Inquiry: petakbunga@gmail.com

20160425

Hilanglan nama dari CCRIS PTPTN

Aku pernah up entry pasal PTPTN dan sampai hari ni aku masih dapat komen-komen pertanyaan,, pendapat dan dot..dot.. dari entry CCRIS dan PTPTN. Ramai juga yang senasib dengan aku.

Sudah berhutang dengan PTPTN dan wajiblah membayarnya. Itulah, dulu masa dapat perjanjian tak baca, main saing…haha… lagi pun mungkin masa tu, aku fikir lepas grade aku akan kerja besar gaji berpuluh-puluh riban… Kalau tak ada PTPTN, mungkin tak dapatlah anak orang miskin ni belajar kat Universiti. Nak gadai harta pun tak ada.. Syukur sangat. Sapa tak suruh belajar pandai-pandai, kalau pandai dapat tukar pinjaman jadi biasiswa.. untungkan.. .

Mungkin PTPTN tak sempurna pelaksanaanya, tetapi aku rasa dah banyak penambahbaikan mereka lakukan. Kalau tak salah aku, masa aku mula-mula bayar PTPTN bukan 1% macam sekarang.. bunga nya sahaja berjambak-jambak. Potong tumbuh, potong tumbuh… Langsung hutang aku bayar tak kurang.

Dalam kepala aku tak pernah terfikir tak nak bayar hutang. Walaupun aku selalu berharap ada sinar harapan hutang akan dapat dikurangkan, mana tahu dekat pilihan raya tiba-tiba kerajaan tukar polisi..hapuskan hutang ptptn…atau aku jumpa sejongkong emas..atau power gold sekeping yang aku beli tu tiba-tiba harga menjunam naik tahun-tahun depan hingga boleh habis bayar hutang PTPTN.


Alhamdulillah, last aku check dengan bank Negara, sekarang rekod hutang PTPTN dalam CCRIS dah hilang terus.

Tak adalah aku mampu lagi nak bayar perabis hutang tu, atas sebab-sebab di atas jauh dari kenyataan.
Sepupu aku dah keluar akaun 2 KWSP untuk settle hutang Diploma, katanya boleh tumpu kat akaun Degree je. Bagus jugak, lagipun hutang Diploma dia tak banyak sangat, sebab seingat aku dia memang tak dapat full loan. Aku tak berhasrat nak keluar KWSP sebab target aku yang tu untuk rumah. Aku mampu lagi..
Ni apa yang aku dah lalui.

  1. Aku buat komplen kat pegawai PTPTN. Aku korek cari direct no phone pegawai PTPTN sebab bila call customer services jawapan yang aku nak tak dapat.
  2. Kalau nak senang, pergi sendiri kat kaunter PTPTN, tetapi masa tu aku baru sangat tukar kerja..aku tak nak cuti.
  3. Then, dia explain system PTPTN yang aku rasa memang worst. Bayar ikut no ic tapi macam mana boleh 1 akaun kena CCRIS, satu akaun oeky je…Aku tak salahkan pegawai tu, sebab dia tetap tolong settlekan..
  4. Aku kena bayar RM1000, duit tu jangan risau dipotong duit pinjaman kita. Bukan makan kat dia.
  5. Then, buat penstrukturan balik. Semak kelayakan berapa boleh potong setiap bulan dan berapa kita mampu.. Ada percent berapa minimum yang boleh kita bayar dari gaji aku. Aku ambil lebih sikit sebab tak nak interest tinggi sangat lagipun aku tak ada banyak komitment. Harap nak settle cepat je..
  6. Semua dokumen buat online je..tetapi atas sebab-sebab tertentu dokumen dipulangkan tak sampai pula kat tangan pegawai tu. Then, kena buat balik.
  7. Masa tu aku dapat tahu kaunter PTPTN dah dibuka kat Rawang. Hari Sabtu Ahad pulak tu.. then, pegawai PTPTN tu refer kat pegawai kat Rawang. So, aku settle dengan pegawai kat Rawang.
  8. Setiap bulan kalau ada lebih aku cuba bayar lebih juga. Harap dapat settle cepat-cepat hutang ni.


Hutang wajib dibayar. Kita buat tanggungjawab kita. Yang lain, biarlah…

Allah kan ada.

