Inquiry: petakbunga@gmail.com

20160929

Tiramisu Budget Hujung Bulan

Company tempat kerja ada provide Milo. Tapi Milo ni rasa dia kurang sikit. Macam Milo tiruan pula, lain sangat rasanya. Mungkin Milo ni sesuai untuk dibancuh dengan mesin, sebab minum milo kat HQ rasanya boleh tahan. Bila sampai kat kilang, kena bancuh sendiri macam tawar je rasanya..



Biskut kering ni pun company provide. Tapi tulah, workers pun kurang selera makan biskut kering. Maka, kami mencari resepi Tiramisu budget hujung bulan. Less raw material, less money used. Modal susu cair je. Gula dengan kastard dah ada.

Persembahkan Biskut Tiramisu

Bawak pergi kerja, macam tak puas pulak nak makan. Sikit sangat..

Esok-esok boleh buat lagi.. Milo banyak lagi ni. Tinggal nak cari modal beli susu cair. haha..




20160927

Senangnya tanam mulberi

Ini pokok Mulberi kesayangan hamba. Bersimpang siul dahan. Orang kata kalau sayang nak cantas, buat prunning.  Itu yang  dahan jadi cantik sangat ni..


Lepas buat prunning, banyak dahan baru keluar. Bila keluar dahan baru, keluar buah.. Bila habis berbuah..daunnya je lebat. Then, my lovelly hubby botakkan habis pokok ni. Habis dahan-dahan muda dicantas.. beberapa minggu kemudian, buah-buah mulberi yang comel keluar dari celah-celah dahannya. 
Dahan-dahan yang dicantas dipacak-pacak dalam polybag.


Habis semua bekas ditanam pokok mulberi. Hampir semua dahan, hidup segar.


Dahan yang agak besar dan matang mula mengeluarkan pucuk baru.
Di celah-celah pucuk baru, keluar putik-putik mulberi.

Ada orang cakap buang dulu buah mulberi ni, biar pokok subur dulu.. Tapi bila tengok buah-buah mulberi yang comel, rasa sayang sangat nak buang.

Senang betul tanam mulberi.

20160926

Semak Laporan Kredit

Aku dapat banyak soalan berkaitan dengan PTPTN dan CCRIS. Central Credit Reference Information System (CCRIS) ini sistem yang dibuat oleh Bank Negara Malaysia yang mengandungi maklumat hutang piutang korang. Macam contoh laporan kredit aku ni, yang no 1 tu menunjukkan hutang aku yang dibayar setiap bulan.. maka setiap bulan akan keluar 0000... menunjukkan aku tak pernah miss bayar hutang. Yang kat bawah tu, ada merah dah 72 bulan aku tak bayar. Gila betul.. patutlah aku sanggkut bila nak buat loan lagi.




Bila kita nak buat pinjaman kat bank contohnya, pihak bank akan minta laporan CCRIS ni daripada Bank Negara Malaysia. Dari laporan CCRIS ni lah bank akan nilai, kalau aku bagi hutang kat budak ni, confirm dia tak bayar..begitulah fikiran bank kalau tengok laporan keridit aku ni..

Oleh kerana masalah dengan PTPTN ni, maka Bank tak jadi nak bagi budak ni buat loan lagi..begitulah akhirnya.

Okey, bila boleh hilang CCRIS ni?

Tak akan hilang selagi ada hutang. Sampai hutang habis dibayar baru hilang.

Macam mana nak cantikkan laporan CCRIS?

Kalau kau perasan laporan ni, aku request bulan Jun 2015 dan rekod start Jul 2014. Maka, setahun barulah akan keluar rekod yang 00000.. menunjukkan hutang dibayar setiap bulan. 

Dalam kes aku dengan PTPTN ni, mungkin sikit kontroversi. Alhamdulillah, PTPTN dah hilang terus hutang PTPTN dalam CCRIS aku. Walaupun aku belum habis bayar lagi. Sekarang cuma konsisten bayar tiap bulan.

Mereka yang tak pernah semak laporan kredit, Sebaiknya cubalah buat semakan. Mungkin korang sendiri tak sedar korang pernah berhutang ke apa..macam kes aku. Aku sangat confident aku tak pernah lupa bayar hutang, sekali kena kat PTPTN. Bayar tiap bulan pun kena CCRIS..sok,sek..cedih oi..

Semak lah, kot nama korang ada orang lain buat loan tanpa pengetahuan ke apa... kan naya je, korang yang kena tanggung..


Ke KISAS sesat dan Mushroom Pau

Hujung minggu lepas kami berjalan jauh sikit, melawat anak saudara kat KISAS. Entah dah berapa kali dah datang sini, tak pernah sekali pun boleh jumpa jalan betul walaupun guna waze. Jenis suka makan buat langsat, memang akan sesat.

