Inquiry: petakbunga@gmail.com

20160429

Usha Lantana

Macam pernah tengok bunga ni. Baru teringat bunga ni banyak dalam semak. Terutama kat kampung-kampung

Baru-baru ni, tiba-tiba aku nampak bunga ni kat tepi pagar kilang ni. Terus rasa nak cabut, balik tanam kat rumah. Try cabut, macam nak putus tangan. Dahlah busuk gila bau dia. Busuk, bau tahik ayam!
 
Biarkan jelah kat situ…menikmati keindahan lantan dicelah simen kilang…

Ni bunga Lantana carian google. Cantik juga kalau dia berbunga macam ni kan..


20160428

Berkebunn Bunga Petunia dan Vinca

Ni benih anak vinca dan petunia. Nampak tidak? Memang lah kecil, benih petunia tu... setitk dot -->. je saiz dia. Entah macam mana lah tuan jual benih boleh culik benih satu-satu. rabun mata aku nak tanam ni.

Aku tanam dalam cup macam ni. Ingat nak murah, pasu nya mahal.. benih nya banyak.. Kan hidup semua bunga aku tanam..tak tahu nak letak pasu mana pulak. Kena beli tanah lagi...

Tapi cup ni rupanya tak murah. Aku siap tukar balik dari cup biasa yang 9 ringgit ber pieces2, confident minta nak tukar dengan cup yang paling besar, ala saiz orang minum air hipster tu... tau berapa? 30hinggit lebih harga nya..nasib banyak dapat. Congak-congak dekat 50 sen juga gelas .

Lepas tu kena beli sekali dengan cap tu. Tak nak, tak boleh. package katanya. Tengok brand dari Thailand. Nanti balik kampung Kelantan boleh beli, mesti murah.

Tapi, bila tanam baru terfikir, bagus juga ada cap ni... aku yang malas ni boleh main sembur je anak pokok ni... pasal dah tertutup.. tanah pun selalu lembap je walaupun panas.. seminggu sekali baru buka peutup..asingkan anak bunga yang dah besar.

20160425

Hilanglan nama dari CCRIS PTPTN

Aku pernah up entry pasal PTPTN dan sampai hari ni aku masih dapat komen-komen pertanyaan,, pendapat dan dot..dot.. dari entry CCRIS dan PTPTN. Ramai juga yang senasib dengan aku.

Sudah berhutang dengan PTPTN dan wajiblah membayarnya. Itulah, dulu masa dapat perjanjian tak baca, main saing…haha… lagi pun mungkin masa tu, aku fikir lepas grade aku akan kerja besar gaji berpuluh-puluh riban… Kalau tak ada PTPTN, mungkin tak dapatlah anak orang miskin ni belajar kat Universiti. Nak gadai harta pun tak ada.. Syukur sangat. Sapa tak suruh belajar pandai-pandai, kalau pandai dapat tukar pinjaman jadi biasiswa.. untungkan.. .

Mungkin PTPTN tak sempurna pelaksanaanya, tetapi aku rasa dah banyak penambahbaikan mereka lakukan. Kalau tak salah aku, masa aku mula-mula bayar PTPTN bukan 1% macam sekarang.. bunga nya sahaja berjambak-jambak. Potong tumbuh, potong tumbuh… Langsung hutang aku bayar tak kurang.

Dalam kepala aku tak pernah terfikir tak nak bayar hutang. Walaupun aku selalu berharap ada sinar harapan hutang akan dapat dikurangkan, mana tahu dekat pilihan raya tiba-tiba kerajaan tukar polisi..hapuskan hutang ptptn…atau aku jumpa sejongkong emas..atau power gold sekeping yang aku beli tu tiba-tiba harga menjunam naik tahun-tahun depan hingga boleh habis bayar hutang PTPTN.


Alhamdulillah, last aku check dengan bank Negara, sekarang rekod hutang PTPTN dalam CCRIS dah hilang terus.

