Inquiry: petakbunga@gmail.com

20150401

Top up 6%

Hari ni 1 April. Cerita apa lagi yang paling hot kalau tak pasal GST kan? Aku pun dah terkena pagi ni. Pagi tadi topup tepon rm10 dengan CIMB click kena 10.60. Nyesal tak top up semalam kan? Padahal sebelum ni tepon aku jarang pun aku top up. Hari ni tiba-tiba nak kena top up pula. Aku ada back up post-paid internet data buat main tenet. Sebelum ni cerita, topup tak kena GST. Tipu, tipu! Benci, benci.

Okeylah, cerita pun tak guna. Hidup kena diteruskan. Ha, ha, ketawa sendu.





Wah hebat jadi blogger ni. Satu bulan, satu entry seciput.



Gaya blogger kuburan memang begini.

14 ulasan:

  1. peniaga ni teruklah, penaya pengguna
    patutnya SST tu buang dulu baru tambah GST
    ni dia p tambah SST dengan GST, memanglah mahal
    bengang matematik apa ke? ishh

    BalasPadam
  2. Assalam PB,
    haaaaaaaaaaaa
    naek sudah :)

    BalasPadam
  3. kena pergi beli sendiri kad, gores2 dan key in sendiri digit panjang tu...baru takde gst....hahaha

    BalasPadam
  4. Kawan I pun dah kena pagi tadi. Top up RM30 kena bayar RM31.80. Nak nangis meraung meronta pun tak guna. Tak jelaslah kena ke tidak ni. Tapi CIMB memang macam habit, suka benar caj customer ikut suka.

    BalasPadam
  5. hahaha.. blogger kuburan.. seram gila tu..

    BalasPadam
  6. klu no Kara kedai top up lainlah..cimb clicks pun main kecoh?camna ni..senyum sendu gak

    BalasPadam
  7. oo..baru tau. tak leh buat aduan ke...
    blogger kuburan...camna dapat nama tu...haha..sesekali kuar jangan jadi pocong lak..hihi

    BalasPadam
  8. tulah penangan GST..klu pun tak banyak naiknya tapi kita sebagai pengguna akan terkena kesannya...

    BalasPadam
  9. saya topup kat 7E kena GST. tanya kawan yang kerja kat telco company dia cakap tak kena GST. Remain macam biasa. Tgk parlimen kat TV, Timb Menteri Kewangan cakap topup tak kena GST. Kalau 7E yang kenakan, boleh tuntut balik duit kita. Masalahnya resit dah buang lps topup. Kalau tuntut pun belum tentu dapat, yang jaga cashier staff je takde kuasa nak pulangkan duit.

    patutnya : gov kenakan gst kpd peniaga

    tp dah jadi : gov kenakan gst kpd peniaga, peniaga kenakan gst tersebut kpd pembeli

    motipppp??

    BalasPadam
  10. seram aku tau..blogger kuburan katenye..tp kire okayh la boleh menjelma time siang..org xberapa nak takut sgt..jgn memalam ko muncul udoh ler..ahahaha..

    haih..gst nie kan wat aku rase mcm nak migrate gie negara org..tp nak negara yg best2 jer..haha..itulah..psl topup nie aku pun pening..kejap kate xkene kejap kate kene..mana satu pun aku xtau..gaya pening mcm aku pakai prepaid lak dah..;D

    BalasPadam
    Balasan
    1. ko tunggu lah bil ko.. pastu baru ko pening ek..

      Padam
  11. Pasal top up tu, kawan aku kerja 7/11. Dia kata telco memang dah naikkan harga top up.

    BalasPadam
  12. At the end.. confirm kena GST untuk topup.. suka ke tak.. nangis guling2 pun tak guna dah..
    hidup perlu diteruskan..

    BalasPadam
  13. tula lama tak dengar cerita, pasal gst ni, betul, hidup kena diteruskan juga

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...