Inquiry: petakbunga@gmail.com

20150427

Apa yang budak umur 2 tahun belajar di tadika?

Sudah lebih sebulan kami hantar Luth ke tadika. Aku rasa tindakan yang kami ambil ni sangat wajar. Hari ini, Tok Ma Luth pun dah balik ke rumah kami dan Luth masih kami hantar ke tadika. Niat nya, mungkin sampai bila-bila. Maksudnya sampai dia betul-betul sekolah ke apa. Atau ada perancangan seterusnya.

Perkembangan Luth selepas lebih sebulan sekolah tadika.

ABCDEFG tak habis-habis. Hi,hi, tak ada sambungan dari sebelum dan selepas hantar tadika. One, two, 3, 4 sampai seven je. Satu, tiga, empat, lima.. nombor dua masih hilang entah ke mana. Alif, ba, ta, sa, ya..hamzah terus. Suka hati dia je… Comel. Sembahyang pun tunggang terbalik ikut mood. Comel juga.

Bila hari-hari minggu, apa yang seronok mak-mak bekerja ni adalah dapat bersantai-santai kat rumah dengan anak. Kalau boleh pergi jalan lagi seronok. Tetapi tak boleh selalu, sebab rumah memang jarang terurus hari-hari biasa. Hari minggu memang banyak kerja. Tak payah bayangkan rumah aku macam mana. bersih sungguh.

Sambil aku berkemas, masa itu juga Luth berkemas.


Ni gambar semalam. Aku sedang sapu habuk, sampah kat depan rumah, bila aku pandang belakang, tiba-tiba Luth buat aku gembira. Dia sedang menyusun semua kasut-kasut yang bersepah.

‘Mesti belajar kat tadika ni. Ada juga benda yang dia belajar sebulan, 2 ni..’ Bangga aku.



Aku suruh Luth pose gambar comel sekeping. Luth kan budak rajin. Macam mak dia.


Tak lama kemudian..




Aku rasa Luth sedang jemur kasut.
Sebelum hujan. Semalam tak hujan, mendung je. 

15 ulasan:

  1. wah lamanya tak jenguk sini sampai luth pun dah masuk sekolah dah.... syabas luth...luth, luth memang anak yang bijak...

    BalasPadam
  2. ok jugakkan.atleast dia byk bljr bnda baru kt sana

    BalasPadam
  3. hihihi.. tersenyum akak CH ni PB..
    Bijak betul Luth ni..
    Siap jemur kasut lagi :)

    BalasPadam
  4. alo..lo...lo..Luth dah pandai... so sweet... memang bagus juga hantar awal ke tadika.. byk benda yg dia boleh belajar & serap... good boy Luth:)

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah..Macam saya pun hanta Ammar sekolah. Walaupun rasa macam ape la budak 2 tahun blaja..tapi sebenarnya benda-benda yang kecik yang kadang-kadang kita pun tak perasan akan di ajar kat sekolah. Bagus Luth..Semoga Luth jadi anak yang soleh.

    BalasPadam
  6. Alahai, comelnya Luth bila berposing macam tu.... Kena snap photo banyak-banyak masa ni tau PB nanti bila dah besar sikit, mereka demand ala-ala selebriti, tak mahu diambil gambar sembarangan :)

    Rajinnya Luth ni ikut emaknyalah tu. Tak suruh pun dah tau apa nak ditolong. Ada bagusnya hantar tadika awal-awalkan!

    BalasPadam
  7. bagus hantar anak ke taska ni, diaorg cepat belajar..buktinya macam Luth yg bijak tuh..:)

    BalasPadam
  8. betul tu Mummydearie...Husna pun sama, tak suka klu kita susuh dia possing..

    BalasPadam
  9. Assalam PB<
    alhamdulillah
    bijak luth :)

    BalasPadam
  10. Comelnyer die...pndai...

    BalasPadam
  11. hahahaha...dah berpindah kasut...kasut basah tu...hehe

    BalasPadam
  12. luth dah sekolah eh..good boy

    BalasPadam
  13. Heheh..comel sokmo luth..byk rupenye aku tertinggal cite2 ko nieh,,

    BalasPadam
  14. pandai dah susun kasut. Heheh. comel je mengira tu. Sama juga macam Luth aku. Kira one, two, one two je. Pastu campur dgn bahasa melayu, sepuluh, tujuh, semilan. ikut suka.

    BalasPadam
  15. Hahahaha bagus Luth.. cerdik ni dia ni, cepat dia belajar. Kan.. baru sebulan dua dah banyak dia belajar tu, cuma tak praktikkan jer lagi.

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...