yang aku boleh simpulkan, dalam sesuatu organisasi, mesti ada seseorang kena jadi black sheep. Kambing mana yang buat tahik? Kambing hitam lah. Biarlah memang sah-sah tu tahik lembu. Besar gedabak gitu, tahik lembu jadian kambing. Apa-apa hal, kambing hitam yang salah. Kalau dah tak suka tu, pecat je lah. Kalau tak pecat, aku berat hati nak berhenti..huwa..huawa


Macam biasalah, bila aku dah tension sangat, aku messagelah kekanda aku. Ngadu. Bla..bla.. Dan macam biasa dia jawab, sabarlah..tunggu stabil sikit. Tahu dah skema jawapan tu. Aku set target, berapa lama lagi aku nak kerja sini. Kena buat rancangan betul-betul kalau betul nak berhenti kerja ke. Insyallah, aku sabarlah setakat boleh sabar ni. 

Aku rasa, ramai sangat-sangat yang kerja makan gaji macam aku sekarang yang tak suka dengan kerja dia. Betul tak? Aku pun tak tahu dah nak motivasi macam mana dah, biar jadi ikhlas dengan kerja. Biar rasa gembira dengan kerja kita.. Ingat selalu, ada orang kat luar sana yang nak sangat dengan kerja kita. Kalau kita berhenti, jangan haraplah company kita nak lingkup.. berebut orang nak kerja kita. 

Aku rasa penyebab paling utama perasaan ni sebab suasana kerja sini tegang sangat. Tak ceria. Aku pernah kerja yang 100% ofis. Lain sangat, kerja tension juga tapi ada masa kami boleh bercerita, berlawak, bergosip nak hilang tension. Kerja kilang ni lain sikit. Payahlah aku nak cerita, banyak yang tegang memanjang. Payah sangat nak bergelak ketawa. Kalau aku buat lawak pun budak Nepal aku tak faham. Sendiri lawak, sendiri ketawa. Sendiri marah, sendiri sakit hati. Kalau budak-budak aku kena marah, mengadu tak puas hati, tak dihargailah.. Pandailah aku motivasi, orang atas-atas pun kena marah. Kena marah dengan big bos, dengan customer. Sikit je pun, kita takat kena marah dengan orang atasan tu sikit sangat… Tapi tulah, kena kat batang hidung tak tahu nak motivasi macam mana dah. 

Esok hari Khamis aku ingat nak sambung puasa. Hari ni aku tak puasa, letih sangat semalam..balik kerja boleh tertidur sampai nak buka puasa. Ingat nak puasa selang selang ke..
.
.
.

Tapi tak jadi kot, 

tiba-tiba dapat tahu bos nak ajak ramai-ramai pergi makan luar esok sambut raya katanya. Mmm..
dah bagi tahu awal-awal tak baik pulak rasanya puasa esok.
Boleh bagi rasuah belanja makankan? Huh..nak sambung merajuk esok rugi pulak.

20140805

Luth setahun sudah

Kebetulan tahun ni hari lahir luth yang pertama jatuh pada hari raya pertama. 28.07.2014. Tak adalah kek atau hadiah special pun. Makan kek lapis keladi ikut tema baju raya kita buat sambutan Hari raya dengan Hari Lahir Luth. Walau tak ada special sambutan, tapi mak, ayah ingat selalu. 

Saye Luth sokmo.

Sehari, dua ni aku risau juga tinggal Luth pergi kerja. Seminggu dah tak berenggan, bawah ketiak mak selalu..risau takut dia buat perangai.

Oh Luth dah makin cerdik ye. Dah setahun kan..

Aku balik kerja semalam, bukan main lagi tengok dia ceria sungguh. Tok Ma pun cakap, dia baik je. Aku balik kerja, dia ajak main sorok-sorok.. Aku tak faham mulanya, sekejap-sekejap masuk bilik. Lepas tu keluar bilk tiba-tiba dalam ketawa. Rupanya dia sendiri sembunyi, dia sendiri keluar sembunyian. Kekonon buat aku terkejut, kan dia dah hilang tadi. Lagi aku ketawa, lagi dia bersungguh menyorok. Bebudak memang suka main sorok-sorok ek..


