Inquiry: petakbunga@gmail.com

20150428

Strawberry Genting Highland

Ini cerita minggu sudah-sudah. Cerita berjalan-jalan kat belakang rumah. Dulu masa kali pertama pergi, tak kena bayar lagi. Pergi kali ni dah kena bayar. Tetapi puas hati jugalah.

Berbaloi dengan bayaran sikit. Ada penambahbaikan.

 

Kali ni aku berpeluang petik strawberry sendiri. Hari tu datang strawberry kecil secoit tak kuasa nak memetik. Beli je terus yang dah packing.

My tok laki tanya berapa sekilo ni? Ceh, kilo tu? Hambik kau, aku terpetik setengah kilo…haha..


Sebiji petik, telan terus budak kecil tu. Lepas tu, Bangla tukang jaga tak bagi Luth masuk, takut rosak habis pokok dia. Setahun tak berbuah nanti.

Belum sempat keluar dari ladang strawberry ni, dah habis budak ni makan suku kilo strawberry. High maintenance budak kecil ni. Lain kali aku ajar makan tomato sudah. Low cost sikit.

Tak ada pulak gambar petik strawberry. eh.


Petik bunga, eh... bukan tak sempat petik. Luth cium je ye.


Banyak masa berlari-lari ke sana, ke sini..


Ada orang ambil gambar kat gelongnsur ni, tapi tak bagi anak dia duduk. Kotor tau.. tapi anak aku tapi apa tahu.


Malaysia hot.


Oh my God.


Okey, cerita Genting Higland belakang rumah.

20150427

Apa yang budak umur 2 tahun belajar di tadika?

Sudah lebih sebulan kami hantar Luth ke tadika. Aku rasa tindakan yang kami ambil ni sangat wajar. Hari ini, Tok Ma Luth pun dah balik ke rumah kami dan Luth masih kami hantar ke tadika. Niat nya, mungkin sampai bila-bila. Maksudnya sampai dia betul-betul sekolah ke apa. Atau ada perancangan seterusnya.

Perkembangan Luth selepas lebih sebulan sekolah tadika.

ABCDEFG tak habis-habis. Hi,hi, tak ada sambungan dari sebelum dan selepas hantar tadika. One, two, 3, 4 sampai seven je. Satu, tiga, empat, lima.. nombor dua masih hilang entah ke mana. Alif, ba, ta, sa, ya..hamzah terus. Suka hati dia je… Comel. Sembahyang pun tunggang terbalik ikut mood. Comel juga.

Bila hari-hari minggu, apa yang seronok mak-mak bekerja ni adalah dapat bersantai-santai kat rumah dengan anak. Kalau boleh pergi jalan lagi seronok. Tetapi tak boleh selalu, sebab rumah memang jarang terurus hari-hari biasa. Hari minggu memang banyak kerja. Tak payah bayangkan rumah aku macam mana. bersih sungguh.

Sambil aku berkemas, masa itu juga Luth berkemas.


Ni gambar semalam. Aku sedang sapu habuk, sampah kat depan rumah, bila aku pandang belakang, tiba-tiba Luth buat aku gembira. Dia sedang menyusun semua kasut-kasut yang bersepah.

‘Mesti belajar kat tadika ni. Ada juga benda yang dia belajar sebulan, 2 ni..’ Bangga aku.



Aku suruh Luth pose gambar comel sekeping. Luth kan budak rajin. Macam mak dia.


Tak lama kemudian..




Aku rasa Luth sedang jemur kasut.
Sebelum hujan. Semalam tak hujan, mendung je. 

20150424

Hari Istimewa

Bukan semua orang tetapi ramai yang jenis macam ni. Penat sungguh jadi orang perempuan ni. Pergi kerja, balik kerja rumah urus rumah tangga lagi. Kerja macam tak habis-habis. Lepas tu, itu ini..sibuk.

Benda yang penting pun kadang-kadang tak berapa nak masuk kepala otak ni. Sebagai contoh hari istimewa teman lelaki ku kadang boleh terlupa. Sebenarnya aku tak lupa, cuma konfius sikit pasal aku ingat hari ni. Hari ini birthday celebration dan hari kanak-kanak tadika Luth.

