Inquiry: petakbunga@gmail.com

20150903

Kebun setaman

Inilah kawasan yang aku cerita tempat laki aku selalu menjala dulu-dulu. Kat lombong kawasan rumah kita orang juga. Sekarang ni, tepi-tepi lombang ni dah jadi kebun setaman.. atau lebih tepat kebun milik lorong kami. Mereka terutamanya kaum-kaum bapa berpakat mengusahakan kebun ini. Keluar modal sikit-sikit untuk tarik air naik dan menanam.

Sekarang lakiku dah tak menjala, hobi barunya mengail. Sejak beralih hobi ni, hasilnya jarang. Sudahlah bermodal.


Entah semaian apa ni. Aku tak pernah lagi tengok laki aku sama-sama mengusahakan kebun ni.. rasanya keluar modal je kot. Laki aku tau menjala je.


Suka juga ada kebun gini.





Hasilnya bermusim, bila musim petik pisang..selorong jiran makan pisang.
Begitulah juga sayur-sayur

Muafakat mereka.




15 ulasan:

  1. macam menarik jugak ni..berbudi pada tanah pasti ada hasilnya :)

    BalasPadam
  2. Bestnya tengok pisang tu....syoknya tgk hasil tanaman sendiri..

    BalasPadam
  3. bagus la kalau geng setaman-selorong, berkehendak yang sama..

    OK jgk buat mcm ni kan, drpd terbiar lalang semak-samun, lebih baik bercucuk-tanam..
    menanam mcm ni, selain mencantikkan pemandangan, dapat juga merasa hasilnya..

    BalasPadam
  4. omg seronoknya... ini kalau la dapat kat laki eden, mau tak balik rumah, mau dia berpondok kat situ siang malam hahaha.

    BalasPadam
  5. Bestnya. Hasil tanaman dikongsi dgn jiran setaman ☺

    BalasPadam
  6. Muafakatlah jiran setaman buat macam ini. Untung juga PB, ada hasil dikongsi bersama. Oh, sekarang dah mengail pulak, nehi menjala-jala lagi yerk!

    BalasPadam
  7. bestnye wehhh..suke aku tgk kebun2 nie..lagi2 kalau ade hasil..

    BalasPadam
  8. Betul sepakat muafakat..hasil dikongsi bersama tu yg kita mau.hehe

    BalasPadam
  9. sonoknya cam tu PB
    sikit sama sikit, banyak sama banyak
    memang muafakat sungguh tu
    bukan senang nak cari jiran camtu zaman sekarang ni

    BalasPadam
  10. Awok ni sbnrnya duduk kat mana siap ada lombong kat tepi rumah? Seronoknya duduk kawasan gini. Tenang je mata tgk hijau2. Udara pun mesti le nyaman ye dok.

    BalasPadam
  11. best jugak cam ni..sama-sama berpenat lelah..sama-sama dapat hasilnya..
    teringin nak ada kebun..berangan jelah..huhu..:)

    BalasPadam
  12. seronok nya lah bila ada mcam ni dekat rumah..cuaca pun mesti sejuk sllu... sama2 berpenat, nti hasilnya pn di nikmati bersama.... :)

    BalasPadam
  13. Seronok bila menuai hasilnya kan PB..

    BalasPadam
  14. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    BalasPadam
  15. muafakat membawa berkat..

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...