Inquiry: petakbunga@gmail.com

20150505

Apa yang diajar Universiti kehidupan ni?

Anak saudara laki aku dah habis spm. Baru-baru ni aku ada tolong dia atau bahasa mudah cakap pengaruhi dia pilih course untuk diploma nanti.

Kompleks sungguh procedur sekarang ni ye. Aku tak tahulah kalau budak-budak kat kampung yang tak ada kemudahan internet semua macam mana nak minta masuk U. Semua main online je sekarang. Aku pun tak berapa reti proses online nya.

Nak belaja apa?

Ni pendapat akulah. Mula-mula, mestilah ukur baju kat badan sendiri. Kalau result sangat-sangat baik mungkin boleh skip step ni. Macam anak buah aku ni, dengan result tu memang dia dah tak dapat nak apply medic, asasi atau farmasi. Course ni kira betul-betul budak pandai belajar lah ye. Result sederhana tu, pilihlah course lain.

Jadi aku tanyalah dia, dia minat apa? Katanya minat Matematik. Dia pun nak applylah course Matematik. Aku rasa boleh je, semua course baik, tapi kena juga tengok lapangan kerja esok-esok. Check banyak ke iklan jawatan kosong untuk lulusan tu.

Pengaruh punya pengaruh, habis semua Engineering course dia apply. Alah lebih kurang mak saudara dia ni juga. Student engineering patutya pandai juga matematik atau duk celah gigilah ye.

Universiti mana nak belajar? Kalau boleh pilihlah yang orang-orang sebaya mak saudara ni biasa dengar. Sebab kami-kami nilah yang akan ambil korang kerja. Bagi kami yang tak berapa muda ni, dalam kepala otak kami..Universiti kami belajar dulu-dulu yang paling baik la konon. Mind set juga ni. Kalau U baru tu, kami tak tahu. Berapa ramai dah yang berjaya?

Tapi aku tak boleh fikir Universiti ajar benda ni? Course apa ni?


Janganlah takut belajar susah. Mana ada yang senang kat dunia ni.

Kadang bila aku cerita aku sekarang ni kerja pun penat, ada yang tak percaya. Tak mungkin dah belajar tinggi-tinggi pun kerja susah juga. Bila boleh rasa senang? Dari sekolah lagi aku rasa berpenat-penat belajar, masuk U, kerja. Mana ada senang dalam hidup ni. Sampai tutup mata. Kalau korang baca biodata tokoh-tokoh yang berjaya kat dunia ni..mereka pun tak mudah kecapi kejayaan. Dan tak pernah berhenti. Manusia tak akan puas.

Kita tak tahu nasib kita macam mana lagi. Kalau kata nak kaya, hidup senang esok-esok…masuk Universiti pun belum jaminan masa depan.

Bila kita dah tak berapa muda lagi ni, kita renung diri sendiri, lihat apa kita dah capai? tengok sekeliling kita, kawan-kawan difacebook, nasib orang tak sama. Ada yang kita rasa jauh lagi bodoh dari kita, dah capai kejayaan besar. Ada yang pandai dari kita, hidup biasa-biasa.

 Semalam anak buah aku bagi tahu dia nak masuk matrik. Insyallah akhir bulan ni daftar.

Apa yang penting, usaha dan doa. Bersyukur dengan kehidupan kita. Sungguh-sungguh...kalau tak kita hanya rasa sesal.

12 ulasan:

  1. Anak bongsu acik tahun 2013 spm..dia tak mau metrik katanya..dia tau kemampuan dia belajar dia kata..acik ikutkan je..Alhamdulillah dah nak habis pun sem2 diploma dia

    BalasPadam
  2. betullah . org yg kaya tu pun kena kerja juga utk maintain kekayaannya . mrk pun ada hutang juga . lagi besar jumlahnya dari kita . selagi belum pencen lah kan ... universiti itu utk cari ilmu ... alam selepas itu adalah belajar bagaimana nak teruskan kehidupan dan mencapai impian ... selalunya org umur mcm kita ni je yg fikir mcm tu sbb dah lalui byk perkara dan kejadian ...

    BalasPadam
  3. baru tadi attend kusus,kata penceramah..kajian kt us nuu buat mengatakan yg org kaya n berjaya kepandaian dok no 20tau..maknanya org yg berjaya ni bukanlah sbb akademiknya pandai..nti klu rajin sy share kt blog intipati ceramah.huhu..

    BalasPadam
  4. Selagi hidup selagi tuh la kite akan rase letih...hilang letih bile tido..tp kalau tido terlebih pun boleh jadik letih..aku dulu belajar amek course IT..bile tang keje xde kene mengena langsung ngan course yg aku amek..kalau suruh aku wat programming skang nie boleh kejung otak aku..

    BalasPadam
  5. kena tempuhlah kalau nak dpt ilmu..dn ilmu itu kena ada usaha doa dn tawakal.

    BalasPadam
  6. Knock knock... Ketuk pintu datang sembang kat sini...

    Prosedur masuk U budak2 zaman skrang saya pun tak berapa khatam..
    Tahun lepas ada adik yg baru lepas SPM...
    Tak pandai nak masuk campur, jadi kakak dia yang umur tak jauh beza yang tolong beri suggestion...
    Nasib baik masih ada adik yang dah biasa dgn sistem skrang yg agak complicated!

    Math ni sebenarnya banyak cabangnya.. Macam saya dulu, ada pensyarah tanya... Naper awak tak amik medic? Buat rugi jer dapat result elok tapi amik matematik... Hah, gitu persepsi orang bila kita ambil course Math... Tapi bila dah minat tu, memang kita belajar dgn hati yg riang.. Dah tak sangka hingga ke pringkat paling tinggi... Orang kat Math susah, tapi bagi kita "Boleh la"

    Satu jer saya selalu beri saranan kat adik2.. Make sure pilih bidang yg kita minat :)

    BalasPadam
  7. dulu adik2 akak ssemuapun akak yang tolong pilihkan..
    nasib ok .. kot idak susah gak yerk..
    tapi tuler kita tengok kawan2 kita dulu masa sekolah tak pandai tapi hidup lebih hebat lagi..
    semuanya kena usaha.. masuk uni bukanlah kejayaan tertinggi...

    BalasPadam
  8. Hrap2 pilihan dia itu yg terbaik utknya.

    BalasPadam
  9. All the best to ur anak buah... takper, yang penting semua tu ilmu, belajar la selagi boleh. Kami pun rindu jugak.. i pun jarang2 sangat cek blog.

    BalasPadam
  10. Yang penting bukan hanya akal yang pandai je, PB. Kalau ikut akal pandai, mahu I ni dah jadi surgeon tau. Tapi, niat mahu betul, wawasan mahu ada dan yang paling penting, rajin berusaha. Kalau pandai pun tapi tak rajin berusaha, memanglah tak ke mana. Bila dah sampai umur macam kita-kita, tak payahlah nak buat perbandingan ketebalan poket masing-masing. Nanti ada yang pilu di hati. Hidup sekadarnya asalkan tak berhutang. Kalau dapat keluarga bahagia, hidup bersederhana lagi best :)

    BalasPadam
  11. moga dapatlah apa yang dia mahukan..
    engineering, sama cam saya juga..walaupon takat dip

    BalasPadam
  12. Assalam PB,
    Alhamdulillah
    yang penting usaha doa & tawakal kan3 :) good luck untuk anak sedara uols k

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...