Inquiry: petakbunga@gmail.com

20160901

Sambutan Merdeka Luth

Seminggu dua tu Luth asyik nyanyi je.. Butir lagu tak berapa jelas sangat, maklumlah pelat T. 

Ambil taska, tengah praktis berjoget.. haha..comel je. Sehari sebelum persembahan tergerak hati aku nak confirm dengan cikgu, ada apa-apa program ke Luth kat sekolah. Rupanya dah seminggu cikgu bagitahu kat whatapp, kita je tak deliver. Kalau tak sia-sia dia belajar menari, menyanyi..terlepas Luth nak buat persembahan...

Kesian bomba yang pakai costume ni, nakal betul budak-budak ni duk tarik ekor dia...
Luth kagum dari jauh je...

Persiapan sebelum persembahan..

Masa ni dia sikit poyo, ajak bergambar tak nak...nak berdukung.. Gigirl comel dah lama bersedia nak ambil gambar. Tapi bila nak snap gambar, masuk tangan dalam mulut pulak..

Gigirl comel.

Ni persembahan merdeka Luth. Mula-mula lagu IM4U.

Kemudaian, lagu mari kita, mari kita tepuk tangan sama-sama...horey, horey...

Comel sangat budak-budak taska 3-5 tahun ni.. tepuk tangan kat cikgu-cikgu yang boleh handle dengan macam-macam ragam...

Actually, sambutan Merdeka ni minggu lepas lagi.. semalam kami tak sambut mana-mana. Cuma pergi beli kek $5.90 kat Secret Recipi dapat sepotong kecik sangat...adoi..


5 ulasan:

  1. comelnyeee.. pkai spek bunga2.. hihi

    BalasPadam
  2. Kakak kalau ada persembahan tadika/taska dekat dgn rumah kakak ni PB kakak pergi tau walau dah tak ada anak yg belajar di situ. Kakak suka tengok persembahan anak-anak cute macam Luth dgn kawan dia itulah.

    Memang terapi minda mesti dari mula sampai habis majlis senyum. Bagus utk kita hilangkan stress tengok bebudak ni.

    BalasPadam
  3. Kiutnya dia guna spek frame bunga bunga lagi

    BalasPadam
  4. Hari Merdeka I buat apa yerk? Lupalah PB ^_^ Kalau tak silap pi makan-makan jerk kot. Biasalah kami sekeluarga kalau keluar rumah tak makan, tak sah perjalanan!

    Comel aje budak-budak ni. Respeklah kat cikgu-cikgu tadika yang sabar memanjang menjaga budak-budak sebaya ni. Kalau suruh I yang jaga, for sure budak-budak ni panggil I cikgu garang, terus tak nak pergi tadika. Fobia katanya!

    BalasPadam
  5. Alolo cutenya memasing. Nak merdeka juga rupanya ye korang hihi....

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...