 
Budak ni tak boleh tengok mak dia pakai lecu. Mengamuk nak pakai juga. Tu pasal mulut dia merah je.. bukan asli ye, tu pelembab bibir gincu. 

Pusing-pusing bandar Klang beberapa kali, baru teringat jalan ke KISAS.

Bangunan lama sekolah ni.. 

Kenapa rambut Luth tegak je macam orang baru bangun tidur, macam ayam lepas mengerang. 
Alahai, dia bukan main lagi pakai minyak rambut minyak. Nak rambut macam Ultraman. Sedih pulak orang cakap rambut baru bangun tidur. Haha…dah rambut kurang nak buat macam mana. Keturunan.

Bila aku cakap kat kakak sepupu dia, Luth pakai lecu cepat-cepat dia sapu gincu...tahu pun malu...

Then, kami keluar makan sekejap, pusing-pusing kat bandar Klang. Kat tepi sekolah ni, belakang istana nampak orang jual mushroom pau. 
Orang darat ni berhenti nak cuba. Seketul RM3.50. Rasanya, biasa-biasa je.. bolehlah. Mencuba sudah. Rasanya sekali ni je kot beli. Sedap lagi pau kacang kot..


20160920

Pokok Puding Orang dulu-dulu

Orang kampung tanahnya luas, 
Orang bandar tanah sekangkang. 
Dulu orang kampung, 
sekarang orang bandar, baru rasa nak menanam. 
Tanah pun kena beli ishk.

Ingat nak berpantun, tapi tak jadi..jadinya sajak. Bila selak-selak facebook, tengok orang berkebun bunga.. teringat balik masa budak-budak dulu.. Mak aku pun suka menan pokok bunga. Tapi, sejak dah pindah ni..semua pokok-pokok bunga tu dah jadi kenangan. Dulu, aku siap suruh buang lagi..rasa menyemak..haha... jenis tak tahu hargai pokok..ishk-ishk..

Bila tak terjaga, banyak pokok-pokok bunga keliling rumah dah mati. Atau dibuang, sebak menyemak..
Antara pokok yang panjang umur, pokok puding depan rumah mak. Orang bandar suka tanam pokok hijau-hijau, kami kat kampung suka pokok warna-warni pasal keliling rumah dah hijau, semak..haha..dululah..sekarang keliling rumah pun rumah anak cucu.

Aku pernah tengok orang tanam dalam pasu, cantik sangat daun dia bila kena matahari penuh...

Pokok puding merah ni pun unik.

Puding ni dah menyemak dengan pokok lain. 

Pokok puding ni, aku tak pasti ni dari sepokok atau dua pokok.. Sebelah macam kuning, sebelah merah. Macam lain-lain pokok. Lupa nak check.


Pokok puding ni dulu-dulu  orang tanam atas kubur. Sekarang aku tengok pokok tanam kat kubur pun dah lain jenis.. melur hibrid gitu..

20160919

Manfaatkan Aloe Vera Gemuk-gemuk Rumah mak

Lidah Buaya atau Aloe Vera rumah mak kat kampung gemuk-gemuk. Geram betul menengoknya.. 
Rugi kalau biarkan saja aloe vera yang terbukti banyak khasiat ni.. 

Masa muda-muda dulu aku suka sapu aloe vera kat muka, then lepas tu stop sebab gatal sungguh. Pelik betul aku, dah kata boleh buat ubat jerawat.

Rupanya, lendir kuning tu yang gatal..

Bila patahkannya.. lendir kuning tu akan keluar..biarkan keluar semua lendir-lendir kuning tu..

potong kulit, ambil lendir kat tengah tu.

Potong-potong, letak dalam bekas comel ni...
Masuk dalam peti ais, tersedia nak guna pada bila-bila masa.

20160909

Madu-madu aku

Terima kasihlah kak dia yang usha-usha madu kita. Kita jual pun murah je.

Botol besar ni (lupa pulak nak sukat berapa ml),buat masa ni kita jual RM45 je. Ikut stok jugak harga ni, kalau kita ambil stok murah, kita jual murah. Kalau berminat, nak ambil banyak kita boleh adjust lagi harga dia. Insyallah.

Madu kita jual, jangan banding dengan harga kat supermarket yang boleh jual 2,3 belas ringgit tu. Tak tahulah, madu apa tu..campur ke macam-mana.