Pagi semalam bila aku buka fb, ada notification birthday teman lelaki aku. Ooo..
Cepat-cepat whatup wish birthday, kekonon pagi tadi tak sempat nak wish selamat..Okaloh.

Ini kek celebration birthday kat kilang aku semalam untuk birthday anak April. 

Balik kerja semalam beli 1 kek untuk teman lelaki kesayangan hamba.

Selamat hari lahir abang. 

Walaupun 3 beranak makan kek dengan banyak tetapi isteri solehah tetap kena masak nasi. Entah macam mana, gelas boleh jatuh berderai.Jari kakiku luka, darah memancut macam sos cili. Cepat-cepat ku khabarkan kat suami tercinta. Tunjuk jariku. 

'Dah sapu tak? Nanti kena Luth. Panggil Luth cepat.'

Aku letak minyak, sambung masak. 
Tak ada adegan teman lelaki merawat lukaku. Hari tak boleh sentap. Sekian.

20150408

Petua kecantikan dari ustazah Nurhafizah Musa

Ustazah Nurhafizah bercerita perihal seorang doktor yang mengamalkan pemakanan sunah untuk menjaga kesihatan dan kecantikan beliau. Kehidupan seorang doktor yang sentiasa sibuk tetapi masih mampu mengekalkan kecantikan dan kesihatan boleh diambil contoh.


1. Bangun tidur, minum air suam. Kalau dapat lebih kurang 1 botol dan suku botol mineral kecil tu.

2. Ambil 1 sudu minyak zaitun.

3. 2 sudu pati delima.

Minyak kelapa dara ni kali pertama aku guna. 5 bintang aku bagi. Serba guna. Minum, sapu semua boleh. Kalau sapu, rasa best je... minyak cepat terserap, lepas tu rasa lembut. Sapu kat rambut Luth juga biar lebat.. huhu

4. Campurkan segelas air suam dengan madu, habatul sauda, minyak kelapa dara dan zafaran. Selawat jangan lupa.

Aku cerita kat sepupu aku pemakan sunnah ustazah ni, sepupu aku cadang Qaseh gold ni. Kandungannya pun pemakanan sunnah. Untuk otak dan  mengelakan selesema anak. Tetapi Luth tak berapa gemar. Kena paksa sikit, jadi aku juga ambil. Lagipun aku menyusu lagi. Mengikut, jurujualnya..untuk ibu mengandung pun bagus.


5. Biarkan perut berehat 2 jam.

6. Makan sarapan.

7. Lepas makan sarapan, ambil cuka tamar untuk detox. Dia buang benda-benda kotor yang kita makan.

8. Amal kulit kayu manis ganti makan jajang tak berfaedah. Buat gigit-gigit. Boleh beli di Indonesia yang asli betul.

Aku sekarang selalu sakit pinggan, jadi aku cuba yang ni. Belum rasa sangat lagi keberkesanannya. Iya, tak ada benda yang ajaib sangat. Tetapi aku teruskan pengambilannya. Tak boleh ambil masa period dan mengandung.

9. Kacip fatimah herba yang baik untuk kesegaran tubuh wanita juga baik untuk diamalkan.



Kalau ikut semua yang ustazah cadangkan ni, boleh tahan juga banyak yang kena ambil. Tetapi yang penting, jaga makan. Makan benda yang baik.


20150407

Rutin mak bekerja

Setiap malam macam biasa aku akan persiapkan kelengkapan tadika Luth. Aku sediakan 2 pasang baju dan 3 helai lampin.
. Kain tuala bawa hari isnin, tinggal sampai hari jumaat. Susu, bantal dan botol air, botol susu bawa hari pertama daftar. Susu, cikgu cakap dah habis nanti dia beritahu. 

Kat tadika Luth kurang minum susu sangat. Kalau suruh habis susu dia tolak. Sekarang agaknya cikgu dia dah kurangkan buat susu. Tetapi bila balik rumah macam kebuluran pula. Belum buka pagar rumah dah minta air-air. Lepas tu mengamuk nak air, nak susu.

Bag percuma drypers yang aku nak simpan untuk Luth sekolah berguna akhirnya.