Luth sekarang kuat meniru. Kena jaga kelakuan sikit sebagai mak ayah ni, sekejap je aku buat dia tiru. Aku tampar pak dia, dia pun nak tampar. Aku pakai lotion kat kaki pun diajuk-ajuk juga. Jangan berbedak, gincu sudah.


 Luth tengah melompat dan menari ni ye..

Aku laki bini pun dah mula ajar dia bertegas sikit. Arahan simple-simple dia dah faham. Ambil bola, basikal. Kemas barang dia main. Ambil barang-barang lain pun kadang dia faham, kadang dia blur.

Happy belated birtthday Luth

Ada hantu kat dapur

Rumah ni tak habis-habis ada benda tak kena. Panggil ustaz, bomoh macam-macam dah buat. 

Ada bomoh jumpa benda pelik. Mintak nak pulangkan balik kat tuan asal. Tak apalah, kalau kita balas balik, kita pun sama juga dengan orang yang buat tu. Tak ada beza. Dah buang benda kotor-kotor dan baik. Kita doa banyak-banyak, minta Allah peliharakan kita dan keluarga kita dari manusia busuk hati.

Dalam hati tetap rasa nak tahu, sapa punya kerja. Cemburu iri hati. Tapi takat doa banyak-banyaklah. Tak sampai hati nak balas balik.


----

Ada seorang lelaki datang dari celah pokok getah belakang rumah. Masuk terus dari pintu dapur rumah. Masa itu dapur belum siap lagi, tengah baiki nak tukar papan ke batu. Ada benda dia pegang kat tangan. Tak tahu bungkusan apa. Lantai dapur yang masih berpasir digali sikit. Bungkusan tu dikambus. Ditulis sesuatu atas pasir. Selesai kerjanya..dia terus berpaling belakang.. Tak nampak muka dia. Kabur sangat.

Dalam hati doa kecil, nak tengok siapa dia.. 

Tiba-tiba dia berhenti. Berpaling ke rumah ni sekejap. 

Nampak jelas dah siapa dia.

Lepas itu dia hilang disebalik pokok getah belakang rumah. Mimpi yang pelik.

----

Ada hantu kat dapur. 

Kat sini pun ada…

Rumah ni?

Sini tak ada.

Seram tak kalau budak perempuan kecil comel lote cakap macam ni. Seriau bula roma aku dengar. Macam mana rupa hantu yang dia nampak? Apa rupa yang dipanggil hantu tu? Nasib baik dia cakap rumah mentua aku tak ada hantu. Kalau tak mahu aku bungkus kain baju balik rumah aku tak datang-datang dah.. Sungguh aku seram. Musim-musim raya pula dia cerita pasal hantu ni pula. Nak percaya pun susah..takut tipu daya fitnah syaitan nak rosakkan hubungan kekeluargaan kita. Tapi bab dengar budak perempuan yang comel lote tiba-tiba takut nak masuk dapur rumah OrAnG Tue pasal nampak hantu..seram oh...

20140804

Raya sedondon

Dua kali aku mimpi ngeri pasal baju raya aku. Sekali masa aku tidur tengahari break bulan puasa hari tu. Mimpi mengarut-mengarut sampai berpeluh kat meja kerja aku. Aku anggap mainan je. 

Rupanya betul.
Geram betul aku.

