Inquiry: petakbunga@gmail.com

20140930

Cappuccino Kolagen Oreo cheesekut

Susah betul aku nak cari cheese kat rumah aku ni. Oleh kerana aku sehari 2 ni surirumah sekejap masa sempatlah aku ke bandar semalam. Singah Giant, teringat lama dah nak buat chessekut. 

Tak cukup pulak oreo sepacket ni. Aku buat separuh jelah. Try dulu. Sedap, tapi tak boleh makan banyak nanti muak pulak.


Oreo aku celup capocino collagen tau.. 

Roselle IV, suburnya bumi

Aku campak dan nampaknya macam ada gaya dah nak tumbuh.


Aku memang excited nak tanam roselle walaupun depan rumah tanah sekankang kera pasal bunga ni bukan sahaja rasa dia sedap. Masam manis macam ribena tetapi kerana khasiatnya yang banyak.

KHASIAT ROSELLE

Pensyarah Kanan Program Bioperubatan, Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan, Dr Hasmah Abdullah, berkata Roselle mempunyai khasiat yang sangat tinggi kepada manusia. 

Roselle merupakan satu tumbuhan herba semulajadi yang mengandungi kandungan
  • vitamin C, mineral dan serat. 
  • pelbagai vitamin seperti vitamin D, B1 dan B2. 
  • hampir 486mg kalsium
  • mengandungi Magnesium, Beta-Carotene dan OMEGA-3 serta Antioksidan.
Ramai saintis percaya bahawa pengambilan Roselle akan melambatkan proses penuaan dan mencegah penyakit kronik kerana ia menghadkan kerosakan yang dilakukan oleh radikal lantaran ia kaya dengan antioksidan.

Selain itu, ia juga mampu membantu meningkatkan daya ketahanan tubuh, mengatasi tekanan darah tinggi

Kandungan Flavonoid yang berfungsi sebagai antibiotik bagi membunuh kuman-kuman penyebab penyakit serta menjadi penyaring racun dalam tubuh. 

Tambahan pula, Roselle juga mempunyai khasiat yang tinggi bagi mengubati penyakit-penyakit seperti:
  • Mencegah penyakit kardiovaskular.
  • Mencegah kanser
  • Demam panas/selesema.
  • Resdung (alergi) dan lelah (asma).
  • Stress/sukar tidur
  • Melancarkan peredaran darah
  • Mencegah peradangan pada salur kencing dan pembentukan batu karang
  • Mencegah penyakit jantung
  • Mengubati pening kepala/migraine

Biar rosella besar sikit, nanti kita fikir nak alih ke mana pokok ni.



20140929

Ikan-ikan di Zoo Negara


Hari ini Luth nak bawa kita ke Zoo Negara untuk melihat binatang-binatang yang Luth jarang nampak. kita mula dengan jenis-jenis ikan.




Maaf, Luth tak dapat nak bagitahu jenis-jenis ikan ini, sebab Luth belum reti membaca dan Luth sibuk berlari ke sana sini.. Jadi kita tengok je lah gambar ikan ye.


Ikan depan mata



  

Ini bukan ikan, tetapi kenapa dia ada di sini?




Ikan emas Luth tak nampak.


Luth cuma tengok ikan-ikan yang besar sahaja.

 

Bye-bye ikan
  

Luth dah penat. Nanti kita sambung melihat binatang-binatang darat pula.


Kaedah Menghidupkan Enjin Kereta Manual

Malam yang sangat baik itu, tetiba aku sangat-sangat teingin nak makan roti canai. Rasa nak makan, macam orang orang mengidam gitulah kaedahnya. Jadi, sebagai seorang surirumah yang jarang keluar dari rumah..haruslah laki aku menunaikan permintaan aku. Bila sampai kat kedai mamak, roi canai telur dah bertukar jadi roti canai sadin dan roti canai telur juga. Suka betul hajat tercapai.