Semalam Magrib lagi Luth dah tidur. Aku ingat dia mengantuk sangat pasal paginya dia kena bangun awal. Itulah pasal hari minggu tidur lewat.

Bila Luth tidur awal, aku rasa sunyi-sunyi sungguh. Aloh berapa jam je sehari aku habiskan dengan anak ni, sekejap lagi sedar-sedar dia dah besar...

20150406

Landskap depan rumah

Setelah entah berapa lama aku tak ingat, minggu ni aku sempat jenguk laman sekangkang kera kat depan rumah ni. 

Sejuk, hijau je mata memandang landskap depan rumah aku ni. Aku buat konsep, 'Go to green with rumput rampai' ' kira ada kelainan lah sikit. Kalau ma aku ada, mesti dia dah tukar laman konsep gurun sahara.


Petang tu, lepas puas tidur tengah hari dan ayah dia pergi kerja OT. Aku kejut Luth bangun mulakan operasi. Luth kalau buat-buat kerja macam mengemas ni selalu on je. 

Habis dia kemas, pokok-pokok bunga dan lada sekali. Mungkin Luth masik keliru membezakan konsep landskap baru ni..

Mak minta nak ambil gambar buat modal update blog pun tak sempat nak buat piss.


Aku dah masukkan sisa rumput-rampai dalam tong ni. Rai, kalau kau nak aku boleh supply raw mat untuk kompos kau? Ni baru sikit, penat dah aku. 

Nanti aku sambung kemas minggu depan, kalau rajin..

20150403

Bila mak tua jangan hantar mak rumah orang tua

Lama juga aku tak bercerita pasal anak bujang aku. Untuk pengetahuan semua rakan old blogger aku yang belum aku bagi tahu lagi… Luth dah bersekolah sekarang ni. Rasa dah tua. Okey, sila jangan terasa kawan-kawan. Korang muda, aku yang kahwin lewat dan feeling muda selalu.

Berbalik pasal nak bercerita keterujaan anak aku yang dah bersekolah tadika. Kenapa suku tahun, tiba-tiba hantar Luth tadika pulak. Sebelum ni kan, ma aku yang tolang jaga Luth. Bukan dia dah tak nak jaga tahu.. Sebenarnya, baru-baru ni ma balik kampung, kenduri anak saudaranya. Alang-alang tak ada sapa nak jaga, aku pun susah sikit nak cuti sekarang, nak cuba hantar jiran lagi pun rasa dah serik… kami buat keputusan cuba hantar Luth tadika. Ma pun boleh balik kampung puas-puas, dah puas bila-bila masa boleh datang balik rumah kami.

Hari pertama hantar tadika, langsung tak menangis kena tinggal. Terus je ikut kawan sebaya dia. Gembira sungguh aku... tapi,

Hari kedua dan seterusnya berlangsung seminggu, hari-hari menangis. Asal berhenti kereta depan tadika terus menangis. Aku pun emo lebih, feeling sedih sungguh pergi kerja hari-hari tu. Sambil dalam otak fikir nak berhenti kerja.

Dan selepas masuk minggu ketiga sekarang ni, Luth nampak sudah mula menyesuaikan diri. Asal balik, tetap menangis bila nampak aku. 

gambar lama, sekarang makin hensem..hahaha

Kalau boleh semua mak yang bekerja ni nak teman anak dia sehari-hari kat rumah. Betul tak?

20150401

Top up 6%

Hari ni 1 April. Cerita apa lagi yang paling hot kalau tak pasal GST kan? Aku pun dah terkena pagi ni. Pagi tadi topup tepon rm10 dengan CIMB click kena 10.60. Nyesal tak top up semalam kan? Padahal sebelum ni tepon aku jarang pun aku top up. Hari ni tiba-tiba nak kena top up pula. Aku ada back up post-paid internet data buat main tenet. Sebelum ni cerita, topup tak kena GST. Tipu, tipu! Benci, benci.

Okeylah, cerita pun tak guna. Hidup kena diteruskan. Ha, ha, ketawa sendu.





Wah hebat jadi blogger ni. Satu bulan, satu entry seciput.



Gaya blogger kuburan memang begini.

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...