Inquiry: petakbunga@gmail.com

20141117

Kek gula hangus



Aku memang $@ngat memandai bab-bab memasak ni. Aku dah banyak kali nak buat kek gula hangus ni. Aku panggil kek sarang lebah..eh orang lain panggil sarang semut. Entahlah..


Ni bahan yang paling mudah aku jumpa resipinya..

1 cawan gula
1 cawan air panas
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat
2 camca teh soda bikarbonat
4 biji telur
2 sudu besar mentega

Aku masak gula dengan api sederhana hingga hangus. Lepas tu masukkan air panas dengan berhati-hati.Kemudian masukkan mentega. Kemudian, blender telur dan susu pekat. Aku malas nak kotorkan mixer.
Aku gaul je tepuang dengan soda, pasal malas juga nak ayak ye. Kemudian, masukkan dalam bancuhan telur susu tadi. 
Akhir sekali, masukkan gula hangus dan kacau rata. Bab perap, aku terskip nak ambil tahu..telah kuikut kali ni. Ada orang tak perap pun jadi.. huh..
Aku perap dekat 4 jam kot.


Bakar dgn api sederhana 180 selama sejam.
Jadilah kot.

Itu je aku boleh update.. super bussy aku sekarang ni. Settle sikit, aku kembali aktif berblog. Inshaallah.


20141112

Potong rambut anak

Kalau cerita pasal rambut, sensitif sikit. Maklumlah, rambut tak berapa lebat. Malas aku nak ikut petua macam-macam sangat. Ini memang keturunan rambut tak berapa lebat.


Kami dah botakkan Luth lepas majlis potong jambul. Dengan harapan rambut Luth akan tumbuh melebat. Ha..ha.. tetapi hampa.

Sebenarnya, rambut Luth dah panjang cuma sebab halus dan sedikit tak berapa hitam..itu yang macam rambut tak cukup.
Ini rasanya dah kali ketiga potong rambut.


Mengelak betul nak potong rambut.

20141103

Lelaki Pemalas

Perempuan hari ni kebanyakannya cerdik pandai, bekerjaya. Walau pun jadi surirumah, ramai juga yang pandai mencari duit poket sendiri. Malah, ramai juga boleh membantu meringankan beban suami dengan pendapatan sampingan mereka. Paling tidak, pandai menguruskan kewangan keluarga. Tetapi aku rasa jadi perempuan zaman sekarang ni penat. Tak tahulah, aku pun cakap sebab aku tak pernah jadi lelaki. Huh.

Atas dasar perempuan sekarang boleh berdikari sendiri, lelaki ambil kesempatan. Banyak beban diberikan dan diserah bulat bulat kat perempuan. Terutama urusan rumah tangga. Makan pakai rumah tangga semua serahkan kat perempuan. Kalau bersunggut, kata tak ikhlas..berdosa.

Boleh dengar, boleh baca...kat mana-mana, ustaz-ustazah bercerita pasal tanggungjawab suami isteri. Tetapi itulah, hakikatnya..aku pun tak faham, orang lelaki tak faham ke buat-buat tak faham. Mungkin orang perempuan je kot yang minat tengok ceramah ustaz kazim, semanis kurma dan sibuk facebook sharing petua nak keluarga bahagia. Itu yang buat kita orang perempuan ni, lagi rasa tension. Ni bukan kerja aku, tanggungjawab aku..kenapa aku pula yang kena buat? Aku penat!

Comot banyak. Luth kan banyak kerja nak buat. Luth kan budak rajin tolong mak.

Orang lelaki yang pemalas dan tak bertanggungjawab ni buka terjadi selepas kahwin. Memang itu perangai yang dipupuk sejak kecil. Contohnya, nak basuh pinggan makan dia pun malas. Mujur, makan tak suruh bini keman sampai sejuk baru suap.. Semua suruh anak perempuan. Masak, basuh baju, kemas rumah, jaga adik semua serah kat anak perempuan. Hello, dulu -dulu memang anak laki betul-betul buat kerja berat. Potong kayu, ambil air, menjala, berkebun, berperang dan macam-macam kerj, sekarang mana ada semua tu.

Jadi, sesiapa yang ada anak lelaki macam aku, tolong jangan manjakan sangat sampai jadi lelaki pemalas. Kesian bini dia nanti. Tau..

Untung sapa jadi future bini Luth.

Aku cakap secara general, bukan tuju kat laki aku. Tak baik tau, mengumpat laki kat blog.. laki aku baik tak termasuk kategori lelaki pemalas.. cuma manja sikit. Semua nak bini buat, kan abang sayang?

Ni aku cerita laki orang lain. Sungguh ni!

20141101

Bertatih dan berlari

Kasut pertama Luth bukan kasut branded dah tak boleh pakai. Aku rasa kasut ni aku beli kat Warehousale..murah-murah. Kiranya lama juga kasut ni dah berjasa kat Luth. Dari Luth mula pandai bertatih dan sekarang laju berlari. 

Luth dah besar. Sekejapnya.

Aku dah basuh kasut Luth. Benda yang jarang sekali aku buat, kasut sendiri pun payah nak basuh.

Aku nak Luth ingat selalu, tangan-tangan yang memimpin dia walau sekarang dia sudah banyak berjalan. Sudah berlari juga. Kadang jatuh, sakit.. Luth bangun balik.

Aku ingatkan diri sendiri, jangan putus asa. 


Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...