Barang ni kita ambil kat kampung kita, kat Kelantan. Tukang ambil madu, orang kampung kita. Kerja dia memang cari madu. Dia cari, dia jual kat kita. Kita orang tengah dia.Tapi, kita ni banyak makan madu dari jual. Hihi.. Boleh dia sikit, kita sikit. Tolong menolong. Untung sikit sorang. 

Ada macam-macam cara nak check madu asli ke tidak. Ada kata rasa dia pahit ke manis ke. tapi kita yang pernah rasa macam-macam madu, macam-macam rasa dia. Mungkin ikut pokok, bunga ke apa.. Tak tahulah. Orang kata, madu tak hurung ke semut tapi madu kita ni kadang-kadang meleleh kat botol ada bersemut jugak. Kita tak pakar sangat lagi pasal madu, kena belajar banyak lagi. Tapi, insyallah kita percaya lagi dengan sumber yang kita dapat ni. Ni madu asli.




20160907

Madu itu Manis Pahit-pahit

Sekarang kalau boleh semua benda nak dijual. Kami laki bini jual madu jugak. Madu asli dijamin. Siap suruh tukang ambil madu ambil gambar dari pokok lagi nak bukti. 

Nampak tak tu sarang dia.. 

Closed up sikit sarang madu. Tengok susahnya nak dapat madu, janganlah korang minta murah-murah sangat. Beli kolegen lagi mahal dari sebotol madu. Ni madu asli tahu...

Ni sarang madu yang belum diperah. Kami jual madu yang dah diperahlah. Insyallah, asli.


20160906

Biarkan betik

Antara buah favorite kami sekluarga adalah buah betik. Maka, haruslah diladang kami ni..ada pokok betik. Biar betik? Ladang depan rumah sejengkal kami tanam pokok betik..hik..hikkk..

 Kagum tak?

Ada 3 pokok betik yang tengah berbuah sekarang.

2 pokok kat tepi pagar.  

Seronok betul tengok buah betik banyak-banyak. Cemuh lah makan betik kalau semua jadi ni..


Satu pokok dengan satu buah kat depan rumah.


Ni lah gambaran keseluruhan ladang betik kami. Seronok betul tengok pokok-pokok betik..

20160905

Pokok pisang dah tumbang

Pokok pisang dah ada sejak aku belum menyewa rumah ni lagi. Entah berapa generasi keturunan pokok pisang ni selalu subur dan berbuah..dah tak pernah menghampakan..

Sekarang ni dah start musim hujan, syukur alhamdulillah tak penat sangat nak menjirus setiap hari. Balik kerja petang hari tu, pokok pisang ni dah tersembah bumi. Patah lepas hujan. Berat juga dengan buahnya..

Aku tak tahu apa jenis pisang ni. Kata jiranku, pisang Serendah. Atau sebab aku tinggal kat Serendah orang panggil pisang serendah. Pokoknya, renek-renek je. Buahnya memang tak masak kuning.. 


Buahnya boleh tahan cantik. Tapi tulah, kami sekeluarga jenis makan pisang mentah. Pisang ni memang kurang sikit. Ambil 2 sikat je, peram kat rumah sampai sekarang tak tahu nak buat apa. Lagi, bagi kat jiran sebelah menyebelah.


20160901

Sambutan Merdeka Luth

Seminggu dua tu Luth asyik nyanyi je.. Butir lagu tak berapa jelas sangat, maklumlah pelat T. 

Ambil taska, tengah praktis berjoget.. haha..comel je. Sehari sebelum persembahan tergerak hati aku nak confirm dengan cikgu, ada apa-apa program ke Luth kat sekolah. Rupanya dah seminggu cikgu bagitahu kat whatapp, kita je tak deliver. Kalau tak sia-sia dia belajar menari, menyanyi..terlepas Luth nak buat persembahan...

Kesian bomba yang pakai costume ni, nakal betul budak-budak ni duk tarik ekor dia...
Luth kagum dari jauh je...

Persiapan sebelum persembahan..

Masa ni dia sikit poyo, ajak bergambar tak nak...nak berdukung.. Gigirl comel dah lama bersedia nak ambil gambar. Tapi bila nak snap gambar, masuk tangan dalam mulut pulak..

Gigirl comel.

Ni persembahan merdeka Luth. Mula-mula lagu IM4U.

Kemudaian, lagu mari kita, mari kita tepuk tangan sama-sama...horey, horey...

Comel sangat budak-budak taska 3-5 tahun ni.. tepuk tangan kat cikgu-cikgu yang boleh handle dengan macam-macam ragam...

Actually, sambutan Merdeka ni minggu lepas lagi.. semalam kami tak sambut mana-mana. Cuma pergi beli kek $5.90 kat Secret Recipi dapat sepotong kecik sangat...adoi..


Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...