Tak adalah aku mampu lagi nak bayar perabis hutang tu, atas sebab-sebab di atas jauh dari kenyataan.
Sepupu aku dah keluar akaun 2 KWSP untuk settle hutang Diploma, katanya boleh tumpu kat akaun Degree je. Bagus jugak, lagipun hutang Diploma dia tak banyak sangat, sebab seingat aku dia memang tak dapat full loan. Aku tak berhasrat nak keluar KWSP sebab target aku yang tu untuk rumah. Aku mampu lagi..
Ni apa yang aku dah lalui.

  1. Aku buat komplen kat pegawai PTPTN. Aku korek cari direct no phone pegawai PTPTN sebab bila call customer services jawapan yang aku nak tak dapat.
  2. Kalau nak senang, pergi sendiri kat kaunter PTPTN, tetapi masa tu aku baru sangat tukar kerja..aku tak nak cuti.
  3. Then, dia explain system PTPTN yang aku rasa memang worst. Bayar ikut no ic tapi macam mana boleh 1 akaun kena CCRIS, satu akaun oeky je…Aku tak salahkan pegawai tu, sebab dia tetap tolong settlekan..
  4. Aku kena bayar RM1000, duit tu jangan risau dipotong duit pinjaman kita. Bukan makan kat dia.
  5. Then, buat penstrukturan balik. Semak kelayakan berapa boleh potong setiap bulan dan berapa kita mampu.. Ada percent berapa minimum yang boleh kita bayar dari gaji aku. Aku ambil lebih sikit sebab tak nak interest tinggi sangat lagipun aku tak ada banyak komitment. Harap nak settle cepat je..
  6. Semua dokumen buat online je..tetapi atas sebab-sebab tertentu dokumen dipulangkan tak sampai pula kat tangan pegawai tu. Then, kena buat balik.
  7. Masa tu aku dapat tahu kaunter PTPTN dah dibuka kat Rawang. Hari Sabtu Ahad pulak tu.. then, pegawai PTPTN tu refer kat pegawai kat Rawang. So, aku settle dengan pegawai kat Rawang.
  8. Setiap bulan kalau ada lebih aku cuba bayar lebih juga. Harap dapat settle cepat-cepat hutang ni.


Hutang wajib dibayar. Kita buat tanggungjawab kita. Yang lain, biarlah…

Allah kan ada.

20160422

Money Plant segarkan ofis

Aku kerja kilang kimia dan sejak dah dapat bilik sendiri ni..lehlah tanam pokok kat bilik sendiri.
(Hasil goggle mengatakan nama pokok ni ‘Money plant’)

Tanam kat ofis selain biar bercambah-cambah tempat aku mencari rezeki ni…dapat juga segarkan sikit udara kilang ni.

Money plant ni dapat dari pakcik depan rumah juga. Sebab aku jenis pemalu, aku suruh laki aku minta. Ni cerita sebelum pakcik tu bagi pokok labu.. dan lain-lain pokok..(selepas itu kami berkongsi hobi yang sama).

Keratan asal agak besar sebab ditanam ditanah, selepas beberapa genarasi aku tanam dalam air, makin kecil.

Ni deco asal money plant aku bawa dari rumah. 2 ekor binatang tu cenderahati bos dengan office mate. Tahulah ke mana merekakan…

Hari ni aku potong-potong dengan harapan lepas ni pokok ni jadi merimbun pulak. Then, aku rasa buruknya... 

Maka aku tukar pasu lain.
 Ni deco terkini, aku harap tak mati isnin ni… sebab ni bekas kaca chemical. Kami tak recycle takut contaminated tapi aku basuh dan sanggup mempertaruhkan pokok aku…

Tengok, aku yang kerja kilang kimia pun 'Go to green'. recycle, tanam pokok... *-*

20160414

Tanam keledek

Gigih aku pergi pasar NSK membeli keledek. Semata-mata nak tanam pokok keledek. Beli seketul je, itu pun aku potong sikit je untuk tanam. Sebahagianya ubi buat kuih cik mek molek.


Ada 2 jenis ubi keledek aku tanam. Ubi yang putih, kalau tak silap aku keledek kulit ungu, tapi ubinya putih..aik.

Aku tanam keledek, harap nak makan daun keledek je..sebab aku dapat tahu daun keledek ni banyak khasiatnya..

