Inquiry: petakbunga@gmail.com

20161007

Bahaya Hancurkan Ubat

Siapa ada masalah menelan ubat? 
Alhamdulillah aku jenis yang mudah telan ubat. Aku ada sorang cousin yang memang jenis susah sangat nak telan ubat. Kesian betul kalau dia jatuh sakit.. Punyalah susah nak telan ubat. Ubat tu macam tak mahu masuk kerongkong. 

Duk berpusing-pusing dalam mulut. Last-last keluar balik.
Lepas tu, mulalah lakukan berbagai experiment macam cuba hancurkan ubatlah, potonglah...macam-macam. 

Baru-baru ni aku ada terbaca artikel pasal bahaya potong-potong atau hancurkan ubat ni.. Aku jaranglah potong ubat, cuma aku selalu juga buang kapsul ubat. Entah, aku boleh terfikir tak nak makan plastik kapsul tu.. Kononnya. Rupanya, itu pun salah..

'Mesti ramai antara kita yang mengalami masalah untuk menelan ubat berbentuk tablet atau kapsul. Kebiasaannya ada yang mengambil jalan mudah dengan menghancurkan ubat tersebut atau membuka kapsul ubat dan mencampurkan kandungannya dengan air atau makanan. Kalau ikut logik akal, sepatutnya tiada masalah kerana destinasi ubat itu tetap ke perut. Tapi sebenarnya adakah tindakan seperti ini boleh dilakukan?


Untuk pengetahuan umum, cara sesuatu tablet atau kapsul dihasilkan sangat dipengarahui dengan kemajuan teknologi perubatan. Penghasilan tablet atau kapsul dengan teknologi farmaseutik terkini membolehkan kesan ubat dimanipulasi bergantung kepada pelbagai perkara seperti kadar ubat dicerna, jumlah bahan aktif dalam satu tablet, lokasi dalam badan di mana ubat terurai dan sebagainya.

Bagi mencapai matlamat ini, pelbagai jenis tablet dan kapsul telah dicipta seperti:-

1. Uncoated tablet - tablet biasa yang tidak mempunyai lapisan luar istimewa.
2. Film coated tablet - tablet dengan lapisan luar licin, bewarna dan berkilat.
3. Sugar coated tablet - tablet dengan lapisan luar yang mempunyai rasa manis. 
4. Extended release tablet - tablet yang mengeluarkan bahan aktif untuk jangkamasa yang lama setelah dimakan. 
5. Fast release tablet - tablet yang mengeluarkan bahan aktif dalam tempoh lebih pantas berbanding biasa. 
6. Effervescent tablet - tablet yang boleh dicairkan di dalam air minuman sebelum diminum.
7. Layered tablet - tablet yang mempunyai lapisan bahan yang berbeza. 
8. Hard capsule - kapsul ubat yang keras.
9. Soft capsule - kapsul lembut yang kebiasaannya mengandungi ubat berbentuk cecair.

Contoh-contoh ini hanyalah sebahagian kecil dari jenis tablet dan kapsul yang berada di pasaran. Perkembangan dunia perubatan akan sentiasa menyebabkan jenis-jenis tablet atau kapsul baru tercipta dari masa ke semasa. Antara tujuan penghasilan formulasi kapsul dan tablet yang berbeza ini adalah:-

1. Menutup rasa pahit ubat bagi memudahkannya ditelan.
2. Melicinkan permukaan ubat untuk memudahkannya ditelan. 
3. Membolehkan ubat diserap di kawasan yang menjadi sasaran sama ada usus atau perut. 
4. Mengawal kadar serapan ubat oleh badan bergantung kepada kesan yang diingini. 
5. Memelihara ubat dari dimusnahkan oleh jus gastrik
6. Membolehkan beberapa bahan aktif digabungkan dalam satu tablet.

Oleh yang demikian, orang ramai dinasihatkan agar tidak memotong atau menghancurkan ubat-ubatan sekiranya tidak diarahkan oleh doktor atau pegawai farmasi. Ini untuk mengelakkan ubat tersebut menjadi tidak berkesan atau berlakunya lebihan dos bagi sesetengah jenis formulasi. Begitu juga dengan ubat dalam bentuk kapsul. Jangan buka kapsul atau membocorkan kapsul untuk mengeluarkan bahan aktif di dalam kapsul.

Secara amnya, ubat yang boleh dipotong adalah ubat yang mempunyai garisan di atas permukaan tablet. Ubat-ubat seperti ini adalah ubat berjenis uncoated yang tidak mempunyai formulasi khas untuk mengawal penyerapannya di dalam badan.

Bagi mereka yang mengalami kesukaran untuk menelan ubat, rujuk pada gambar yang disertakan. Terdapat dua teknik yang boleh digunakan iaitu ‘pop-bottle method’ dan ‘lean-forward technique’. Teknik ini telah dikaji oleh Universiti Heidelberg di German dan didapati dapat membantu memudahkan proses menelan tablet dan kapsul. Namun begitu berhati-hati sewaktu mengaplikasi teknik tersebut. Jangan terlalu teruja hingga menyebabkan anda tersedak atau tercekik.



Sebagai kesimpulan, sebelum anda bertindak memotong atau menghancurkan ubat-ubatan anda, semak dahulu dengan ahli farmasi atau doktor yang merawat anda.

Rujukan:
Basic Physical Pharmacy By Joseph K. H. Ma, Boka Hadzija
Introduction to Pharmaceutics By Dr. Atmaram Pawar, Career Publication

Copy paste: Fahmi Hassan (Pegawai Farmasi) 

6 ulasan:

  1. huh. menarik entry ni. tapi memang susah. sebab dah mind set kot.kalau telan depan doktor je baru menjadi. luls

    BalasPadam
  2. Masa muda2 dulu senang saja telan ubat tapi sekarang rasa asyik tersekat-sekat saja kat kerongkong..

    BalasPadam
  3. Salam BW dari Diari Dandelion,

    Nasib baik saya ni bukan termasuk dlm kategori susah nak telan ubat.
    Setakat ni setiap jenis ubat saya mampu telan.
    Even pil chikit teck aun yg berbiji-biji banyak tu sehinggalah iberet folic pil besar kaler merah yg bau diaaaa nauzubillah.. pun saya dapat telan dgn jayanya.. Alhamdulillah..

    BalasPadam
  4. wahhh good info lah PB.. baru tau ni.. selalu main telan ja.. siap hancurkan lg klu tak mampu telan.. rupanya tak elok..

    BalasPadam
  5. Wahhh... Baru tahu. Thanks for sharing babe. Aku jenis susah makan ubat. Memang potong dua lah. Tapi dulu lah. Skang ok jer.

    BalasPadam
  6. Nasiblah mak pun senang aje nak telan ubat. Ada juga rupanya orang yg susah telan pil ye PB. Kesiannya...

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...