Inquiry: petakbunga@gmail.com

20141028

Bukan memancing tetapi menjala



Ini sikit je, ambil takat boleh makan. Lebih-lebih bagi kat jiran seminat sejala.
Aku tak suruh, jauh lagi menggalak. Tetapi hobi orang tua yang sejak kecil sampai tua payah nak tegah-tegah sangat.

Ikan rasa nak lempang banyak tulang ni, bukan sedap sangat..ayat orang dah muak makan ikan sungai tiap hujung minggu.

Tetapi ini juga rezeki Allah. 
Goreng je garing. Tak tahu boleh masak apa ikan lampam.


20141027

Jangan minum carrot susu kat kedai

Aku suka juga carrot susu. Tetapi sekarang ni, sejak aku dah pandai sikit berkira..aku sudah jarang atau boleh kata tidak lagi mengorder carrot susu bila makan minum kat luar. Makan minum kat luar juga jarang...pasal selalu tak ada duit. 

Apabila datang kerajinan yang sangat melampau..tergerak hati nak blender carrot buat jus. Jus yang kaya dengan antioksida dan vitamin A. Baik untak serba serbi kesihatan.

Ingat, jangan pesan carrot jus kat kedai. Seplastik aku beli baru 3 ringgit lebih. Sangat banyak. Rugi pula rasa minum segelas carrot jus yang berharga 3 ringgit kat kedai.

Masalahnya, dah beli carrot dengan sangat banyak..sampai berakar. Sedia boleh tanam dalam perut.


20141025

Nasi air nasi ayam

Assalamualaikum dan salam maal hijrah kawan-kawan.

Semalam aku masak nasi ayam. Nasi ayam aku versi mudah je. Ada stok ayam buat sup ayam, tumis bawang sikit kira jadilah. Pagi ni nasi ayam semalam ada lagi. Lauk ayamnya dah habis, tinggal sup ayam je.

Rasa dah tak nak makan lagi nasi ayam. Jadi pagi ni aku modifided sikit. 

Aku goreng ikan bilis, goreng telur ayam. Panas sup ayam tambah air sikit tambah lobak merah. Perangat nasi juga masuk je dalam sup. 

Makan pagi ni dengan Luth. Laki aku kerja, tok ma puasa. Rasanya ada dah iras nasi air yang biasa laki aku beli kat kampung dia. Nasi air ni favourite aku masa mengandung Luth dulu.

Konfius jap nasi air dengan bubur. Nasi air berketul sikitkan...

20141024

Ingat Allah

Bila aku cakap..anak aku ni buas (super aktif), tak reti duk diam, orang tua tegur aku. Jangan cakap macam tu, nanti lagi buas dia jadi. Kata-kata mak ayah walau tak bermaksud takut-takut jadi doa. Jadi, aku takut. Aku takut salah guna perkataan. Kalau aku tengok anak saudara aku budak baik, tak suka nangis-nangis..pun aku cakap, Luth no1. Terbaik. Cuma suara dia kuat sikit. Anak laki makkan..


Budak yang sentiasa sibuk, jalan belum pandai perlahan. Lompat-lompat sangat pandai. Banyak lari-lari selalu dapat hadiah. Buah seketul kat dahi semalam dapat. Sekejap meraung tak ingat dunia.. Ya Allah, ya Allah..lepas tu kembali sibuk. 

Aku terharu betul bila dia menangis sambil sebut Ya Allah, ya Allah.. aku pun tak tahu, tak pasti kebetulan atau sebab dia biasa dengar..asyik ya Allah. Dalam semua keadaan. Lebih-lebih bila dia sakit.

Adush, ya Allah..lepas tu terbalikkan badan dia.. 

20141023

Kecil-kecil biar rajin

Masa aku baru lepas beranak Luth..aku tengok Luth sebiji macam aku. Muka dia macam aku tengok diri sendiri versi bayi comel. Sungguh... ayah dia pun cakap macam tu. Tetapi makin besar ni, Luth makin menyerupai ayah. Sekarang, semua cakap Luth sebiji ayah dia.

