Inquiry: petakbunga@gmail.com

20161229

Pekasam Ikan Toman

My tok laki memang suka memancing. Alhamdulillah, setakat ni tak adalah tahap gila sangat. Sebagai isteri solehah, aku tak menyokong, jauh sekali nak menggalak. Larang pun tidak, tapi kadang-kadang tunjuk protes juga bila dia keluar dan balik lewat pergi memancing. Nggg..
Ampun bang.




Ini ikan Toman pekasam sepenuhnya dibuat dia. Dari menyiang sampai memerap garam beras dibuat sendiri. Then, semalam aku just tolong pack dalam bekas  nak bagi kat member katanya. Dah try goreng 2, 3 kali. Boleh tahan lah rasa dia. Bau pun harum semerbak 3,4 hari dapur berbau harum bila digoreng.

Aku sejak kahwin ni baru belajar makanan exotic macam ni. Mak aku jenis tak makan makanan gini, memang aku anak dia ni tak pernah lah merasa. Sampai sekarang pun mak aku tak pernah try makan, aku je semua try..  

Sedap ni.






20161228

Allah tegur bila aku dah gemuk

Seumur hidup aku tak pernah gemuk.

Nikmat yang tak boleh didustakan. Aku bukan jenis orang kurus yang rasa dirinya gemuk. Aku tak pernah diet, exercise memang pemalas. Kalau orang ajak nak jogging aku ada alasan paling kukuh, tak ada kasut jogging. Jauh sekali nak makan ubat kurus tu.. berbahaya tau...jauh-jauh lagi..

Tapi akhirnya, aku sedar diri...


Cuti Christmas tak tahu nak ke mana-mana dengan tunggu gaji tak kunjung tiba-tiba lagi. Kami merayau-rayau ke KL. Singgah jumpa sepupu cik abang sekejap kat Pertama. Kali pertama jumpa sepupu dia ni.

Dah besar Luth,’
‘Mengandung ke?’
Dush!!!

Then, terus rasa nak balik je. Sepupu cik abang pun dah rasa serba salah bila aku cakap. ‘Tak, perut buncit’

Balik dari Pertama, singgah rumah sepupu dia yang lain pulak. Lama tak jumpa.
Cerita-cerita… tiba-tiba.
Mengandung ke?’
Dush!!

Last lah aku pakai baju ni. Tahun depan, azam baru. Pakai baju longar-longar je.

Aku tak gemuk, perut je buncit sikit. Luth pulak sekarang ni kalau orang tanya nama dia. ‘Abang Luth’. Cikgu kat taska pun dah tanya, Luth nak dapat adik ke? Ishk, apasal aku tak perasan soalan tricky ni, sebenarnya nak bagi tahu aku dah buncit. Sedar-sedarlah!

Pakai baju longgar.

 Ter - follow IG Nur Sajat ni. Mak oi, sampai 2 layer dia pakai bekung. 
Kau mampu?



Nanti dah kurus balik pun pakai baju longgar-longgar je. 

Kalau tak kurus jugak...  Ya Allah, berilah adik kepada abang Luth. 
Makmurlah doa-doa saudara mara yang dah nampak perut aku dah bucit.
Amin.

20161227

Kucing abang Luth

Lepas ambil Luth kat taska, singgah beli piza. Time balik kerja, memang rasa lapar sangat. Padahal kat tempat kerja rehat pun sampai 3 kali melantak.

Ada seekor kucing duk melilit kat betis pakcik jual piza. Luth memang suka dengan kucing.
'Mak, kucing.'
'Nak ke?' tanya pakcik jual piza tu.
Luth, bila orang start buat dia bercakap benda yang dia minat mula lah. 'Dah ada,' jawab Luth. Nasib baik!
'Nama apa?'
'Abang Luth''
'Luth, pakcik tanya nama kucing bukan nama Luth.' Haha, mana pernah aku bagi nama kat kucing.

Kucing tu kucing lah.. lagi pun kucing Luth tu dah lama tak mengioew. Kaki pun dah patah sebelah kena lempar dengan tuan kucing bila tuan kucing menagamuk.

20161221

Memasak time with Chef Cilik

Macam biasa, roti dah dekat nak expired, kena lah reprocess tak nak membazir. Ambil agar-agar masak. Blender roti denagan susu cair setin. Masak jadi puding roti aka puding marble suka hati aku..

Oleh kerana the one and only anak buah hati pengarang jantung bintang bulan rembulan aku anak lelaki sorang ni dah besar... maka sangat sibuk nak tolong mak. 

