Inquiry: petakbunga@gmail.com

20160405

Cerita Pasal Rumah-rumah

Kami masih tinggal dirumah lama. Masih menyewa. Sedih betul tahu.

Aku saja tanya tuan rumah, nak jual tak..senyap ke sudah. Tidok lah tu. Kalau nak jual, mahu diletak harga mampu sengih je kami. Bini tuan rumah cerita, rumah ni dia beli rumah lelong. Masa hari lelong, dia sorang je yang bida..sebab tak ada orang lain, terpaksalah kena ambil juga. Memang rezeki mereka, beli dengan separuh harga asal dan sekarang kalau jual 3 kali ganda pun, berebut orang nak. Sekarang rumah sewa tuan rumah kami kat kawasan ni je ada 3 buah. Cukup untuk tiga orang anak mereka. Belum termasuk rumah yang mereka tinggal.

Rumah pertama yang aku nak beli.. pernah cerita sebelum ni. 3,4 kali dah deal ..alih-alih cakap tak nak jual. Paling tak tahan, sekarang baru kami tahu, dia sebenarnya nak jual kat orang lain. Katanya kami banyak songeh. Allah je tahu.

Rumah kedua, dah hantar borang kat bank..tinggal geran je belum submit, bila minta dengan tuan rumah alih-alih cakap tak jadi jual. Ekonomi tahun ni tak berapa baik. Boleh gitu?


 Seronok  jadi budak-budak kan. Macam tak ada masalah, eh tapi kenapa Luth Kuat menangis? Ada banyak juga yang tak seronok kot jadi budak.

Tak apalah, menyewalah sampai tua. Nanti dah tua, balik kampung buat banglo dengan duit kwsp seciput. Tebanglah pokok-pokok getah tu buat rumah, harga getah pun bukannya mahal. Tukar tayar kereta, ke main mahal. Orang jual getah sekerat kena main murahnya.

9 ulasan:

  1. Tak pe PB....simpan duit jer dulu, nanti duit dah berkepul kepul terus beli banglo, baru terkejut tuan rumah yg tak mo jual rumah tu....

    Cuva tanya Hud tu best tak jadi budak kecik

    BalasPadam
  2. Eh silap nama pulak..... Luthhh

    BalasPadam
    Balasan
    1. nanti luth ada adik.. buh Hud plk. cop dah tu nama

      Padam
  3. Saya menyewa hampir 18 tahun baru dapat beli rumah sendiri. Tu pun rumah semi kerajaan dapatlah rumah murah sikit. Masa duk menyewa dulu beberapa kali minta nak beli kat tuan rumah sebab selesa sangat duk di rumah kampung mcm tu,lagipun dia banyak rumah.Masuk dgn rumah sewa ada 8 buah. Tapi itulah...tuan rumah ckp bahagian anak2 dia. Bila kedua tuan rumah meninggal. kampung jadi sepi sorang anaknya pun tak balik duk disitu.

    BalasPadam
  4. inshaAllah...moga ada rezeki untuk ada rumah sendiri.

    akak ni pun tak tahu bila nak duduk rumah sendiri, loan dah bayar rumah tak boleh masuk lagi huhuhu

    BalasPadam
  5. mungkin akan dapat rumah yang lebih baik dari itu ;) saya dulu pon dok menyewa 6 tahun ...pas tue tuan rumah naikkan sewa , seposen pon tokleh kurang , tue yang saya pulun pi cari rumah , tak kisah ler kecik pon , janji rumah sendiri ..semoga PB akan dapat rezeki yang lebih lagiii

    BalasPadam
  6. Kami pun menyewa juga. Tak belilah Rumah kat bandar

    BalasPadam
  7. sabarlah PB, mungkin belum rezeki lagi tu utk berumah sendiri..sementara tu nanti cari2lah rumah idaman yer..

    BalasPadam
  8. Ada khidmat tu, PB. Mana tau nanti dapat rumah banglo. Baru ternganga tuan rumah yang kekwat tu. Tapi, adakah dia peduli? Hehehe...

    Hari tu I balik kampung, tengok semua rumah besar-besar belaka, orang pencen kerajaan yang buatlah tu. Jealous pulak. Kalaulah dapat buat rumah kat kampung, tentu banglo tiga tingkat boleh dapat. Tapi mana nak cari tanah. Mak tak nak jual tanah kat anak-anak sebab anak-anak ramai. Nanti ada pulak yang kecil hati!

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...