Inquiry: petakbunga@gmail.com

20141231

Penutup 2014

Assalamualaikum sahabat-sahabat semua,

Hi, aku sihat-sihat je. Menghilang sekejap di alam maya, menyibukkan diri sikit. Betul tau sibuk, bukan buat-buat sibuk.hi..hi..
Korang tahukan, aku baru tukar tempat kerja.. nak kata baru dah dekat 3 bulan kot. Tengok entry bulan lepas cuma mampu tulis 4 entry je..jauh betul sasaran aku nak siapkan sekurang-kurangnya 1 entry setiap hari. Memang tak daya dah sekarang. Atas kesibukan aku sekarang, aku betul-betul tak dapat nak tulis apa-apa. Tapi aku tak sedih pun mengabaikan blog ni. Niat aku nak jadi full time blogger...tinggal mimpi je la.. 

Poyo tak kalau aku cakap, aku suka sesangat dengan kerja aku sekarang? 

Kadang-kadang aku kena korbankan masa rehat aku nak siapkan assignment. Kadang aku terpaksa bangun awal hari minggu sebelum Luth bangun untuk siapkan kerja yang tak sempat aku nak buat 5 hari seminggu waktu kerja.
Salah aku buat ni.. gagal merancang gini, sampai bawa balik kerja gini. Tak apa, sikit hari lagi kerja aku akan makin terurus. Insyallah..

Entry penutup tahun aku just nak minta maaf bebanyak.. nak buka lembaran baru. Insyallah, panjang umur kita jumpa tahun depan...


Ni gambar rumah aku kat kampung masa banjir.. rumah aku kawasan wakaf bharu. Tak pernah kena banjir pun kena.. alhamdulillah tak seteruk tempat lain...

Ni antara gambar-gambar keadaan kat Kelantan yang aku dapat. Tengok pun dah rasa menitik air mata... semua musnah.




Aku laki bini berkira-kira nak balik kampung.. harap Allah permudahkan urusan kami. Oh, luth deman sikit.. gigi geraham tengah nak naik. Asyik menangis tergigit lidah..





Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...