Inquiry: petakbunga@gmail.com

20150312

G u a S a k i t T e r...

Assalamualaikum
Ingat hari tu, bila dah stabil sikit tempat kerja baru ni nak mula menulis blog balik. Teringat teman-teman blog.. tapi bila dah lama tak menulis ni. Jadi blur. Bukak blog, tak tahu pula nak tulis apa. Hilang skill menulis, merepek. Jadi bosan.

Sedar-sedar tahun ni dah dekat 3 bulan. Tak tahu jadi apa bulan depan nanti. Tak tahulah apa kesan gst kat rakyat miskin bandar macam aku ni. Gaji serupa dulu juga..tak dengar-dengar pula nak ada gst 6% kat gaji aku ni..

Budak ni nakal sungguh

4,5 hari lepas aku sembang dengan technision baru masuk kerja sini. Dia walk in, terus dapat kerja kebetulan rezeki dia. Kerja dah beberapa hari ni..belum dapat lagi offer letter. Risau pula pasal gaji. Ikut pengalaman boleh tahan la, tapi tak tahulah company boleh bagi ke gaji yang dia minta.

Susah kak kalau tak dapat..saya banyak komitmen kak.
Alohai, kau yang bujang pun banyak komitmen, kata dalam hati.
Aku ni...adoi, adoi...

Laki bini kerja pun duit macam air.
Hari-hari makan kat rumah. Lauk pauk je beli. Sayur kutip pucuk ubi tepi lombong. Pergi kerja bawa bekal.

Okeylah, tak baik merungut. Ni saja mengarut dalam blog..nak test skill menulis yang lama dah. Doakan aku panjang umur bulan depan, boleh rasa peritnya hidup sebagai miskin bandar. Tu pun kalau aku boleh bertahan...kalau tak aku laki bini bungkus balik kampung lah.

Gua Sakit Ter.

13 ulasan:

  1. salam kenal kak,,,
    errr,,,,relaks kak,,,memang lah payah sikit,,,tapi,,selama ni hidup je kaann,,hihih,,,chill kak,,,tabah,,,ada rezeki yg mengubah hidup tu,,,insyaallah,,aminnn

    BalasPadam
  2. sedang menunggu kedatangan gst ni .. ok ke tidak .. huhu

    BalasPadam
  3. kite pun neves dgn gst ni. dah nmapak dah kedai2 mkn smua dah caj awal sebelum 1 april lg. huk huk

    BalasPadam
  4. Sakit ter tu apa?

    Bujang pon banyak komitmen ye. Yang dah kawen ni dan ada anak ni... tak tau le nak kabo. Serius ke ko kutip pucuk ubi dekat lombong? Still untung boleh kutip je. Ni yang aku ni, nak kutip kat mana sayur?

    Luth cemana? Apa khabar dia?

    BalasPadam
  5. sikit ter tu macam sakit sangat ye?bertabahlah ye..nak tak nak hidup mesti diteruskan.yeh!

    BalasPadam
  6. Bertabahlah untuk gologan marhaen macam kita ni. Belum GST pon dah ICU inikan lepas GST. Nazak terus wei.

    Tak per babe, take your time. Ada masa update lah blog.

    BalasPadam
  7. itu baru bujang..kalau dgr komitmen org yg dh beranak pinak nie mesti nnt ko kene katupkan mulut die..hahahaha..

    BalasPadam
  8. hi petak bunga..lama x singgah sini :)
    dah tukar keja baru ke? tahniah!

    BalasPadam
  9. Assalam PB,
    haah
    yang bujang brsungut
    acaner yang dah kawen ni haaaaaa kan3

    BalasPadam
  10. sakit ter...?
    adoi..ada2 saja pb ni..hihi

    BalasPadam
  11. Salam PB...

    Lama tak nampak dan saya pun sekarang ni tenggelam timbul nak blogwalking juga ^_^ Samalah kita!
    Yalah, lusa dah start GST. Tengoklah macamana. Nak tension dok dengar pasal ni, kita tengok nanti bila dah start, jadi 'mangsa ribut' tak kita nih....

    Kalau dah free, dah boleh adapt dengan lifestyle baru di tempat kerja, silalah merapu kembali. Lama tak dengar khabar, I is rindulah juga tau....

    BalasPadam
  12. sibuk ye PB, lama dah tak nampak
    yelah, tengoklah apa jadi lepas ni
    nak komen banyak pun, tak tahu sejauh mana pelaksanaan dia
    yang pasti memang sakit ler ye dak

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...