Inquiry: petakbunga@gmail.com

20150424

Hari Istimewa

Bukan semua orang tetapi ramai yang jenis macam ni. Penat sungguh jadi orang perempuan ni. Pergi kerja, balik kerja rumah urus rumah tangga lagi. Kerja macam tak habis-habis. Lepas tu, itu ini..sibuk.

Benda yang penting pun kadang-kadang tak berapa nak masuk kepala otak ni. Sebagai contoh hari istimewa teman lelaki ku kadang boleh terlupa. Sebenarnya aku tak lupa, cuma konfius sikit pasal aku ingat hari ni. Hari ini birthday celebration dan hari kanak-kanak tadika Luth.

Pagi semalam bila aku buka fb, ada notification birthday teman lelaki aku. Ooo..
Cepat-cepat whatup wish birthday, kekonon pagi tadi tak sempat nak wish selamat..Okaloh.

Ini kek celebration birthday kat kilang aku semalam untuk birthday anak April. 

Balik kerja semalam beli 1 kek untuk teman lelaki kesayangan hamba.

Selamat hari lahir abang. 

Walaupun 3 beranak makan kek dengan banyak tetapi isteri solehah tetap kena masak nasi. Entah macam mana, gelas boleh jatuh berderai.Jari kakiku luka, darah memancut macam sos cili. Cepat-cepat ku khabarkan kat suami tercinta. Tunjuk jariku. 

'Dah sapu tak? Nanti kena Luth. Panggil Luth cepat.'

Aku letak minyak, sambung masak. 
Tak ada adegan teman lelaki merawat lukaku. Hari tak boleh sentap. Sekian.

18 ulasan:

  1. Salam PB.. sibuk bebenor lah ye tu...smpai birthday Boypren pun ingat2 lupa..haha. takpelah, janji dah buat buat tanda ingatan... Happy birthday buat ayah Luth, moga sentiasa dlm lindungan Allah..sihat & pjg umur...:)
    Luka dah ok ker?

    BalasPadam
    Balasan
    1. luka dihati siapa yang tau, cewah

      Padam
  2. hihiii...lelaki memang gitu, kurang romantik tak cam dlm drama2 tu...tak per lah PB, yg penting dia balik rumah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. x tgok dah drama. takut terpengruh.hu

      Padam
  3. happy birthday ayah luth..sabar ye..hehe

    BalasPadam
  4. happy birthday ayah luth..;D

    lupe tuh perkara biasa..sbb kite byk bende nak kene pikir..mana nak kemas umah, nak masak, nak lipat kain baju..nak nak nak memacam lagi la..aku yg jenis alert pasal segala jenis tarikh penting pun leh lupe..

    Aku boleh jadik terbayang lak situasi ko time tuh..hehe..sabau ye pb..

    BalasPadam
  5. Happy birthday buat en boyfreind PB tu..
    Kesian PB.. anak yg ditanya.. kaki isteri yg luka tidak di endah..
    Tak pe lah PB.. itulah pengorbanan seorang isteri dan ibu..
    Hati sendiri.. sendiri jaga :)

    BalasPadam
  6. Happy birthday buat teman lelaki istimewa tu, PB. Macamana boleh lupa? Teman lelaki takda bagi hint ngengada ke suruh ingat-ingat tarikh gitu? Hehehe....

    Hari istimewa haruslah tahan aje kalau ada yang tak kena dihati. Lepas tu barulah boleh persoalkan kemusykilan apa ke bendanya tu :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. tepon punah, xde col percuma hr ni.

      Padam
  7. Owoh..kesian. takpe takpe dalam drama tu memang fantasi semata ha ha..

    BalasPadam
  8. hihi..nasib ada fb tolong ingatkan..boypreng x romantik sangat..ingatkan ada adegan lomantik tadi..sama la CikAbe kite..huhu..

    BalasPadam
  9. biasalah...namanya kan lelaki...

    BalasPadam
  10. happy birthday teman lelaki PB..sampai hati boyfren ya..aritu sy kena pisau darah mancut keluar juga tak henti.laki tegur je terus nangis.nasib baik beliau merawat lukaku.hahaha

    BalasPadam
  11. kesian..teman lelaki tak tolong sapu minyak ke hehe..apapun selamat ulangtahun kelahiran utk teman lelaki kat rumah awak ya

    BalasPadam
  12. hepi besday buat teman sebantal mu..
    dia tak pandai nak balutkan kaki PB tu..hehe

    BalasPadam
  13. Assalam PB,
    oohoiiiiiiiii
    kalo iols sentap moncong 10kaki he3
    huntung teman lelaki uols tau3

    BalasPadam
  14. Kek...sedapnyer...happy belated birthday..kaki dah sembuh??

    BalasPadam
  15. Amboi, macam sos cili memancut. Merecik. Heheh.. Sabar ye, dah ada anak mmg perkara utama ialah ingat pasal keselamatan anak. At least ada juga respon dia yg tunjukkan dia ambik berat. Heheh.

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...