Inquiry: petakbunga@gmail.com

20160926

Semak Laporan Kredit

Aku dapat banyak soalan berkaitan dengan PTPTN dan CCRIS. Central Credit Reference Information System (CCRIS) ini sistem yang dibuat oleh Bank Negara Malaysia yang mengandungi maklumat hutang piutang korang. Macam contoh laporan kredit aku ni, yang no 1 tu menunjukkan hutang aku yang dibayar setiap bulan.. maka setiap bulan akan keluar 0000... menunjukkan aku tak pernah miss bayar hutang. Yang kat bawah tu, ada merah dah 72 bulan aku tak bayar. Gila betul.. patutlah aku sanggkut bila nak buat loan lagi.




Bila kita nak buat pinjaman kat bank contohnya, pihak bank akan minta laporan CCRIS ni daripada Bank Negara Malaysia. Dari laporan CCRIS ni lah bank akan nilai, kalau aku bagi hutang kat budak ni, confirm dia tak bayar..begitulah fikiran bank kalau tengok laporan keridit aku ni..

Oleh kerana masalah dengan PTPTN ni, maka Bank tak jadi nak bagi budak ni buat loan lagi..begitulah akhirnya.

Okey, bila boleh hilang CCRIS ni?

Tak akan hilang selagi ada hutang. Sampai hutang habis dibayar baru hilang.

Macam mana nak cantikkan laporan CCRIS?

Kalau kau perasan laporan ni, aku request bulan Jun 2015 dan rekod start Jul 2014. Maka, setahun barulah akan keluar rekod yang 00000.. menunjukkan hutang dibayar setiap bulan. 

Dalam kes aku dengan PTPTN ni, mungkin sikit kontroversi. Alhamdulillah, PTPTN dah hilang terus hutang PTPTN dalam CCRIS aku. Walaupun aku belum habis bayar lagi. Sekarang cuma konsisten bayar tiap bulan.

Mereka yang tak pernah semak laporan kredit, Sebaiknya cubalah buat semakan. Mungkin korang sendiri tak sedar korang pernah berhutang ke apa..macam kes aku. Aku sangat confident aku tak pernah lupa bayar hutang, sekali kena kat PTPTN. Bayar tiap bulan pun kena CCRIS..sok,sek..cedih oi..

Semak lah, kot nama korang ada orang lain buat loan tanpa pengetahuan ke apa... kan naya je, korang yang kena tanggung..


6 ulasan:

  1. Macam mana tu nak semak.hutang ptptn takda..tp hutang peribadi..hutang asb,hutang rumah, hutang kereta ada la...yg ni kena semak gak ke

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh pergi ke bank negara minta penyata.. atau kalau jauh boleh hntr borang secara online kat bnm. lampirkan dokumen pengesahan..
      elok semak setiap 6 bulan sekurang2 nya..

      Padam
  2. saye start bayar ptptn bulan 2 aritu.. melalui potongan gaji..
    risau jgk tkot sangkut kat bank negara.. tkot xlepas nk buat loan.. huhu
    agk2 name saye blacklist x ek sbb dh bayar ptptn tiap2 bulan.. huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. nama tak blacklist.. cuma rekod ccris tak cantik.. susah nak dapt loan.

      Padam
  3. I pernah juga check CRISS ni, masa tu pergi ke BNM terus dan print. Dah lama juga. Rasa teringin juga nak tahu rekod 'pencapaian' sekarang. Katanya kalau suka apply credit card pun rekod tak cantik sebab bank beranggapan 'dia ni suka buat hutang!'

    Entahlah tak tahu betul ke tidak sebab I memang tak guna credit card. Debit card banyaklah ^_^

    BalasPadam
  4. Hehe.. i kene 98 bulan..haha.. padan muka diri sndiri. Nk marah pun tak boleh lg dh. Xkn asik slhkn org lain ye tak? Diri sndiri nk betul je..
    Dalam dok jaga ccris skali msuk ptptn...haha..hancus..

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...