Tetapi bila nak balik rumah, start-start kereta tak hidup. Al-kisah, sejak daripada kes air bateri kereta kering yang lepas, dengan selambanya aku bawak kereta ke mana-mana tanpa teringat lagi perihal bateri kereta sehinggalah malam yang baik ni.

Mujurlah malam yang baik itu berlaku bersama laki kesayangan hamba dan anak kesayangan hamba bersama. Malam yang baik itu juga, kami keluar tanpa membawa handphone atas dasar prinsip tak ada kekasih lagi yang akan menelefon. Maka, tidaklah perlu mengharapkan akan sesiapa yang ingin di telefon untuk meminta bantuan.

Aku selalu tengok orang tolak kereta dan kereta hidup. Betul-betul dan dalam tv macam senang. Tetapi aku tak pernah tahu kaedah yang senang macam tu, ada kaedah-kaedahnya juga. Kalau tak, tak akan aku hampir nak menagis dalam kereta akibat orang menolak kereta dah rasa sakit hati. Sikit lagi, aku kena tolak.


Maka, aku tulis kaedah menghidupkan enjin kereta manual yang baterinya dah Ko$h atau mampus.

1. Masuk gear 2. (Kerata manual ye)

2. Tolak-tolak. Lagi-lagi...

3. Bila kereta dah bergerak, terus angkat clutch. Jangan angkat sikit-sikit macam aku. Lepas habis clutch.

4. Kereta akan rasa melompat-lompat, cepat-cepat hidup enjin.

5. Tekan minyak, dan pandu.

6. Maka, jangan matikan suis sehingga ada keyakinan nak cari bateri baru.

Lepas balik kedai mamak, kami pergi cari bateri kereta. Esoknya ingat nak pergi berjalan-jalan. Bila start kereta pagi itu, boleh pula hidup. Maka kami berjalan-jalan dengan riang. Tidak berapa lama kemudian, petangnya..ia mampus ketika kami berhenti sembahyang di Petronas. Tetapi, kerana pomen kami sudah bersedia dengan spanar jaya dan bateri spare..maka perjalanan kami tidak terganggu.

20140928

Khasiat Halia untuk Lelaki yang sudah berkahwin


Halia mempunyai banyak kelebihan dalam menjaga kesihatan tubuh badan. Masa dalam pantang, halia ni lah jadi ulam aku. Orang baru lepas bersalin, tubuh badan mudah sejuk. Dapat makan halia, rasa sedap sikit tubuh. 

Bila makan macam-macam makanan ni, perut pun rasa sebu.. angin dalam badan. Dapat minum air halia, sedapnya nak hadam makanan. 

Selain itu, halia juga dapat bagus untuk lelaki tau. Halia dapat membuangkan kahak lendir yang melekat di bahagian halkum, jika halia itu dicampur dengan sedikit gula dan diminum dengan air panas.

Rebus halia biar betul-betul rasa meresap, minum suam-suam.

Lelaki yang mengamalkan minum air halia dapat mencegah masalah mati pucuk, menambah air mani dan lemah tenaga batin untuk lelaki.

Aku rasa banyak anginlah dalam badan sekarang ni.. rasa lemah tubuh. 

20140926

Sedapnya onde-onde

Assalamualaikum kawan-kawan.

Sedapnya makan onde-onde petang-petang gini. Dah lah hari ni kita berkepit dengan anak.

 
Onde getel besar-besar makan semulut tak cukup

Update ala-ala fulltime housewife hari ni..

Key lah, jadi surirumah ni sibuk, bukan ada masa rehat pun. Jauh sekali nak curi-curi masa update blog..
Hi..

Anak kecil boleh nampak hantu?


