Inquiry: petakbunga@gmail.com

20160909

Madu-madu aku

Terima kasihlah kak dia yang usha-usha madu kita. Kita jual pun murah je.

Botol besar ni (lupa pulak nak sukat berapa ml),buat masa ni kita jual RM45 je. Ikut stok jugak harga ni, kalau kita ambil stok murah, kita jual murah. Kalau berminat, nak ambil banyak kita boleh adjust lagi harga dia. Insyallah.

Madu kita jual, jangan banding dengan harga kat supermarket yang boleh jual 2,3 belas ringgit tu. Tak tahulah, madu apa tu..campur ke macam-mana.


Barang ni kita ambil kat kampung kita, kat Kelantan. Tukang ambil madu, orang kampung kita. Kerja dia memang cari madu. Dia cari, dia jual kat kita. Kita orang tengah dia.Tapi, kita ni banyak makan madu dari jual. Hihi.. Boleh dia sikit, kita sikit. Tolong menolong. Untung sikit sorang. 

Ada macam-macam cara nak check madu asli ke tidak. Ada kata rasa dia pahit ke manis ke. tapi kita yang pernah rasa macam-macam madu, macam-macam rasa dia. Mungkin ikut pokok, bunga ke apa.. Tak tahulah. Orang kata, madu tak hurung ke semut tapi madu kita ni kadang-kadang meleleh kat botol ada bersemut jugak. Kita tak pakar sangat lagi pasal madu, kena belajar banyak lagi. Tapi, insyallah kita percaya lagi dengan sumber yang kita dapat ni. Ni madu asli.




6 ulasan:

  1. Tajuk entri tu macam seram jer PB..
    Rupanya madu asli ni ye..
    Murah tu RM45.00
    Elok makan dengan kayu manis tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi....ko seram ye Tie....
      Eloklah beli dgn org yg kita percaya kan PB, dah tentu halal dan terjamin mutunya.

      Padam
  2. Katanya bakar. Guna mancis. Kalau terbakar ada gula. Tahla ingat2 lupa ada org bg petua.

    BalasPadam
  3. Tajuk en3 "Madu-madu Aku".
    Ingatkan hidup bermadu...

    BalasPadam
  4. Suspense thriller aje tajuk entri. Memang jauh larinya ^_^

    Entahlah I pun tak tahu macamana nak tahu madu tu benar-benar asli ke tidak. Selalu pun beli, main bantai aje. Janji madu. Tapi kalau dah memang kita tahu originnya asli, kira aslilah tukan, PB.

    I ingat semua madu manis aje rasanya. Ada yang pahit yerk.

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...