Inquiry: petakbunga@gmail.com

20150128

Campak kah?

Hari pertama aku ambil cuti half day sebelah pagi. Sebab malam tu Luth tak tidur. Merengek ke pagi. Deman panas sikit. Petangnya aku bawa dia pergi klinik. Muntah sekali. Doktor periksa dalam tekak, test-test sikit bagi ubat. Balik makan ubat dengan susah payah. Payah sungguh nak telan ubat, pancut dalam mulut.


Esoknya aku pergi kerja. Laki aku pula ambil halfday. Deman makin teruk. Makan minum dah tak selera. Main pun dah tak larat. Menangis je. Mujurlah tok dia jaga, kalau orang lain dah tak larat.

Lusanya, aku cancel meeting. Emergency leave lagi aku. Bawa Luth ke klinik kerajaan pula. Kali ni aku rasa puas hati, rasa Luth diberi perhatian sungguh.

Lepas daftar, misi periksa badan dia ambil suhu semua... langsung suruh ke bilik emergency. Kat situ, diaorang bagi kami ubat suruh ayah dia sumbat kat bontok. Kali pertama ayah dia, tak reti sangat. Lepas tu, terus tunggu ambil darah. Aku tak reti pegang anak, Luth lawan nga misi nak ambil darah. Sudahnya darah sikit sangat dapat. Itu pun meraung-raung menangisnya. Dapat result, jumpa doktor. Doktor nak buat lagi ujian darah.
Suspect denggi!

Ambil lagi sekali darah, pasal darah tadi tak cukup. Meraung lagi.

Alhamdulillah, denggi negatif. Tapi, esoknya kena buat check up kat hospital pula.

Balik rumah hari tu, dia betul-betul lembik. Agaknya kesan ubat bontok tu. Tengah malam tu baru nampak sihat sikit.
Bangun pagi esok, deman lagi..

Hari keempat deman. Ambil darah lagi. Luluh hati mak ni. Doktor cakap semuanya baik. Cuma nak monitor dia, tekanan darah makin rendah. Esok doktor nak ambil darah lagi.

Esoknya Luth makin baik. Deman dah hilang. Syukur sangat. Aku tak pergi appoiment doktor. Kesian tau.
Tapi...

Aku baru perasan, kulit dia bertompok merah. Lakiku cakap, mungkin kena campak. Dush, campak? Aku tak ada pengalaman budak kena campak. Gabra mak ni.
Stop ubat!

2 hari dah makin hilang tompok tu...
Campak ke?

Alergik ubat kah.

20150112

Boikot MILO



Wan Payed: hahaha..

Wan Wani: pehal kau gelak?

Wan Payed: milo rm2 segelas

Wan Wani: so what?

Wan Payed: baik minum petro.


#rm1.91.ron95.sumberWhatupGroupFamily

20150109

Aku izin dia kawin lain dengan syarat...

Ada waktu ketika itu aku sangat-sangat susah nak bangun dari kerusi. Anak kecil nak berkepit, nyut-nyut sambil layan perasaan. Mata melayan tv, sekejap-sekejap tengok anak menetek. 
Tiba-tiba, nampak kuku dia panjang, masa ni lah teringat nak potong. Masa lain sangat sibuk.

Lalu aku minta tolong laki ambil pemotong kuku nak potong kuku anak.

....

Senyap, buat-buat tak tahu. Lakiku jua.



Maka tawaran terbaik...
Kalau abang tolong ambil 'potong kuku' boleh nikah 2.

Malas eh, jawab lakiku bersahaja.. Padahal dah berapa hari asyik duk gurau tak kelakar dengan aku pasal nak kahwin lain. Siap orang nak ngorat dia tu. 

20150105

Aku tanya apa khabar?

Luth kesayangan hamba tak berapa sihat lagi. Hidung beringus, batuk, mulutnya aduh-aduh bila kena kurung. Ini budak jenis kaki jalan, keturunan pak dia. Asal duk rumah lagak macam orang sakit, deman teruk sungguh. Kalau boleh keluar dari rumah, terus lupa sakit..perangai anak cerdik sungguh.

Sekeping gambar budak deman melayan yahanana sambil minum air madu kurma sebiji. 45 kali sehari tengok pun tak apa. Pak dia rakam dari tv.

Cuti dah ambil, fikir-fikir, cancel je lah. Tak pasal-pasal balik kampung, jalan jauh jadi lain pula. Biar dia betul-betul sihat dulu. 

Orang kampung pun khabarnya baik-baik belaka dah. Ayah cakap, duit je tak berapa baik. Iyalah, lama dah tak dapat menoreh. Ada bantuan maggi sebungkus katanya dia dapat. Rumah tak naik air, tak ada apa sangat nak dibantu...uh agaklah. Tak apalah, syukur semuanya selamat belaka.

Psst.. suka aku isi minyak semalam, wah hampir penuh tangki aku..haha...

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...