Inquiry: petakbunga@gmail.com

20160504

Pemberontakan Luth

Aku rasa bersalah dengan budak kecil ni. Sekarang selalu deman, selalu sakit. Kadang, deman-deman pun kena pergi taska sebab mak ayah sibuk kerja. ya Allah, ampun kan lah mak.


Malam bila orang nak tidur, dia buat perangai. Peragai tak nak tidur. Pagi mengantuk tak nak pergi taska. Mandikan dia, pakaikan baju.. mengamuk. Tak nak baju itu, baju ini. Baju ni buruk, nak baju Upin, nak baju Thomas...bla..ikut terlintas baju apa dia nak.

Sabar sangat dengan peragai dia sekarang ni.. Kadang rasa nak berhenti je kerja, nak jaga dia sahaja. Tapi itulah, kan aku cakap takut tak cukup belanja pulak, orang kata tak percaya dekat rezeki pulak, orang lain jadi surirumah pun cukup je... Senang cakap, perancangan Allah tu sebaiknya. Belum berkehendak lagi aku berhenti kerja. Kerja makan gaji  pun ibadah juga, tolong suami pun dapat pahala. Lagipun, industry ni masih memerlukan perempuan bekerja...cewah..

Kadang aku down, rasa macam tak pandai jaga anak.. aku baru anak sorang ni, orang lain anak 4,5 orang...boleh je handle. Tapi itulah, syukurlah ada juga intan payung sorang ni, biarlah kuat menangis, merajuk pun... ^-^ anak mak ayah juga. Mungkin mak lupa dah, dulu mak kecil-kecil pun kuat menangis kot.

Luth suruh mak lukis Batman, dia cakap.. 'samalah mak'.. 

13 ulasan:

  1. Ala sedih majuk2 ye..tu namanya nak teman berkwn..sorang2 tu yg mengada lebih tu..nak perhatian..sbb asyik kena tinggal jerkan...

    Klu kita redha ibadah yg ganjarannya berupa pahala..org lelaki klu nak ikut tugas dia ialah semua bnda pun lelaki buat..termsuk jaga anak,basuh kain semualah..kita cuma mmbntu sekadarnya saja..
    Tapi skrg org perempuan kna kerja utk bantu suami..Allahuakbar yelah redho aje.semoga Allah ampunkan dosa2 kita..

    Luth nak adik tu. .😃😃

    BalasPadam
  2. luth nak attention la mak..hehe..biasa la pb..xkisah la anak berapa pun, letih die ttp sama..aku nie pun rase mcm nak berhenti..tp laki aku xbg sebab die takut ape2 jadik kat die..at least aku ade keje ade income sendri.

    BalasPadam
  3. Best kan klo dapat jadi surirumah. Luth nak kawan tu ☺☺

    BalasPadam
  4. Sebenarnya sebab belum ada anak lebih dari satu rasa tak terbuat bila anak lebih. Tapi bila dah ada semuanya berjalan cantik. Tak percaya? cubalah tambah bagi Luth adik hihi...

    BalasPadam
  5. saya dulupun pernah henti kerja hampir 7 tahun sebab pengasuh anak tiba2 balik kg hubbynya diserang stroke. Anak saya tak mau kat org lain pula. Dah henti tak ada duit nak suka2 beli itu ini. Jadi saya buat part time job...sampai anak saya darjah 4 baru saya kerja balik.

    BalasPadam
  6. Tapi anak suka mak bekerjaya amboi aunty bagi pendapat bagi pihak anak pulak. Comel Luth nak baju pilihan sendiri, baru teringat Faiq 3 tahun pun macam ni, nak pakai baju ja lari sana sini letih jerit. baju pun punggah ambik yang suka..sabar-sabar. Sekejap ja nanti rindu moment ni. :)

    BalasPadam
  7. anak kecik macam tu la PB..cuma nak perhatian dari kita je..dah besar nanti luth jadi budak baik tu..

    BalasPadam
  8. Yg syok jaga anak sendiri tu dpt tgk pertumbuhan pembesaran perkembangan dia. Bab duit memang kena jimat2. Hehe.

    BalasPadam
  9. Itulah cabaran ibu bekerja PB..... bila anak demam. Time anak meragam. Boleh hilang sabar jugak kekadang....
    Tp kalau sabar, mmg ibu terbaik di dunia namanya....Mak? Banyak naik hantu ...haha

    BalasPadam
  10. Itulah cabaran ibu bekerja PB..... bila anak demam. Time anak meragam. Boleh hilang sabar jugak kekadang....
    Tp kalau sabar, mmg ibu terbaik di dunia namanya....Mak? Banyak naik hantu ...haha

    BalasPadam
  11. Biasalah tu, PB. Budak-budak memang macam tu. Bersabar ajelah. Itu pun ibadah juga tu menjaga anak. Kalau anak-anak buat hal bukannya apa. Allah nak menguji kesabaran kita.

    Buat hal pun, buatlah. Yang penting itulah busyuk manja mak ayahkan!

    BalasPadam
  12. lama tak dtg sini, besar dah luth
    biasalah tu anak2, kdg2 ok, kdg2 buat perangai

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...