Deman panas: daun keledek diramas-ramas di dalam air sehingga hancur terlebih dahulu. Selepas itu, daun yang telah hancur itu dilapkan ke seluruh badan terutama di bahagian sendi-sendi serta diulangi beberapa kali

Sakit perut: Beberapa helai daunnya dilayurkan di atas api dan kemudian disapukan sedikit minyak masak. Sebelum daun berkenaan sejuk atau sebaik-baiknya sejurus dilayur dan disapu minyak masak, ia terus dilekap atau ditampal pada perut.
Bisul dan melecur: Diramas-ramas di dalam air kemudian tampal dan ikatkan daun yang telah hancur itu di tempat yang luka, bisul atau kulit melecur serta dibiarkan untuk beberapa jam. atau dilayur, tampalkan di bahagian tersebut sekurang-kurangnya selama 10 minit.
Ulser: Getah keledek boleh dititikkan pada tempat ulser atau seriawan mulut untuk mengubatinya.

20160411

Bunga Betik

Banyak pokok betik naik dilaman. Setiap penjuru ada ruang ditanam lakiku dengan pokok betik.
Bila pokok dah besar sikit dan mengeluarkan bunga yang banyak sahlah pokok betik jantan. Sekarang tinggal sepohon pokok jantan yang belum dibuang..pasal sekarang panas sangat, buah teduh pokok-pokok kecil.
Sebelum ni dah buang sepokok..pucuk dan bunganya buat ulam.
Ya Allah, pahit sungguh.

Makan sekali tu je kami laki bini..banyak sangat kot nak habiskan sepohon pucuk betik dan bunganya. Pening sekejap, pahitnya.



Semalam ada jiran nak.. bagi je..yang pahit hari tu pun belum hilang lagi. 

Bila potong-potong bunga betik ni.nampak cantik juga. 

Sejambak bunga betik.

20160407

Susun pasu-pasu dirak

Aku pernah terfikir nak berhenti kerja.
 Selalu. ^-^
Terutama bila kepala otak aku xyfzxy#$@

Balik kat kampung, jadi petani berjaya... Baru puas nak berkebun.

Tetapi aku sedar kudrat aku nak berkebun di kebun sekangkang kera ni pun aku dah mengah. 
Lagi fikir, mana aku nak cekau duit...

 Biarlah ianya jadi impian aku... 
Setiap hari bila nak pergi kerja aku akan lalu disebuah rumah yang halamannya luas, maka aku akan berazam bahawa suatu hari nanti aku nak beli rumah ni. Boleh aku berkebun sepuas hati.

Jadi, jika anda ada masalah tension ditempat kerja....
Apakata anda mulakan hobi berkebun.
Dan
jika anda mengunakan alasan tiada tempat untuk berkebun, apa kata anda menempah rak bunga/pokok tiga tingkat ini dengan PetakBunga suami isteri. Kami akan buat ikut design anda. 

Rak tiga tingkat 4'x3' untuk dijual. RM180.
Cantik dan sempoi, boleh request design anda, dimension anda.

Susunlah pasu-pasu anda dirak customade by PetakBunga.
Zaid: 017 9571256
Rawang, Serendah, Kuala Kubu Bharu, Bukit Sentosa dan kawasan sekitar..

20160406

Sayurkan daun kacang panjang dan daun labu


Dulu pagar belakang dapur aku tanam pokok kacang. Lama sungguh rasanya tunggu nak berbuah. Daun nya, subur merimbun. Sampai lepas balik kampung hari tu, aku cakap kalau tak berbuah lagi aku nak cabut je.

Kemudian bila aku komplen kat mak, my mak suruh ambil lah daun dia. Daun kacang panjang boleh buat sayur. Tak pernah aku buat sayur daun kacang. Tak pelik ke? Lalu aku berkira-kira.. sekarang boleh cuba sayur daun kacang panjang yang kononnya benih kacang yang sangat panjang dari Sarawak nuh jauh asalnya. Dari mak saudara, kawan kepada kawan yang duduk Sarawak bagi kat my mak diturunkan kepada aku.

