Inquiry: petakbunga@gmail.com

20161229

Pekasam Ikan Toman

My tok laki memang suka memancing. Alhamdulillah, setakat ni tak adalah tahap gila sangat. Sebagai isteri solehah, aku tak menyokong, jauh sekali nak menggalak. Larang pun tidak, tapi kadang-kadang tunjuk protes juga bila dia keluar dan balik lewat pergi memancing. Nggg..
Ampun bang.




Ini ikan Toman pekasam sepenuhnya dibuat dia. Dari menyiang sampai memerap garam beras dibuat sendiri. Then, semalam aku just tolong pack dalam bekas  nak bagi kat member katanya. Dah try goreng 2, 3 kali. Boleh tahan lah rasa dia. Bau pun harum semerbak 3,4 hari dapur berbau harum bila digoreng.

Aku sejak kahwin ni baru belajar makanan exotic macam ni. Mak aku jenis tak makan makanan gini, memang aku anak dia ni tak pernah lah merasa. Sampai sekarang pun mak aku tak pernah try makan, aku je semua try..  

Sedap ni.






12 ulasan:

  1. noe baru2 ni je cuba makan ikan pekasam...dh tua bangka baru nk rasa..sama la mak kita PB...x makan benda2 mcm ni...ikan sungai pun x masuk dlm rumah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. mmm ikan sg pun mak kita x mkan.. ishk, anak dia semua bedal

      Padam
  2. Tak pernah mkan lagi ikan pekasam

    BalasPadam
  3. Itulah kakak dulu pun tak tahu. Masa goreng tu kakak cuci tak bersih-bersih tak tahu yg berpasir tu bukan pasir tapi beras. Dah tua ni baru kakak tahu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama lah, sy pun basuh..
      sekali org ckp eh x payh basuh lah..
      tp saya tetap basuh...haha

      Padam
  4. Agaknya kalau org yg gemar memancing ni mmg jenis yg rajin menyiang ikan dan pandai masak orangnya kot PB. Baguslah kan, kalau mcm tu tak menyusahkan bini hihi....

    Geram nengok ikan pekasam tu. Selalunya ikan pekasam ni keck kecik je kan...

    BalasPadam
  5. sdp ni kak.. mkn dgn ns panas..silap silap btmbh

    BalasPadam
  6. Goreng ngan bawang ngan cili padi..makan ngan nasi panas2 je pun dh boleh buat bertambah2 nasi..

    BalasPadam
  7. Belom pernah makan ikan toman tapi nampak seiras haruan ya. Duk pun dlm air tawar juga. Mungkin rasa pun hampir sama. Sedap pekasam...

    BalasPadam
  8. kita x mkn pekasam....errr....errr...dasar org kmpg lupa daratan

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...