Inquiry: petakbunga@gmail.com

20170908

Hujung Musim Durian

Kisah raya haji...

Sampai-sampai kat kampung...apa lagi bantai tidur laki bini sampai ke tengah hari. Bangun-bangun terbau semerbak durian. 

Se-kereta tolak pakcik sedara dah sediakan. Buah bercampur, elok dengan tak elok..banyak yang dah kena makan tupai. Sebiji durian berkongsi seulas dua dengan tupai.

Sepupu sedara kat kampung dah muak makan durian kot.. jeling je. Offer semua tak nak. Makan-makan sampai muak..lepas tu cari bekas isi buah tempoyak..


Dah beberapa bulan Luth merengek nak makan buah durian. Susah betul nak jumpa buah durian tahun ni. Ada yang jual yang mahal-mahal. Rasa macam tak mampu. Tengok kat supermarket ada jual sepekat RM15, nak beli kat Luth, ayah dia tak bagi. Risau buah dah tak elok. Sayang membazir.

Rezeki kami, sempat juga merasa durian hujung-hujung musim ni.. Puas Luth makan.

Yang dah lembik, masam sikit isi dalam botol buat tempoyak.. Yang cantik-cantik kacau buat Lepok durian. 
Sekarang dah tua baru reti nak makan lepok. Dulu masa muda mana nak makan makanan orang tua gini. Haha..haha.. dulu durian pun aku tak suka, bau busuk. 
Aku makan epal jor...

Alhamdulillah tok ayah dulu tanam pokok durian, buah-buahan untuk anak cucu makan.. Anak cucu aku nanti nak makan apalah...aku belum tanam pokok lagi ni..

3 ulasan:

  1. Betullah PB...nak beli durian kat KL ni ngeri betul. Harga punyalah mahal.

    Untunglah dpt makan sampai puas durian dari kebun sendiri. Saved duit. Tak buat serawa durian? Kuah durian makan dengan pulut. Sedap tau!

    BalasPadam
  2. Untung kat kampung ada dusun ya...

    BalasPadam
  3. Eleh, kita orang Itali pun gila makan durian tau. Tapi susah betullah nak cari durian sekarang ni. Tahun ni entahlah tak ingat ada ke tidak makan durian ni. Kita pun takda tanam apa-apa pokok kecuali rumput. Kasihanlah anak cucu nanti tinggalkan rumput & lalang jerk untuk mereka!

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...