Inquiry: petakbunga@gmail.com

20160728

Idea Kek Birthday 'Luth turn 3 years'

Alhamdulillah,
Pejam celik, anak teruna intan payung kesayangan mak ayah dah tiga tahun. 


Untuk sambutan tiga tahun ini, mak telah rancang sesuatu yang luar biasa dari kebiasaannya... 
Bukan sekadar kek biasa, kali ni mak nak buat sendiri kek hari jadi. 
Iya, buat sendiri, tak payah beli kali ni..

Oleh kerana tak pernah buat kek hari jadi, maka bersungguh aku google dan share dengan whatAp family, idea-idea kek yang mudah dan possible untuk buat. Nak kata tak pernah buat kek tu, pernahlah.. cuma kek Birthday yang comel tak pernah lagi. Kek birthday yang comel mestilah yang warna-warna dan decorationnya mesti comel.. 

Idea asal:- kek ni macam ni nampak senang, letak kitkat sekeliling ikat reben, tabur coklat warna-warna. 

Idea yang sama macam atas, susun coklat jadi nombor. Macam senangkan..

Yang ni macam lagi senang, dan lagi murah. Cut cost... tabur je coklat rice. Mungkin nombor tu kena tekap dulu..

Balik tu, aku kerja aku singgah bakery nak beli barang buat kek. Ingat nak cari tepung red velvet segera. Malangnya tak dapat..
So, aku buat keputusan google resipi red velve. Berlambak dan macam mudah. 

Rupanya, tak mudah... malas nak cerita panjang.. tulah rupa kek kat atas tu..

kek Ultraman kat atas sekali adalah kek yang dibeli kat kedai selapas aku hangin satu badan kek red velvet aku huduh rupa...



Selamat Hari Lahir ke Tiga Luth.
Ultraman kecik mak sayang..

12 ulasan:

  1. Apapun, good job mama...
    demi anak teruna tersayang...

    Saya pun pernah cuba buat red velvet..
    Dah kejadiannya lagi terus dari PB punya...
    Nak update kat blog pun malu :p

    To luth, happy 3rd birthday..
    Moga jadi anak soleh buat mak ayah...

    BalasPadam
  2. good job ..hepi bestday luth..:)

    BalasPadam
  3. haha...baru nak puji, ingat kek ultraman tu PB yang buat
    ishh...jahat gelakkan orang..haha
    apapun good job PB
    saya pun biasa buat kek, tapi bab decoration fail
    tu perlukan penelitian dan kesabaran
    which saya langsung takde

    apapun happy belated birthday luth!
    selamat hari raya untuk PB juga ye =)

    BalasPadam
  4. ok apa red velvet tu cuma kena tmbah hiasan ckit2 ja...hihihi..

    hepi besday luth...moga jd ank yg bjaya dunia & akhirat...aamiin

    BalasPadam
  5. Selamat Ulang Tahun Ke 3 Luth...

    BalasPadam
  6. happy birthday untuk Luth..bab kek ni kak lagi tak mahir..kalau untuk birthday sudah tentu beli kat kedai kek aja..

    BalasPadam
  7. Ok la tu kek red valvetnya..tak nmpk red pun.dh macam kek coklat je.hahaha..ok la jnji ada usaha nk buat kek.klu deco sikit atas kek tu cantik apa..

    Happy birthday luth.lawa kek ultraman dia

    BalasPadam
  8. Apa pun dah berusahakan, PB. Sekurang-kurangnya terniat juga nak buat sendiri kek harijadi anak. Macam I nikan, selalunya niat nak membeli aje.

    Ni harijadi Luth Sept 2 ni, hadiah dah siap beli, dah siap balut tapi bab kek tu saya rasa macam nak beli aje macam selalu. Cuti dah siap ambil tapi nak suruh buat kek tu macam alahai.... malasnya!

    Happy 3rd birthday ya, Luth ^_^

    BalasPadam
  9. Selamat Hari Lari Lut, macam kembar 3 dengan upin ipin dah lut.

    BalasPadam
  10. Gigihnya mama nak buat kek sendiri. Tp ok dah tu PB. Janji sedap!....

    Hepy Bezday Luth moga jadi anak soleh ye

    BalasPadam
  11. xpe PB pun pandai buat kek..
    kira Luth n Hafni sebaya la ek..
    cuma Luth lahir dulu...
    Selamat hari lahir untuk Luth n Hafni, hahaha

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...