Kita kan share bumi ni dgn makhluk lain.. hehe rumah sy pun sometimes ada siap nak kawan ngan my bongsu.. beli cd ayat Ruqyah Syariyyah, penghalau gangguan sihir etc.. play cd tu selalu kalau kita tak sempat baca quran selalu kan,Inshaallah. - imie fatiema


Kat umah aku ni plak, si qahirah ngan qhalif asik cakap ada hantu jer. Asal masuk bilik cakap hantu. Asal masuk dapur cakap hantu. Sampai aku suruh amik barang pon takut...ppfftttt...Ibu dia ni pon buat² berani jer. Selalu pasang ayat² ruqyah.  Sambung lagi...hahaha...saja nak buat ko seram. Kat umah aku ni memalam bunyi org seret kerusi lah. Bunyi guli jatuh lah kat umah jiran atas. Jiran bawah aku ni pon dengar bunyi² mcm tu kat umah aku. Siap wassup apsal umah aku bising. Pada hal anak² aku dah tido...huhuhu...Tapi skang dah kurang sket bunyinya. Ikut musim kot.,..hehehe... - Fiza Rahman

Belakang tu bukan hantu.. Tu orang tengah sembahyang.

Herm budak2 ni pun selalu cakap ada hantu kat rumah ni. tapi kitorg wat donno jer sbb ingat cikgu dia yg takut2kan kat sekolah..maybe kena investigate gak nih. -CikSiti


Memang seram kalau budak2 ckp ada hantu..anak akak si Afif pon kadang2 ckp ada hantu..siap tunjuk lagi..tp kita tak nampak..hihi...:) -Sura Mohd


Wanita/suri rumah yg kebanyakannya lemah semangat memang takut akan kegelapan dan hantu.., senang sangat kalu bebudak nak nakutkan emak dia...tapi selalunya apa yg budak tunjuk/cakap 'nampak hantu' tu memang ada..; betullah tuu..waspada selalu..he he he.. -Nazlee Ismail PCL


Mahu tak seram kalau budak yang cakap. Mereka mungkin nampakkan dan budak manalah reti bohong. Pernah masa my Luth umur 3-4 tahun dulu, dia dok borak dengan sepupunya. Dia kata, 'Ada hantu kat pokok bunga Tok Mak tu. Tapi Kak Farah jangan takut dia tak usik pun!' Selamba je dia berborak. Lepas tu bila tanya macamana rupa hantu tu. Dia kata 'Alah semua putih cuma nampak mata je hitam!' Arghhh.... masing-masing terkedu. Nak percaya ke tidak. Rumah my mak kat kampung tu! -Mummydearie



Budak2 biasanya mmg la nampak...anak noe pun pernah gak cakap macam tu ...tp kat umah kampung..."umi...kat atas tu ada hantu.." malam2 lak tu...ish...naik bulu roma...bab2 main guli n seret kerusi tu...mmg ada benda la tu...hehehe... nOe suhaimi



Allah Maha mengetahui. Kita berlindung kepadanya.
Hi..hi.. misteri betul.

20140925

Kebersihan kucing, kegembiraan berjiran

Aku bukan tak suka kucing. Jauh juga pencinta kucing. Boleh dikatakan setiap minggu aku dan keluarga aku termasuk si kecil aku Luth ditugaskan menjaga kebajikan kucing jiran kami. Jiran balik kampung tiap minggu, bini baru beranak. Sampai kucing pun dah tahu mana nak cari makan hujung minggu, kalau tak rumah kami.


Siapa yang jaga kucing ni, kena seorang yang pembersih. Kalau malas-malas nak jaga kebersihan, baik jangan. Besar pahala menjaga kucing binatang kesayangan Rasulullah ni. Tambah-tambah kalau kutip kucing terbiar.

Tetapi macam aku cakap tadi, kebersihan tu penting. Macam tempat pemberakan kucing tu, kena selalu ditukar. Jangan dibiarkan je.. Bau tahi kucing tu, kadang-kandang buat kami sekeluarga pening oh.

 Rumah dema, biarlah. Kami tak nak campur tetapi sebagai jiran yang perihatin kami nasihat jaga kebersihan rumah tu. Tak lama lagi nak bawa anak kecil balik rumah. Budak kecil mudah dapat penyakit. Minta jauh, tetapi kata orang mencegah lebih baikkan.

