Inquiry: petakbunga@gmail.com

20150826

Bertukang buat rak untuk bilik stor

Sambil-sambil sapu habuk kat blok, aku berazam nak kemas sekali bilik stor rumah kami. Tahulah bilik stor tempat sembunyi dan sorok segala benda biar rumah pura-pura kemas. Hik.


Jadi hari tu, selepas beberapa lama bini ni merajuk maka my tok laki merajinkan diri membuat rak special untuk bini kesayangan ni. Iya lah, mana aku tak merajuk..aku tempah rak ni sebelum puasa lagi, tangguh-tangguh sampai lepas raya. Orang beli perabot mesti nak pakai rayakan? Aku nak beli rak kat Giant hari tu dia kata tak kukuhlah..mahal lah.. ah.

Bila tengok orang laki bertukang, rasa hensem betul..haha..ha.. boleh gitu, rasa jatuh cinta. 
Oh, my men.
Proses membuat rak ni bukan main lama tau, sebab banyak sangat ganguan. Sekejap jiran bawa parang patah la, cangkul tercabutlah.. minta tolong welding balik. Haha..


Tok laki tunjuk dulu macam mana nak cat besi ni. Lepas tu aku buat, masa ni Luth tengah tidur. Senang betul kerja. Lepas tu dia bangun, tapi dia tak kacau pun..bagus sangat Luth. Tengok je, sambil makan ais cream nga mak dia.

Nanti aku tunjuk hasil rak ni. Laki aku cadang nak buat dua, besi, kayu beli untuk 2 rak kononnya barang banyak sangat. Tapi bila dah bawak masuk dalam bilik, oh.. dah cukup, bilik pun dah penuh. 



9 ulasan:

  1. seronok kalau boleh diy sendiri...

    BalasPadam
  2. Oh my!!!! hahahaha caya lah.
    Pssttt nak mengadu domba kat sini boleh? Tu la u lama sangat hilang I pun hilang tempat mengadu, I kan, weekend baru2 ni.. tok laki cuci la those places yang I tak mampu buat like cuci tingkap cuci bawah katil (sebab kena alih and berat I tak mampu buat), but then dalam proses mencuci selenggara dia tu, bahan2 yang dipakai merata dia cari and letak balik, ini sangat mengganggu gugat tahap iman sabarku sebab I tak boleh kalau orang ambik barang tak letak balik tempat dia (yes I am over reacting pasal ni, but thats just me, dari kecik lagi perangai lagu ni)... and.. I saje rsepahkan bilik stor nak prove to my tok laki yang tak best nya perbuatan beliau itu (walhal tak selerak mana pun stor tu, I yang sengaja selerakkan) and then sampai ke hari ini masuk 4 hari still I tak kemas and sakittttt hati sakitttt mata I, tapi nak biarkan jer. And... rasanya berat I turun 2 kg ni susah hati punya pasal hahahaha. mak ai panjangnya komentar. copy paste letak kat blog sendiri la.

    BalasPadam
  3. jimat kalau buat sendiri

    BalasPadam
  4. memang jimat kalau buat sendiri kan

    Maisarah singgah dari Blog MaisarahSidi.com :)

    BalasPadam
  5. laki aku pun kata rak2 kat giant tu macam2.. tapi tak siap2 rak aku.. aku order dari awal tahun ko tau.. hahaha

    BalasPadam
  6. Laki kita beli juga rak kat giant. Sebab nak buat rak dia bukan pro.
    Lama tak update weh..mana muka luth?

    BalasPadam
  7. Untung dapat somi yang pandai bertukang kan. Kabinet dapur kat umah tu tok laki kita yang pasang. Tapi kan....tempat pemegang sampai skang tak pasang²...ppffttt....

    Jangan lupa tunjuk hasil. Mana tau boley tempah ker kan ☺

    BalasPadam
  8. phewwwitttt..bgs laki ko reti nak bertukang..laki aku kalau cantum2 rak ikea, mmg die champion la..wahahahaha...

    mana hasilnye..aku dh joyah nak nengok dh nie..

    BalasPadam
  9. Senanglah ada laki yg pandai buat kerja welding ni....sure rumah banyak perabot besi haha....
    Untung kalau meniaga welding ni kan PB .

    Lupa nak tanya khabar tempat kerja baru? Ok?

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...