Semua benda, biar Luth tolong.. Mak cuma minta tolong jangan sibuk boleh? Pergi tengok kartun boleh? 
Tak apa, biar Luth tolong.

Key, fine..biar sampai besar tau tolong mak. 

Okey, comot. Tak apa, Luth buat. 
Luth senyum. 
Buat muka Qu Puteh.

Senyum comel, nampak gigi.. 
okey, tak ikhlas benar.

 Lepas mandi, dah masak boleh makan.
Hepi besday tu u Luth, hepi besday tu u Mak.
Potong, boleh makan.

Rasa dia macam mana?
Sedap..

Okey, bye selamat mencuba.

20161216

Menunggu Rezeki Hujung Tahun

Ada setengah bulan lagi nak habis bulan ni. Setengah bulan juga lagi nak habis tahun ni. Semalam welding machine baru dah dapat, duit untuk bulan ni tinggal berbaki. Banyak hutang-hutang yang belum dapat, harap janji-janji dikotakan hujung bulan ni. Mudah-mudahan Allah murahkan rezeki mereka semua… ada rezeki untuk kami sebelum tahun baru ni harapnya. Doakan businees kami success tahun baru nanti.



Tengok duit tinggal berbaki dalam bank, hati rasa sakit. Risau takut susah depan hari nanti. Tiba-tiba, aku teringat… Ya Allah berpuluh tahun aku hidup didunia ni. Mana pernah aku rasa susah yang amat sangat. Sampai hari ni, masih boleh ketawa dan tersenyum. Makan dan minum cukup, nikmat sihat rezeki tak ternilai.

 Oh, tahun depan Luth dah masuk 4 tahun. Hajat nak hantar dia tadika terpaksa ditangguh. Jadi, Luth masih ditaska sekarang. Alhamdulillah, kat taska pun sekarang macam-macam aktiviti juga ada.



20161213

Bos-bos Aku

Beberapa hari lepas tiba-tiba aku dapat whatapp dari ex boss aku. One of the boss kecik.. ex boss besar, Managing Director dah meninggal dalam setahun yang lepas. Aku rasa, dia yang paling atas sekarang ni...

Rasa berbunga-bunga sebab masih lagi ingat kat aku...tanya khabar aku, tempat kerja baru setelah lebih 2 tahun tinggalkan company lama..

Iya, baik sangat..

Walau dalam hati ni nak je cerita, ni ada budak busuk mulut, yang tak naik-naik pangkat walau hari-hari bagi tahu bos dia banyak kerja, suka sound-sound orang, hari-hari fikir nak cari salah orang. Nak cari point, nak gaduh dengan orang..


Bercerita perihal perkara-perkara hangin kat ofis hari tu... benda yang paling penting adalah tolak ansur! 
Marah, mengamuk, sound-sound orang perihal remeh temeh tak akan menyelesaikan masalah. Teguran yang ikhlas adalah kau pergi tegur direct dia. Tak mungkin kau tak berani nak tegur direct, kalau kau berani sound se-ofis hal-hal kecil. Kadang-kadang benda yang kau rasa besar kat kau, sebenarnya 'just a peanut' kat orang lain. Member kau yang buat salah kecil tadi, maybe ada masalah yang lagi besar, tapi dia diam je.. Dan, kau bukan Bos nak marah-marah orang. Nak malukan orang.


Tiba-tiba teringat dekat mendiang ex boss besar aku. Marah betul dia bila aku hantar resign letter dulu. Sampai hati cakap aku tak berterima kasih ambil aku budak fresh graduate, ajar aku bertahun-tahun.. kemudian, dia cakap aku tinggalkan macam tu je.. emotional betul masa tu. Ingat senang ke aku nak tinggalkan macam tu je.

Sampai satu waktu, aku kena fikirkan diri sendiri. Belajar benda baru...

Ex big boss ni tak banyak membantu aku dari segi kerja. Kalau aku jumpa dia bagi tahu masalah aku...lain yang aku cerita, lain yang dia jawab. Cerita yang paling aku ingat pasal bini dia complaint gas memasak dah naik harga dan dia berjaya buat aku lupa apa masalah aku nak tanya dia. Iya itu beza bos dan aku, dia bagus sangat bagi motivasi.. Walau pun dia tak cakap apa yang aku kena buat, dia buat aku tahu apa aku nak buat. Selalu dia akan cakap kat staf dia..kalau semua saya kena fikir, buat apa saya ambil pekerja ramai-ramia. Urgh..grr..

