Inquiry: petakbunga@gmail.com

20170203

Cabaran Mengajar Luth Iqra’


Sekarang hampir setiap malam, kami berusaha ajar Luth baca iqra’. Ya Allah, teruji betul mengajar Luth. Tak sampai setengah helai baca, dia dah buat hal. Macam-macam. Lapar, sakit, batuk, nak muntah.


Rasanya dah dekat sebulan kot start ajar dia Iqra’..sampai sekarang asyik lupa huruf ‘Ta’. Kalau mengaji dengan tok guru, tak tahulah berapa lama baru boleh beralih ke ‘Sa’. Tapi, aku dah langkau, sekarang sudah sampai huruf ‘Ha’ tapi bila jumpa huruf ‘Ta’, tetap lupa…

Aku suruh dia lompat sambil sebut 'ta, ta, ta...' pun lepas beberapa saat. Lupa.
Geletek sambil buat bunyi...'ta..ta..tata..pun lupa.
Padahal dia pelat 'ta'.


Geram betul. Sabar betul mengajar dia mengaji. Kalau ayah dia mengajar, dengan hanger lah jawabnya. Kalau orang dengar dia bunya menagis macam kami laki bini dera anak. Lepas je, aku cakap. Okey, sambaing esok. Cepat-cepat dia simpan iqra’, terus ketawa mengilai-ngilai. Drama sangat.


Tahun ni dah 4 tahun, harap-harap tak terlewat lagi mengajar dia baca Quran.
 
Luth dengan tokma berjalan kat Putrajaya New Year baru ni.

6 ulasan:

  1. Kena tanam sedikit kesabaran dalam mendidik anak masih baru mengenal huruf ni PB
    Jgn sesekali dimarah. Tapi sebaliknya puji bila dia mampu buat. Jadi dia suka setiap kali diajak utk membaca..

    Kakak mengajar budak-budak macam-macam ragam tau. Tapi kalau nak budak cepat pandai dan suka membaca satu jgn marah. Kesian masih kecik lagi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu lah kak. kadng selalu hilang sabar. dia bukan tak pandai. sekejap je ajar dah pndai.. tp x boleh tahan lama.. teruji betul.

      Padam
  2. mmg mencabar gila...hihihi...Aqil pon huruf lam alif slalu lupa...dia trus hamzah ja

    BalasPadam
  3. Saya sampai sekarang masih menyesal kerana suku ketuk kepala anak. terutamnya yang bongsu masa dia sekolah rendah dulu. Memang selalu naik angin kalau ajar dia. Kadang2 bertengkar pula dengan abang pong pang pong pang pasal dia marahkan saya...memang tak ada jiwa guru lansung!

    BalasPadam
  4. Rileks la PB baru 4 tahun..
    Budak panjang akal, macam tu la karenahnya..

    Irfan masa cikgu dia mula2 ajar Iqra pun mcm tu...
    Lagi sadis bila cikgu ajar, dia tak nak sebut pun huruf tu..
    Dia suruh cikgu dia yang sebut...
    Bila cikgu sebut, dia cakap, "Betul!"... kikiki

    BalasPadam
  5. Biasalah PB.... nak mengajar budak kecik ni nak kena sabar. Hihi.... lama lama ingatlah huruf Ta tu.

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...