Inquiry: petakbunga@gmail.com

20150826

Tukar Ringgit yang Susut Nilai

Assalamualaikum,

Susah betul nak susun ayat bila lama sangat tak menulis. Hilang skill mengarang, tulis-tulis, padam. Tak tahu nak mula dari mana..

Pasal PTPTN tempoh hari, oh rupanya ramai juga yang senasib dengan aku. Apa hasil siasatan Biro Pengaduan Awam (BPA)? Aku rasa tak ada apa diaorang siasat pun, diaorang forward je surat aku kat PTPTN. Kemudian, PTPTN mengulang balik cerita sama. Apa yang aku dapat cuma mungkin sedikit kekalutan dari pihak mereka. Nak salahkan pegawai-pegawai mereka pun.. takat boleh tadah telinga. Takat itu je kuasa mereka. Tahulah keadaan sekarang ni, mana yang boleh cari duit..cari juga.

Sekarang aku dah buat penstrukturan balik dah. Pasal CCRIS tu, aku tak tahu lagi macam mana cerita. Rasa malas dan bosan. Rumah pun malas dah nak fikir. Nanti-nanti reda sikit, kalau ada rezeki usahakan balik.

Oleh kerana target kami untuk sediakan duit muka nak beli rumah hari tu dah tercapai tetapi rumah nya tak dapat. Rasa macam dah tak ada semangat nak buat saving lagi. Tambah lagi tengok perkembangan duit ringgit kita ni. Setiap hari tengok graph yang makin naik. Makin naik jurang bandingan ringgit dengan duit luar. Nilainya makin jatuh. Esok-esok kita bawak duit beribu-ribu nak beli nasi lemak pagi.

Jadi, aku mula belajar-belajar sikit-sikit pasal EMAS.


Ini lah rupanya bar gold pertama aku, seberat 5g. Dapat gaji nanti, ada rezeki boleh tambah simpanan.


Nak cerita detail tak ada pengalaman lagi. Insyallah dah pandai sikit lagi aku story sikit-skit. Tetapi kalau sama-sama nak belajar dengan aku, boleh je kalau nak contact aku.. nanti aku refer kat stokis emas ni, jiran sebelah rumah aku je.

Aku beli malam ahad 23 August 2015. Harga dia RM170 segram. Aku bagi duit dulu, sebab barang tu tak ada kat tangan dia, dia bagi kat aku malam esoknya hari Isnin. Aku dapat tahu petang Isnin tu dalam pukul 5.30 petang harga emas naik lagi, RM5 segram. Sebenarnya, bukan harga emas yang naik banyak sangat… tetapi duit Malaysia yang dah jatuh dan jatuh lagi.

Itu jelah aku nak share. Fikir-fikirlah... Kalau serius nak tahu, nak beli,  boleh email aku petakbunga@gmail.com nanti aku bagi contact number aku. Kita cerita-cerita, sama-sama belajar. Aku duk area Rawang, kalau korang duk sekitar ni..insyallah kita kita boleh jumpa, sama-sama belajar simpan emas pula.



5 ulasan:

  1. moga ramai yg celik psl emas.. tp jgn smbrgn tkut tertipu =)

    BalasPadam
  2. takut nak tengok atau tahu RM kita jadi apa.. huhuhu..

    BalasPadam
  3. Betul utk masa ini pembelian dan pelaburan emas yg masih belum terjejas walau ada naik/turun.

    BalasPadam
  4. I teringin jugak nak beli emas ni, tapi langsung tak tau modus operandi dia macam mana.

    BalasPadam
  5. Banyak dengar orang bercerita tapi tak berani nak mencuba. Ingatkan nak beli barang kemas banyak-banyak :)

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...