Inquiry: petakbunga@gmail.com

20170907

Katak Puru

Buah Katak Puru (aka Nam nam) tengah lebat berbuah. Buah nostalgia zaman muda remaja, petang-petang duduk kat serambi rumah, makan colek buah katak puru masam-masam manis.


Sudah lama benar rasanya tak makan. Balik kampung raya haji hari tu tengok berlambak buah nya kat pokok.


Buah katak puru ni jenis berbuah kat batang. Jadi buahnya sikit kotor dengan tanah..
Kami dah biasa, tak kisah..basuh bersih-bersih, kikis sikit kulit yang bertanah tu.


Ada 3 pokok dah masak. Kutip-kutip bawa balik kat sini.


Buat makan colek kicap dengan kawan-kawan ofis. 
Kira macam buah exotic jugalah..jarang-jarang jumpa.


9 ulasan:

  1. Baru tahu ni...apa rasa dia ya.?

    BalasPadam
  2. Peberet saya ni...
    Kalau balik kg, FIL suka sgt jamu menantu dia dgn buah ni...
    Tiba2 jer ada kat atas meja...

    BalasPadam
  3. Kalau tengok orang makan buah nam-nam ni mesti otomatik keluar air liur. Saya tak boleh nak makan buah ni. Masam sangat...

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak suka sangat juga..sb masam. ikut musim kot, yang ni tak masam sgt, tu berani ambil..
      saja nak bg kawan2 ofis yg tak pernah merasa

      Padam
  4. masa kecik2 boleh je mkn buah ni mcmtu je, dh tua ni kene colek baru layan... deria masam terlebih bila dh tua

    BalasPadam
  5. Wei, 2 hari lepas baru kawan aku bawak dtg ofis buah ni drpd Gua Musang. Aku ni wp asal kampung, tapi aku mmg tak pernah jumpa buah ni. Pastu aku belah tengah, tgk biji buah ni semua buruk macam ada bertanah. So semua aku buang. Skali kawan aku kata, makan macam mangga, yg kat dalam tu biji dia. Kehkeh. So, tak sempat la nak rasa sebab semua kena buang. Ngok betei...

    BalasPadam
  6. Tak pernah makan sebab tak pernah jumpa. Teringin jugak nak rasa kalau ada. Mcm buah mangga ek?

    BalasPadam
  7. Laaa... ada juga nama buah - buah katak puru ya? Langsung tak tahulah PB. Kalau dah tak tahu dan tak pernah jumpa, rasa-rasanya memang tak pernah makanlah. Dalam mimpi pun tak pernah muncul tau. Tapi dengar nama pun dah ada rasa geli sikit. Lebih baiklah panggil 'Nam-nam". Comel sikit bunyi ^_^

    BalasPadam

Jika aku betul
kau angguk

Jika aku salah
kau tunjuk

Cerita petak bunga

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...