Inquiry: petakbunga@gmail.com

20160624

Semperit Anzalna

Janji-janji cuba nak aktif balik tulis blog.. tapi tulah, masuk waktu rehat sibuk nak makan, ni dah bulan puasa, apa lagi paling heaven boleh lelap mata lama-lama waktu rehat.

Bukak blog kejap-kejap, tengok facebook tengok-tengok biskut raya yang mudah-mudah rasa nak cubalah. Walau sedar jarang sekali aku berjaya kalau bab-bab masak-masak ni. Entahlah kenapa aku susah betul nak ikut resipi. Haha.haha.. padahal kalau nak ikutkan kerja aku kat lab, bukan main lagi test semua nak kena tepat, ikut formulation…bila time nak cuba buat biskut, selalu je derhaka kat resipi…nasiblah.

Semperit Anzlna, laki aku whatapp resepi semperit Anzalna ni time aku merajuk, entah apa-apa… agaknya ingat aku tak mampu ke nak buat kaler-keler macam tu.


See, aku pun boleh buat kaler-keler gitu. Cuma acuan kot tak sama, aku punya Anzalna macam dah kembang sikit. Lama tak asah skill semperit.

Kemudian bila aku tengok balik gaun ni, mana ada warna hijau? Purple ler oi...adoi.


Aku jarang beli pewarna ni, iyalah jarang masak pun letak kaler-keler ni. Ingat nak letak daun pandan. Tak lekat pulak warna daun pandan dalam biskut ni. Terpaksalah beli kaler hijau ni. Kaler merah aku ambil air sirap je..



Sebab dah terbeli kaler hijau ni, beli yang jenis serbuk pulak tu.. guna sikit je pun. Rasa rugi pulak guna sikit sangat. Aku tengok biskut try cari lagi biskut yang guna kaler ni.. jumpa biskut lidah kucing.

Jadilah biskut lidah kucing versi kucing makan sayur. Hijau je…haha..ha.. mabuk lah aku, semua biskut kaler hijau nanti..

Boleh tahan juga rasa biskut ni, 1st time buat letak dalam acuan murfin je.. Cuma aku konfius nak bakar kasi perang ke tak, takut tak rangup. Rupanya tak payah kasi perang pun dah rangup.

Nanti kawan Luth cakap, ‘mak kau hijau pulak!’ Okey, stop biskut kaler hijau.

Anak aku kena hisap Milo, pasal mak dia lupa beli susu sibuk buat biskut raya. Aku tak guna susu Luth buat semperit susu Anzalna ek..bukan sebab tu ye susu Luth habis. Pasrahlah Luth minum Milo.

Awal pulak aku update pasal biskut raya ni, nampak macam tak puasa pulak…sysh..

13 ulasan:

  1. okayh la tuh..at least ade ler jugak kuih buatan sendri..aku nie bahan nak buat kuih dari raya tahun lepas duk ade lagi nie ha...xbuat2 smp skang..haihhh..plan wekeend ni nak buat..tp plan je ler..xtau ler jadik ke idok..ahahaha..

    luth okayh je tuh dpt minum air milo..mcm layan jer tuh...;D

    BalasPadam
  2. OK sangat tu. Sahut cabaran yg menjadi ni. Kakak tengok cantik dua-dua
    Cuma kesian Luth kena minum milo sebab terlupa susu dah habis:)
    Tak apa bagi anak sesekali kuat - baru anak jantan!

    BalasPadam
  3. hah..tudia nama biskut bukan main lagi..luth pun dah besar

    BalasPadam
  4. hehehe...syok Anzalna dapat nama lagi...pandai depa bagi nama ya..

    BalasPadam
  5. haa, dah jadi dah semperit anzalna..
    nabilah baru try semperit gold. acuan kita sama la, kelopak berbelit kan..
    buat satu adunan, dah serik dh nak buat lg.. xwujud la semperit anzalna di sini..

    BalasPadam
  6. Cantik kejadian biskut anzalna tu. Perfect dan kompom la licin balang tu nanti

    BalasPadam
  7. Bagus Luth minum je milo, flexi macam tu aunty suka..nanti dapat jugak susu.. pandai betu PB buat kuih raya.. cantik pula tu.

    BalasPadam
  8. Haha menjadi juga ye samperit anzalna.hijau kenpurple belasah ajelah. kuih lidah buaya hijau tu pun nmpk ok..yg penting sedap..

    Luth sadisnya susu habis..milo pun sodap!hahaha

    BalasPadam
  9. Haha menjadi juga ye samperit anzalna.hijau kenpurple belasah ajelah. kuih lidah buaya hijau tu pun nmpk ok..yg penting sedap..

    Luth sadisnya susu habis..milo pun sodap!hahaha

    BalasPadam
  10. Penuh warna warni.. mesti sedap nie..

    BalasPadam
  11. tulah kan viral sungguh..anzalna jugak dapat nama

    BalasPadam
  12. cantik warna semperit Anzalna tu ek PB.... Semperit yg bawah dia tu pun apa kurangnya hihi.... Ohhh warna semperit dia tu inspirasi dpd gaun dia ek

    BalasPadam
  13. Hijau pun hijaulah janji buat sendiri. Puas hatikan. Kalau sedap, hebohkan satu dunia. Kalau tak sedap, kita makan sendiri ajelah. Habis cerita.

    Kita memang tak buat kuih raya ni. Lama dah pencen, sebelum kahwin lagi. Kita tunjuk ajelah. Tapi kuih raya kat rumah kita pun bukan banyak mana. Sebab seriaulah lepas 6 bulan raya pun kuih tak habis lagi.

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...