Satu hari tu, bila aku buka pintu dapur yang jarang sekali nak buka. Maklumlah, sebelah belakang biasa aku buka seminggu sekali jer.

Wow…
Banyaknya kacang-kacang dah berbuah. Panjang pulak tu… aku percaya sekarang kacang tu memang sangat panjang. Lupa nak ambil gambar sebab masa tu aku malas update bolg..

Tapi yang tak bestnya, banyak juga yang dah tua. Lepas tu, rutin petang aku pun kena lah mengutip kacang panjang tu sekurangnya selang sehari. Sempat juga bagi kat jiran merasa kacang panjang.

Lepas beberapa kali tuaian, daun-daun dah mula kering. Berbuah pun makin kurang. Benih yang tua, ada terbiar sahaja dipokok. Ada juga aku simpan. Sikit aku tanam..


Ada 3 anak pokok kacang yang dah hidup. Masalahnya, mana aku mahu tanam? 
Jenis pokok pembelit gini nak kan para.

Pagar belakang rumah peninggalan arwah mak kacang panjang dah kena ambil dengan pokok labu. Pakcik depan rumah aku bagi. Tak tergamak tak ambil, walaupun aku tak tahu…aku makan ke labu? Sebab aku dah lupa rasa labu.


Kata pakcik depan rumah aku, daun labu pun nanti boleh buat sayur, ni dah macam cerita sayur daun kacang panjang aku je.. Agaknya labu pakcik tanam pun tak keluar buah, tu yang jadi sayur pucuk labu.

Okey, sekarang fikir mana nak letak pokok kacang panjang aku?
Kalau pacak je kayu boleh ke... 

20160405

Cerita Pasal Rumah-rumah

Kami masih tinggal dirumah lama. Masih menyewa. Sedih betul tahu.

Aku saja tanya tuan rumah, nak jual tak..senyap ke sudah. Tidok lah tu. Kalau nak jual, mahu diletak harga mampu sengih je kami. Bini tuan rumah cerita, rumah ni dia beli rumah lelong. Masa hari lelong, dia sorang je yang bida..sebab tak ada orang lain, terpaksalah kena ambil juga. Memang rezeki mereka, beli dengan separuh harga asal dan sekarang kalau jual 3 kali ganda pun, berebut orang nak. Sekarang rumah sewa tuan rumah kami kat kawasan ni je ada 3 buah. Cukup untuk tiga orang anak mereka. Belum termasuk rumah yang mereka tinggal.

Rumah pertama yang aku nak beli.. pernah cerita sebelum ni. 3,4 kali dah deal ..alih-alih cakap tak nak jual. Paling tak tahan, sekarang baru kami tahu, dia sebenarnya nak jual kat orang lain. Katanya kami banyak songeh. Allah je tahu.

Rumah kedua, dah hantar borang kat bank..tinggal geran je belum submit, bila minta dengan tuan rumah alih-alih cakap tak jadi jual. Ekonomi tahun ni tak berapa baik. Boleh gitu?


 Seronok  jadi budak-budak kan. Macam tak ada masalah, eh tapi kenapa Luth Kuat menangis? Ada banyak juga yang tak seronok kot jadi budak.

Tak apalah, menyewalah sampai tua. Nanti dah tua, balik kampung buat banglo dengan duit kwsp seciput. Tebanglah pokok-pokok getah tu buat rumah, harga getah pun bukannya mahal. Tukar tayar kereta, ke main mahal. Orang jual getah sekerat kena main murahnya.

20160404

Rak bunga custom made

In rak bunga tempahan Nenek Bunga jiran kami. Baru lepas buat awning depan rumah nenek...sekali dia minta buat rak untuk bunga dia sekali.

 
Guna lebihan besi yang ada dan katil besi dia yang dah roboh. Tapi ayah Luth ni komplen, besi lembik sangat, susah nak buat kerja..

Budak itu nak kena, semua masuk mulut. Tengok gambar ni baru perasan lidi dalam mulut. Ishk...
Dia dah besar, dah tahu beza kotor dengan tidak tapi tabiat lah tu...

Peace.


Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...