Kita dah cadang kat demo bagi orang lain lah kucing tu. Demo cakap, tak baiklah masa nak ambil, bila tak nak buang. Baik, kalau gitu..demo buat sangkar ke apa. Jaga betul-betul. Kebersihan tu penting, setakat demo laki bini tak apa. Anak kecil demo kesian.


Tabik kat laki aku boleh nasihat kat jiran dengan berhemah. Tabik spring!! Ting, tong!!
nasihat tanpa menyakitkan..

Settle Singki Tersumbat

Beberapa kaedah menyelesaikan masalah singki tersumbat yang aku dapat cadangan daripada member-member aku yang mungkin boleh selesaikan masalah aku, Chot , Mar Mansor dan Fiza Rahman


1. Bahan kimia acid atau clog remover

asid tu beli je kt diy, kompom ada.. ckp je nk asid utk bersihkn sinki tersumbat.. ada dlm bentuk cecair dan serbuk..sy guna yg cecair.. jirus waktu malam, esok tu insyaAllah dh ok.. tp dia punye bau mmg "harum sundal malam" la..wakakaka.. pastu memang ok!! tip top..

Beli clog removerCosway. Memang berkesan.

Sinki umah aku pon tgh tersumbat nih. Basuh dalam toilet jer. Sadis kan. Harapkan en bos jer lah tolong buatkan. Pernah pakai asid, tapi tak jalan jugak. Nampak sangat keladak degil susah nak tanggal. Sisa² makanan & minyak pon memang aku tak curah dalam sinki. Tapi sumbat jugak.

yui pnh guna ubt mcm ala2 asid.. tp lupa nama ubt tu..
  
Rasa kakak memang jalan terbaik guna acid PB.
Sebab pihak maintenance sykt kakak pun guna acid

aah la..ko kene crk acid..bg ilang segala kotoran degil..jenuh tiap kali nak kene bukak tutup bukak tutup bende alah tuh..

Asid tu boleh je beli kat kedai jual hardware tu. Murah je kalau tak silap dalam RM3.50. Kalau tak jalan baru beli yang cecair dalam belas ringgit. Kalau tidak, pergi aje Cosway, beli clog remover. Anda pasti tersenyum dengan hasilnya :)

2. Kaedah semulajadi tanpa bahan kimia


Cuba guna baking soda ngan cuka,
  •    taruk baking soda sesudu dua dalam lubang sinki tu,
  • .    pastu curah cuka then tutup kemas2,
  • .    lepas 5 to 10mnit buka dan curah air panas.

kalau tak sumbat pun, buat dalam 3 bulan sekali pun ok benda ni.
Bagus ni!

3. Maintenance harian atau mingguan


aduhh memang leceh bila singki tersumbat ni... selalu juga jadi kat pantry opis ni...kat rumah jarang plak..huhu.. sllu yg saya buat pun just simbah air panas... guna asid belum cuba lgi...

daku tak pernah mengalami sinki tersumbat
agak cermat juga jaga, hari-hari siram air panas...hehe

Cuba cari yg mcm penyedut tu PB....alah yg mcm alat kita guna kalau tandas tersumbat tu disamping cari Acid. Apa ke nama dia entah... Rasanya berhasil jugak tau...pernah jugak jadi kat rumah ni.
  
PetakBunga: Rasanya pump ni ke?

# Semalam balik kerja aku singgah kat kedai Hardware. Cari acid ke apa benda yang boleh settle kan masalah sinki tersumbat aku.

Ni yang bos kedai tu bagi kat aku.


Aku minta acid, tetapi dia bagi ni. Katanya bagus. Aku tuang pagi ni, semalaman jangan duna singki dulu. Kasi air kering dulu baru tuang. Bau tak ada. Harga RM17. Ikut arahan kat botol suruh tuan 1/4 je. Tetapi bos tu cakap, tuang je semua baru tau jadi ke tak. Tuang sikit-sikit tak tau hasilnya, untuk maintenance bolehlah guna suku je. 