Luth juga nak ku ajar rajin bersih rumah

Jadi aku selalu pesan kat laki aku, perangai kena elok-elok. Luth tengah meniru perangai kita. Lagi-lagi perangai abang. Aku penat betul, kadang-kadang laki aku suka mengada. Semua benda nak aku buat. Ambil itu, ambil ini..penat. Jangan Luth ikut perangai mengada ni, penat mak. Oh, sebelum Luth mengada dan suka mengarah..sebagai mak dia, biar aku dulu mengarah dia. 

Oleh kerana Luth sekarang tengah semangat nak berjalan je. Ke sana ke mari tak berhenti kecuali tidur. Luth aku gunakan untuk tolong mak dia ambil kain buruk bila dia tuang air, cari remote astro dan kadang-kadang halau kucing jiran sebelah.

Luth sangat sibuk.



20141022

I Want To Touch

Budak keci ni, benda kita larang..itulah yang dia nak. Aku cakap.. Luth, jangan sepah mainan..dia sepah jugak. Lepas tu nanti dia juga jatuh tersepak mainan.

Ini mainan baru Luth. Kami panggilkan Icok. Luth selalu sangat teruja bila nampak cicak..jadi ayah dia belikan Icok kat kedai 2Ringgit. Icok ni macam spesis buaya campuran cicak. Dia boleh bergerak paling lama 4 langkah selepas dikunci. Sekarang, Luth boleh sentuh cicak puas-puas.

Cicak yang culas kat syiling tu payah Luth nak nampak. Cicak tu pun takut nak keluar, takut kena lastik getah. Sunat tu bunuh cicak.

20141021

Penjimatan Teh

Laki aku berkeras nak teh lipton. Aku banding harga teh boh dengan teh lipton, jauh lagi murah teh boh. Nasib baiklah aku nak belikan teh boh. Ikut hati aku, nak beli teh timbang je. Nak minum tapis. Tak pun, tak payah tapis langsung, minum teh panas-panas, slow dan slow.

Aku tak faham, macam mana laki aku boleh rasa lain ke teh lipton dan teh boh?

Akhirnya aku mengalah, beli sepaket kecil 25pcs teh lipton dan sepaket besar teh boh 100pcs buat standby. Kalau dah habis teh lipton, ditelan juga teh lipton tu. Entah-entah tak perasan pun aku buat teh boh. Bila dia buat teh sendiri je dia guna teh lipton. Jarang-jarang..kadang-kadang.

Bila balik rumah aku dengan gembiranya merasa aku sudah menjumpai kaedah penjimatan yang baik. Yes.

Aku tertengok episod Extreme cheapkate ni dengan laki aku.
Perempuan ni asingkan sisa makanan macam sos pasta yang tak habis untuk digunakan balik. Dalam episod ni, bf macam laki dia nak ajak member tengok bola. Makan-makan. Jadi dia kena peruntukan lebih belanja untuk makanan. Bila dia pergi shoping, dia buang kulit buah..ambil isi je sebab nak jimat. Boleh ke? Aku berani buang buah anggur yang buruk kat tangkai je. Bila tengok besarnya batang brokoli, rasa jaga nak patahkan..tetapi tak berani..uhuk.

Oh aku sekarang suka menonton extreme cheapskates yeh..

Berbalik perihal teh aku.
Bila aku balik rumah.. aku pun siap-siap kelengkapan nak berjimat dengan teh aku. Laki aku tak reti semua ni..
Aku nak potong dua bahagian uncang teh boh macam aku selalu buat. Biar laki aku selalu komplen seteko teh aku warna cair. Oh, dulu lagi aku buat, tak cair pu. Aku rasa pengilang ni dah kurangkan gram kot. Bukan salah aku..

Baru aku tahu, hanya teh lipton yang boleh dibahagi. Teh boh, 1 uncang kena guna semua. Rugi-rugi.
Jadi, lain kali..aku Beli teh LIPToN.

