Inquiry: petakbunga@gmail.com

20160926

Ke KISAS sesat dan Mushroom Pau

Hujung minggu lepas kami berjalan jauh sikit, melawat anak saudara kat KISAS. Entah dah berapa kali dah datang sini, tak pernah sekali pun boleh jumpa jalan betul walaupun guna waze. Jenis suka makan buat langsat, memang akan sesat.

 
Budak ni tak boleh tengok mak dia pakai lecu. Mengamuk nak pakai juga. Tu pasal mulut dia merah je.. bukan asli ye, tu pelembab bibir gincu. 

Pusing-pusing bandar Klang beberapa kali, baru teringat jalan ke KISAS.

Bangunan lama sekolah ni.. 

Kenapa rambut Luth tegak je macam orang baru bangun tidur, macam ayam lepas mengerang. 
Alahai, dia bukan main lagi pakai minyak rambut minyak. Nak rambut macam Ultraman. Sedih pulak orang cakap rambut baru bangun tidur. Haha…dah rambut kurang nak buat macam mana. Keturunan.

Bila aku cakap kat kakak sepupu dia, Luth pakai lecu cepat-cepat dia sapu gincu...tahu pun malu...

Then, kami keluar makan sekejap, pusing-pusing kat bandar Klang. Kat tepi sekolah ni, belakang istana nampak orang jual mushroom pau. 
Orang darat ni berhenti nak cuba. Seketul RM3.50. Rasanya, biasa-biasa je.. bolehlah. Mencuba sudah. Rasanya sekali ni je kot beli. Sedap lagi pau kacang kot..


7 ulasan:

  1. Amboi boboi...kan main bergincu muncung tu ha...bestnya dh dpt mkn pau viral

    BalasPadam
  2. Hihi... oh pakai lecu nak bagi merah macam mama ye Luth:)
    Kakak tak pernah lagi rasa pau mushroom ni.

    BalasPadam
  3. Sesekali jalan auh ni, kalau tak sesat tak sah.
    Waze pun sekejap lain, sekejap lain.

    BalasPadam
  4. Lecu..br pestime dengar perkataan ni.huhu..

    Kemain luth bibir muncung sedepa.comel je.hehe

    BalasPadam
  5. kemain lagi bibir tu muncung. sekarnag viral jugak pau mushroom tu ek

    BalasPadam
  6. Amboi, bukan main lagi mulut bila nak pakai gincu ya, Luth ^_^

    Memang kasihan tau, PB. Orang kata rambu pacak style Ultraman, maknya kata rambut ayam mengeranglah apa...Kasihan Luth, tak dapat sokongan penuh dari emaknya ^_^

    Sampai la ni I tak pernah rasa lagi pau cendawan ni. Tak terliur pulak tengok rupanya begitu. Pau kacang ke, pau kelapa ke, lagi best ^_^

    BalasPadam
  7. amboi muncung dia...hihihi

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...