Kalau tak jalan juga..ni cadangan terakhir..

last-last panggil tukang paip lah jawabnya,, kadang2 tertera nama tukang paip untuk duhubungi kat pokok-pokok sepanjang jalan..salinnn...

Terima kasih yang sudi cadangkan keadah-kaedah yang baik ni.

20140924

2 Cara Bos Pasti Sayang

Hari-hari terakhir ni, selain main tenet, update blog, ambil peluang menyembang dengan kawan-kawan sekerja.


Tadi aku bersembang dengan ex general manager aku Mr Pkleong, dia dah bersara tetapi atas pengalaman dia company masih gunakan khidmatnya sebagai adviser company. Dialah orang yang bertanggungjawab ambil aku kerja sini dulu. Ingat pengalaman interview yang aku cerita dulu. Dialah tukang interview tu.


Sebagai management company ni, saya tak mahu awak pergi. Tetapi personally, baik untuk awak pergi..peluang sangat baik. Dia cukup bangga dengan aku. Baginya ambil aku kerja ni, macam satu pencapaian buat dia. Dapat didik aku macam sekarang.

Kembang kecut aku..control2..hi.

1. usaha sendiri, bukan tunggu suap je
Saya tengok awak kuat berusaha. Kalau awak tak tahu, kami ajar. Bila kami dah ajar sikit, awak akan buat betul-betul, bila sangkut baru awak tanya balik kami. Tak macam orang lain. Kami ajar satu, satu..dia ikut je apa kami ajar. Semua kena ajar, tak ada usaha langsung. Kena suap.


2. semua boleh
Awak jarang cakap tak boleh. Walaupun benda tu susah pun awak mesti cuba buat apa kita nak. Ingat, tak kira kat mana pun awat kerja, management tak suka dengar tak boleh. Walaupun kena sumbat paip empat segi dalam lubang bulat. Awak tak boleh cakap, tak boleh. Cari dulu sebab kenapa tak boleh. Fikir macam mana nak usaha biar sampai jadi boleh.

Aku bukan dalam kategori rajin sebenarnya. Tapi aku suka pegang prinsip work smart. Aku tahu sepanjang aku kerja kat sini, ramai je rasa aku tak ada kerja.. haha.. makan gaji buta ek? Betul, kalau tak ada kerja pun, aku tak buat kerja admin. Malas dan sebab paling besar aku nak buat kerja yang orang lain tak boleh buat dalam company tu. Kerja ada value, bos aku panggil.

Kau tahu apa rahsia nak buat bos sayang? Tambah-tambah bila nak berhenti ni?

MONEY Talk

Kalau tak dapat masukkan wang besar dalam company, jimatkan duit company

Entry yang sedikit berlagak buat motivasi kerja.

Mudahnya Pie Daging Melayu

Hari ni aku nak share Beef Pie aka Pie Daging yang mudah versi tekak Melayu.


Aku beli roti prata je. Yang lain memang bahan yang memang ada kat rumah aku. Sayur campur juga kebetulan laki aku minta nak makan goreng nasi dengan sayur campur itu yang ada dalam peti aku.


Tengok dalam peti, ada daging sikit. Aku rebus lepas itu aku blender bagi hancur. Campur segala benda macam buat daging masak merah cuma masuk sayur campur.


Roti prata aku letak dalam bekas nak bakar. Tepi-tepi tu aku potong segitiga roti prata.


Siap goreng daging dan sayur campur, letak atas prata.


Lepas itu tutup balik dengan roti prata dan aku curah telur merah.


Bakar sampai masak.


Alhamdulillah, penghuni rumah aku semua suka. Jenis tekak Melayu, memang kena olah pie pun ikut versi Melayu.


Aku sorang je, tekak orang putih. Kalau nak cuba versi orang putih Pie Ayam  yang mudah dan sedap sila rujuk Puan Falsya.