19 ulasan:

  1. Leganya bila baca Allah kan ada.. Alhamdulillah

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah, CCRIs dah clear :)
    Ramai juga kwn2 saya yg keluarkan KWSP utk langsaikan PTPTN ni..
    Cakap jer bunga 1%, tapi bunganya kembang berjambak jambak... huhuhu

    Zaman saya dulu MARA lagi... Tapi ada juga kawan tolak MARA sbb nak kan PTPTN... lagi byk dpt loan bernbanding MARA... huhuhu

    BalasPadam
  3. Betil tu hutang tu tanggungjawab..jangan fikir sambil kewa.yg penting ada usaha nk bayar

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah kiranya dah selesailah masalah CCRIS dek PTPTN ni. Tapi kasihanlah kat you PB sebabnya you bukan lari dari hutang. Tekun membayar tiap bulan tapi tetap kena blacklist dek CCRIS dan bukan salah kita pun.

    Zaman I takda PTPTN ni. I dulu bawah JPA. Alhamdulillah dah lama settled sebab tak kena bayar penuh pun. Zaman dulu hutang belajar pun banyak manalah lebih kurang RM16K aje kot.

    BalasPadam
  5. betul tue ;) lagi cepat abis senang nak fikir yg lain plak

    BalasPadam
  6. Lega kalau habis. Memang kalau skip bunga kembang mekar.

    BalasPadam
  7. Sekarang ni nak buat pinjaman belajar bukan main susah PB...kalau zaman mak dulu, MARA, JPA berebut nak bagi pinjam la ni....huh PTPTN pun tak dpt penuh

    BalasPadam
  8. berapa lama yer amek masa nk clear ccris nie?saya pun dah bayar 50percent dan tgh buat pengstrukturan semula..

    BalasPadam
  9. Sy pun baru nak buat penjadualan semula. Apa dokumen yg diperlukan ye? Dan juga prosedur2 lain? Nanti senang la sikit, dtg bawa semua dokumen yg diperlukan tak perlu nak cuti banyak2 kali.

    BalasPadam
  10. Salam, boleh share tak apa dokumen kena sediakan untuk buat penstrukturan semula?

    BalasPadam
    Balasan
    1. penyata gaji @ kwsp, dia nak check berapa kita kena bayar. kalau tak salah, sekurang2 nya 1% ke dr gaji..

      Padam
  11. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  12. berapa lama nama kita clear dr senarai ccris ?? kalau 6 bln ke setahun, lama jugak tu...

    BalasPadam
  13. Assalam. Nak tanya,ambil masa berapa lama ya utk clear ccris?
    Saya pun baru tau nama dh kena ccris sebab ada tunggakan. Tau pun sebab nk buat personal loan. Nama kena reject. Huhuhu..

    Dapat je tau cepat2 buat potongan kwsp. Alhamdulillah dh settle kwsp buat byrn tunggakan. So, lama tak nama kita boleh clear blk? Ikut pengalaman diri awak.
    Harap dpt membantu.

    BalasPadam
  14. Assalam. Nak tanya,ambil masa berapa lama ya utk clear ccris?
    Saya pun baru tau nama dh kena ccris sebab ada tunggakan. Tau pun sebab nk buat personal loan. Nama kena reject. Huhuhu..

    Dapat je tau cepat2 buat potongan kwsp. Alhamdulillah dh settle kwsp buat byrn tunggakan. So, lama tak nama kita boleh clear blk? Ikut pengalaman diri awak.
    Harap dpt membantu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rekod ccris setiap bulan... so, akan hilng setahun

      Padam
  15. Tanpa Nama5:09:00 PTG

    nak Tanya lepas penstrukturan semula memang wajib bayar ptptn melalui potongan gaji ke

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak.
      Saya byr sendiri dah x potong..
      Ada duit byr lebih,jngan kurang

      Padam
  16. Tanpa Nama12:35:00 PTG

    Dari pengalaman sendiri, klw ade tunggakan baiklah pegi byr!oversea xblh pegi, nak buat loan pon mmg xkan lps!loan kete sy penah direject dr sume bank gara2 sangkot ptptn wlwpon gaji saya tggi dan xde byk komitment. Jgn termkn dgn ayat manis salesman "sangkot ptptn kite bole kawtim sbb kite ade strong connection dgn bank". Ni sume ayat tipu je sbb klw ccris korg sangkot dgn ptptn nak buat ape pon mmg xblh dah!Jln penyelesaian nye sy buat full settlement bg surat clearance dr ptptn barulah bank approve.

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...