Ye, aku kekadang dah masuk golongan kedekut eh..jimat.
Bila aku ajak laki aku makan luar bila aku malas masak..mesti kena sindir..uhuk.




20141016

Manager Kilang

Aku malu betul kalau orang tanya aku kerja apa. 

Kerja kilang dengan muka nak cakap dan tak cakap sama banyak. Biar setengah orang lepas tu akan sikit tak berapa nak layan aku lepas tahu kerja aku..

atau yang baik sikit akan cakap, tak apalah. Kerja apa pun tak kisah, yang penting halal. Ada anak jiran dia kerja dari lepas Spm, sekarang dah dapat beli rumah dah. 

Sungguh.

Beberapa hari aku cuti sebelum mula kerja hari tu, pun jiran aku bertanya. Sebab mereka syak aku cuti lama pasal mengandung lagi, maka aku cepat nafikan. Aku dah berhenti kerja. Dapat kerja baru. Dah kenapa pula berhenti? Patut aku cakap je aku habiskan cuti tahun. Tak reti betul nak menipu. Sudah tak pasal-pasal suruh aku minta kerja kat kilang dekat rumah kami ni. Aloh, macam senang je.. boleh dapat ke kalau aku pergi minta. Takut tak dapat, nanti aku kecewa. Aku tahulah laki dia pun kerja kat situ, nanti dia boleh rekomenkan. Aku rasalah.

Terima kasih mama kaori, dah dapat shawl ni isnin lagi.  Bagus-bagus, kita memang setiap hari pakai shawl. Tak payah gosokkan. Kitakan sibuk sokmo.

Aku sebenarnya tak adalah merendah diri sesangat. Sesekali kalau terjumpa dengan orang yang suka cakap besar. Rasa nak cakap besar juga. Nak je cakap, aku kat kilang tu jadi Asst Manager je. Tapi tulah, pasal aku kan miskin nanti macam tak logik pulakan?

Nampak benar pangkat besar daripada gajikan.

20141015

Tarikh Penting

Petang semalam hujan lebat kat Rawang ni. Aku redah juga hujan lebat. Tak mahu tunggu-tunggu hujan reda. Tempat kerja baru ni balik lewat setengah jam dari tempat lama. Rasa lama pula nak tunggu masa balik. 

Luth sekarang mula tidur awal. Dalam pukul 10 biasa dia dah tidur, kadang pukul 9 pun dah mengamuk nak tidur. Kalau tak dulu, pukul 12 pun kena paksa tidur. Tapi, bila dia mula tidur awal ni..aku rasa sunyi pula. Rasa sikitnya masa aku dapat habiskan dengan Luth. Rasa bersalahnya... dahlah, setiap pagi dia menangis nak ikut aku pergi kerja. Sedihnya.

Semalam hari lahir tok ma Luth. Itu yang aku bersungguh redah hujan.. niat hati nak beli kek kat tok ma Luth. Excited Luth sambut hari lahir tok ma walau hanya dengan sebiji kek sahaja. Semalam sahaja 3 biji buah strawberry Luth makan. Kami rasa masam juga, tapi dia suka sungguh. Jadi, aku syorkan laki aku bawa kami petik strawberry lagi. Mak Luth pun suka.


Walaupun mak tak dapat selalu bersama dengan anak. Tak pernah lupakan anak. Itu Luth kena tahu. Mungkin anak yang kadang lupa..aku pun hampir lupa semalam hari lahir tok ma. Padahal sebelum ni duk cakap gurau pasal hari lahir tok ma yang akan tiba...

Hujan air mata kegembiraan kat sini.. dalam hati.
Tak ada taufan macam kat Kedah.



20141014

Bekalan

Minggu ni aku dah mula bawa bekal kat tempat kerja. Kilang baru aku kerja ni, kilang kecil. Tak ada kantin dan kedai makan pun agak jauh. Minggu pertama dan kedua aku ikut mereka keluar makan sehingga mereka pun bawa bekal dan aku sorang tak bawa bekal.. hingga aku balik rumah makan maggi kat rumah. 