Terus terang, aku memang tak pandai masak. Kalau mudah-mudah bolehlah..sila jangan puji aku..aku terasa macam sindiran pulak..haha.. 

20140923

Apa nak buat kalau berhenti kerja?

Tadi aku dapat komen kat entry lama aku dari kawan kita yang tengah bersedih. 

Dia baru diberhentikan kerja. 

Aku tak tahu kenapa pula diberhentikan.  Cuma nasihat aku, kalau kita tak buat salah, majikan tak ada hak nak berhentikan kita kerja suka-suka tanpa alasan yang munasabah. Kalau ada buat salah pun, kena ada cara. Ada surat amaran peringatan pertama, kedua dan seterusnya. Ada pampasan jika dipaksa berhenti. Guna hak itu. Bos aku pernah cakap, company senang je nak berhentikan pekerja yang mereka tak suka dan mereka tak kisah pun kena bayar. Melainkan kalau kita ada terlibat dengan kes gaduh, pukul-pukul atau kes polis. Itu memang mudahlah mereka nak pecat.

Kawan kita ni juga sedih, fikirkan macam mana nak bayar pengasuh.

Beberapa hari lepas aku dengar ustazah ceramah kat IKIM fm kalau tak salah, katanya
menyediakan orang gaji adalah tanggungjawab suami. 

Macam kes ni, mengasuh anak tu bukan tanggungjawab isteri je ye. Itu tanggungjawab suami sebenarnya. Jangan fikir, isteri nak kerja jadi dia bayarlah upah pengasuh. Berkiranya laki tu!

Tapi aku faham, kawan kita ni isteri yang baik, dia nak meringankan tanggungjawab suami. Mungkin mereka dah bahagi-bahagi tugas siapa yang perlu membayar segala bil-bil bulanan. Besar pahala menolong suami dan redha tau.

Jadi bila kita dah diberhentikan kerja patutnya tak ada masalah nak bayar pengasuh. Kita boleh jaga sendiri. Bertuahnya boleh jaga anak sendiri.


Kalau tanya aku yang sedang kerja makan gaji sekarang ni, nak tak duduk rumah jaga anak?

Aku nak. Nak sangat-sangat. Kalau pagi hari nak bangun kerja tu bukan main lagi aku malas sangat-sangat. Kadang nak buat air pagi kat laki aku pun tak sempat. Pasal kalut nak pergi kerja dah lewat. Kadang tu, sempat lagi aku mengulit anak aku Luth selepas subuh..tu yang selalu lewat.

Kalau fikir hari sabtu, boleh pula aku bangun pagi, siapkan sarapan pagi untuk laki nak pergi kerja. Feeling-feeling jadi suri rumah sepenuh masa gitu. Lepas sarapan pagi, sambil dukung anak duduk kat pintu hantar laki pergi kerja..Wah, wah.

Kalau tinggal kat bandar ni aku rasa upah pengasuh pun kurang-kurang 3~4 ratus paling-paling komang. Kalau jaga anak yang masih bayi lagi mahal. Saudara aku ada buat kerja ni, kalau pergi rumah dia time kerja dah macam tadika. 3~4 orang tu dia jaga, budak yang dah besar-besar sikit senang nak jaga. Dia main-main sesame mereka, Cuma yang masih bayi kena jaga betul-betul sikit.

Tapi itulah, ada yang jenis suami tak suka ada orang lain kat dalam rumah. Takut anak sendiri pulak tak terjaga. Kalau macam tu, laki tanggunglah semua bil.

Tetapi itulah, bila jadi isteri yang baik ni… kita nak je selalu meringankan beban suami tercinta.
Sekarang ni ada macam-macam cara yang mudah nak cari pendapatan sampingan. Berhenti baca blog yang duk cerita hal ehwal dia bershopping dan ada itu ini, berfacebook, instag yang tak berfaedah. Cuba kaji macam mana orang berniaga online. Tak mudah nak berniaga online tetapi tak lah susah sangat. Belajar sikit-sikit sambil-sambil jaga anak kat rumah tu.