Cuma, entah kenapa bila aku nak berhenti. Dia suruh aku fikir baik-baik. Aku tak boleh survive. Sedih oh, agaknya teremosi masa tu. Biasa dia bukan macam tu.

Alhamdulillah, setelah dua tahun kat tempat baru banyak benda baru aku belajar. Bos baru aku terbaik. Jarang sangat marah-marah tak tentu pasal. Sangat teliti, ambil tahu dari sekecil-kecil benda. Gembira jadi sebahagian pekerjanya..

Aku tak menyesal keputusan yang aku buat dulu. Bukan sahaja melibatkan pangkat dan gaji semata-mata. Aku selalu admire dengan bos-bos aku, superior-superior aku terutama orang baru masuk, manager baru. The way his handle probables, diffrent with us. Itu beza orang ada pengalaman dan tak ada. Banyak yang aku belajar. Cuma, sedih sikit... hari ni aku kerja macam biasa. Orang lain kat Selangor ni masih bercuti oit.

Oh, aku dirisik my ex boss kecik kembali. 

Masih menunggu...doakan baik-baik.

20161209

Siapa yang rasa pedas


Beberapa kejadian yang buat kau rasa nak bergaduh dengan orang.

1. Aku siapkan kerjanya dengan cepat hari ini. 

Please have my report bla…bla.. I already done bla..bla.. All already done except bla..bla process not done yet..

Sedangkan aku tahu, mereka akan proceed to the next process after aku dah complete kerja aku. Sebelum ini aku tak pernah bagi tahu pun apa kerja aku. Suddenly, one sunny day…aku rasa perlu kena inform semua orang kerja aku dah siap dah kerja orang lain tak siap lagi. 

Sebab nanti orang mungkin tak perasan aku ada banyak kerja. Especially bos. Please alert, end year appraisal coming.


2. Satu hari lain yang hujan lebat.

Tiba-tiba hari itu kena print banyak document. Printer cuma satu dan terpaksa berkongsi dengan beberapa Department. Bayangkan, suasana bagaikan terlalu sibuk, walaupun hanya 2 orang setiap Department dan cuma ada 3 Department. Sambung balik cerita pasal printer tadi… bayangkan kau jalan jauh-jauh ke Department sebelah, keluar dalam bilik kau, tutup bilik kau, takut orang lain masuk,  pula tiba-tiba sampai kat printer document kau terprint atas kertas lain macam kertas company letterhead.

Hangin tak? Hanginlah kan? Aku nak kertas suci bersih.
So, aku yang hangin kena bagi warning kat semua orang. Please remove your paper. Agar lain kali jangan lupa.


3. Tidak lama dahulu, suatu pagi aku nak masak air seperti biasa setiap pagi kat pantry. Beberapa jam kemudian, bila aku nak buat air aku tengok air panas aku dah habis. Hangin tak? Angin oi..penat-penat, rajin-rajin aku masak air bila nak guna. Habis.
Aku soundlah semua orang. Sapa ambil air aku ni!



Suatu hari nanti, bila kau dah matang sikit kau fikir balik benda-benda yang kau buat ni. Kau akan rasa malu sendiri.

Aku tak percaya ada manusia yang jenis kat atas ni. Akhirnya, aku jumpa. 

Banyak lagi benda yang kelakar kau dah buat, nanti ada masa aku recall dan tulis cerita kau kat sini. Hari tu aku rasa macam nak bagi penampar, tapi bila aku tulis balik cerita ni hari ni.. lucu jugak kau ni.. Kalau aku layan, dengan aku sekali jadi pak lawak. 

Lawak solo. 
Boo layan.

20161205

Yang Terbiar

Pokok-pokok aku dah terbiar, even banyak yang dah mati pun. Pokok betik yang dibangga-bangga hari tu, sepohon dah mati. Dua pohon lagi pun macam dah tunggu masa. Alhamdulillah dah merasa beberapa biji buahnya.


Rutin harian macam biasa, balik rumah dah pokul 6, sekejap berehat dah masuk magrib. Magrib awal sekarang, jadikan waktu siang rasa pendek. Memang jarang betul nak membelek pokok-pokok. Pandai-pandai sendiri.


Pokok bunga yang main tabur-tabur je nampak boleh survive lagi. Sekarang mood menanam pokok betul-betul tak ada. Siram pun tak, membaja jangan haraplah, nasib baik musim hujan.. Kadang rasa nak telengkup je pasu-pasu itu semua, macam mendera pokok pulak. Hidup dengan terseksa…



Harap next year dapat curi masa untuk update blog kembali...

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...