Banyak kali aku dah cakap..ni kali raya aku nak raya sungguh ganti raya tahun lepas dalam pantang. Hihi.. Ni kali aku rancang nak pakai baju sedondon sekeluarga raya ni. Sebelum puasa lagi tu aku tempah. Tempah pula dengan kawan laki aku. Rasanya ni kali terakhir dah kot aku tempah dengan dia. Aku tempah 2 helai baju aku, sehelai baju melayu ayah Luth, sehelai baju melayu Luth. Tangan baju kurung aku senteng. Lepas sambung, dah jadi pelik. Kain aku buat hantaran tu..belum sempat nak jahit..dah jahit jadi gini..huwahuwa..Bila dah nampak pelik aku cari lagi kepelikan baju satu lagi. Serba tak kena rasanya.

Paling aku sedih, baju melayu Luth. Serebeh benar leher dia, luas benar, memang tak boleh repair dah tu.Besar pula tu. Benarlah budak cepat besar, tapi baju raya ni Luth nak pakai tahun ni..bukan tahun depan. Walau untuk pakai sehari je, tapi kelakar seram lah baju tempah buat besar-besar biar boleh pakai sampai tahun depan. Geram dalam hati. Buruk sungguh. Baju tempah pun macam baju pinjam. 

Malam tu aku mengamuk nak beli baju lain kat Luth. Ayah dia pun tak bagi Luth pakai baju tu. Pusing-pusing Pasir Mas, masuk keluar 4 lima kedai baru jumpa baju Luth. Saiz S banyak dah habis. Akhirnya jumpa juga last pieces, tapi saiz SS. Bolehlah..tapi senteng sikit baju dia. Comellah sikit pada baju yang ditempah. 

Dapat baju melayu Luth kaler purple juga, tapi dah larilah tone warna dia. Kesian anak aku. Alang-alang dah lari tema purple..Aku beli baju kurung lain kat butik Peace. Maka raya kami sedondon purple lain-lain tone.

Baju raya aku tak basuh pun..bau kedai Peace tu..beli sehari sebelum raya. Manik merelip-relip mak ngah

Sungguh pula aku nak pakai sedondon raya ni.

Dalam mimpi aku tu, aku bergaduh sungguh-sungguh dengan bini kawan laki aku tu. Siap aku sebarkan kejahanam dia buat dengan baju aku tu dalam facebook lagi.. Jahat gila aku dalam mimpi tu. Nauzubillah.
Aku dah bermaafan dah hari raya hari tu....tak apa, baju boleh beli..kawan tak boleh beli.

Penat lagi makan jem

Assalamualaikum sahabat-sahabat semua. Sihat-sihat lah hendaknya semuanya.

Aku balik dari Kelantan semalam. Bertolak dari Kota Bharu pukul 9 pagi, pukul 8 malam baru sampai Rawang. Potong ikut mana boleh potong tak usah ceritalah. Itu pun keluar Bentong pintas ikut Genting Sepah, kalau masuk Gombak, Batu Caves aku rasa pagi ni kot baru sampai. Jem dari Kelantan sampai Selangor, kereta berlapik-lapik tak putus-putus. Kalau tak ingat hari ni Isnin nak kerja, aku pusing balik tidur rumah… hari ni baru balik sini.

Pinggang ni rasa macam nak patah, Luth pulak buat peel sikit dalam kereta semalam. Mata pejam, mulut nyuknyuk tak boleh nak letak langsung. Letih juga Luth tu. Dahlah kereta kecil, duk sebelah driver kaki Luth asyik kena gear. Apa-apa pun, syukurlah semuanya selamat sampai. Kereta buruk, kecil pun banyak kali dah berjasa pergi balik kampung. 

Hari ni ada rasa penat lagi.Tapi seronok sungguh balik kampung. Kumpul sanak saudara sahabat handai, precious!!. Nantilah kita nak refresh sikit-sikit aktiviti raya ni.

Ambil mood dengan kurangkan penat dulu hari ni ye…
 Luth sebagai cucu Tok Ma, selalu menolong Tok Ma mengemas rumah Tok Ma

Rumah Tok Ma memang selalu kemas, luth tolong sikit-sikit je.

Dah start ke puasa kawan-kawan? Kita nak cari kekuatan macam mana ni….mmmmm

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...