Semalam aku bawa bekal daging goreng korban berkuah kicap manis. Hari ini bawa bekal ikan goreng kicap lauk ma aku masak semalam. Semuanya berunsurkan kicap. 

Maklumlah tengah bulan.


Luth banyak berlari dari berjalan sekarang ni. Selalu perasan orang nak kejar dia, tu pasal dia asyik lari-lari. Selalu terjatuh, selalu tercedera. Dah biasa. Semalam dia main pening-pening sorang-sorang. Dia pusingkan diri sendiri sampai pening. Tiba-tiba dia terduduk. Agaknya, kali ni pening betul. Entah macam mana tiba-tiba muka dia terus tersemban ke lantai. Bibir mulut bawah pecah berdarah. Rasanya, gambar ni dah lepas kena. Itu yang duk ketip bibir. Tak sedaplah tu. Nasib baik selera hisap susu lagi.

Oleh kerana aku awal-awal dah declare dan announce aku tak ada duit ni. Nak jimat kan, maka gelakan aku bawa lauk kicap tidaklah berpanjangan..hi..hi..

Pagi tadi aku terbaca kat satu blog ni.. tips nak simpan duit.

Kaedahnya mudah, 

Pilih nilai duit yang kita nak simpan. Contohnya, Aku Nak Duit Orange. Setiap kali dia dapat duit note Rm20 dari mana-mana sumber, dia tak akan guna. Duit Rm20 tak boleh guna! Hanya boleh simpan. Disiplin ye.

Selain duit syiling laki aku jarang guna, mungkin kaedah ni boleh guna. Mana tahukan.





20141013

Belajar tak habis

Hari ni dari pagi tadi aku duk ikut training waste water treatment. Angguk-angguk, tak ada geleng. Semua faham. Otak aku cair sangat, duk berpanaskan.

Huh.

Lepas rehat karang sambung balik. Betul cair gini otak aku..

Actually, aku betul-betul blur oh. Aku rasa, aku tidur kot masa belajar bab ni kat sekolah dulu. Masa ni baru rasa sikit menyesal.

Keropok merah tu keropok udang, yang putih tu keropok sotong. Sedap. Beli balik Kelantan raya haji lepas tetapi capnya buatan Kedah. Boleh dibeli lagi. Sedap kalau dapat makan keropok sambil berkejarang dengan anak aku Luth. Luth dah pandai ucap terima kasih. Acih..acih.. bila dapat makanan. Oh, aku perasan sekarang dia macam mewah makanan.. makan sikit, banyak membazir. Kadang makan macam mesin tebu ambil air, hampas buang. Tak boleh gini.

Demi kelangsungan hidup kami sekeluarga, mak Luth buat-buat faham. Oh tidak, akan belajar memahami sesungguhnya.

Ilmu itu tak pernah habis.



20141011

Anak cerdik belajar agama

BILA harga petrol naik, tiba-tiba kita menjadi pakar ekonomi bersyarah tentang ekonomi negara dan bagaimana kerajaan sepatutnya terus menampung subsidi petrol.

Tetapi bila anak kita malas membaca buku ilmiah, kita jawab, “Tak pa. Kalau dia gagal SPM, kita hantar dia ke pondok untuk menjadi ustaz sahaja!” Inilah nilai seorang ustaz atau ulama jika dibandingkan dengan petrol kereta.




Dr Maza telah mengkritik budaya menghantar anak yang cerdik untuk belajar sains dan yang kurang cerdik untuk belajar agama. Akibatnya, ulama tidak mempunyai daya saing sehebat pakar bidang lain. Seperti saya sebut dalam artikel yang lepas, isu ulama Pas tidak mampu bersaing dengan inteligensia liberal DAP adalah isu yang patut menjadi pengajaran kepada semua pihak, parti dan institusi dakwah yang ingin memartabatkan institusi ulama.

Melahirkan ulama yang kompetitif bukan tanggungjawab institusi rasmi sahaja. Ia memerlukan reformasi akar budaya beragama sehingga kita lihat ulama jauh lebih berharga daripada petrol.

