Inquiry: petakbunga@gmail.com

20150408

Petua kecantikan dari ustazah Nurhafizah Musa

Ustazah Nurhafizah bercerita perihal seorang doktor yang mengamalkan pemakanan sunah untuk menjaga kesihatan dan kecantikan beliau. Kehidupan seorang doktor yang sentiasa sibuk tetapi masih mampu mengekalkan kecantikan dan kesihatan boleh diambil contoh.


1. Bangun tidur, minum air suam. Kalau dapat lebih kurang 1 botol dan suku botol mineral kecil tu.

2. Ambil 1 sudu minyak zaitun.

3. 2 sudu pati delima.

Minyak kelapa dara ni kali pertama aku guna. 5 bintang aku bagi. Serba guna. Minum, sapu semua boleh. Kalau sapu, rasa best je... minyak cepat terserap, lepas tu rasa lembut. Sapu kat rambut Luth juga biar lebat.. huhu

4. Campurkan segelas air suam dengan madu, habatul sauda, minyak kelapa dara dan zafaran. Selawat jangan lupa.

Aku cerita kat sepupu aku pemakan sunnah ustazah ni, sepupu aku cadang Qaseh gold ni. Kandungannya pun pemakanan sunnah. Untuk otak dan  mengelakan selesema anak. Tetapi Luth tak berapa gemar. Kena paksa sikit, jadi aku juga ambil. Lagipun aku menyusu lagi. Mengikut, jurujualnya..untuk ibu mengandung pun bagus.


5. Biarkan perut berehat 2 jam.

6. Makan sarapan.

7. Lepas makan sarapan, ambil cuka tamar untuk detox. Dia buang benda-benda kotor yang kita makan.

8. Amal kulit kayu manis ganti makan jajang tak berfaedah. Buat gigit-gigit. Boleh beli di Indonesia yang asli betul.

Aku sekarang selalu sakit pinggan, jadi aku cuba yang ni. Belum rasa sangat lagi keberkesanannya. Iya, tak ada benda yang ajaib sangat. Tetapi aku teruskan pengambilannya. Tak boleh ambil masa period dan mengandung.

9. Kacip fatimah herba yang baik untuk kesegaran tubuh wanita juga baik untuk diamalkan.



Kalau ikut semua yang ustazah cadangkan ni, boleh tahan juga banyak yang kena ambil. Tetapi yang penting, jaga makan. Makan benda yang baik.


20 ulasan:

  1. minyak kelapa dara aku beli kat aeon je.. aku pun buat segala benda.. minyak rambut pun pakai tu.. suka bau dia kan.. hehe

    BalasPadam
  2. dalam senarai tu cuma ada ambil habatussauda je..

    BalasPadam
  3. aku pun skang nie tgk kompius nak bg ke mek its either qaseh nie atau caliph..

    BalasPadam
  4. syeeda tngah try Qaseh Gold.. baru sebotol.. hii

    BalasPadam
  5. kita amal pati delima, zafarah, madu & kurma tp rs mcm nk tukar ke Qaseh gold sbb dlm tu ada smua jenis mknn sunnah kn?

    BalasPadam
  6. Assalam PB,
    iols ni PEMALAIH tahap kronik kalo bab2 supplement ka ubat2 ka makanan tambahan kesihatan ka
    beli pun tak makan
    sakit baru carik obat
    he3
    teruk benor perangai kan3
    baguihla uols
    ghajin3

    BalasPadam
  7. Acik pun ambik qaseh gold..dengan minuman madu + zafaran

    BalasPadam
  8. ustazah hafizah ni lecturer sy di utm kl dulu.muka dia mmg awet muda.

    BalasPadam
  9. ohh sy ni cukup list klu Bab makan produk ni semuanya.walaupun prmakanan sunnah..so far kirma kotsk tu je la dok amal..tu punnkadang2 lupa.cmna nk cantik n sihat ni?haha

    BalasPadam
  10. Thanks for sharing babe. Awet muda lah ko lpas nih ☺

    BalasPadam
  11. T nk amal mnyk.kelapa dra pula.

    BalasPadam
  12. Wah..banyaknya...tapi betulla. Pemakanan sunnah ni sangat baik. Cuma istiqamah je. Tu yg payah. Hehe.
    Anyway, thanx for sharing sis.

    Ps: Taktaula sis ingat sy lagi ke tak. Saya dah tukar url baru, jemput mai blog ye.
    http://space4misspija.blogspot.com/

    BalasPadam
  13. bab ni yang susah ni... jaga makan, haih.... yang tengok dan nampak sedap cepat jew nak makan

    BalasPadam
  14. Salam PB... pekabar kamu?? hihik..lamanya tak kesini..
    ohh mcm tu.. atie ada juga cuba Qaseh Gold ni..yg set tu...:)

    BalasPadam
  15. Ai kayu manis menggantikan jajan? Payah tu nak buat.. hihi.. bab yang pahit mulalah malas ya.. mudah minum produk mcm qaseh gold tu jelah kan..

    BalasPadam
  16. Gigit-gigit kayu manis buat pengganti jajan tu aje yang payah walaupun nampak mudah aje. Setakat ni telan kurma aje. Yang lain-lain tu takdalah jadi amalan lagi. Asyik terlupa aje....

    BalasPadam
  17. Qaseh Junior ni aku bg Luth aku. Dia suka je. Tip2 hari pegi kat fridge mintak mennn, menn (supplement). Kalau ikut senarai yg ko bagi ni, nak amalkan mmg aku tak mampu nak amalkan rasenya. Sebab aku ni jenis nak sapu krim muka tiap2 hari pun tak disiplin. Nak makan vitamin C tiap2 hari pun tak konsisten. Ini pulak kalo banyak cenggitu. So, ko dah mula amalkan semua ke tak ni?

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...