Inquiry: petakbunga@gmail.com

20170308

Rumah dan Perniagaan

Assalamualaikum,

Beberapa lama menyepi dari blog tetapi selalu juga tengpk-tengok blog ni. Singgah blog kawan-kawan. Kadang sekadar membaca, senyum dan tak sempat nak tinggal jejak. Maaf sangat. Ada beberapa benda besar yang tengah diusahakan sekarang ni. Harap-harap semuanya dipermudahkan.

Rumah

Baru-baru ni jumpa sebuah rumah kecil yang nak dijual dekat-dekat rumah sekarang juga. Alhamdulillah sekarang masih dalam peringkat awal proses membelinya. Baru sahaja mendapat kelulusan loan. Itu pun setelah mencuba beberapa bank. Susah juga nak dapat kelulusan bank untuk mereka bergaji kecil macam aku ni. Mula-mula hari tu ejen banker buat dengan CIMB dan Ambank. Tapi mereka kata profile tak strong. My tok laki pula tak ada slip gaji, payah sungguhlah. Sedih betul, rasa macam dah give up. Tetapi ejen rumah tu cakap nak cuba lagi. Akhirnya, dapat juga pinjaman dengan bank Rakyat. Syukur sangat, dapat 100% loan pula tu. Tengah-tengah nak pakai duit banyak ni..rasa syukur sangat. Esok kalau tak ada apa-apa dapat jumpa pegawai bank tu untuk sign agreement loan. Petang ni pula nak jumpa lawyer nak sign S&P.


Perniagaan baru


Alhamdulillah, dari buat kecil-kecil kat rumah my tok laki cuba-cuba masuk kilang pula sekarang ni. Banyak juga benda yang kena buat nak cuba masuk kilang ni. 1st step, mendaftar perniagaan. Jadi sekarang, officially perniagaan kami telah di daftar dengan SSM.  Quotation kami dah banyak hantar, harap-harap ada yang sangkutlah. Banyak lagi benda nak kena buat nak masuk kilang besar-besar ni. Lepas hantar quotation, mereka minta profile company pula. Alahai, jenuh ni nak mengarang.. macam nak buat kertas kerja sekolah balik.

Banyak juga duit kami laburkan untuk 2 perkara besar dalam hidup kami. Harap-harap ada masa depan yang cerah untuk kami sekeluarga.
Doakan kawan-kawan.

6 ulasan:

  1. alhamdulillah... moga di permudahkan semuanya...

    BalasPadam
  2. bukan mudah untuk berjaya...moga terus suksek PB..saya sokong dari jauh dan sentiasa mendoakan yang terbaik
    JanjiKita

    BalasPadam
  3. Bagus..mengorak setapak lagi kedepan

    BalasPadam
  4. Alhamdulilah...Allah kan dah janjikan rezeki untuk hambanya.
    Tahniah ye PB, akhirnya dapat jugak beli rumah. Biasalah PB, beli rumah ni modalnya besar, nak sign lawyerlah bagailah, semuanya guna duit.

    BalasPadam
  5. in shaa Allah.
    usaha dan doa.
    moga semua urusan PB berjaya dan lancar aje.

    BalasPadam
  6. all the best.. lama tak singgah sini.. aku sibuk menyapu sawang kat blog.. tak tau la blog aku hidup lagi ke tidak.. bukak2 tadi macam keluar spam.. hadeii

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...