Inquiry: petakbunga@gmail.com

20161228

Allah tegur bila aku dah gemuk

Seumur hidup aku tak pernah gemuk.

Nikmat yang tak boleh didustakan. Aku bukan jenis orang kurus yang rasa dirinya gemuk. Aku tak pernah diet, exercise memang pemalas. Kalau orang ajak nak jogging aku ada alasan paling kukuh, tak ada kasut jogging. Jauh sekali nak makan ubat kurus tu.. berbahaya tau...jauh-jauh lagi..

Tapi akhirnya, aku sedar diri...


Cuti Christmas tak tahu nak ke mana-mana dengan tunggu gaji tak kunjung tiba-tiba lagi. Kami merayau-rayau ke KL. Singgah jumpa sepupu cik abang sekejap kat Pertama. Kali pertama jumpa sepupu dia ni.

Dah besar Luth,’
‘Mengandung ke?’
Dush!!!

Then, terus rasa nak balik je. Sepupu cik abang pun dah rasa serba salah bila aku cakap. ‘Tak, perut buncit’

Balik dari Pertama, singgah rumah sepupu dia yang lain pulak. Lama tak jumpa.
Cerita-cerita… tiba-tiba.
Mengandung ke?’
Dush!!

Last lah aku pakai baju ni. Tahun depan, azam baru. Pakai baju longar-longar je.

Aku tak gemuk, perut je buncit sikit. Luth pulak sekarang ni kalau orang tanya nama dia. ‘Abang Luth’. Cikgu kat taska pun dah tanya, Luth nak dapat adik ke? Ishk, apasal aku tak perasan soalan tricky ni, sebenarnya nak bagi tahu aku dah buncit. Sedar-sedarlah!

Pakai baju longgar.

 Ter - follow IG Nur Sajat ni. Mak oi, sampai 2 layer dia pakai bekung. 
Kau mampu?



Nanti dah kurus balik pun pakai baju longgar-longgar je. 

Kalau tak kurus jugak...  Ya Allah, berilah adik kepada abang Luth. 
Makmurlah doa-doa saudara mara yang dah nampak perut aku dah bucit.
Amin.

13 ulasan:

  1. On ajer lah adik Luth tu PB..
    Muda lagi tu kan..

    Akak pun macam tu..
    Tak gemuk tapi perut buncit huhuhuh

    BalasPadam
  2. hehe...samalah nasib kita
    dulu masa kena macam kena hempas ke Tanah
    sekarang dah lali...hehe

    BalasPadam
  3. Tak apa mudahan masin mulut dorang In Shaa Allah betul Luth dapat adek..

    BalasPadam
  4. Alang-alang dah org kata mengandung baik usahakan mana tahu betul Luth akan jadi abang kan meriah sikit:)

    Tapi diet dan cuba kempiskan perut pun ok juga - kena masuk dlm list azam 2017:)

    BalasPadam
  5. heheheh gitu lah org2 ... mcm akak ni sebelum org tgr tanya ngandung ke? akak sndiri ckp prt ni buncit tkade isi pun hahhahha...

    BalasPadam
  6. hahhaha...tekejut ingat apa la ngan title macam tu..kiki

    hehe penuh hikmah taw teguran tuh tapi tu la zuuupzaaap je masuk tangkai jantung menusuk terus dalam ati...

    BalasPadam
  7. hehe. mana tau nti ada isi. ada adik luth..

    BalasPadam
  8. amin... Doakan juga agar Luth cepat2 dapat adik :)

    Huwaa, sama la kita... Balik kg hari tu, ramai yg tegur... Eh, gemukks nya skrang?
    Tak tahu nak happy ker, nak gelak..

    Saya tak rajin nak pakai bekung... Skrang cuba dulu pants munafie tu.. It works to hide unnecesary part... Tak la sakit telinga org asyik cakap ahkak muncit!

    BalasPadam
  9. gemuk pun tanda bahagia,
    perut buncit pun bahagia,
    klo mengandung laaagiii bahagia.
    hihihi

    BalasPadam
  10. Doa semua kata2 tuh weh..hehehe..

    Aku penah kene dlm train..masa lepas bersalin qisya..kene plak pakai baju mcm ala2 ngandung..mmg mengundang la..sekali ade org beria bgn nak bg aku duduk..aku pun ape lg duduk la..rezeki..muahahha..

    BalasPadam
  11. Amin...insyaallah nanti abg luth dapat adik...
    tak kisah la PK..perut buncit ke...janji hati senang dan sihat walafiat

    BalasPadam
  12. Haha.... bab perut buncit mmg tak boleh nak elaklah kalau dah ada anak ni PB. Macam hakak ni dah lali kot org cakap mengandung. Lantaklah nak cakap pun habis tu nak buat mcm mana tak mau kurus hihi....makan pun sedap, exercise pun malas ....

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...