Inquiry: petakbunga@gmail.com

20150128

Campak kah?

Hari pertama aku ambil cuti half day sebelah pagi. Sebab malam tu Luth tak tidur. Merengek ke pagi. Deman panas sikit. Petangnya aku bawa dia pergi klinik. Muntah sekali. Doktor periksa dalam tekak, test-test sikit bagi ubat. Balik makan ubat dengan susah payah. Payah sungguh nak telan ubat, pancut dalam mulut.


Esoknya aku pergi kerja. Laki aku pula ambil halfday. Deman makin teruk. Makan minum dah tak selera. Main pun dah tak larat. Menangis je. Mujurlah tok dia jaga, kalau orang lain dah tak larat.

Lusanya, aku cancel meeting. Emergency leave lagi aku. Bawa Luth ke klinik kerajaan pula. Kali ni aku rasa puas hati, rasa Luth diberi perhatian sungguh.

Lepas daftar, misi periksa badan dia ambil suhu semua... langsung suruh ke bilik emergency. Kat situ, diaorang bagi kami ubat suruh ayah dia sumbat kat bontok. Kali pertama ayah dia, tak reti sangat. Lepas tu, terus tunggu ambil darah. Aku tak reti pegang anak, Luth lawan nga misi nak ambil darah. Sudahnya darah sikit sangat dapat. Itu pun meraung-raung menangisnya. Dapat result, jumpa doktor. Doktor nak buat lagi ujian darah.
Suspect denggi!

Ambil lagi sekali darah, pasal darah tadi tak cukup. Meraung lagi.

Alhamdulillah, denggi negatif. Tapi, esoknya kena buat check up kat hospital pula.

Balik rumah hari tu, dia betul-betul lembik. Agaknya kesan ubat bontok tu. Tengah malam tu baru nampak sihat sikit.
Bangun pagi esok, deman lagi..

Hari keempat deman. Ambil darah lagi. Luluh hati mak ni. Doktor cakap semuanya baik. Cuma nak monitor dia, tekanan darah makin rendah. Esok doktor nak ambil darah lagi.

Esoknya Luth makin baik. Deman dah hilang. Syukur sangat. Aku tak pergi appoiment doktor. Kesian tau.
Tapi...

Aku baru perasan, kulit dia bertompok merah. Lakiku cakap, mungkin kena campak. Dush, campak? Aku tak ada pengalaman budak kena campak. Gabra mak ni.
Stop ubat!

2 hari dah makin hilang tompok tu...
Campak ke?

Alergik ubat kah.

13 ulasan:

  1. meruam merah tu mungkinlah campak ... semoga cluth cepat sembuh . seksa bila tgk budak kecik demam ...

    BalasPadam
  2. Doktor tak kata campak ke?pergi jumpa doc sekali lagi.hehe..

    Semoga luth cepat sembuh

    BalasPadam
  3. mungkin ruam sbb tlampau pns kot

    BalasPadam
  4. agaknye ruam kut weh..sbb bdn luth panas sesgt..

    speedy recovery luth!..

    BalasPadam
  5. smoga luth cpt smbuh ye. kite pn xpndai nak ckp tu campak ke ape sbb xpenah lg experience. jg diri ye.

    BalasPadam
  6. Assalam PB,
    mungkin ruamn
    panas dalam nak keluar la tu
    anak kecik demam yang paling penting sponging @ lap dengan tola basah
    insyaAllah ok

    BalasPadam
  7. Bukan campak rasanya. Dulu Luth aku pernah gak kena ruam gitu lepas baik demam. Doktor kata raseola.

    BalasPadam
  8. Mungkin ruam aje tak, PB. Biasanya lepas baik demam, ruam naik. Moga Luth cepat sembuh ya. Kesian alahai kalau budak-budak sebaya Luth ni jatuh sakit. Hati mak-mak memang tak tahan melihatnya!

    BalasPadam
  9. Allah kesiannya luth.. dah ok ke?

    kalau badan panas sangat pun ada kemungkinan keluar rash.. make sure dia minum air cukup ye.. buat sup sup ayam ke bagi dia hirup.. semoga cepat sembuh..

    BalasPadam
  10. semoga Luth cepat baik yer

    BalasPadam
  11. Salam,

    semoga Luth kini dah sembuh sepenuhnya...

    BalasPadam
  12. Salam singgah, semoga luthfi sembuh sepenuhnya.. http://studioous.blogspot.com/2015/02/1st-segmen-kerjaya-blogger-ipt-by.html?m=1

    BalasPadam
  13. apa citer luth...ok dah dia? lama tak singgah sini. kak anim br nak panaskan enjin

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...