Inquiry: petakbunga@gmail.com

20150403

Bila mak tua jangan hantar mak rumah orang tua

Lama juga aku tak bercerita pasal anak bujang aku. Untuk pengetahuan semua rakan old blogger aku yang belum aku bagi tahu lagi… Luth dah bersekolah sekarang ni. Rasa dah tua. Okey, sila jangan terasa kawan-kawan. Korang muda, aku yang kahwin lewat dan feeling muda selalu.

Berbalik pasal nak bercerita keterujaan anak aku yang dah bersekolah tadika. Kenapa suku tahun, tiba-tiba hantar Luth tadika pulak. Sebelum ni kan, ma aku yang tolang jaga Luth. Bukan dia dah tak nak jaga tahu.. Sebenarnya, baru-baru ni ma balik kampung, kenduri anak saudaranya. Alang-alang tak ada sapa nak jaga, aku pun susah sikit nak cuti sekarang, nak cuba hantar jiran lagi pun rasa dah serik… kami buat keputusan cuba hantar Luth tadika. Ma pun boleh balik kampung puas-puas, dah puas bila-bila masa boleh datang balik rumah kami.

Hari pertama hantar tadika, langsung tak menangis kena tinggal. Terus je ikut kawan sebaya dia. Gembira sungguh aku... tapi,

Hari kedua dan seterusnya berlangsung seminggu, hari-hari menangis. Asal berhenti kereta depan tadika terus menangis. Aku pun emo lebih, feeling sedih sungguh pergi kerja hari-hari tu. Sambil dalam otak fikir nak berhenti kerja.

Dan selepas masuk minggu ketiga sekarang ni, Luth nampak sudah mula menyesuaikan diri. Asal balik, tetap menangis bila nampak aku. 

gambar lama, sekarang makin hensem..hahaha

Kalau boleh semua mak yang bekerja ni nak teman anak dia sehari-hari kat rumah. Betul tak?

16 ulasan:

  1. mak nangis x anto luth ari pertama tuh?..ngape tepek gambo lama..mana gambo baru luth yg hencem..;)

    aku kalau boleh skang nie jugak nak benti keje jaga anak..tp sbb ekonomi negara mcm %^$%^ skang nie, terus xjd..tp aku dh ckp ngan laki aku..anak masuk 3 aku benti keje..dr bayau duit tuh ke mana2 pengasuh baik bayau kat aku..ahahahah..

    BalasPadam
  2. macam tu perasaan mak2 yang bekerja PB..acik dulu hantar rumah orang..tengok tv pun tak bagi..sebab tv diruang tamu,,tak mau bersepah kot.

    BalasPadam
  3. cabaran ibu bekerja..gitula kan..luth pun semakin pandai ..pandai sesuaikan diri..
    kita jer kena kuat bila anak2 menangis..kalau ikutkan mmg sedih..anak akak hari2 ckp..jangan la pergi kerja...ayat last tu memang betul!

    BalasPadam
  4. Saya sendiri nak duduk rumah uruskan family tapi dalam keadaan kewangan yang belum kukuh memang sukar.. tapi InsyaAllah.. satu hari nanti.. sape tau kan.. ;)

    BalasPadam
  5. sama la.rs nk benti keja ja mengenangkn anak tp kwangan x mengizinkn.Insyaallah...suatu hr nti

    BalasPadam
  6. wahhh dah hntr tadika. besar dah dia ye.

    Duk rmh jg anak dan tengok anak membesar dpn mata mmg pngalaman plg seronok kan. mudah-muadahan ade rezeki kita semua jd housewife ok.

    BalasPadam
  7. Assalam PB,
    haaaaaaaaaaaaaaaaa
    betui3
    iols ni walopon masa pi kojer iols just tinggaikan my boboboy kat rumah iols sendiri (my mom yang jaga, & my mom dok ngan iols)
    TAAAAPIIIIIIIIIII tetap ada hari2 bila dia buat perangai tak bagi iols pi kojer tu kan3
    memang berat nak melangkah sob3

    BalasPadam
  8. hensemnya bakal menantu.. eh~! hahaha

    BalasPadam
  9. mula2 gitulah, lama2 nanti ok lah Luth tu..lagi ok jika dia dah ada adik nanti...:)

    BalasPadam
  10. tadi dari google+, ni ada entri baru, comel Luth hari pertama cool jer ye.

    BalasPadam
  11. luth dah tadika..
    jap lagi dapat best friend, oklah tu...
    ke mak dia yang menangis tinggalkan dia..

    BalasPadam
  12. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  13. aduh iklan apalah pak indon ni. haha

    syabas luth,rajin2 blajar..

    BalasPadam
  14. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  15. Itulah fenomena pagi buat mak-mak berkerja ni, PB. I pun dulu masa mula-mula hantar anak, tak anak meleleh air mata, dah tentu-tentu emaknya. Rasa macam nak patah balik gi sekolah anak. Rasa macam nak mc je sebab nak dok bertangga kat tadika anak. Ni tahun depan si Adik Cute nak masuk tadika. I rasalahkan kalau dia tak menangis hiba, I yang menangis sampai kena halau cikgu!

    BalasPadam
  16. Kot ada org buli dia kat skolah? Sebab tu dia sedih tiap2 pagi bila nampak skolah. Awalnya ko htr dia. Dia dah diaper free eh?

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...