Suara kita kena jauh lebih bising bila kualiti ulama turun kerana dunia makin kompetitif. Kalimah kompetitif atau daya saing perlu dimasukkan dalam zikir harian budaya beragama, dan bukan sekadar kalimah Ya Hanana. Kita perlu lahirkan ulama kompetitif.



Hikmah dalam berdakwah mewajibkan kita mengkaji semula budaya kita agar bakal ulama mempunyai daya saing yang bersifat nasional dan internasional demi menjaga imej Islam sebagai rahmat dunia.

Baca seterusnya..


20141008

Permaianan Seronok Tetapi Buat Dia Menangis

Mainan yang jenis sumbat-sumbat ikut bentuk ni dikatakan mainan wajib kekonon boleh mengasah skill tangan anak kecil.


Ini mak long Luth yang belikan. Beli kat ikea hari tu. Harap aku, aku tak terbeli. Cantiklah design dia solid wood dengan plastic. Tetatapi plastic bumbung ala kotak rumah tu tak betul-betul klip dengan kayu tu. Senang terangkat. Susah betul nak ajar Luth masuk bentuk yang kat dakam lubang. Banyak kali dia cabut je bumbungnya. Letak semua dalam atau keluarkan semua..buat kayu bangku duduk.




Satu kerja pula sorang nak pegang bumbungnya. Tak mahu Luth buka terus. Alhamdulillah, sekarang Luth dah faham sikit-sikit peraturan masukkan bentuk dalam lubang yang sama bentuk.



Masalah anak aku ni jenis tak sabar. Tak dapat nak masuk dalam lubang tu pun dia dah menangis bersungguh-sungguh.

Bila dapat, seronok bukan main pulak..mmm.



Bila seronok sangat, semua benda Luth boleh sumbat. Termasuk stoking busuk dia.
 
Mainan ni memang jadi mainan yang dia seronok sangat, sebab lepas main..aku sorokkan. Simpan. Jarang-jarang aku bawa keluar, pasal aku tak kuasa nak mengutip bentuk-bentuk kecil yang bersepah lepas dia puas main.

Raya Qurban tahun ni

Cuti balik kampung raya haji kali ini paling panjang. Aku balik kampung jumaat malam lepas kerja tu. Bayangkan dari pukul 11 malam sampai 2.30 petang esoknya. Letih, lesu tak payah cakaplah. Sampai muntah-muntah aku dengan Luth.

Petang jumaat tu dengar cerita kontena terbalik kat tengah jalan. Risau juga takut tak dapat balik, nak kena cari jalan alternatif ke apa. Alhamdulillah, dengar khabar tak lama lepas tu dah settle. Memang patut, pihak berwajib fikir-fikirkan laksanakan roadban ke apa..

Oh, kami pun buat Qurban raya ni.. tak sempat pulak nak ambil gambar. Kami laki bini berpecah, lembu lain-lain. Seorang buat aqiqah, sorang buat untuk qurban.

Sepupu Luth adik Irish dah 4 bulan balik raya kali ni.

Walaupun tak berapa hensem, tetap jadi pujaan hati gadis-gadis.

Luth, tengok depan nak ambil gambar berdua.

Meriah memang meriah. Tahulahkan raya qurban kat Kelantan macam mana. Sehari-hari kami makan daging. Awaslah sapa ada darah tinggi.

Kalau pasal kucing, Luth memang over xcited

Kesian kucing, dibuli.

Balik sini tak adalah seteruk jammed balik kampung tu. Boleh tahanlah.

Aku semalam dah start kerja. Minggu ni, macam agak penuh sikit jadual aku. Tu jelah aku sempat cerita.. senang-senang aku gi beraya rumah kawan-kawan ek.



20141003

Cabaran baru

Sedang mengambil masa untuk menyesuaikan diri kat tempat kerja baru. Persekitaran baru okey, seronok juga..cuma mungkin banyak benda kena penambahbaikan kat sini. Tak apalah, anggap benda ni sebagai cabaran.