Berhenti bersedih, kita tak tahu apa yang terbaik untuk kita. 

20140922

9 Sebab Kami tak Beli Rumah itu

Sukacita kami telah membuat keputusan menolak tanpa berusaha lagi mendapatkan rumah impian itu.

Pertamanya, harga nak dijual rumah itu memang sangat tinggi daripada harga pasaran. Macam agak mustahil sangat nak dapat duit cash untuk membayar margin yang besar itu. Tak kanlah sampai nak kena pinjam bankg Long pulak.

Keduanya, kalau pun dapat nilai rumah itu dinaikkan sikit oleh pihak bank, habislah segala simpanan kami untuk membayar segala mak nenek kos langsung atau tidak langsung yang melibatkan jumlah yang besar. Takut lepas ni, nak beli pampers anak pun tak mampu. Aku dah cakap, tak kuasa aku nak guna kain lampin.

Ketiganya, kami rasa dengan jumlah sebanyak tu kami dah boleh buat rumah Banglo desh kat kampung. Bawah pokok getah. Kiranya, rumah kamilah besar kat kampung tu lepas rumah cikgu-cikgi.

Keempatnya, kami fikir kami pun bukan nak menetap sampai ke anak cucu kat sini. Cukup seguni pitis kami, kami nak balik kampung. Buka business import eksport beras siam ke kat Rantau Panjang. Tak perlulah rumah yang baik-baik sangat, asal boleh berteduh cukup bagus.

Kelima, seperti yang pertama dan keempat tadi. Bila kami dah nak balik kampung nanti kalau nak jual balik rumah tu pun susah juga. Market pricenya rendah, jual pun rendahlah. Rugilah kami. Kalau nak sewa pun susah. Kalau sewanya murah, rugi. Kalau sewanya mahal tak ada orang nak.

Keenamnya, kalau ikutkan..target kami nak beli rumah bukan tahun ni. Kebetulan je ada orang nak jual, kami nak beli. Payah-payah, biarlah dulu. Belum rezeki kot.

Ketujuhnya, kami tak nak tambah hutang. Bila anak dah besar, sikit lagi mungkin kena beli kereta besar sikit pula. Nak balik kampung Kelantan jauh-jauh sedap sikit bawa kereta besar. Nak mengisi serba mak niko dari kampung pun muat. Tambah-tambah rumah aku jenis spesis makan beras siam.Aku pun risau, takut aku makin membesar dah tak selesa naik kereta kecil.

Kelapannya, bila kami dah tak berapa nak beli rumah tu..kami rasa segan pulak nak bagitahu tuan rumah tu kami tak jadi. Tetapi bila kami telefon, tuan rumah tu cakap dia tak boleh jual! Dia kena settle pembahagian harta pusaka arwah suaminya. Allah punya perancangan. Terbaik, tak payah fikir-fikir dah. NoKtaH.

Tambah lagi ke sembilan, aku pun tak suka rumah tu pasal dah tak ada tanah. Semua dah bersimen, tak boleh nak menanam lagi. Rugilah aku kalau kena beli pasu banyak-banyak semata-mata nak tanam cili.

Menyewa lagilah.

Minggu Terakhir

Sedih oh. Ada juga yang cakap dengan aku, hari ni baru tahu aku dah nak berhenti. Oh, jangan buat aku sedih.

Pagi ni ma aku sudi masakkan nasi dagang buat aku belanja production staff aku makan pagi.

Terima kasih ma, pagi-pagi bangun masak. Mereka cakap sedap sangat, baunya menggoda sungguh.

Dapatlah kawan-kawan sekerja aku merasa sesenduk sorang. Hujung bulan, tak dapat nak belanja mewah-mewah. Panjang umur, ada rezeki kita jumpa lagi.

