Inquiry: petakbunga@gmail.com

20160627

Mak Memang Hijau

Maaf bebanyaklah sapa yang terliur ngadap belog aku hari ni..  aku just nak bagi tahu, nampak tak 2 makanan kat bawah ni? Haruslah nampak dengan terangkan? Lagi-lagi bulan puasa ni..


Actually, kek tu sebenarnya kek pisang. Pisang yang dibagi jiran dari kebun setaman. Walau pun tak sesuai buat kek, tapi sebab dah penat asyik buat pengat pisang. Pengat-pengat pun jemu juga. Now, kita buat kek pulak. Tapi sebab aku kan dah terbeli pewarna hijau hari tu, maka sekali lagi aku termasuk lagi warna hijau. 


Satu lagi makanan tu, agar-agar roti. Pun terjebat warna hijau. Sikit lah nampak macam tembikai.. Adalah sikit rupa tembikai walau sirap merah tu tak berapa nak terang, pink-pink je.

OMG!!! kena buang kot pewarna ni.. nanti sikit hari, aku letak warna hijau dalam nasi pulak. Mahu muntah hijau laki aku.


20160624

Semperit Anzalna

Janji-janji cuba nak aktif balik tulis blog.. tapi tulah, masuk waktu rehat sibuk nak makan, ni dah bulan puasa, apa lagi paling heaven boleh lelap mata lama-lama waktu rehat.

Bukak blog kejap-kejap, tengok facebook tengok-tengok biskut raya yang mudah-mudah rasa nak cubalah. Walau sedar jarang sekali aku berjaya kalau bab-bab masak-masak ni. Entahlah kenapa aku susah betul nak ikut resipi. Haha.haha.. padahal kalau nak ikutkan kerja aku kat lab, bukan main lagi test semua nak kena tepat, ikut formulation…bila time nak cuba buat biskut, selalu je derhaka kat resipi…nasiblah.

Semperit Anzlna, laki aku whatapp resepi semperit Anzalna ni time aku merajuk, entah apa-apa… agaknya ingat aku tak mampu ke nak buat kaler-keler macam tu.


See, aku pun boleh buat kaler-keler gitu. Cuma acuan kot tak sama, aku punya Anzalna macam dah kembang sikit. Lama tak asah skill semperit.

Kemudian bila aku tengok balik gaun ni, mana ada warna hijau? Purple ler oi...adoi.


Aku jarang beli pewarna ni, iyalah jarang masak pun letak kaler-keler ni. Ingat nak letak daun pandan. Tak lekat pulak warna daun pandan dalam biskut ni. Terpaksalah beli kaler hijau ni. Kaler merah aku ambil air sirap je..



Sebab dah terbeli kaler hijau ni, beli yang jenis serbuk pulak tu.. guna sikit je pun. Rasa rugi pulak guna sikit sangat. Aku tengok biskut try cari lagi biskut yang guna kaler ni.. jumpa biskut lidah kucing.

Jadilah biskut lidah kucing versi kucing makan sayur. Hijau je…haha..ha.. mabuk lah aku, semua biskut kaler hijau nanti..

Boleh tahan juga rasa biskut ni, 1st time buat letak dalam acuan murfin je.. Cuma aku konfius nak bakar kasi perang ke tak, takut tak rangup. Rupanya tak payah kasi perang pun dah rangup.

Nanti kawan Luth cakap, ‘mak kau hijau pulak!’ Okey, stop biskut kaler hijau.

Anak aku kena hisap Milo, pasal mak dia lupa beli susu sibuk buat biskut raya. Aku tak guna susu Luth buat semperit susu Anzalna ek..bukan sebab tu ye susu Luth habis. Pasrahlah Luth minum Milo.

Awal pulak aku update pasal biskut raya ni, nampak macam tak puasa pulak…sysh..

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...