Cuti raya haji plan nak buat korban dengan aqiqah sekali lagi. Hari tu buat sebahagian je. Tapi baru masuk kerja ni, cuti pun tak ada..kebetulan pula hari selasa tu ada hal penting kat kilang, tak apalah balik kampung sekejap pun jadilah. Berkorban sikit.

Luth makin cerdik, banyak akal, makan banyak

Jauh lagi okey, dari mereka yang kena bertugas hari raya.

Ayah nak pergi kerja, Luth duk rumah dia tak nangis. Bila mak nak gi kerja, dia meraung.


Aku dah lama tak rasa otak aku macam berfungsi sangat. Kali ni, balik rumah pun macam boleh lagi terfikir hal kat kilang. Ini baru beberapa hari kerja.

Tidur malam pun kadang boleh termimpi-mimpi. 

Cuti sehari dua ni, tinggal betul-betul hal kerja ni.



20141002

Mengemas Almari Sempit

Mengemas almari adalah antara aktiviti aku dengan Luth beberapa hari menjadi surirumah sepenuh masa hari tu.


Bukan aku nak bersungut, almari sempit dan baju banyak. Baju kami laki bini memang tak banyak. Almari sesempit ni masih mampu memuatkan semua baju-baju kami. Boleh berkongsi lagi. Oleh kerana aku laki bini kerja kilang, hari-hari pakai uniform, kain baju ni bukan keutamaan sangat. Pakai je apa yang ada. 


Sehari-hari aku memang tak sempat sangat nak menyusun cantik-cantik dan kemas almari ni. Banyak masa harian, almari jadi tempat menyorok timbunan baju baru lepas basuh. Ahak..

Jadi, ada masa lapang ni aku bawak keluar semua baju dalam almari. Keluarkan baju yang dah tak muat, baju yang akan muat bila diet lagi, baju yang cantik tetapi tak pernah pakai dan seangkatan dengannya.


Ini aku baca dalam blog susun atur, terbalikkan hanger baju. Bila sampai semusim tengok baju mana yang hangernya masih terbalik maksudnya.. sudah sampailah hayat baju tu. 

Oh, aku guna tips ni untuk baju laki aku je. Sayang oh, baju aku yang cantik nanti kena buang..hai.


Setiap kali raya cina, memang berkotak-kotak aku bawa balik kotak limau. Selalu nak kotak. Macam gila kotak, bila ada kotak, ada benda nak letak dalam kotak.


Selain aku selalu berhajat nak menyusun segala barang, kadang-kadang ada orang terliur nak duduk dalam kotak.


Setakat hari ni, almari aku masih tersusun kemas dan cantik begini lagi. Kotak limau cina pun dah berbalut cantik. Bila balut cantik-cantik gini, sekejap-sekejap nak buka almari. Nak ambil baju pun rasa sayang takut berselerak balik.

20141001

Alah naik 20sen je pun..

Gaji pun dah naik. Apa aku kisahkan? 20sen tu takat celah gigi je, buat beli gula-gula je dapatlah.


Tengok bukan ramai sangat pun orang kat stesen minyak malam ni.



Sungguh malam ni kami beronda-ronda di stesen minyak malam ni. Isi minyak penuh-penuh, untuk stok 2,3 harini.
Sekejap je rasa minyak mahal..lepas ni lupalah.

Larilah budget minyak kereta nak balik raya hujung minggun ni..

Anak Pandai dan Mak Panda

Banyak hari duk berkepit baby manja aku ni. Hari ni, hari pertama aku masuk kerja tempat baru. Ikut hati, tak puas lagi cuti ni. Tak tahulah bagaimana keadaan baby manja aku hari ni.


Hu..hu.. sekejap sangat rasanya duk rumah. Berkemas rumah pun tak siap-siap lagi..

Lepas ni rasanya zaman berblog aku mungkin akan bertambah slow. Sebab aku berazam nak bekerja bersungguh-sungguh. Hi.hi..

Jangan lupakan aku ye.




Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...