20140920

Kek Coklat Karemel Mudah

Tengahari tadi tertengok Puan Ila kita share resipi kek coklat lapis karamel. Wah tengah sarat-sarat, dengar macam dah tak larat sangat sempat lagi tu buat kek. Haruslah kita terliur nak buat juga.

Usha-usha resipi kaedah buat sepintas lalu, wah senang amat.. Bahan-bahan pun semua ada.


A. Puding karemel
  • Masak 4~5 sudu gula atas loyang.

Alamak terhangit pulak.. Ni Luth punya pasal. (Alasan orang ada anak kecil)
Campurkan
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan susu pekat manis
  • 4 biji telur ayam
Gaulkan semua. lepas itu kalau orang rajin tapis dan masuk dalam loyang gula hangit tu.. Kukus sekejap dalam 15 minit.

Masa tengah kukus tu, siapkan bahan untuk kek pula.

B. Bahan Kek Coklat
Gaulkan bahan kering ni.

  • 3/4 cawan tepung gandum campur sesudu kecil serbuk penaik. Orang rajin sila tapis baru naik cantik. 
  • 1/2 cawan serbuk koko.
Lepas tu, gaulkan bahan cair
  • 4 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan minyak
Kemudian, masukkan bahan kering (tepung gandum+serbuk penaik+serbuk koko) dan gaul dalam bahan cair ni.


Gaul rata-rata, kemudian tuangkan dalam loyang karemal yang dah separa masak.


Ishk, kantoi pulak tak tapis nampak berketul-ketul telur merah..haha.. asal boleh.

Tutup kukusan dan masak lagi selama 40 minit atau sampai masak.

Aku ingat dah tak jadi, pasal kek tu macam turun balik bila dah masak. Tapi tengok gambar tuan punya resipi, rasanya memang tak naik sangat.


Sedap tau. Kek tu rasa kelat-kelat pasal tak ada gulakan.. puding karemal pula rasa manis. Marvelous.
Usaha jaya.

Pinjaman Rumah yang Lebih Tinggi daripada Harga Pasaran

Aku update pasal hal ehwal rumah lagi.

Kali ni kami laki bini mengunjungi Hong Leong Bank pula.

Macam yang aku cerita sebelum ni, harga rumah yangkami nak tu over market price, maksudnya lebih tinggi daripada market price.

Contoh tuan rumah tu nak jual rumah RM150K tetapi berdasarkan penilaian bank dianggarkan paling tinggi market price nya sekitar RM110K sahaja. Itu pun bank hanya akan beri pinjaman 90% daripada nilai market price.


RM110K - RM11K (90%) = RM99K sahaja akan diluluskan pinjaman bank
Jadi, kalau nak juga kena tambah lagi

RM150K-RM99K=RM51K, 

Kalau ikut nilai yang kena tambah tu, memang tak terjangkaulah.
Jadi, salah satu harapan yang tinggal adalah kalau bank dapat menaikkan lagi jumlah pinjamannya. 


Antara nasihat pegawai bank adalah:-

Gambar atau bukti adanya proses renovation

Dia suruh kami ambil gambar rumah yang dah dibuat renovation. Tapi kena pastikan renovation tu ada kelulusan majlis daerah. Kalau tak sia-sia je nanti valuer bank buat penilaian tak ada bukti kelulusan kena potong balik loan.

Kalau ada bukti-bukti kos yang terlibat atau anggaran proses renovation tu lagi baik.

Walaupun makin diusaha makin jauh impian ni, orang kata alang-alang dah mandi biar basah. Banyak juga lagi kerja nak buat..nak ambill gambar rumah, photostat geran rumah, buat surat perjanjian jual beli denagn tuan rumah dan lain-lain. 

Alhamdulillah masalah gaji semua dah tak ada masalah bank nak lulus loan, tinggalnya kami tak ada duit cash yang nak cover baki pinjaman ni.

Balik ni kena singgah kedai beli Power Root tambah tenaga kot-kotlah dapat 1 juta!!!


Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...